My Oppa My Love ~ Chapter 33



Di hospital,
            Hongbin terus menatap wajah Soeys. Kepalanya berbalut dengan kain putih manakala mukanya penuh kesan lebam dan luka. Perlahan-lahan dia menyentuh bibir Soeys yang luka itu.

            “Mianhae sebab tak dapat jaga Soeys dengan baik,”

Terasa bibirnya yang perit itu disentuh, perlahan-lahan Soeys membuka mata dan terdengar kata-kata Hongbin tadi. “It’s not your fault oppa,”

            Hongbin agak terkejut kemudian dia tersenyum nipis. Dia mencapai tangan Soeys lalu digenggamnya. Terasa satu perasaan yang kuat mengalir dalam dirinya. Soeys terdiam saat Hongbin meletakkan tangannya di pipinya.

            “Nak apa-apa?” Tanya Hongbin.

Soeys menggeleng. “Mana N oppa?” Hongbin mengeluh perlahan tanpa pengetahuan Soeys.

            “N hyung pergi balai polis selesaikan kes ni,”

Soeys mengangguk. “How’s Kiela?”

            “Dia okay. Ada dekat wad sebelah. Leo hyung jagakan dia,”

Soeys terasa sedikit pening lalu memegang kepalanya yang berbalut itu. “Are you okay?”

            “Tidurlah balik. Kepala tu tak okay lagi,” ucap Hongbin sambil membaringkan Soeys.

Soeys berbaring dan memandang siling kemudian dia beralih kepada Hongbin. “Teman Soeys ye,”

            Hongbin terkaku kemudian perlahan-lahan dia mengangguk lalu tersenyum lebar. Dia bangun dan menarik selimut Soeys ke paras dada. Soeys memejamkan mata dan Hongbin kembali duduk dan terus memerhatikan Soeys.

            “It’s hard to say that I love you.” Dia mengeluh perlahan sebelum perlahan-lahan mengucup belakang tangan Soeys. Dia membelai wajah Soeys lembut dan perlahan.

Leo membelai rambut Kiela yang masih lagi tidak sedarkan diri. Matanya tidak lepas memandang wajah Kiela yang lebam dan luka-luka. Dia memandang dahi yang berbalut dengan kain putih. Dia menyentuh perlahan pipi Kiela. “ Mianhae. Oppa mungkir janji.”

Kiela perlahan-lahan membuka matanya. “ Oppa bangunkan Kiela ke? ” Tanyanya lembut. Tangannya menggengam erat tangan kekasihnya itu. Kiela hanya menggeleng perlahan.

            “ Mianhae. Oppa mungkir janji. Oppa tak dapat nak selamatkan Kiela. ”

Kiela menggeleng. “ It’s not your fault, oppa.” Leo mencium tangan Kiela yang digenggamnya. “ Unnie? ” Tanya Kiela.

            “ Soeys okay. Dia ada kat wad sebelah dengan Hongbin.” Leo memandang bibir Kiela yang pucat. Dia terus sahaja menuangkan air mineral ke dalam gelas yang terdapat di meja sebelah katil tersebut. Dia perlahan-lahan menaikkan sedikit kepala Kiela lalu didekatkan mulut gelas itu ke mulut Kiela. Tanpa banyak soal, Kiela meneguk perlahan-lahan air tersebut.

            “ Kiela sambung berehat.” Kiela memandangnya, “ Can you stay here? ” Leo mengangguk, “ I’ll always be here with you.”

Di balai polis,
N berurusan dengan pegawai polis yang menguruskan kes penculikan Soeys dan Kiela. Ken, Ravi dan Hyuk pula hanya melihat sahaja di kerusi yang disediakan di bilik tersebut.

            “ Saya serahkan semuanya kepada tuan. Saya harap mereka mendapat hukuman yang setimpalnya.”

            “ Baiklah. Terima kasih kerana memberi kerjasama kepada kami.” Pegawai polis itu terus sahaja berjabat tangan dengan N. Ken, Ravi dan Hyuk mendekati mereka berdua lalu berjabat tangan dengan pegawai polis itu.

Sebaik sahaja memasuki kereta, N terus memandang kawan-kawannya itu. “ Kita balik hari ni.”

            “ Soeys dengan Kiela macam mana? ”

            “ Kita discharged dia orang dari hospital hari ni. Lagipun CEO-nim yag minta kita pulang secepat mungkin.” Mereka semua mengangguk faham. Ken terus sahaja memandu kereta tersebut menuju ke hospital.

Di hospital,
N terus memberitahu Hongbin dan Soeys mengenai rancangannya itu. Apabila mereka mengangguk faham, dia terus sahaja menuju ke wad Kiela pula. Dia memberitahu perkara yang sama kepada Leo.

            “ Tapi dia orang kan masih lemah lagi.”

            “ Hyung tahu. Tapi CEO-nim yang suruh. Lagipun untuk keselamatan dia orang jugak.”

Leo memandang Kiela yang sedang terlena ketika itu. “ Hyung uruskan discharged dia orang.” N hanya mengangguk walaupun Leo tak dapat melihatnya. “ Nanti terus ke laluan belakang. Ken dan yang lain tunggu kat sana.”

Setelah N keluar daripada bilik tersebut, Leo membangunkan Kiela perlahan-lahan. Apabila melihat Kiela mula terjaga, dia memegang tangan Kiela. “ Kita kena pergi sekarang. CEO-nim suruh kita balik ke Seoul semula.” Kiela mengangguk perlahan.

Sebaik sahaja membuka pintu bilik itu, Leo terus sahaja memapah Kiela keluar dari bilik tersebut. Pada masa yang sama, Hongbin turut memapah Soeys keluar dari bilik wad bersebelahan dengan bilik wad Kiela.

            “ Sure Soeys nak berjalan ni? ” Tanya Hongbin risau. Soeys hanya mengangguk. Hongbin memandang Leo, “ Hyung rasa? ”

            “ Angkat dia orang,” kata Leo. Dia terus mengangkat Kiela ala bridal style. Hongbin turut mengikut sekali. Dia mengangkat Soeys ala bridal style dan terus menuju ke laluan belakang hospital itu bersama Leo dan Kiela.Oleh kerana kepalanya terasa pening lagi, dia terus memeluk erat leher Hongbin dan menyembamkan wajahnya di dada Hongbin lalu memejamkan matanya.

Di belakang hospital,
Ken, Hyuk dan Ravi sudah pun menunggu mereka di situ. Sebaik sahaja melihat kelibat, Leo, Hongbin, Soeys dan Kiela, Ravi terus sahaja membuka pintu kereta tersebut. N tiba tidak lama kemudian selepas Kiela dan Soeys memasuki kereta.

Dalam perjalanan, N sentiasa memusingkan badannya memandang Soeys yang terlena disamping Hongbin. Kiela pula terlena disamping Leo. N mengeluh perlahan, “ Sepatutnya, kita temankan mereka tadi. Kalau tak, mesti perkara ni tak berlaku.” Masing-masing hanya mengeluh dan mendiamkan diri.
Setelah beberapa jam menempuhi perjalanan pulang ke Seoul, akhirnya mereka sampai juga di hadapan bangunan dorm mereka. Manager VIXX sudah pun menunggu mereka di hadapan bangunan tersebut.

            “ Where’s the girls? ”

N membuka pintu kereta. Hyuk melangkah keluar. N terus membawa keluar Soeys lalu mengangkatnya. Leo keluar dari kereta tersebut sementara Ravi membantu Kiela untuk keluar dari kereta itu.

            “ Bawa mereka ke dalam dorm sekarang..” arah manager VIXX.

Kiela memandang Leo. Dia terus memeluk erat leher Leo dan menyembunyikan wajahnya di dada Leo. Leo memandangnya. “ It’s okay. You’re safe now,” katanya lembut dan perlahan.

N memandang wajah Soeys, “ Mianhae. Oppa patut pergi dengan Soeys. ” N memandang sayu wajah Soeys. “ Not your fault, oppa.”

Sebaik sahaja memasuki dorm mereka, Leo dan N terus membawa Kiela dan Soeys ke bilik mereka sebelum membaringkan mereka di katil masing-masing. Leo dan N terus sahaja keluar selepas manager mereka menyuruh mereka keluar dari bilik itu supaya Soeys dan Kiela dapat berehat semula.

CEO-nim terus sahaja memasuki dorm VIXX. Manager VIXX, dan juga VIXX berbaris dan terus memandang CEO-nim.

            “ Macam mana boleh berlaku macam ni? ” Tanya CEO-nim kepada VIXX.

            “ Sebenarnya…………….” N menceritakan segala-galanya dari mula. Ken, Hongbin, Ravi dan Hyuk ada menyampuk sedikit untuk memberitahu perkara yang tertinggal. Hanya Leo sahaja yang mendiamkan diri.

CEO-nim hanya mengangguk perlahan dan mengeluh. “ Can I see them? ” Mereka bertujuh mengangguk.

Sebaik sahaja memasuki bilik Soeys dan Kiela, dia hanya menggeleng perlahan. “ It’s suppose to be a vacation not a nightmare to them.” Kedengaran nada kekesalan dalam suara CEO-nim.  Mereka hanya mendiamkan diri sahaja.

Malam itu,
Soeys terjaga sebaik sahaja mendengar esakan tangisan seseorang dalam bilik itu. Dia memandang adiknya yang berada di katil tidak jauh daripadanya. Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke katil adiknya.

            “ Kiela.. Kiela..” Perlahan-lahan dia mengejutkan adiknya itu.

            “ Unnie..” Soeys mengangguk sahaja. “ Shhh.. Why you’re crying? ” Perlahan-lahan Kiela menggeleng. Dia pun tidak sedar yang dia menangis dalam tidur.

Pintu bilik dibuka, VIXX dan manager VIXX melangkah masuk ke dalam bilik itu. Leo terus mendekatkan dirinya kepada Kiela, “ Are you okay? ” Seperti tadi, Kiela mengangguk.

            “ Sure? ” Tanya manager VIXX. Ken menyentuh bahu managernya, “ She’s not okay.” Bisik Ken.

N mendekati Soeys. Leo masih lagi memandang Kiela. N memandang manager VIXX, “ How about all of us sleep together? Can we? ”

Manager VIXX memandang Ken, Hyuk, Hongbin dan Ravi yang mengangguk setuju. “ Well.. At living room, okay.”

VIXX mengangguk setuju. Ken, Ravi, Hongbin, Hyuk dan manager VIXX terus sahaja keluar dari bilik itu untuk menyediakan tempat tidur mereka di ruang tamu. N menyuruh Soeys untuk duduk di katilnya.

Setelah selesai, manager VIXX memanggil Leo, N, Soeys dan Kiela. N terus memapah Soeys ke ruang tamu. Begitu juga Leo. Di ruang tamu, Ken, Ravi, Hyuk dan Hongbin sudah pun berbaring di tempat masing-masing. Soeys dan Kiela berbaring bersebelahan. Leo berbaring di sebelah Kiela dan N berbaring di sebelah Soeys.

            “ Sleep well, guys..” kata manager VIXX sebelum masuk ke biliknya. Mereka semua mengangguk. Hyuk, Hongbin, Ravi dan Ken terus melelapkan mata mereka lalu terlena.

N mendekatkan dirinya dengan Soeys lalu memeluk erat pinggang Soeys. Dia memandang Soeys sebelum mengucup dahi Soeys yang berbalut kain putih. “ Sleep well, my love..” Soeys mengangguk sebelum kembali tidur dalam dakapan N.

Leo memandang Kiela. “ No need to worry.. I’ll be here with you..” Dia mendekatkan dirinya dengan Kiela lalu memeluk erat pinggang Kiela. Wajah Kiela berada hampir dengan dadanya. “ Don’t cry, okay..” Kiela hanya mengangguk perlahan.

Keesokan paginya,
Kepalanya berdenyut-denyut pagi itu. Sedang dia mengurut-urut sedikit kepalanya, sepasang tangan memegang tangannya dan terus memicit-micit perlahan kepalanya. Dia memandang seseorang yang sudah pun terjaga di hadapannya.

            “ Is it really hurt? ” Tanyanya perlahan kerana VIXX masih lagi tidak bangun dari tidur. Soeys hanya menggeleng. “ No more.. Much better now.. Gomawo, my donsaeng..” Kiela hanya mengangguk sebelum mencium kain putih yang berbalut di dahi kakaknya.  Soeys memandang sahaja sambil tersenyum nipis. Selepas itu, Kiela terus sahaja menyuruh kakaknya itu untuk sambung tidur. “ Sleep with me, okay.” Kiela mengangguk sebelum mendekatkan dirinya kepada kakaknya.

Kakaknya terus sahaja memeluk pinggangnya dan dia hanya membiarkan sahaja sebelum masing-masing kembali terlena semula.

Manager VIXX terus sahaja bangun lalu keluar dari biliknya. Apabila melihat VIXX, Soeys dan Kiela masih lagi belum bangun lagi, dia segera menghampiri mereka. Perlahan-lahan dia membangunkan VIXX tanpa niat untuk membangunkan Soeys dan Kiela yang nyenyak tidur.

VIXX bangun perlahan-lahan sebelum memandang manager mereka. “ Siapkan breakfast,” arah manager VIXX.

Mereka berenam mengangguk perlahan sebelum menuju ke ruang dapur untuk menyediakan sarapan pagi mereka. Manager VIXX membantu mengemas tempat tidur VIXX tanpa menganggu tidur Soeys dan Kiela sementara menunggu VIXX menyiapkan sarapan pagi.

30 minit kemudian, N menghampiri managernya, “ Semua dah siap, hyung.”

Manager VIXX hanya mengangguk. Leo menghampiri Kiela lalu membangunkannya. Begitu juga N. Dia membangunkan Soeys dengan perlahan-lahan.

Selepas sarapan pagi, Soeys dan Kiela terus sahaja memasuki bilik mereka untuk membersihkan diri. Satu jam kemudian, pintu bilik mereka dibuka. Hongbin dan Hyuk terus sahaja memasuki bilik tersebut dengan membawa peti pertolongan cemas.

            “ Manager hyung suruh oppa tukarkan bandage kepala Soeys dan Kiela,” kata Hongbin. Mereka berdua hanya mengangguk sahaja.

            “ Auch..” adu Soeys.  Hongbin terus menghembus perlahan tempat luka di dahi Soeys itu. “ Tahan sikit ya Soeys,” pujuknya lembut. Dia menyambung semula menyapu antiseptic di luka itu untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Pada masa yang sama, Hyuk perlahan-lahan membalut dahi Kiela dengan kain bandage. Setelah siap, dia memandang Kiela. “ Okay? Selesa tak? ” Kiela mengangguk perlahan.

            “ Kiela berehat dulu.. Nanti Leo hyung akan masuk..”

Hongbin terus sahaja membaringkan Soeys. Dia menyelimutkan Soeys sehingga ke paras dada. “ Berehat, okay.. Nanti lunch, N hyung akan masuk..” Soeys mengangguk, “ Gomawo, oppa.”

Hongbin hanya tersenyum sebelum berpaling ke arah Kiela, “ Kalau sakit, panggil oppa semua..” Kiela hanya mengangguk. Hongbin terus mengajak Hyuk keluar dari bilik itu.

To be continued...

No comments: