Selepas itu
Manager VIXX menyuruh mereka semua menyalin pakaian. Soeys memasuki biliknya.
N, Ravi, Ken, Hongbin dan Hyuk memasuki bilik mereka.
Sewaktu
Kiela ingin memasuki biliknya, Leo menarik perlahan tangan Kiela, “ Apa yang
Kiela bisikkan tadi? ”
“ Aniya.”
Leo
mendekatkan wajahnya dengan Kiela, “ Really? ” Kiela mengangguk pantas. Leo
mendekatkan dirinya lagi sehingga membuatkan Kiela berundur ke belakang. “ Oppa
kena salin pakaian. Kita nak keluar lepas ni.”
“ Bagitahu dulu, oppa.”
“ Nanti.”
Leo
mengangguk, “ Pergi masuk bilik, lepas tu bagitahu oppa. Araso? ” Kiela hanya
mengangguk sahaja.
Selepas 30
minit, mereka semua terus sahaja keluar dari bilik. N dan Soeys berpimpin
tangan berjalan keluar dari dorm itu diikuti oleh Ken, Ravi, Hongbin dan Hyuk.
Kiela dan Leo berjalan di belakang.
“ Tell me juseyo,” ucap Leo lembut.
“ But it’s suppose to be secret.”
“ Tell me and I will keep it as a
secret.”
“ Okay.” Kiela terus membisikkan
sesuatu kepada Leo.
Sebaik
sahaja sampai di satu bangunan,
Soeys dan
Kiela terus sahaja melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut bersama VIXX dan
manager VIXX. Sebaik sahaja melihat di dalam bangunan itu, VIXX terus sahaja
memandang satu sama lain sebelum masing-masing mendekati Soeys dan Kiela yang
sudah melihat sekeliling.
“ Kita nak buat apa kat sini? ”
Tanya Ravi.
Soeys hanya
tersenyum, “ Kita main wall climbing.”
“ Oppa tak nak,” kata N sambil
menggelengkan kepalanya. Soeys menghampiri N, “ Tak bahaya lah oppa. Best main
benda ni.”
“ Tinggi tu.”
“ Oppa main yang rendah sikit. Jom
lah.”
“ Andwae~” Ken dan Hyuk sudah pun
menghampiri N.
Kiela tidak
menghiraukan ‘drama’ itu. Dia terus sahaja menuju ke arah seorang pekerja di
situ. Leo mengikutinya. “ Kiela.”
Kiela
memandang Leo, “ Waeyo, oppa? ”
“ Race dengan oppa.” Kiela tersenyum
lalu mengangguk. Soeys menghampiri mereka berdua. “ Kiela, race dengan unnie
dulu.”
Leo
memandang tajam Soeys, “ Oppa dulu.”
“ Andwae. Soeys dulu.”
Kiela
menggeleng sebelum menuju ke arah pekerja di situ. Dia dipakaikan dengan alat
sokongan. Selepas dipastikan tali sokongannya kukuh dan kuat dipasang di
badannya, dia mula memanjat dinding itu. Soeys turut serta dengan adiknya itu.
Setelah memakai tali sokongan, dia memanggil adiknya yang hampir setengah
dinding dipanjatnya.
“ Yah!! Kiela, turun balik!!”
Kiela
memandang ke bawah sebelum melompat turun sambil meng-adjust-kan tali
sokongannya. VIXX hanya memandang sahaja.
“ Tingginya kau pilih dinding.”
“ Kalau rendah tak mencabar. Sesuai
untuk N oppa.”
VIXX dan
manager VIXX ketawa kecil. N memandang tajam ke arah Kiela, “ I heard that,
Kiela.” Kiela hanya menjelirkan lidahnya ke arah N sebelum memandang kakaknya
yang sudah bersedia.
“ Be careful both of you,” pesan Ravi.
“ Nae~ ” balas Soeys. Dia terus
sahaja bersedia untuk memanjat begitu juga Kiela.
VIXX hanya
menjadi pemerhati sahaja melihat Soeys dan Kiela berlumba memanjat dinding
tersebut. Akhirnya, Soeys dahulu yang sampai di puncak dinding tersebut. Dia
memandang adiknya yang berada di sebelahnya yang baru sahaja sampai di puncak.
“ You’re too slow, donsaeng.”
Kiela
menjuih dahi kakaknya sebelum dia meng-adjust talinya untuk turun dari situ.
Soeys mengikutnya. Sebaik sahaja turun dari dinding itu, Soeys menghampiri Leo,
“ Oppa, jom kita race.”
Leo hanya
mengangguk. “ Kalau hyung kalah, hyung kena cium Kiela,” kata Ken sambil
tersenyum. Leo dan Kiela terkejut lalu memandang Ken. Leo hampir sahaja
menyerang Ken namun dihalang oleh Hyuk dan N. Ken memandang Soeys pula, “ Kalau
Soeys kalah, Soeys kena cium N hyung.”
“ Yah!! Ken!! ” Kali ini N pula
ingin menyerang Ken namun dihalang oleh Hongbin dan Ravi.
Soeys dan
Leo terus sahaja berlumba bermain aktiviti wall climbing itu. Soeys dan Leo
masing-masing hampir mendekati puncak dinding itu. Sehingga lah Soeys mencapai
satu batu yang terlekat di dinding itu yang agak tinggi daripada batu yang
dicapai oleh Leo, akhirnya Soeys terlebih dahulu yang sampai di puncak.
Selepas
turun daripada dinding itu, Hyuk dan Ken terus sahaja menolak Leo menghampiri
Kiela yang ketika itu sudah memandang mereka tanpa bersuara. Leo betul-betul
berdiri di hadapan Kiela. Soeys, N, Hongbin, Hyuk, Ken dan Ravi sudah pun
memandang mereka berdua sambil tersenyum.
“ Cepatlah, hyung.” Leo memberi
jelingan tajam kepada Ken.
Leo
merapatkan wajahnya dengan Kiela sebelum perlahan-lahan dia mencium pipi Kiela.
Mereka semua bersorak kegembiraaan sebelum berhenti apabila Leo memberi mereka
jelingan yang sangat tajam.
Soeys
memandang N, “ Jom, oppa. Kita main pula.” N hanya mengangguk. Mereka berdua
menuju ke dinding yang sederhana tinggi. Hyuk, Ravi, Ken dan Hongbin turut
bermain sekali wall climbing itu.
Leo
memandang Kiela, “ Kita race nak? ” Kiela mengangguk.
Selepas puas
bermain aktiviti wall climbing itu, manager VIXX membawa mereka amusement park
pula. Mereka berjalan-jalan sekitar kawasan tersebut sehingga lah Hyuk
menunjukkan sesuatu kepada mereka semua.
“ Kita main yang itu nak? ”
Soeys
mengangguk setuju, “ Okay. No problem.”
Hyuk
tersenyum sinis, “ Cuba bayangkan time kita main tu tiba-tiba ada orang tembak
orang yang jaga permainan tu macam dalam MV
K.Will sunbaenim.”
Leo terus
sahaja mengetuk kepala Hyuk. “ Auch, hyung!”
Kiela
memegang tangan kakaknya sebelum menunjukkan ke arah seseorang yang sedang
duduk di bangku berhampiran tempat itu. Soeys tersenyum sebelum menyuruh mereka
semua memandang ke arah orang itu. “ Kebetulan betul kan? ” Tanya Soeys.
“ Seriously sama macam dalam MV
K.Will sunbaenim,” balas Hongbin.
Ravi terus
sahaja mengajak mereka semua menaiki permainan itu. Namun, Kiela langsung tidak
berganjak. Soeys dan Leo memandangnya. “ Tak nak main tu.”
VIXX
memandangnya. N memandang Hyuk, “ Yah!! Hyuk. Tengok apa yang kau dah buat.”
Leo
mendekatinya, “ Jangan percayakan sangat cakap Hyuk tu.”
Soeys
mengangguk, “ Jom lah. Takkan ada apa-apa lah.”
“ But, it’s kinda scary though.”
“ Please, for your unnie. Today is
my birthday, so do it for me,” balas Soeys sambil membuat aegyo. Kiela mengeluh
perlahan sebelum mengangguk.
Hyuk
mendekati Kiela, “ Oppa saja je tadi. Jangan percaya cakap oppa.” Kiela menggeleng,
“ Gwaechanha.”
Mereka semua
terus sahaja melangkah ke permainan itu. Leo mengenggam tangan Kiela, “ I’m
here, okay.”
Apabila
sudah duduk di atas permainan tersebut. Mereka semua sudah bersedia di tempat
masing-masing. Perlahan-lahan permainan yang berbentuk bulatan itu
berpusing-pusing. N dan Soeys asyik berpimpin tangan sahaja. Mereka semua
terjerit sedikit apabila kelajuan pusingan permainan itu meningkat.
Mereka
berehat seketika sebelum bermain permainan lain. Leo menghulurkan minuman
kepada Kiela, “ Gwaechanha? ” Kiela hanya mengangguk.
Selepas
menghabiskan penat mereka, mereka terus sahaja meneroka semua permainan di situ
sehingga lewat petang.
VIXX
berhenti di sebuah restoran untuk makan malam. Sementara mereka menunggu
pesanan sampai mereka berborak kosong. Soeys yang duduk di antara Hongbin dan N
berborak dengan Hongbin manakala N sibuk dengan rakaman videonya. Semasa
berbual dengan Soeys, senyuman Hongbin tidak pernah mati dari bibirnya.
Kiela pula berbual dengan Leo sambil
kadang-kadang diganggu oleh Ken dan agak malang kerana kepala Ken menjadi
mangsa pukulan Leo. Kiela hanya ketawa sedikit melihat Ken membuat muka pau.
Beberapa minit kemudian pesanan pun sampai dan mereka mula makanan pesanan
masing-masing.
Selesai makan, mereka masuk semua ke
dalam kereta dan manager terus memandu menuju ke satu tempat. Terasa agak lain
jalan yang dilalui, N bertanya kepada manager.
“Kita nak pergi mana ni hyung?”
Mereka
semua turut diam untuk mendengar jawapan dari manager. Tetapi manager VIXX
hanya tersenyum tanpa menjawab soalan N. “Jawablah hyung,”
“Kita sampai nanti kamu tahu lah,”
N membuat
mukanya memandang manager lalu mendiamkan diri. Manager terus memandu
sehinggalah mereka sampai ke satu destinasi. Mereka semua keluar dari kereta
itu dan berdiri di luar sambil mata mereka melilau memandang sekeliling.
“Tempat ni….” Hongbin berfikir
sejenak.
“Tempat main paintball!!” Jerit
Soeys sambil melompat. Mereka semua memandang Soeys lalu memandang manager.
Manager hanya mengangguk sambil tersenyum.
“Wahh.. Hadiah birthday paling best!
Thank you manager oppa,” kata Soeys sambil tersenyum lebar memandang manager.
Dia hanya mengangguk dan mengusap perlahan kepala Soeys.
Mereka bergerak masuk ke dalam
tempat itu dan manager menguruskan hal-hal pembayaran termasuk pakaian yang
akan mereka pakai. Setelah selesai, mereka dibawa masuk ke dalam tempat itu dan
diberi baju ala-ala askar oleh pekerja yang menjaga tempat itu.
Mereka semua pergi menyalin baju,
selepas 15 minit mereka selesai dan berkumpul di luar kawasan tempat bermain
paintball. Mereka diberi sedikit taklimat dan syarat-syarat permainan oleh
pekerja di situ dan mereka hanya mengangguk faham. Selepas itu mereka dilepaskan
ke dalam kawasan itu setelah mengambil pistol dan peluru.
“Wahh.. lawalah peluru ni..” puji
Soeys sambil membelek sebiji peluru yang agak besar dari saiz guli.
“Ini cat yang bercahaya dalam gelap.
Tengoklah tempat ni, samar-samar je cahayanya,” balas Ken. Soeys hanya
mengangguk sambil memasukkan beberapa biji peluru ke dalam pistolnya.
“Sebelum tu kita bahagikan kumpulan
dululah,” kata manager.
Mereka
mengangguk setuju dan mula membuat undian. Keputusan akhir ialah kumpulan A
terdiri daripada Leo, Ravi, Hongbin dan Soeys serta kumpulan B yang terdiri
daripada Kiela, N, Ken dan Hyuk. Mereka sudah setuju dengan pembahagian
kumpulan itu. Dalam diam Hongbin tersenyum tanpa pengetahuan sesiapa.
Game dimulakan dan masing-masing
menyambil tempat persembunyian masing-masing. Mereka semua menyorok di tempat
yang berasingan sambil bersembunyi dari pihak musuh. Pada mulanya Hongbin,
Soeys dan Ravi berkumpul di tempat yang sama tetapi kemudian Ravi mengikut Leo.
“Jangan berpisah dari oppa,” pesan
Hongbin.
“Nae,”
Permainan
dimulakan dan mereka semua mula bergerak dengan pistol masing-masing. N, Ravi,
Hyuk dan Ken bergerak perlahan-lahan untuk menyerang musuh masing-masing. N
ternampak Ravi yang agak leka di tempat persembunyiannya dan melepaskan
tembakan tetapi Ravi pantas menyembunyikan dirinya. Kemudian Ravi pula bangun
dan menembak secara rambang tetapi malang bagi Hyuk apabila satu peluru
mengenai tepat di bahunya.
“Hyuk, OUT!” kata manager.
Dengan
sengihan Hyuk menanggalkan topeng mukanya dan melangkah keluar dan berdiri
bersama-sama dengan manager. Permainan dimulakan semula.
Soeys bangun dari tempat
persembunyiannya dan agak terkejut kerana Ken sedang mengacukan pistol ke
arahnya. Dia kembali tunduk dengan cepat. Beberapa peluru melalui kepalanya dan
terkena tin yang berada di hadapannya.
10 minit permainan, Ravi dan Ken
pula terkeluar. Jadi sekarang, kumpulan A hanya tinggal Soeys, Hongbin dan Leo
manakala kumpulan B hanya tinggal Kiela dan N. Mereka bersembunyi di tempat
yang sama.
“Jangan keluar lagi Kiela.” Kiela
hanya mengangguk dan memeriksa pelurunya.
“Ikut oppa,” N terus bergerak ke
hadapan sedikit dan Kiela mengekorinya. Dengan pantas Hongbin keluar dan
mengacukan pistol kepada mereka berdua. N cepat-cepat menggolekkan badannya ke
tanah dan peluru dari pistol Hongbin terkena pada Kiela pada kakinya.
“Kiela, OUT!”
N melihat
keadaan Kiela yang memegang kakinya. “Are you okay?” Kiela hanya mengangguk
lalu bangun perlahan-lahan dan keluar dari tempat itu.
“Alaa. Dah tinggal saya sorang!”
Kata N sambil menggoyang-goyangkan badannya.
Mereka hanya ketawa melihat telatah
N itu. Permainan dimulakan semula dan N kembali ke tempat persembunyiannya.
“N oppa…” Panggil Soeys.
“Nae?” N memicingkan telinganya.
“Mengaku kalah je lah. Tinggal oppa
seorang je,”
“Andwae!!” Jerit N lalu bangun dari
tempat persembunyiannya dan terus menembak secara rawak.
Ketika itu Leo sedang berdiri hendak
mencari tempat persembunyian lain tetapi peluru N terkena pada dadanya. Secara
automatic Leo terkeluar. Dia melangkah keluar dari kawasan itu.
Soeys dan Hongbin masih bersembunyi
di tempat masing-masing. Perlahan-lahan Hongbin berjalan menghampiri N. Tetapi
N pantas melarikan diri dan bersembunyi di tempat lain. Setelah yakin agak
selamat, dia mengeluarkan kepalanya dan terus menembak ke arah Soeys yang baru
sahaja hendak keluar. Malangnya peluru itu terkena di dagu Soeys dan catnya
mengenai hampir satu mukanya.
“Hadoi~ N oppa agak-agak lah,”
rungut Soeys sambil menyapu cat itu.
“Mianhae,” balas N sambil berlari
mendapatkan Soeys.
Hongbin
yang baru sahaja hendak menghampiri Soeys terhenti apabila N mendahuluinya. Dia
hanya duduk di tempat persembunyiannya sambil mengisi peluru.
“Sakit ke?” Tanya N sambil menyapu
cat itu.
Soeys
hanya menggeleng lalu bangun. “Pergi sembunyi balik sebelum kena tembak dengan
Hongbin oppa,” pesan Soeys lalu meninggalkan N. N mengangguk dan kembali ke
tempatnya.
“Hongbin oppa. Kalahkan N oppa tau.
Hwaiting!” Laung Soeys dari luar.
Hongbin
yang terdengar kata-kata semangat dari Soeys terus berasa semangat dan
mengangguk dengan yakin. N pula agak terkejut dengan sokongan Soeys itu.
“How dare you Soeys,” laung N.
Soeys
hanya ketawa. “Hongbin oppa berada dalam kumpulan Soeys,”
Permainan diteruskan dan
masing-masing nampaknya tidak mahu kalah. Segala tembakan dielak dengan pantas
dan cermat. Mereka yang berada di luar khusyuk menonton pertarungan antara
Hongbin dan N. 15 minit kemudian, Hongbin telah berjaya mengalahkan N kerana
pelurunya terkena di tangan kanan N. Mereka keluar dari kawasan itu dan berjumpa
dengan kumpulan masing-masing.
“Yeay! Chukkaeyo oppa,” ucap Soeys
lalu mendapatkan Hongbin dan memeluknya.
Hongbin
agak terkaku. Dia menjeling sekilas ke arah N yang hanya membuat muka sambil
dimarahi oleh ahli kumpulannya. Perlahan-lahan Hongbin mengangguk dan memandang
Soeys. *Kan bagus kalau saya boleh kalahkan N hyung untuk memenangi hati Soeys*
Kemudian dia mengeluh perlahan sambil menggeleng.
Setelah membersihkan diri dan
menyalin pakaian, mereka kembali semula ke kereta. Jam sudah menunjukkan pukul
10 malam dan mereka kelihatan agak penat. Leo dan Ravi sudah melelapkan mata
mereka. Hongbin turut bersandar lemah di kerusi. Hyuk dan Ken sedang melayani
perasaan masing-masing. Soeys pula masih segar dan duduk tegak sambil memandang
jalan raya.
“Kita terus balikkan manager hyung?”
Tanya N.
“Kita pergi…….” Manager menjeling N
yang sudah membuat muka.
“Kita pergi dorm pulak lepas ni,”
sambung manager lalu tergelak.
N semakin
membuat mukanya dan terus memandang ke hadapan. Soeys yang duduk di kerusi
tengah hanya mendiamkan diri dan sesekaling dia menjeling ke arah N yang
langsung tiada perasaan. Kemudian dia mengeluh halus.
Di dorm,
Selepas membersihkan diri, mereka
membuat aktiviti masing-masing kerana mata masing-masing maih tidak mahu lelap
memandangkan jam baru menunjukkan 10.30 malam. Kiela dan Leo seperti biasa akan
duduk diam dan mendengar lagu. Hongbin, Ken, Hyuk dan Ravi pula memilih untuk
menonton movie di televisyen.
Soeys dan N tiada di dalam dorm
ketika itu. Sebenarnya tadi, apabila sampai sahaja di dorm, N meminta kebenaran
manager untuk membawa Soeys keluar sebentar dan manager mengizinkannya dengan
syarat balik sebelum pukul 11 malam. Mereka hanya bersetuju.
“Oppa nak bawa pergi mana ni?” Tanya
Soeys yang masih mengatur langkah mengikut N.
“Lain macam je suara?” Usik N sambil
merangkul leher Soeys. Soeys hanya mengeluh tanpa menghiraukan N.
N hanya tersenyum menjeling Soeys.
Dia tahu yang Soeys sedang kecewa kerana sampai sekarang dia masih tidak
memberikan apa-apa hadiah kepada kekasih hatinya itu. N terus membawa Soeys ke
sebuah taman dan mengambil tempat di sebuah kerusi panjang yang disediakan dan
di hadapannya ialah air pancut yang terhias dengan lampu berwarna-warni.
“Nak tengok air pancut je?” Tanya
Soeys sambil duduk.
N hanya
tersenyum lalu mengambil tempat di sebelah Soeys. Ketika itu hanya ada beberapa
orang sahaja iaitu pasangan kekasih seperti mereka juga tetapi mereka duduk
berjauhan dari Soeys dan N.
Soeys hanya mendiamkan diri
memandang air pancut itu sementara N pula menjeling Soeys sambil tersenyum. Dia
merapatkan dirinya kepada Soeys dan meletakkan tangannya di bahu Soeys.
“Kenapa nampak muram je ni?”
“Entah…”
“Merajuk dengan oppa lah tu,” kata N
sambil memegang dagu Soeys.
Soeys
memalingkan wajahnya. N hanya ketawa sedikit. “Alaa.. Oppa tahu.. Soeys merajuk
dengan oppa sebab oppa tak bagi hadiah lagi kan? Kan?” N mencucuk-cucuk pipi
Soeys.
Telinga Soeys berubah merah apabila
N tahu isi hatinya. N ketawa melihat Soeys yang menundukkan wajahnya. “So, mana
hadiahnya?”
“Nak bagilah ni..”
Soeys
tersenyum lalu memandang N sambil menghulurkan tapak tangannya. N merapatkan
wajahnya ke wajah Soeys. “Sebelum tu kena tutup mata dulu,”
“Ala.. nak main tutup-tutup mata
pulak,” rungut Soeys lalu memandang ke hadapan semula.
“Nak ke tak nak ni?”
Soeys
merengus lalu menutup matanya perlahan-lahan. N tersenyum lalu merapatkan
badannya lagi seraya mengangkat tangannya memegang dagu Soeys. Dia menghadapkan
muka Soeys ke wajahnya dan merapatkan wajahnya ke muka Soeys. Perlahan-lahan
dia menutup matanya dan merapatkan lagi wajah mereka sehingga bibir mereka
bertemu.
Soeys terkejut apabila dia dapat
merasakan bibir N berada di atas bibirnya. Serta-merta dia membuka mata dan
sungguh terkejut. Dia terpaku di situ sehinggalah N menjarakkan semula wajahnya
sambil tersenyum lebar memandang Soeys.
“Ma…mana…ha..diah..nya?” Tanya Soeys
sambil memandang N.
“Yang tadi tu lah,” balas N.
Soeys
menyentuh bibirnya kemudian merengus dan menghadapkan wajahnya ke kolam air
pancut itu semula. N terpinga-pinga memandang Soeys yang sedang menyembunyikan
senyumannya. Kemudian N mendapat idea dan terus merangkul bahu Soeys dengan
sedikit kasar supaya rapat dengannya dan membuatkan Soeys agak terkejut dan
memalingkan wajahnya memandang N.
Tangan N yang satu lagi terus
memeluk pinggang Soeys manakala tangan satu lagi mengeratkan rangkulan bahu
Soeys dan menyebabkan badan Soeys begitu rapat dengannya dan kedua-dua tangan
Soeys berada di bahunya. Dia merapatkan lagi wajahnya ke wajah Soeys dengan
pantas sehingga bibir mereka sekali lagi bertemu. Kali ini Soeys mengukirkan
senyuman dan memegang pipi N lalu membalas ciuman N itu.
To be continued...
No comments:
Post a Comment