My Oppa My Love ~ Chapter 32



            Awal-awal pagi lagi VIXX telah dipanggil dan disuruh berkumpul di depan dorm mereka termasuk Soeys dan Kiela. Manager mereka memberikan arahan.

            “Setelah penat kamu semua berkerja dalam mempromosikan album baru. Sekarang saya dan CEO-nim dah bersetuju untuk berikan kamu cuti,” terang manager.

            “Bercuti?” Soal Ravi, Ken, N dan Hyuk serentak.

            “Ya. Kamu akan pergi vacation,”

Serentak itu mereka semua menepuk dengan gembira. Tiba-tiba staff yang berada di situ melambungkan segugus kunci kepada Ken.

            “Itu kunci kereta dan kamu semua akan pergi sendiri tanpa saya,” jelas manager.

            “Jinja?!” Soal Hongbin.

Manager hanya mengangguk. “Sekarang boleh berkemas dan pergi naik kereta yang telah disediakan,”
Mereka masuk semula ke dalam dorm untuk mengambil apa yang berlu dibawa dan keluar semula. Mereka terus berjalan menuju ke arah sebuah kereta mpv hitam dan mula masuk seorang demi seorang. Di bahagian belakang Leo, Kiela dan Ravi. Di tengah pula Soeys, Hongbin dan Hyuk. N duduk di sebelah tempat duduk pemandu dan Ken yang memandu kereta.

            “Ken oppa ada lesen memandu? Tak pernah tahu pun,” ucap Soeys.

Ken hanya mengangguk sambil tersenyum dan terus memasang enjin kereta lalu kereta terus bergerak perlahan-lahan.

            “Kita nak pergi mana ni?” Tanya Hyuk.

Tiba-tiba N ternampak satu sampul surat berwarna biru di bumbung kereta lalu mengambil dan membukanya. “Vacation kita dekat Jungdongjin,”

            “Saya tahu pantai tu,” kata Leo dari belakang.

Ken terus memandu kereta menuju ke destinasi mereka meninggalkan Seoul. Sepanjang perjalanan ahli VIXX terus bersembang sesama mereka manakala Soeys seperti biasa akan terlelap kalau naik kereta. Kiela sedang berbual dengan Leo.

Pukul 4 pagi barulah mereka sampai di destinasi. Hongbin mengejutkan Soeys yang masih tidur, dengan mamai dia bangun dibantu oleh Hongbin.

            “Hiargh!” Hyuk merenggangkan otot-otot yang sudah agak kejang.

Masing-masing mengambil udara pagi di situ. Sementara menunggu matahari terbit, mereka singgah di kedai yang ada di situ untuk membeli barang-barang.

            “Apa kata kita main mercun,” cadang Soeys.

            “Mercun? Kedai ini ada jual mercun ke?” Tanya Hongbin sambil berjalan masuk ke dalam kedai itu.

            Mereka masuk untuk mencari mercun dan bunga api. Nasib mereka agak baik kerana kedai itu ada menjual perlbagai jenis mercun. Mereka memilih mercun untuk dimain pada pagi itu. Setelah selesai mereka keluar dan menuju ke pantai semula dan mula bermain mercun.

2 jam kemudian, matahari mula terbit dan mereka mengambil peluang itu untuk menikmati suasana matahari terbit. N juga mengambil kesempatan itu untuk bergambar bersama Soeys.

            “Ah.. Matahari dah terbit pun oppa masih nampak gelap,” rungut N sebaik melihat gambar mereka.

            “Dah handsomelah tu. Nanti kita photoshoplah,” balas Soeys membuat lawak. N mencubit hidung Soeys lalu Soeys melarikan diri dan menuju ke arah Hongbin.

            “Nak ambil gambar,” pinta Soeys. Hongbin hanya mengangguk sambil tersenyum.

