My Oppa My Love ~ Chapter 30



Leo mengajak Kiela untuk berjalan-jalan hari itu. Bukan mereka sahaja malah N dan Soeys turut keluar bersama-sama hari itu. Ravi, Ken, Hongbin, Hyuk dan manager VIXX sahaja yang tinggal di dorm mereka. Mereka semua pada hari itu free daripada schedule promotion album terbaru mereka. Oleh itu, N dan Leo masing-masing membawa Soeys dan Kiela keluar pada hari itu.

            “ Where are we going oppa? ” Tanya Kiela apabila dia dan Leo berjalan-jalan di deretan kedai berhampiran kawasan tempat mereka tinggal.

            “ Anywhere..”

Kiela hanya diam sahaja. Sedang mereka berjalan bersama, beberapa peminat VIXX menyedari mereka berdua. Mereka terus didekati oleh peminat-peminat tersebut.

            “ Oh, Leo oppa..” Leo hanya menunduk sedikit. Mereka terus sahaja meminta autograph Leo. Beberapa saat kemudian, mereka baru sahaja sedar tentang Kiela yang berada di sebelah Leo.

            “ Hai, Kiela ssi.. Nice to meet you..” sapa mereka sambil tersenyum.

            “ Hai..” balas Kiela perlahan sambil tersenyum.

            “ Both of you look so cute together.. Perfect couple..”

Leo dan Kiela hanya tersenyum sebelum meminta diri daripada situ.

Sepanjang tempat tersebut, mereka sering didatangi oleh beberapa peminat VIXX. Leo terpaksa juga lah melayan mereka. Kiela hanya berdiri di sebelah Leo tanpa berbuat apa-apa.

Kiela melihat satu kedai yang menjual aksesori perhiasan diri. Dia terus menarik tangan Leo memasuki kedai tersebut. Leo hanya mengikut sahaja.

Kiela mencapai cermin mata berbingkai besar lalu dipakaikan kepada Leo. Leo terus melihat dirinya di cermin yang disediakan. “ Is it okay? ” Leo hanya mengangguk sambil tersenyum nipis.

Kiela terus sahaja mencari topi yang sesuai untuk Leo. Leo mendekatinya dan dia terus sahaja memakaikan Leo dengan topi yang dipilihnya tadi. Topi bulat berwarna coklat sesuai dengan penampilan Leo hari itu yang memakai kemeja putih, berseluar jean putih. Rambut Leo dirapikan semula seperti tadi. Leo hanya memandangnya sahaja. Topi di kepala Leo dibetulkan sedikit supaya tidak merosakkan gaya rambut Leo.

            “ Is it okay to you, oppa? ”

Leo melihat dirinya di cermin sebelum tersenyum nipis memandang Kiela. “ Much better..”

Kiela tersenyum nipis sebelum dia menuju ke kaunter dan terus membayar barang yang dipilihnya tadi. Leo mendekatinya, “ What are you doing? ” Tangannya dihalang untuk mengeluarkan wang dari pursenya.

            “ You’re not allow to do that… I’m paying..” Leo terus sahaja mengeluarkan kad kreditnya. Kiela menghalangnya, “ It’s okay.. I’m paying.. That’s my presents for you.. Please, oppa..”

Tanpa sempat dia membantah, Kiela sudah pun membayar topi dan cermin mata yang dipakainya. Mereka terus sahaja melangkah keluar dari kedai itu. Kali ini tiada sesiapa yang mendekati mereka. Leo memandang sekilas Kiela yang berada di sampingnya. * Maybe today is the day..*

Dua jam kemudian,
Mereka berdua terus sahaja menuju ke sebuah restoran untuk menikmati makan tengah hari. Leo memilih tempat yang agak terlindung daripada tumpuan ramai.

Beberapa minit kemudian, selepas selesai hidangan makanan tengah hari, seorang pelayan menghidangkan pula hidangan pencuci mulut yang dipesan oleh Leo dan Kiela sebentar tadi.

            “ Oppa nak selesaikan sesuatu sekejap. Kiela tunggu sini sekejap, boleh? ” Kiela hanya mengangguk.

Leo terus sahaja melangkah keluar dari restoran tersebut menuju ke sebuah kedai berhampiran restoran tersebut.Kiela menerima panggilan daripada Yoogeun namun dia terus mematikan penggilan telefon itu. * When he will stop calling me? *

Beberapa minit kemudian,  Leo kembali semula ke meja tersebut. Sepotong kek strawberi dihadapannya dijamah sedikit. Dia memandang sekilas Kiela yang sedang menikmati hidangan ais krim berperisa strawberi sambil tersenyum nipis.

            “ You want some, oppa? ” Leo hanya mengangguk sebelum dia membuka sedikit mulutnya. Kiela terus menyuapkannya ais krim tersebut.

Leo memotong sedikit kek strawberi lalu disuakan kepada Kiela. Kiela hanya memandang kek tersebut. “ Tak banyak pun krim tu.. You can eat this cake..” Kiela mengangguk sebelum dia membuka mulutnya sedikit. Leo terus menyuapkannya kek tersebut.

Sementara itu,
            N dan Soeys hanya berjalan kaki sambil menikmati suasana petang di kawasan itu. Mereka berjalan beriringan sambil berpegangan tangan. Sesekali Soeys melentokkan kepalanya di bahu N. Mereka terus berjalan sambil berborak dan sesekali mereka ketawa bersama. Kemudian N meletakkan tangannya di bahu Soeys dan terus berjalan.

            “Oppa.. Nak tu…..” Tiba-tiba Soeys menarik tangan N dan menunjuk ke satu arah.

            “Jom!”

Mereka singgah di sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis cupcake yang comel-comel. Mereka mengambil masa selama 15 minit untuk memilih cupcake itu sebelum membelinya kerana terasa seperti hendak membelinya semua.

            Mereka berjalan beriringan menuju ke sebuah taman. Bungkusan cupcake diletakkan di atas peha N dan Soeys mengambil tempat di sisi N sambil tidak sabar untuk menjamah cupcake itu.

            “Yummy!” Soeys terasa sangat bahagia saat krim cupcake itu masuk ke mulutnya. Dia terus makan dan makan cupcake itu tanpa menghiraukan N yang memandangnya sambil membuat muka comel.

            “Makan cupcake tu lagi penting dari oppa?”

            “Yes!”

N terkejut kemudian dia terus membuat muka masam. Soeys hanya ketawa sambil menghabiskan sisa cupcakenya. Kemudian dia mengangkat kedua-dua kakinya dan duduk mencangkung di atas kerusi kayu tempat mereka duduk. Dia menghadap N.

            “Alololo.. Merajuk pula cik abang ni,” kata Soeys sambil menggaru dagu N.

N kemudian tersenyum lalu memandang Soeys sambil mengangakan mulutnya. Soeys terus mengambil cupcake dan menyuakan ke mulut N.

            “Buka mulut kereta apa nak masuk…” Ucap Soeys sambil menyuapkan cupcake itu ke dalam mulut N.

            “Oops!” Soeys terlajak dan menyebabkan cupcake itu terpenyek di bibir N.

            “Sorry oppa,” ucap Soeys sambil ketawa melihat muka N yang comot itu.

N membuat muka terkejut seraya menggeleng. Soeys mula mengambil tisu dan mengelap kesan krim yang terdapat di bibir N. Kemudian N terpandang cupcake yang terakhir lalu ingin mencapainya tetapi tangan Soeys pantas mencapai cupcake itu.

            “Ya! That is mine! Soeys dah makan banyak,” ucap N.

            “Aniya aniya.. It’s mine..” kata Soeys sambil terus menyuap cupcake itu dengan gelojoh sehingga menyebabkan krim cupcake itu terlekat di bibirnya.

N menggeleng melihat perangai kebudak-budakkan Soeys itu kemudian mencapai tisu untuk mengelap mulut Soeys. “Sini,”

Soeys membuat muka blur. “Sinilah nak lap krim itu,” panggil N lagi. Soeys hanya tersenyum dan mendekatkan wajahnya ke tangan N.

            “Sini lagi,”

Soeys mendekatkan lagi wajahnya kepada N. Apabila sudah dekat N mengangkat tangannya untuk mengelap mulut Soeys. Dia hanya tersenyum memandang Soeys yang tersenyum kepadanya. Tiba-tiba dia berhenti dan menjatuhkan tangannya sambil merenung tepat ke anak mata Soeys. Perlahan-lahan N mendekatkan wajahnya ke wajah Soeys sambil memejamkan mata.

Dia yang faham perbuatan N hanya tersenyum malu tanpa mengalihkan wajahnya tetapi apabila wajah N semakin hampir, dia terus memandang ke hadapan. Bibir N bertemu dengan pipinya. Dia tersenyum lebar sambil menundukkan wajahnya. N membuka mata apabila dapat rasa bibirnya bertemu dengan benda lain. Selepas membuka mata, dia menarik wajahnya dan melihat wajah Soeys sudah kemerah-merahan. Pada mulanya dia mengeluh halus tetapi kemudian dia tersenyum.

            “Kiyeo,” ucap N sambil mencubit perlahan pipi Soeys. Dia merasa mukanya sudah panas.

Soeys mencapai tangan N lalu digenggamnya. Mata mereka sekali lagu bertaut dan kemudian masing-masing hanya tersenyum. N menarik tangannya lalu diletakkan di bahu Soeys. Soeys pula meletokkan kepalanya ke bahu N.

Leo dan Kiela terus sahaja menyambung aktiviti mereka hari itu. Sedang mereka berjalan-jalan bersama, Kiela terus berhenti apabila melihat seseorang berada di hadapan mereka berdua.

Pada masa yang sama,
Dia yang sedang berjalan seorang diri di situ mengeluh beberapa kali. “ Kenapa dia tak jawab call aku? ”
Dia terus sahaja memandang di hadapannya sebelum melihat seseorang kelibat yang dikenali berjalan bersama-sama dengan seseorang yang tidak dikenalinya. “ Itu bukan dia kan? Tapi siapa sebelah dia tu? ”

Dia terus perlahan-lahan berjalan menuju ke arah dua orang itu. “ Betul.. Itu dia.. Siapa kat sebelah dia tu? ”

Dia hanya memerhatikan dua orang itu. “ Kenapa dia orang nampak mesra je? That’s impossible..”
Dia berhenti di hadapan mereka berdua. Apabila menyedari dia berada di situ, orang yang dikenalinya itu turut berhenti begitu juga orang yang berada di sebelahnya.

Leo terus sahaja berhenti apabila Kiela berhenti berjalan. Dia memandang Kiela sebelum memandang seseorang yang berdiri dihadapan mereka.

            “ Kiela..”

Leo hanya memandang mereka berdua. Tetapi hatinya panas apabila lelaki yang tidak dikenalinya itu meraih tangan Kiela.

            “ Kenapa tak angkat call saya? ” Kiela hanya mendiamkan diri. Dia cuba melepaskan tangannya.

Leo memandang lelaki yang berada di hadapannya. * Boleh tahan lelaki ni.. Mesti dia ni Yoogeun..*

            “ Siapa lelaki ni, Kiela? ”

Pertanyaan Yoogeun langsung tidak dijawab. “ Let me go..”

            “ No until you tell me who is this guy..” Yoogeun memegang kuat pergelangan tangan kanan Kiela. Leo menjelingnya tajam apabila melihat Kiela menahan perit di tangannya. “ Lepaskan tangan dia..”

            “ Siapa awak? ” Tanya Yoogeun kasar.

            “ Boyfriend dia..” jawab Leo lalu memeluk pinggang Kiela. Kiela memandang Leo terkelu lidahnya. Leo terus meleraikan pegangan Yoogeun dan melepaskan tangan Kiela.

            “ Jangan kacau Kiela lagi.. Dia milik saya bukan awak..” kata Leo tegas. Yoogeun memandang Kiela masih lagi memegang tangan kanannya. Leo terus sahaja membawa Kiela pergi dari situ. Yoogeun memandang mereka berdua meninggalkannya begitu sahaja.

Di sebuah pantai,
Sudah hampir beberapa minit mereka berada di situ. Dia memandang Kiela yang sedang membelek-belek cengkerang laut yang terdapat di pantai tersebut. Dia hanya mengikut sahaja Kiela menuju ke persisiran pantai. Ombak laut kecil menuju ke arah mereka berdua sebelum semakin menghilang selepas bertemu dengan pasir pantai itu.

Leo menghampiri Kiela. “ Kiela..”

Kiela terus memandang Leo. Perlahan-lahan Leo meraih kedua-dua tangan Kiela. Mereka berhadapan satu sama lain. Kiela memandang tangannya yang digenggam oleh Leo sebelum memandang wajah Leo.

            “ I wanna tell you something…”

Leo mengambil nafas sedalam-dalamnya sebelum perlahan-lahan menghembuskannya.

            “ Pertama kali oppa lihat Kiela, oppa rasa sesuatu dalam diri oppa.. Oppa tak tahu apa-apa waktu itu.. Tapi, bila kita lakukan perkara yang sama serentak, oppa rasa bahagia.. Oppa tak tahu kenapa oppa rasa lebih selesa bersama Kiela.. Mungkin sikap kita yang sama.. Bila Kiela berada di samping oppa, oppa rasa tak nak kehilangan Kiela.. Bila Kiela tersenyum, serba sedikit oppa mula tersenyum juga.. Bila melihat Kiela dalam keadaan lemah, kesakitan dan kesedihan, oppa turut terasa juga… Oppa tak sanggup nak tengok kesengsaraan yang ditanggung Kiela ketika itu.. Apabila sesuatu terjadi kepada Kiela, oppa nak lindungi Kiela.. Selepas semua yang berlaku dalam hidup kita selama ni membuatkan oppa sedar tentang perasaan oppa yang sebenarnya terhadap Kiela.. Oppa sedar yang Kiela telah berjaya membuka pintu hati oppa..”

Leo memandang tepat ke mata Kiela, “ Oppa cintakan Kiela.. Oppa tak nak kehilangan Kiela.. Oppa nak Kiela selalu bersama oppa..”

Leo menyentuh pipi Kiela, “ I love you so much… Can you give me a chance to be your special boyfriend? I’ll always be with you.. I’ll always love you.. You’re the only one in my heart.. Be mine, please? ”

Kiela terkedu seketika sebelum mengangguk perlahan. Leo tersenyum bahagia. Leo seraya memeluk erat Kiela. “ Thank you, Kiela.. I love you so much..”

            “ I love you too, oppa..” Leo meleraikan pelukannya sebelum meraih tangan Kiela lalu dikucupnya lembut.

Kiela melihat satu cengkerang laut yang berada berhampiran mereka. Dia terus mengambil lalu membelek-belek cengkerang tersebut. Leo menepuk perlahan bahunya dan apabila dia memandang ke arah Leo, Leo memercikkan air kepadanya.

            “ Oppa..” Leo hanya tersenyum dan terus memercikkan air ke arahnya. Dia terus membalas dendam. Mereka berdua terus sahaja bermain air di situ. Mujurlah pada masa itu, tidak ramai pengunjung di situ.

Leo terus sahaja memeluk erat pinggang Kiela apabila Kiela melarikan diri daripadanya setelah menolaknya sehingga terjatuh dalam air. “ See what have you done to me.” Leo memusingkan badan Kiela menghadapnya. Kiela hanya menutup mulutnya dengan kedua-dua tangannya. Habis basah baju kemeja putih Leo. “ Mianhae,” ucapnya perlahan sambil memandang wajah Leo.

            “ That’s no need. You’re my special one.”  

Leo terus mencapai pinggang Kiela dan merapatkan badan mereka. Perlahan-lahan Leo mendekatkan wajahnya ke wajah Kiela sambil memejamkan mata. Semakin lama semakin dekat dan akhirnya bibir mereka bertemu. Di situ, bersaksikan ombak dan angin pantai yang sepoi-sepoi mereka berkongsi ciuman pertama mereka. Pelukan Leo dieratkan lagi.

Kiela mengukirkan senyuman bahagianya. Leo menatap wajah kekasihnya. Dia mengeluarkan sesuatu di kocek seluarnya. Kiela memandangnya. Dia terus sahaja membuka kotak kecil itu dihadapan Kiela. “ This is for you, Kiela… I know it’s simple but I want give this to you..”

            “ It’s beautiful..” puji Kiela perlahan namun dapat didengari oleh Leo yang sudah tersenyum dihadapannya. Leo terus menyarungkan sebentuk cincin silver yang bertatahkan beberapa berlian kecil membentuk hati kecil.

            “ Sesuai dengan Kiela..” ucap Leo sambil tersenyum. Kiela mengangguk setuju. “Gomawo oppa..” Leo hanya mengangguk dan tersenyum.


To be continued...

No comments: