Tiga
minggu kemudian,
Dia
bangun dari tidur dan mendapati Kiela tiada di sisinya. Selepas menggeliat dan
membuat senaman ringan dia terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Sementara
itu,
Kiela dan Leo seperti biasa akan duduk di sofa sambil melayani fikiran
masing-masing. Kadang-kadang mereka ada berbual dan bergelak ketawa. N pula
sedang sibuk di dapur menyediakan sarapan pagi. Ravi masih tidak nampak mungkin
dia masih belum bangun dari tidur. Hyuk, Hongbin dan Ken masing-masing sedang
menonton sebuah video di ruang tamu menggunakan tab Ken.
Perutnya mula berbunyi menandakan dia sudah lapar, dia terus melangkah ke dapur
dan mendapati N sedang duduk menyediakan roti sebagai sarapan mereka pada pagi
itu. Dia tersenyum dan terus menuju ke arah N.
“Good morning oppa,” sapanya sambil terus memeluk leher N dan mencium pipinya.
“Morning..” balas N sepatah lalu menolak lembut tangan Soeys dari bahunya.
Kemudian dia bangun dan menuju ke sinki.
Soeys
memandang aneh ke arah N. Namun dia tidak mensyaki apa-apa dan terus duduk di
situ dan mengambil sekeping roti lalu disuakan ke mulutnya.
Setelah
siap, N tanpa berkata apa-apa terus mengangkat pinggan roti dan dua
balang jem menuju ke ruang tamu. Sekali lagi Soeys memandang N dengan pelik.
Dia langsung tidak meminta bantuannya apatah lagi bercakap dengannya.
“Period ke dia harini?” Bisik Soeys sambil menghabiskan rotinya dan turut
menuju ke ruang tamu.
Di ruang
tamu,
Semua kelihatan pelik pada pandangan Soeys pada hari itu. Mereka langsung tidak
bercakap mahupun bertegur sapa denganya. Masing-masing hanya membuat hal
sendiri. Beberapa minit kemudian, Ravi datang ke ruang tamu.
“Morning oppa. Strawberry atau Blueberry?” Tanya Soeys sambil memegang sekeping
roti dan pisau untuk menyapu jem.
Ravi hendak menjawab soalan Soeys itu tetapi dia dapat rasa ada beberapa pasang
mata menatapnya dengan tajam jadi dia tidak jadi menjawab soalan Soeys.
“Oppa boleh buat sendiri,” jawab Ravi lalu mengambil sekeping roti dan pisau
yang berada di tangan Soeys dan terus menyapu jem blueberry di rotinya. Selepas
itu, dia beredar tanpa mempedulikan Soeys.
Selepas bersarapan, VIXX masih tidak keluar dari dorm dan hanya melepak di situ
membuat hal masing-masing. Soeys masih lagi pelik. Mereka tiada schedule ke
hari ini? Tanpa berfikir banyak dia terus menanyakan hal itu kepada Ken.
Biasanya Ken akan selalu menjawab soalannya.
“Ken oppa. Tak ada schedule ke harini?”
“Kalau ada kenapa? Kalau tak ada kenapa?” Tanya Ken balik.
Soeys
tersentap dengan soalan Ken itu. Tetapi dia hanya mendiamkan diri dan mengawal
riak wajahnya. “Tak ada. Tanya sahaja,” dia tersenyum nipis dan berlalu.
Perkara itu terus berlanjutan sehingga ke tengah hari. Hari itu, VIXX tiada
schedule dan duduk di dorm sahaja. Tetapi yang anehnya, mereka langsung tidak
menghiraukan Soeys tetapi dengan Kiela mereka okay dan berlagak seperti biasa.
Mood Soeys mula menurun.
“Apa salah aku kat dia orang?” Tanyanya pada dirinya.
Kemudian
dia berlalu menuju ke bilik dan terperap sahaja. Sebaik Soeys masuk ke dalam
bilik, mereka semua berkumpul di ruang tamu.
“Kesian saya tengok dia hyung,” kata Hongbin sambil merenung pintu bilik Soeys.
N
meletakkan jari telunjuknya di bibir. Mereka yang lain hanya mendiamkan diri
sahaja. Hyuk hanya menahan gelak tetapi kepalanya ditujah oleh Kiela.
“What are you doing Kiela?” Tanya Hyuk sambil mengusap kepalanya.
“Kenapa gelakkan unnie?”
“Mianhae. I didn’t mean it,”
Leo
mengusap perlahan bahu Kiela untuk menenangkannya. “Ingat. Jangan kantoi. Nanti
kalau tak jadi macam Ken haritu siaplah,” pesan Leo dan mereka hanya mengangguk
faham kecuali Ken yang membuat mukanya. Selepas itu mereka kembali ke posisi
asal dan meneruskan agenda mereka.
Selepas makan tengah hari, mereka masih tidak melayan Soeys. Dia menuju ke sofa
dan duduk di sebelah Leo yang sedang membelek telefonnya.
“Oppa.
Kenapa dengan mereka hari ni? Soeys ada buat salah apa-apa ke?”
Leo
menjelingnya. “Kalau tak suka terus terang, jangan buat macam tu dan permainkan
perasaan orang,” ucap Leo lalu bangun meninggalkan Soeys di situ. Dia tersentap
dengan kata-kata Leo. “Mainkan perasaan? Apa maksud oppa?” Soeys bermonolog
sendirian.
Tiba-tiba
N lalu di hadapannya dan dia terus menggapai tangan N. “Oppa,”
Soeys menarik N supaya duduk di sebelahnya. Hongbin hanya sedang menonton
televisyen hanya memandang mereka dengan ekor mata kemudian mengeluh halus. Di
sebelah Soeys, N langsung tidak memandang Soeys.
“Oppa. Kenapa ni? Apa salah Soeys kat kau orang sampai kau orang layan Soeys
macam ni?” Tanya Soeys perlahan sambil menatap wajah N.
Perlahan-lahan N memandang Soeys kemudian mengeluh dan memandang ke hadapan
semula. Soeys masih lagi memandang N. “Siapa lelaki tu?”
“Lelaki tu?” Soeys pelik.
N
memandang wajah Soeys dengan tajam. “Jangan nak buat-buat tanyalah,”
“Apa oppa cakap ni?”
N
merengus kasar. “Soeys tak nak bagitahu oppa tak apalah,” ucap N lalu hendak
bangun dari situ tetapi dihalang oleh Soeys.
“Oppa, tolong bagitahu Soeys betul-betul. Soeys tak faham apa yang oppa cakap.
Terangkanlah betul-betul,”
N duduk balik dan memandang wajah Soeys yang sedang keliru itu. “Semalam Soeys
keluar dengan dia tak bagitahu oppa pun kan. Tak bagitahu pun nak pergi mana
dengan dia. Siapa dia?”
Soeys membuat muka terkejut dan menatap wajah N. Otaknya memproses mengingat
semula apa yang terjadi semalam.
“Dia classmate Soeys je oppa. Nama dia Chaejin. Kami keluar sebab nak beli
barang untuk projek sekolah yang cikgu pesan,” terang Soeys. Dia memberitahu
perkara yang betul.
“Kalau classmate kenapa rapat sangat? Mesra pulak tu,” N memandang Soeys
melalui ekor matanya.
“Mana ada kami rapat. Jap.. oppa stalk Soeys ye? Oppa tak percayakan Soeys?”
N menelan
air liurnya. *Janganlah cakap macam tu Soeys. Aigoo..* Dia mengawal riak mukanya
lalu mengeluh halus. “Ada orang cakap kat oppa tentang tu. Jadi betullah?”
“Betullah apa?”
N
memejamkan matanya dan menarik nafas dalam-dalam. “Soeys ada lelaki lain?”
Hendak gugur jantung Soeys mendengar kata-kata itu. Matanya terbuntang luas.
Mereka yang lain hanya menjadi pemerhati. Hongbin memandang Soeys dengan
pandangan yang sayu. Ken menepuk belakangnya.
“A…apa.. oppa cakap ni? Oppa tahu tak yang dia hanya classmate Soeys?! Kami
tak ada apa-apa pun! Kalau oppa tak percaya, oppa boleh tanya dia!” Suara Soeys
mula bergetar. Dia mengambil telefonnya tetapi dengan cepat N merampas telefon
itu.
“Kalau tanya dia mata-mati dia takkan mengaku tapi……” Soeys merenung perbuatan
N yang sedang menekan-nekan telefon bimbitnya.
“Ini apa Soeys? Ha?!” Suara N mula meninggi.
Soeys
menelan air liur dan perlahan-lahan mencapai telefon bimbit itu. Jantungnya
berdegup laju membaca mesej yang dihantar oleh Chaejin kepadanya. Satu mesej
yang penuh dengan ayat-ayat romantic yang biasanya akan dihantar kepada
pasangan kekasih. Tangannya menggigil membaca mesej itu.
“Ini tak betul oppa. Mungkin Chaejin tersalah hantar mesej,”
“Tersalah hantar mesej? Ini, ada nama Soeys kat situ. Ada lagi ke perempuan
yang bernama Soeys?”
Soeys mengetap bibirnya sambil menundukkan wajahnya. “Oppa, tolonglah percaya
yang kami tak ada apa-apa,”
“Sudahlah Soeys. Kalau Soeys tak suka oppa, Soeys boleh cakap dari awal lagi.
Dan kalau dia lagi bagus dari oppa Soeys boleh pilih dia. Oppa tak kisah. Tapi
jangan mainkan perasaan oppa,” kata N.
“Oppa cakap apa ni ha?!” Suara Soeys mula meninggi.
N menatap
wajah Soeys agak lama tetapi kemudian dia melarikan pandangannya. Agak lama dia
mendiamkan diri tanpa memandang Soeys.
“Apa hyung buat tu? Cepatlah cakap,” bisik Hyuk.
“Mungkin susah nak cakap,” balas Ravi.
Hongbin
mengetap giginya sambil mengepal penumbuk. Leo dan Kiela terus menjadi
pemerhati. Ken pula hanya mendiamkan diri dan melihat mereka berdua sesekali
dia menoleh ke arah Hongbin dan menepuk perlahan bahunya.
“Soeys…” Akhirnya N memandang Soeys. “Kalau dia boleh bawa kebahagiaan kepada
Soeys lebih dari oppa, tak apalah. Oppa boleh lepaskan Soeys demi kebahagiaan
Soeys. Oppa tak nak jadi penghalang kepada kamu berdua. Jadi, mulai harini kita
putus….” Ucap N lalu bangun dan berdiri.
Soeys bagaikan terkena petir. Jantungnya seakan berhenti apabila mendengar
kata-kata N itu. Dia tidak sempat membela diri dan bercakap lebih lagi n sudah
membuat keputusan seperti itu. Dia kemudian memandang N yang sedang berdiri
membelakangkannya. “N oppa…” Dia cuba mencapai tangan N tetapi N pantas
menepisnya. Lutut Soeys mula goyah dan dia terduduk semula.
“Hyung, janganlah buat keputusan macam ni,” ucap Ravi yang datang bersama
Hongbin, Ken, Hyuk, Kiela dan Leo.
Kiela terus duduk di sebelah Soeys dan menggenggam tangan kakaknya. Hongbin
memandang sekilas ke arah Soeys lalu mengalihkan pandangannya. Tidak sanggup
dia melihat wajah Soeys yang sedang bersedih itu.
“Kita bincang baik-baik dulu hyung,” kata Hyuk pula.
“Tak ada apa yang hendak dibincang. Semuanya dah jelas,” balas N.
“Tolonglah percaya oppa. Kami tak ada apa-apa,” Soeys masih cuba membelanya
dirinya. Kolam matanya sudah bergenang.
“It’s over Soeys,” balas N lalu memandang Soeys sekilas kemudian dia berlalu
dari situ.
“Hyung, sabarlah dulu,” panggil Hyuk lalu mengikut N.
Soeys
terduduk semula. Air matanya mula mengalir perlahan-lahan lalu menitik di atas
pehanya. Mereka semua terkejut melihat air mata Soeys itu.
Hongbin mengambil tempat di sebelah kiri Soeys dan memandangnnya sayu. Soeys
masih lagi menunduk dan menitiskan air mata. Kiela yang sedang mengusap
perlahan belakang Soeys memandang tajam ke arah Ken dan Ravi lalu menggeleng.
Melihat bahu Soeys terhenjut-henjut dengan laju, Hongbin menarik Soeys ke dalam
pelukannya.
“Sabar Soeys,” ucapnya sambil mengusap perlahan bahu Soeys.
Ken hanya
tersenyum nipis memandang Hongbin tanpa pengetahuan sesiapa. Kiela kemudian
bangun dan berdiri di sebelah Leo dan memandang Ken dan Ravi. “Teruknya,”
“Janganlah marah Kiela,” bisik Ken.
Leo hanya
menggeleng kepala lalu membawa Kiela pergi dari situ. Ken dan Ravi hanya
menggaru kepala mereka sambil memandang satu sama lain.
“Uljimayo,” pujuk Hongbin kepada Soeys yang masih menangis.
“Tolonglah percayakan Soeys. Soeys tak ada apa-apa dengan Chaejin. Soeys Cuma
cintakan N oppa seorang je,” jelas Soeys dalam sedunya.
Hongbin
hanya mengangguk dan mengusap perlahan bahu Soeys. *Please stop crying Soeys. I
don’t want to see you hurt. It even more hurt to me*
Ken dan Ravi yang masih berada di situ memandang sayu ke arah Soeys. “Dah
melampau ke kita buat ni?” Tanya Ravi.
“Entahlah. Tapi…. Macam teruk.. melibatkan hubungan Soeys dan N hyung.
Kritikal,” balas Ken. Ravi mengangguk setuju.
“Jangan risau, N hyung tahu apa dia buat,”
Seketika
kemudian, Kiela datang. Hongbin, Ken dan Ravi memandangnya kemudian dia
mengangguk perlahan. Mereka faham maksud Kiela dan Kiela terus menghampiri
Soeys dan mencapai tangan Soeys.
“You should talk to N oppa,” Kiela menarik tangan Soeys.
Soeys
mengesat air matanya dan bangun perlahan-lahan mengikut Kiela. Hongbin, Ken dan
Ravi mengekori mereka dari belakang. Kiela terus membawa Soeys ke sebuah bilik
kosong yang mereka jarang gunakan. Sampai di hadapan pintu, Kiela membiarkan
Soeys dan menyuruhnya mengetuk pintu itu. Perlahan-lahan Soeys mengangkat
tangannya dan mengetuk pintu itu.
“N oppa..” panggil Soeys dengan suara yang masih bergetar.
Tiada
jawapan dari N. Dia terus mengetuk pintu itu lagi tetapi tetap sama. N hanya
mendiamkan diri di dalam bilik itu. “Cuba buka pintu tu,” kata Ken.
Soeys terus memulas tombol pintu itu dan ianya tidak berkunci. Perlahan-lahan
Soeys membuka daun pintu itu tetapi dia agak aneh kerana bilik itu gelap
gelita. “N oppa?” Soeys terus melangkah masuk ke dalam bilik itu.
Selangkah dia masuk tiba-tiba bilik itu menjadi terang benderang diikuti dengan
lagu happy birthday oleh Ken, Ravi, Hongbin, Kiela, Leo, Hyuk dan N. Di
hadapannya, N sedang menyanyi sambil memegang sebuah kek dengan lilin menyala
di atasnya. Soeys terkaku tidak faham apa yang sedang berlaku sekarang ini.
Hyuk dan Leo terus menarik tali pada sebuah botol kecil maka meletuplah botol
itu dan mengeluarkan beberapa reben yang berselirat.
“Apa ni?” Tanya Soeys perlahan.
Mereka
habis menyanyi lalu menepuk tangan dan menyuruh Soeys meniup lilin di atas kek
itu. Tiada reaksi dari Soeys. Perlahan-lahan sekali lagi air mata Soeys
mengalir di pipinya. Lututnya turut menjadi lemah dan dia terus terus melutut
di situ sambil menutup wajahnya. Mereka agak terkejut dengan keadaan Soeys. N
terus menyerahkan kek itu kepada Leo dan melutut di hadapan Soeys.
“Soeys? Are you okay?” Soeys menggeleng.
N
memegang bahu Soeys. “Oppa minta maaf. Semua ni hanya lakonan sahaja sempena
hari lahir Soeys. I’m sorry okay?” ucap N seraya memeluk Soeys.
Semakin kuat Soeys menangis dan dia membalas pelukan N. “Janganlah nangis lagi.
Kenapa sedih sangat ni?” Pujuk N.
“Soeys lega yang semua yang jadi tadi hanya lakonan. Tapi kenapa oppa semua
sampai hati buat Soeys macam ni?!” Soeys menolak badan N lalu berdiri dan
memandang mereka semua termasuk Kiela.
“Kiela pun bersekongkol dengan mereka? How dare you?” Soeys mengesat air
matanya.
Hongbin menghampiri Soeys. “Kami minta maaf. Tapi ni semua lakonan je. Bukan
betul-betul Soeys,”
“Sebenarnya ni idea saya noona. Saya minta maaf,” ucap Hyuk sambil
membongkokkan badannya.
“It’s okay. Soeys maafkan tapi….” Soeys menghadap N yang cuba mencapai
tangannya.
“Soeys rasa lega sangat yang tadi tu semua lakonan semata-mata. Oppa tahu tak
perasaan Soeys masa oppa cakap semua tu tadi? Rasa macam nak tercabut jantung
ni tahu tak?! Tahniah.. Lakonan oppa berkesan.. sangat berkesan..” ucap Soeys
kepada N.
N tersenyum nipis lalu menghampiri Soeys. “Oppa minta maaf ye. Apa yang oppa
cakap tadi tu semuanya tipu. Oppa belum gila lagi nak lepaskan Soeys pada orang
lain,”
Soeys tersenyum nipis. N mengampiri Soeys hendak memeluknya. Soeys hanya
membiarkan sahaja. Tetapi apabila N sudah menghampirinya dengan cepat dia
melepaskan satu penumbuk ke perut N membuatkan dia terkebelakang sedikit
menahan senak. Semua terkejut melihat Soeys menumbuk perut N. Kalau tumbuk
manja tak apa tapi sampai berkerut muka N menahan sakit. Kiela memandang Soeys
dan tersenyum nipis.
“Apa ni Soeys? Sakitnya…” Tanya N sambil masih menahan senak perutnya.
“Itu balasan sebab buat hati Soeys sakit. Ikutkan hati nak bagi lagi,” ucap
Soeys selamba.
“Andwae. Sampai hati Soeys buat oppa macam ni,”
Soeys
memberikan senyuman sinis kepada N lalu dia menghampiri Hongbin. Hongbin
kebelakang sedikit takut dia menjadi sasaran Soeys yang seterusnya. Soeys hanya
tersenyum nipis dan terus memeluk Hongbin. Hongbin agak terkejut apabila Soeys
memeluknya.
“Thanks sebab tenangkan Soeys tadi. Sebenarnya lakonan oppa tak menjadi sangat
tadi. Kenapa?” ucap Soeys lalu meleraikan pelukannya.
Hongbin
agak kaku dan dia hanya menggeleng seperti orang terkena pukau. Tak tahu apakah
jawapan yang hendak diberikan kepada Soeys. Sebaik Soeys berpaling, Hongbin
memegang dadanya terasa degupan yang kencang di dalam. Ken tergelak sedikit
melihat Hongbin.
“Okay. Case closed!” Kata Ravi lalu menepuk tangan diikuti dengan mereka yang
lain. Soeys hanya mendiamkan diri.
“Happy birthday Soeys. Semoga panjang umur dan happy selalu,” ucap mereka
serentak sambil tersenyum.
“Thank you very much. Tak sangka kau orang susah payah buat semua ni untuk
Soeys. Walaupun agak menyakitkan hati tapi Soeys terharu dengan kerja keras kau
orang. Thanks again,” ucap Soeys sambil menyatukan tapak tangannya.
“Okay okay let’s celebrate Soeys noona’ birthday!” ucap Hyuk sambil mendepakan
tangannya.
Mereka menyanyikan lagu happy birthday sekali lagi. Kek tadi diletakkan di atas
meja dan mereka mengelilingi kek itu. Jari Kiela ligat menekan butang di kamera
DSLRnya. Soeys turut menyanyikan lagu itu sambil menepuk tangan. Selepas habis
menyanyi, Soeys meniup lilin di kek itu.
N terus merangkul leher dan mencium pipi Soeys. “Happy birthday jagiya. And
sorry again pasal tadi,” ucap N.
“Okay,” balas Soeys sambil memegang pipi N.
Kemudian
Hyuk memberikan pisau pemotong kek dan Soeys mula memotong kek itu. Mereka
meraikan birthday Soeys pada hari itu dengan gembira. Walaupun hanya party
harijadi yang ringkas namun ia membawa memori yang sukar dilupakan. Manager
VIXX turut menyertai parti itu.
Kiela
mendekati kakaknya itu, “ Did you still mad at me? ”
Soeys
berpura-pura menjeling ke arah adiknya itu, “ Yes. How could you do that to
me.”
“ Mianhae.” Ucap Kiela perlahan.
Soeys masih
lagi tidak menghiraukannya. “ Unnie..”
Soeys ketawa
kecil sebelum memeluk erat adiknya itu. “ Unnie tak marah lah.”
“ Jinjja? ” Soeys mengangguk. “ So,
is it okay if I don’t give you your present?”
“ Yah!! Give me now..” Kiela ketawa
kecil dan perlahan sebelum memberikan sekotak kecil yang dibalut kemas kepada
kakaknya itu.Tiba-tiba Hyuk menyibuk. Dia juga turut memberikan hadiah kepada
Soeys. “ Untuk noona. Sorry pasal tadi.”
“ Gwaechanha, Hyuk.”
Manager VIXX
terus sahaja mendekati Soeys, “ So, Soeys nak pergi mana-mana tak hari ni? ”
VIXX memandang Soeys.
Soeys
berfikir sejenak sebelum Kiela membisikkan sesuatu kepadanya.
“ Ada.” Soeys membisikkan sesuatu
kepada manager VIXX.
“ Okay.”
N mendekati Soeys,
“ Kita pergi mana? ” Soeys hanya tersenyum, “ Ada lah..”
To be continued...
No comments:
Post a Comment