Di dorm VIXX,
N, Leo, Ravi, Hongbin, Hyuk dan Ken berada dalam bilik mereka. Soeys dan Kiela pula berada di ruang tamu. Soeys melihat sahaja adiknya bermain gitar di hadapannya sehingga dia melihat sesuatu tersarung di jari manis tangan kiri adiknya itu.
Dia terus sahaja mencapai tangan adiknya itu lalu dibelek-belek. “ Cantik cincin ni… Siapa bagi? ”
Kiela hanya diam sahaja. Soeys memandangnya sebelum menutup mulutnya. “ Are you in a relationship with someone? ”
Kiela mengangguk perlahan. “ Woah!!! Siapa?!! ”
Adiknya itu hanya mendiamkan diri sahaja sehingga membuatkan dirinya penat menunggu. “ Tell me juseyo. I’m your unnie.”
“ Leo oppa..”
“ What?!! Jinjja?!!”
N yang baru sahaja keluar dari biliknya terus menghampiri mereka berdua apabila mendengar suara Soeys sedikit kuat. “ Kenapa ni Soeys? ”
“ Kiela is in a relationship with Leo oppa…” kata Soeys sambil menunjukkan jari manis Kiela yang tersarung cincin kepada N.
N terkejut. “ What?!! Kiela with Leo?!!!!” Jerit N. Bergema suara N dalam dorm itu. Kiela sudah pun menutup telinga, “ Aigoo~ Too loud.”
Serentak itu, manager VIXX, Leo, Ravi, Ken, Hongbin dan Hyuk keluar dari bilik dan terus berkumpul di hadapan mereka bertiga.
“ What’s happen? ” Tanya manager VIXX.
“ Leo and Kiela is couple..” kata N dan Soeys serentak. Soeys menunjukkan cincin yang dipakai oleh Kiela kepada mereka semua. Semua orang memandang Leo.
“ Hyung!!” Ravi, Ken, Hongbin dan Hyuk terus sahaja tersenyum.
“ Jinjja, hyung?” Tanya Hyuk sambil memandang Leo.
Leo hanya mendiamkan diri sambil menyembunyikan wajahnya. Ken terus pergi ke sebelah Leo dan melihat wajah Leo dari bawah. “Betullah tu!” Kata Ken lalu menepuk tangan.
“Wah! Tak sangkalah hyung!” Kata Hyuk sambil merangkul leher Leo.
Ravi, N dan Hongbin turut menyerang Leo seperti wartawan. “Macam mana hyung confess? Mesti ayat gempak punya ni. Ceritalah…” kata Ravi.
“Siap bagi cincin lagi. Amboi…”
“Aniya…” balas Leo sambil melepaskan diri dari asakan mereka berlima kemudian dia berlalu masuk ke dalam bilik.
“Alaa.. Dengan kita malu pulak,” rungut Hyuk sambil mengambil tempat di sebelah Soeys yang turut menyoal siasat Kiela.
Hyuk baru sahaja hendak menanyakan soalan kepada Kiela tetapi Soeys terlebih dahulu menepuk tangan. “Congratulation… congratulation… congratulation… lation..lation….” Mereka berlima turut mengikut Soeys.
“Bam babam bam bam…” sambung Hyuk.
Kiela menundukkan kepalanya sambil menyembunyikan senyumannya. Soeys memeluk bahu Kiela sambil tersenyum.
Dua hari kemudian,
Pukul 6.45 petang VIXX sedang bersiap di belakang pentas. Keadaan di dewan itu sudah penuh dengan para Starlight yang tidak henti-henti bersorak. Hari ini merupakan ulangtahun VIXX yang pertama dan VIXX membuat special event dengan starlight iaitu 1st Anniversary Party.
Mereka sudah bersiap dengan pakaian masing-masing. Mereka nampaknya sudah bersedia untuk naik ke pentas dan berjumpa dengan Starlight.
“Ready?”
N, Leo, Ken, Ravi, Hongbin dan Hyuk mengangguk kemudian staff memberi isyarat dan mereka mula keluar dari backstage dan naik ke pentas. Sorakan para peminat kedengaran menggegar satu dewan tersebut. Mereka membuat formal greeting dan memulakan event pada malam itu.
Di dorm,
Soeys dan Kiela tinggal di dorm kerana mereka tidak mengikut VIXX menyambut ulangtahun mereka bersama Starlight. Sebenarnya Soeys dan Kiela ada rancangan sendiri yang tidak diberitahu kepada VIXX. Mereka merahsiakan daripada VIXX kerana mahu memberi kejutan.
“Kiela tolong pasang ni kat sana,” kata Soeys sambil menyerahkan reben yang telah diikat kemas kepada Kiela. Kiela tidak membantah dan mengikut sahaja.
“Unnie tiup belon biar Kiela yang ikat,” kata Kiela.
Soeys terus mengambil sepaket belon dan mula meniupnya satu persatu. Setelah selesai Kiela mengambil dan menggantungnya di tempat yang berpatutan.
Sedang mereka mentatariaskan dorm ketika itu loceng pintu berbunyi. Soeys terus berjalan menuju ke pintu lalu membukanya. Seorang lelaki muncul sambil memegang satu kotak yang sederhana besar.
“Gomawo,” ucap Soeys.
Soeys membawa kotak itu ke dapur lalu membukanya. “Wahh.. cantiknya…” ucap Soeys sambil memandang isi kotak itu dengan senyuman lebar. Kiela berjalan menghampiri Soeys dan bersama-sama melihat isi kotak itu.
“Okeyh, kita ambil krim sikit nak tulis kat atas tu,”
Kiela terus berjalan ke rak dan mengambil bekas krim yang diminta Soeys lalu menyerahkannya. “Nak tulis apa?”
“Suka hati unnie,”
Soeys mula menekan krim tersebut dan mengukir sesuatu atau lebih tepat menulis menggunakan krim itu. Setelah selesai dia menutup kembali kotak itu dan membiarkannya di atas meja. Mereka kembali ke ruang tamu dan menyambung kerja-kerja yang bersisa.
Pukul 10 malam barulah VIXX pulang ke dorm setelah bersama dengan Starlight selama dua jam lebih. Walaupun badan mereka agak penat tetapi mereka mendapat memori yang sangat indah bersama peminat-peminat mereka.
“Agak-agak Soeys dengan Kiela dah tidur ke?” Tanya N sambil memasukkan password di kunci pintu dorm.
“Dah kot. Senyap je,” balas Ravi.
Sebaik sahaja pintu dibuka, suasana dorm mereka gelap gelita tanpa lampu. N menapak ke belakang dan membiarkan Ken dan Hyuk melangkah dahulu.
“Kenapa gelap je? Elektrik tak ada ke?” Tanya Hongbin sambil mencari suis lampu.
Tiba-tiba mereka semua terhenti apabila nampak satu cahaya dari dapur berjalan menuju ke ruang tamu. Mereka memicing anak mata tetapi berhati-hati.
“Saengil chukahamnida… saengil chukahamnida… saranghaneun Bikseu oppa… saengil chukkahamnida!” Soeys menyanyi sambil menepuk tangan di sisi Kiela yang sedang memegang kek yang dinyalakan lilin di tengahnya.
Mereka berenam menarik nafas lega lalu turut mengikut Soeys menyanyi. Selepas habis menyanyi Kiela menghulurkan kek itu kepada mereka semua dan mereka meniup lilin itu bersama-sama kemudian menepuk tangan. Lampu dibuka oleh manager dan sekali kejutan buat VIXX.
“Happy birthday VIXX!” Kata Soeys sambil mendepakan tangannya sambil menunjuk banner yang tergantung di dinding dorm.
“Bila kau orang buat semua ni?” Tanya N.
Mereka yang lain mengangguk setuju dan memandang dorm mereka yang sudah terhias cantik itu. Beberapa biji belon perlbagai warna digantung dan diikat cantik di setiap penjuru ruang tamu itu. Banner besar tertulis ‘Happy 1st anniversary VIXX’ terbentang. Soeys tersenyum lalu merangkul leher Kiela. “Masa oppa pergi fanmeetinglah,”
“Thank you my donsaeng, you two so sweet,” kata N sambil memeluk Soeys dan Kiela serentak.
“Eherm! Peluk Soeys sudah lah,” kata Leo perlahan lalu menarik tangan Kiela.
Mereka yang lain hanya ketawa melihat gelagat Leo dan Kiela. “Leo oppa jealous,” ucap Soeys sambil menjelirkan lidah kepada Leo.
“Hey, how dare you stick your tongue to me,” marah Leo.
Soeys terus bersembunyi di belakang N sambil ketawa. “Calm down oppa,”
“Ehey! Sudahlah tu bergaduh. Perut saya dah buat tarian Wolf ni,” kata Hyuk sambil mengusap perutnya.
“Keureu oolf naega oolf awuuuu~~” Hongbin dan Soeys menari dan menyanyi lagu Wolf serentak. Kemudian mereka ketawa sambil berhigh 5.
“Yeah! Cepat potong kek,” Soeys mencapai pisau memotong kek lalu menyerahkannya kepada N. Mereka beramai-ramai memotong kek itu.
Kiela sempat mencapai kamera DSLR Hongbin dan mengambil gambar mereka. Selepas berposing masing-masing mengambil pinggan polisterin yang sudah tersedia lalu mengambil bahagian kek masing-masing.
Sedang mereka sibuk makan dan berborak loceng dorm berbunyi. Soeys pantas melangkah dan membuka pintu. Apabila pintu dibuka dia tersenyum lebar.
“In Guk oppa, Brian oppa dan Jin Tae oppa masuklah,” pelawa Soeys.
“Party dah mula ke? Maaflah kami terlambat,” ucap Inguk sambil tersenyum kepada mereka semua.
“Jemput makan hyung,” kata N sambil membawa Inguk, Brian dan Verbal Jint ke meja makan.
Mereka terus menikmati party mini yang diadakan sempena ulangtahun pertama VIXX pada 24 May 2013. Setengah jam kemudian Inguk, Brian dan Verbal Jint meminta diri kerana ada kerja lain yang perlu diselesaikan.
“Terima kasih atas makanan itu. Sedap. Nanti kalau masak bagilah kat oppa sekali,” kata Brian.
“Haha. Nae!”
Inguk dan Brian menggosok perlahan kepala Soeys dan Kiela sebelum beredar lalu menunduk hormat kepada mereka dan melangkah pergi.
“A very thank you to our donsaeng yang susah payah buat semua ni untuk kita,” ucap N sambil menepuk tangan. Yang lain turut mengikut.
“Aey~ tak susah mana punlah,” balas Soeys sambil mengibas tangannya.
N merangkul leher Soeys lalu mencium pipinya. Mereka hanya tersenyum melihat kemesraan mereka berdua. Hongbin mengalihkan pandangannya memandang ke arah lain. “Aish. Nak bersweet-sweet tempat lainlah. Ada budak bawah umur kat sini,” kata Hyuk.
“Haha. Mian,” ucap N sambil ketawa.
Sementara itu,
Leo makan makanan yang ada tanpa menghiraukan sesiapa. Kemudian Kiela datang dan duduk di sebelahnya. “Do you want some?” Leo menghulurkan secubit isi ayam kepada Kiela. Kiela mengangakan mulut lalu mengunyah isi ayam itu.
“Congratulation on your first anniversary,” ucap Kiela.
“Gomawo,” balas Leo lalu menggenggam tangan Kiela.
Dia cuba mendekatkan wajahnya ke wajah Kiela tetapi terbantut apabila Hyuk memanggilnya. Dia cepat-cepat menarik wajahnya dan memandang Hyuk dengan pandangan tajam. Kiela hanya tergelak kecil melihat Leo.
“Jom main game,” panggil Hyuk.
“Game lagi? I don’t want,” balas Leo lalu menyuap lagi isi ayam ke dalam mulutnya.
Hyuk terus bangun bersama Ken dan menarik kedua-dua tangan Leo. Dia terpaksa bangun apabila ditarik. Dengan malas dia menuju ke tengah ruang tamu. Soeys memanggil Kiela dengan bahasa isyarat dan Kiela hanya menurut.
“Kita main game flower have bloomed okay?” Kata Ken.
Mereka semua mengangguk. “Siapa yang nak jadi tukang tangkap?” Tanya Soeys.
“Biar saya yang jadi tukang tangkap,” Leo menawarkan diri sambil mengangkat tangan.
“Okeyh,”
Mereka semua bergerak ke tempat masing-masing dan memandang Leo yang membelakangkan mereka.
“Flower have bloomed,” ucap Leo lalu memandang ke belakang.
Tiada sesiapa yang bergerak. Leo menoleh semula menghadap dinding. “ Flower have bloomed.” Dia memandang ke belakang dan melihat Ravi bergerak. Ravi terus sahaja berdiri sebelah Leo sambil menyelitkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking Leo. Permainan diteruskan lagi. Kali ini Hongbin pula yang tertangkap. Kemudian, Soeys. Hongbin terus sahaja menyelitkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking Soeys. Hongbin tersenyum nipis tanpa disedari oleh orang lain.
“ Flower have bloomed.” Leo memandang ke belakang dan melihat Hyuk dan N bergerak. N terus sahaja berdiri di sebelah Soeys dan menyelitkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking Soeys. Hyuk berdiri di sebelah N. Permainan diteruskan semula dan kali ini Leo melihat Kiela bergerak sedikit. “ Kiela..” Panggilnya perlahan dan lembut. Ken sahaja yang masih bertahan.
“ Flower have bloomed.” Ken terus berhenti. Apabila Leo memandang ke hadapan semula, dia mula bergerak menuju ke belakang Leo. “ Flower have bloomed.” Ken masih lagi tidak memutuskan ikatan jari kelingking Ravi dan Leo.
“ Flower have bloomed.” Ulang Leo untuk ketiga kalinya. Dia menoleh ke belakang dan melihat Ken, “ How many times I have to repeat? ” Ken hanya tersenyum sahaja. Pada masa yang sama, N menyuruh Kiela untuk bergerak menuju ke sebelah Leo dan mengepung Ken.
“ Flower have…..” Ken terus sahaja memutuskan ikatan jari Leo dan Ravi. Ken, Soeys, Kiela, Hyuk, N, Hongbin dan Ravi terus sahaja melarikan diri daripada Leo. Oleh kerana Hyuk mengacau laluannya tadi, Ken terus sahaja ditangkap oleh Leo.
“ Okay, sebagai hukumannya, buat Leo hyung gelak.” Kata Hyuk.
“ Not big problem..”
Soeys membuat muka. “ Show off,” kata Kiela perlahan. Mereka semua ketawa. Leo hanya tersenyum nipis. Ken pula membuat muka.
Manager VIXX memberikan Ken satu belon. Leo memandang ke belakang sementara Ken menyediakan belon tersebut. Setelah selesai, N memusingkan badan Leo. Muka Leo dihalang dengan sebuah buku. Sebaik sahaja buku itu dialihkan, Ken terus mendekatkan belon yang telah diisi dengan udara kepada wajah Leo. Angin dalan belon itu dilepaskan. Tanpa disengaja, ruang udara belon itu terkena di bibir Leo dan terus sahaja membuatkan Leo tergelak kecil sebelum menundukkan kepalanya. Bukan sahaja Leo, mereka semua turut tergelak. Kiela hanya menundukkan kepalanya.
“ Wow!! You did it, oppa.” Soeys berhigh five dengan Ken.
Leo bangun untuk menyerang Ken, namun dihalang oleh N dan Ravi. Leo memandang Kiela hanya masih lagi menundukkan kepalanya. “ Kiela.” Panggilnya dengan perlahan.
Kiela terus sahaja mengangkat wajahnya dan terus menutup mulutnya dengan kedua-dua tangannya. “ Mianhae.” Soeys masih lagi tersenyum menahan gelaknya, “ That’s really hilarious..” Leo memandangnya tajam, “ Soeys.”
“ Okay. Mianhae. I will stop.”
Selepas itu, mereka semua memasuki bilik masing-masing dan terus berehat. VIXX membersihkan badan mereka sebelum masing-masing terlena kerana kepenatan hari itu.
To be continued...
No comments:
Post a Comment