3 jam kemudian,
            Selepas bersarapan pagi, mereka kembali ke pantai untuk bermain di sana. Mereka bermandi manda sambil bergurau senda. Soeys, Hongbin, N, Ken dan Hyuk membuat istana pasir yang besar bersama-sama dan secara tiba-tiba Ravi datang berlari ke arah mereka dan terus meruntuhkan istana pasir itu.

            “YAH!!” Jerit mereka serentak lalu terus menyerang Ravi. Ravi dibuli di situ dan mereka membaringkan Ravi dan menanam Ravi di dalam pasir sebagai hukumannya.

            Leo dan Kiela mengambil kesempatan itu untuk berjalan-jalan di gigi pantai. Mereka berborak kosong dan sekali sekala Leo akan memercikkan air laut kepada Kiela dan Kiela membalas perbuatan itu sekejap sahaja mereka sudah berkejaran.

Dari satu sudut, lima pasang mata memerhatikan mereka di sebalik batu besar yang ada di pantai itu. Pandangan yang tajam lebih tertumpu kepada Kiela dan Soeys. Mereka terus memerhatikan mereka.

Beberapa minit kemudian,
            “Hauslah pulak. Nak pergi beli air kejap,” kata Soeys sambil berjalan meninggalkan pantai.

            “Nak oppa temankan?” Tanya N. Soeys hanya menggeleng.

Melihat Soeys hendak pergi ke kedai, Kiela menghampirinya untuk meng-order air juga. “Unnie, air twister,” kata Kiela.

            “Ikut unnie,” Soeys terus merangkul leher Kiela dan menariknya pergi ke kedai itu. Kiela terpaksa mengikut.

Mereka masuk ke kedai dan membeli beberapa jenis air, selepas membayar mereka keluar dari kedai itu. Saat mereka keluar, mereka terserempak dengan lima orang perempuan yang sedang memandang tajam ke arah mereka. Soeys menggenggam tangan Kiela dan melangkah tetapi jalannya dihalang oleh mereka berlima.

            “Excuse me?”

Mereka terus merenung Soeys dan Kiela dengan tajam. “Ikut kami.” Mereka menarik tangan Soeys dan Kiela serentak menyebabkan plastic air yang dipegang Soeys terjatuh.

            “Let we go!” Jerit Soeys dan Kiela serentak sambil meronta. Pegangan mereka berlima semakin kuat. Terasa takut mereka dapat melepaskan diri, dua orang dari mereka menutup mulut Soeys dan Kiela dengan sehelai sapu tangan yang telah diletak chloroform. Soeys dan Kiela mula khayal dan tidak sedarkan diri.

Sementara itu,
            “Eh? Soeys tak balik lagi ke dari kedai tu?” Tanya Hongbin.

            “Kiela pun,” ucap Leo.

Ravi, Ken, Hyuk dan N berhenti bermain dan berkumpul di pantai. Mereka meliarkan pandangan di seluruh kawasan pantai itu namun tidak kelihatan kelibat Soeys dan Kiela.

            “Kita cari kat kedai,” ucap N sambil melangkah ke kedai itu. Yang lain mengikut sahaja.

Apabila sampai di hadapan kedai, mereka lihat plastic minuman bersepah di situ. Tiba-tiba N rasa tidak sedap hati. Begitu juga mereka yang lain.

Sementara itu di sebuah rumah kosong di kawasan hutan,
            Soeys dan Kiela yang masih tidak menyedarkan diri diikat bersama dan diletakkan di lantai. Salah seorang daripada mereka berlima menghampiri Kiela dan Soeys dan menampar pipi mereka dengan kuat. Akibat itu, mereka terjaga. Mereka dapat lihat tujuh orang perempuan berada di hadapannya.

            “Tak guna kau!” Sumpah Soeys.

            “Habis kau je yang berguna?” Soal seorang lagi sambil tersenyum sinis.

Seorang lagi mara kepada mereka dan terus menampar Kiela dengan kuat. “You bitch!” Sumpah Soeys lagi.

            “No. You are bitch!” balasnya lalu menampar pipi Soeys dengan kuat.

            “What do you want?” Tanya Kiela perlahan.

Perempuan yang kelima merapatkan wajahnya ke wajah Kiela. “Aku menyampah tengok kau orang dekat dengan VIXX. Jadi kami nak jauhkan kau orang,”

            “Jadi kau peminat fanatic VIXX yang tahap dengki dia paras tinggilah,” kata Soeys.

Satu penumbuk hinggap di pipi Soeys dan menyebabkan bibirnya berdarah. Dia menahan geram lalu meludah darah dari bibirnya ke muka perempuan yang menumbuknya lalu tersenyum sinis.

            “Kami jugak tahu yang kau!” Perempuan yang memakai baju kuning menarik rambut Soeys dengan kuat. “Couple dengan N kan?!”

            “Kau pulak…” Seorang lagi yang memakai baju pink mencengkam dagu Kiela. “Couple dengan Leo oppa. I wonder, ubat guna-guna apa yang kau dah bagi dekat Leo supaya jatuh cinta dekat kau,” dia menolak wajah Kiela dengan kasar.

            “So what?! Kau orang dengki?”

            “Yes!” Balas mereka serentak.

Soeys tersenyum sinis. “You should jealous,”

            Perempuan yang berbaju kuning itu melepaskan penumbuk ke bahagian abdomen Soeys menyebabkan Soeys mengerang kesakitan. “Unnie!” Jerit Kiela.

            “You shut up!” Perempuan yang berbaju pink itu menampar pipi Kiela.

            “F**k you!!” Soeys menendang perempuan di hadapannya dengan kuat sehingga dia terpelanting ke belakang. Dia juga menyepak kaki perempuan yang berada di hadapan Kiela.

            Dua orang lagi terus menyerang Soeys dengan menampar dan menumbuk Soeys bertubi-tubi mereka juga menarik rambut Soeys. “Please stop,” rayu Kiela.

            Mereka tidak menghiraukan rayuan Kiela malah mereka turut membelasah Kiela di situ tanpa belas kasihan.

Sementara itu,
            VIXX bertanya kepada pemilik kedai itu sama ada ternampak Soeys dan Kiela atau tidak tetapi jawapan yang mengecewakan. Tiba-tiba Hyuk menjerit dari luar kedai dan mereka terus menuju ke arah Hyuk.

            “This,” Hyuk menghulurkan sebuah telefon bimbit kepada mereka.

            “Bawa mereka ke sebuah rumah kosong di hutan ini. Kami tunggu di sini,” N membaca mesej yang tertera di telefon bimbit itu.

            “Saya syak Soeys dan Kiela kena culik,” kata Ravi. Mereka mengangguk.

            “Lebih baik kita lapor kepada polis dulu,”

Mereka terus berjalan meninggalkan tempat itu dan menuju ke balai polis berdekatan untuk melaporkan tentang penculikan Soeys dan Kiela serta menunjukkan telefon bimbit itu kepada pihak polis.

Sementara itu,
            Keadaan Soeys dan Kiela semakin lemah apabila dibelasah oleh tujuh orang perempuan itu. Darah mengalir keluar dari mulut, hidung dan kepala mereka. Muka, tangan dan badan mereka sudah lebam-lebam.

            “Lain kali jangan cari pasal dengan kami,” ucap seorang perempuan yang memakai skirt pendek.

            “Siapa yang cari pasal dengan siapa huh?” Tanya Soeys perlahan.

            “Menjawab!” Serentak itu satu sepakan melayang mengenai muka Soeys.

Kepala Soeys berpaling dan dia semakin lemah menahan kesakitan. Tiba-tiba kepalanya terlentok dan matanya terpejam. Kiela cemas apabila Soeys sudah tidak bergerak.

            “Unnie. What happened to you? Unnie! Answer me!” Kata Kiela dengan cemas sambil menolak badan Soeys namun tiada reaksi.

            “Dah mampus ke budak ni?” Seorang lagi datang menarik rambut Soeys dengan kuat.

Mata Soeys masih terpejam. Nafasnya semakin perlahan. “Baguslah kalau dah mampus,”

            Air mata Kiela mengalir deras melihat keadaan kakaknya. “Bitch! What you have done to my unnie?!!” Jerit Kiela.

            “Kau diam!” Satu penampar hinggap di pipi Kiela buat yang entah ke berapa kali.

            “Tolong lepaskan kami. Saya akan buat apa sahaja asal kau orang jangan buat kami macam ni,” rayu Kiela.

            “Kami nak kau orang putuskan hubungan korang dengan N dan Leo lepas tu jauhkan diri dari VIXX dan jangan muncul dalam hidup mereka lagi!” Balas perempuan yang paling kecil itu.

            “I won’t!”

Mereka memandang Kiela dengan pandangan yang tajam. “Well, kau pilihlah. Kami bagi kau orang masa 1 jam untuk berfikir tentang itu. Pilihan pertama, keluar dari hidup VIXX. Pilihan kedua, kami yang bawak kau orang keluar dari hidup dia orang. Kau fahamkan apa yang kami cakap ni?”

            Kiela mengetap giginya mendengar pilihan yang diberikan oleh mereka. “Ingat. Satu jam. Think wisely,” ucap seorang yang berbaju coklat. Kemudian mereka semua keluar dari bilik itu dan duduk di luar. Sebelum keluar, mereka sempat mengunci pintu dan tingkap supaya Soeys dan Kiela tidak dapat melarikan diri.

            Selepas mereka keluar, Kiela terus memanggil kakaknya sambil menolak badan Soeys. Perlahan-lahan Soeys membuka matanya dan menggenggam perlahan tangan Kiela.

            “Unnie masih hidup…” ucap Kiela perlahan sambil menarik nafas lega.

            “Habis kau ingat aku dah mati ke huh? How dare you,” balas Soeys.

Kiela hanya menggeleng sejurus mendiamkan diri. “Aku bosan dan menyampah tengok muka dia orang yang macam beruk tak dapat pisang tu. Sebab tu aku buat-buat pengsan lagipun dapat rehatkan diri juga,” terang Soeys. Kiela merengus perlahan. Masak benar dia dengan perangai kakaknya itu.

            “Dia orang akan balik dalam masa satu jam. Jadi kita lepaskan diri dulu,” ucap Soeys mula serius.

            “Tapi ikatan ni kuat,” balas Kiela sambil menggerak-gerakkan tangannya.

Soeys berfikir sejenak kemudian dia ternampak gunting yang terselit di sebuah almari di tepi mereka. Dia memanjangkan kakinya untuk mencapai gunting itu. Setelah lima kali percubaan barulah dia dapat mencapai gunting itu. Dengan pantas dia menggunting tali yang mengikat tangan mereka.

            “Lega. Nak cramp tangan aku,” kata Soeys sambil menggosok-gosok tangannya. Begitu juga dengan Kiela.

            “Kita nak lari ke?” Tanya Kiela.

            “Kita takkan lari sebelum aku balas dendam,”

Kiela mengangkat sebelah keningnya memandang Soeys. Dia tahu apa yang difikirkan oleh Soeys dan mengangguk perlahan. Kemudian Soeys terus memeluk Kiela. “Sian adik unnie kena belasah teruk sampai macam ni. Habis berdarah-darah ni. Dia orang takkan terlepaslah,”

            Kiela memandang Soeys dan mengeluh perlahan. Tiba-tiba mereka mendengar pintu bilik hendak dibuka. Soeys cepat-cepat menyorok gunting dan menyuruh Kiela berlakon seolah-olah mereka masih diikat. Pintu dibuka dan tiga orang perempuan berdiri di muka pintu.

            “Aku fikir kau dah mampus tadi tapi hidup lagi kau ye,”

Soeys hanya memberikan senyuman sinis dan memandang tajam perempuan itu. “Sebelum aku mati aku pastikan kau mati dululah,” balas Soeys tanpa gentar.

            Perempuan itu terus mara untuk menyerang Soeys lagi tetapi Soeys pantas menghulurkan kakinya dan menyepak kaki perempuan itu sehingga dia mencium lantai bilik itu. “Shit!” Sumpahnya lalu bangun semula. Semasa hendak bangun, Soeys pantas memberikan tendangan padu ke muka perempuan itu sehingga bibirnya pecah.

            Seorang lagi mara ke hadapan. Kali ini Soeys bangun dan terus menumbuk muka perempuan itu, tidak cukup lagi dia menarik rambut perempuan itu dan menghempaskan mukanya ke lututnya. Perempuan itu menjerit nyaring, rasanya hidungnya dah patah.

            “Kau orang dah terlepas,” kata mereka yang empat orang lagi yang baru masuk bilik itu.

            “Bukan susah sangat nak bukak ikatan budak-budak ni,” balas Soeys sambil mengelap darah di bibirnya.

            Mereka berempat terus mara dan hendak menyerang Soeys. Soeys terus mengelak dan membelasah mereka satu persatu. Dua orang lagi datang menyerang Kiela juga. Kiela pantas mengelak dan menumbuk dan menendang mereka. Pergaduhan besar terjadi antara mereka. Dua lawan tujuh. Kelihatan seperti kemenangan tidak akan berpihak kepada Soeys dan Kiela kerana mereka berlawan dengan tujuh orang ditambah dengan keadaan mereka yang agak lemah selepas dibelasah tadi. Tetapi semangat mereka tidak mudah dipecahkan.

            Setengah jam kemudian, masing-masing sudah kelihatan lemah untuk berlawan lagi. Empat orang daripada mereka sudah terbaring lemah disitu tanpa mampu untuk bangun. Lagi tiga orang masih lagi mahu berlawan. Tetapi lutut Kiela sudah semakin lemah dan dia hampir terjatuh.

            “Kiela, are you okay?” Kiela hanya mengangguk.

Tiga orang itu tersenyum sinis memandang Kiela kerana mereka fikir senang untuk menyerang Kiela yang sudah lemah itu. Mereka terus mara hendak menyerang Kiela. Soeys tahu yang mereka akan menyerang Kiela jadi dia terus berdiri di hadapan Kiela.

            “Sebelum kau jatuhkan Kiela, lalui aku dulu.” Kata Soeys terus melayangkan penyepaknya kepada seorang yang berambut panjang itu. Dia jatuh tersembam di lantai.

            “Berdiri belakang unnie,” arah Soeys kepada Kiela.

Dua orang lagi datang menyerang Soeys. Satu penumbuk hinggap di pipi Soeys tetapi dia pantas menarik tangan perempuan itu dan menyebamkannya di lantai dan Soeys terus memijak tangannya sehingga mengeluarkan bunyi seperti tulang patah. “Serve that!”

            “Tak guna!” Dua orang lagi datang menyerang Soeys. Mereka sempat menyepak perut Soeys dengan kuat sehingga dia ke belakang. Kemudian mereka menyerang Kiela pula. Dengan pantas Soeys bangun dan membuat perkara yang sama kepada mereka berdua. Tumbukan terkena pada mereka dan menyebabkan mereka terkebelakang serentak. Seorang dari perempuan itu terhantuk pada almari dan tidak sedarkan diri.

            Melihat musuh mereka sudah terbaring. Soeys menarik melepaskan nafas kepenatan dan terus terduduk. Pandangannya semakin kabur akibat kehilangan banyak tenaga selepas bertarung dengan mereka. Kiela terus menghampirinya dan memeluknya. Oleh kerana sangat lemah, mata Kiela terpejam dan dia terus pengsan. “N oppa....” bisik Soeys. Matanya juga perlahan-lahan terpejam.


            “Soeys! Kiela!” Soeys dapat dengar namanya dan nama Kiela dipanggil dan dia sangat kenal dengan suara itu. Dia tersenyum nipis sebelum terus pengsan.

To be continued...

No comments: