Di bilik latihan VIXX.
VIXX seperti biasa berlatih di bilik latihan mereka. Soeys pula
sedang berlatih rapping di sebelah Kiela yang sedang menulis sesuatu di sehelai
kertas. Soeys memandang adiknya itu sebelum mendekatkan diri dan membaca setiap
perkataan yang ditulis oleh adiknya itu.
“ English test? ” Kiela hanya mengangguk langsung tidak memandang kakaknya itu.
Tangannya laju menulis ayatnya sehinggalah dia berhenti tiba-tiba dan memandang
kakaknya. “ Tak ada idea dah.”
“ Let me see that.” Dia terus sahaja mencapai kertas tersebut lalu membaca
setiap ayat yang ditulis oleh adiknya. Dia mengambil pen biru yang yang
dipegang oleh Kiela lalu menulis sesuatu di kertas itu.
“ Where you get that idea? ” Tanya Kiela.
Soeys menunjukkan ke arah VIXX yang sedang berlatih menari.
Kiela hanya mengangguk. “ Nah! Siap dah.” Soeys menghulurkan semula kertas
tersebut kepada Kiela.
“ Thank you, sis.” Soeys hanya tersenyum sahaja.
Kiela terus sahaja menghafal text yang ditulisnya tadi.
Tiba-tiba sahaja pintu bilik latihan itu dibuka. VIXX yang sedang berlatih
menari terhenti seketika. Kiela dan Soeys terus sahaja menghampiri VIXX
danmasing-masing berdiri di sebelah Leo dan N. CEO Jellyfish Entertainment
memandang mereka semua dan terus menuju ke arah Kiela dan Leo.
“ You knew about them, right? ”Tanya Soeys.
CEO-nim hanya mengangguk. “ You’re not going to ask them to
break up, right? ”
“ Saya kan dah benarkan kamu semua untuk bercinta. Tapi saya kecewa sebab kamu
semua tak bagitahu saya tentang hubungan ni. Waeyo? ”
“ I’m sorry,” ucap Kiela perlahan.
“ Gwaechanha, Kiela. Hari ini, saya nak tengok latihan kamu semua,
boleh kan? ”
“ Boleh, CEO-nim.” Kata VIXX serentak.
Soeys dan Kiela meminta diri untuk keluar dari bilik itu untuk
membuat kerja mereka masing-masing. Mereka berdua memasuki salah satu bilik
latihan di bangunan itu. Soeys membantu Kiela untuk menghafal teks untuk ujian
English nya nanti.
Dua hari kemudian,
Esok merupakan hari English test Kiela. Dah sudah bersedia dan menghafal teks
ujiannya Ktika itu mereka semua berada di bilik latihan daVIXX sedang berlatih
“You all… Come here,” panggil Soeys tiba-tiba sambil melambaikan tangannya kepada
VIXX.
VIXX berhenti menari lalu melangkah menghampiri Soeys dan berdiri di
hadapannya. Soeys menarik tangan Kiela supaya berdiri di sebelahnya.
“Esok mula English test Kiela, jadi dia nak kita semua dengar teks esei yang
dia buat tu. Okay?”
Mereka berenam mengangguk dan tersenyum. “No problem!” Jawab N, Ken, Ravi dan
Hyuk serentak. Kemudian mereka semua mengambil tempat dan duduk di sebuah sofa
hitam. Kiela bergerak ke hadapan mereka dengan teks ujiannya.
“Good morning to teacher and my fellow friends………………..”
Habis Kiela membaca teksnya, VIXX dan Soeys menepuk tangan
sambil tersenyum. Kiela hanya membongkokkan sedikit badannya.
“Dah bagus ni. Mesti pass punya test tu,” ucap N. Yang lain mengangguk.
“Pass je buat apa. Kiela nak A+,” balas Kiela sambil mengambil tempat di
sebelah Leo.
N membuat muka derpnya memandang Kiela lalu mengusap kepala
Kiela dengan agak kasar. Leo memberikan pandangan tajam kepadanya lalu menepuk
tangannya. N ketawa lalu kembali berdiri.
“Okay okay. Sambung latihan ye. Jangan nak lepak je,” ucap N sambil menepuk
tangan beberapa kali.
Hongbin, Ken, Ravi dan Hyuk bangun dengan malas menuju ke hadapan cermin besar
kecuali Leo yang masih membaca teks yang ditulis Kiela.
“Hey Leo. Jangan nak curi tulang. Cepat berlatih balik,”
Leo mengeluh halus lalu memulangkan semula kertas itu kepada
Kiela dan terus berjalan menuju ke hadapan cermin besar. N menggeleng melihat
Leo kemudian dia memandang Soeys yang tersengih-sengih memandang mereka.
“Tengok kami berlatih dan bagi semangat kat oppa ye,” ucap N sambil menuding
jari dan mengeyitkan sebelah matanya kepada Soeys.
“Okay!” Balas Soeys sambil membuat isyarat ‘ok’.
Esoknya,
Petang itu, selepas tamat persekolahan Leo mengajak Kiela keluar berjalan-jalan
bagi menghilangkan stress Kiela selepas ujian English itu. Leo membawa Kiela ke
sebuah taman rekreasi dengan berjalan kaki sahaja. Mereka berjalan berpimpinan
tangan sambil melihat suasana di taman itu.
“Kita duduk kat situ kejaplah.” Kiela hanya mengangguk dan mengikut sahaja
langkah Leo.
Mereka berdua duduk di situ bagi merehatkan kaki mereka. Leo masih menggenggam
kemas tangan Kiela seperti tidak mahu melepaskan kekasih hatinya itu. Tiba-tiba
mereka ternampak seorang budak lelaki yang berumur dalam tiga tahun
berlari-lari di hadapan mereka sambil dikejar oleh ibunya.
Budak lelaki itu terus sahaja berlari dan berhenti mendadak apabila tubuh
kecilnya terlanggar kaki Leo. Leo cepat memegang bahu budak itu dan memandangnya.
Melihat budak itu ketawa, Leo turut tersenyum.
“Maaf menyusahkan awak berdua,” ucap ibu budak lelaki itu.
Leo dan Kiela hanya mengangguk sambil tersenyum. “Comelnya anak
puan,” puji Kiela sambil mencubit pipi budak itu.
Ternyata budak itu menyukai Kiela apabila dia tanpa segan silu terus memandang
ke riba Kiela. “Aish. Minki, turun.”
Kiela hanya menggeleng sambil terus mencekak ketiak budak itu dan membetulkan
kedudukannya. Leo tersenyum.
“Sebenarnya saya nak cepat ni. Saya hendak ke toilet. Mari Minki,” ucap ibu
Minki sambil menarik tangan anaknya tetapi Minki menggeleng dan tidak mahu
mengikut ibunya.
“Kalau puan tak kisah kami boleh jagakan dia sekejap sementara puan ke tandas,”
kata Leo.
“Betul ke?” Kiela dan Leo mengangguk serentak.
Perempuan itu menarik nafas lega. “Kalau macam itu minta tolong
ya. Saya janji saya pergi sekejap sahaja,”
Leo dan Kiela mengangguk. Kemudian perempuan itu terus mengatur langkah pergi
dari situ menuju ke tandas. Leo memandang Kiela yang masih tidak lepas
memandang Minki. Lalu Leo memegang pipi Minki.
“Jadi nama kamu Minki ye? Sedap nama tu,” ucap Leo.
Minki memegang tangan Leo sambil ketawa riang. Mereka berdua
turut ketawa melihat telatah Minki itu. Sementara menunggu ibu Minki pulang
mereka terus melayan kerenah Minki yang agak aktif itu.
Beberapa minit kemudian, barulah ibu Minki muncul dan mengambil semula anaknya.
“Terima kasih ya kerana menunggu dan menjaga anak saya. Maaf kalau saya
menyusahkan,”
“Tak apa. Minki baik je dengan kami,” balas Kiela.
Perempuan itu menunduk dan terus mengambil Minki ke dalam
dakapannya. “Lambai dekat abang dan kakak tu,” dengan pantas Minki melambai
sambil tersenyum ke arah Kiela dan Leo.
Kiela dan Leo membalas lambaian Minki sambil tersenyum juga. “Maafkan saya
sebab tak ada apa-apa yang mampu saya bagi kepada kamu berdua sebagai upah
menjaga anak saya sebentar tadi. Tapi saya mendoakan supaya hubungan kamu berdua
terus kekal sampai ke tua. Kamu berdua nampak betul-betul sesuai dan secocok.”
Kiela dan Leo terdiam apabila perempuan itu berkata sedemikian. Mereka hanya
diam dan mengangguk perlahan. “Okay. Annyeongi hikyeseyo..” Sekali lagi Minki
melambai ke arah Kiela dan Leo.
Selepas perempuan itu dan Minki hilang dari pandangan mereka kembali mendiamkan
diri tanpa berkata apa-apa. “Penat juga layan Minki tadi,”
Leo hanya mengangguk sambil mencapai tangan Kiela. “Anggap je lah tu sebagai
latihan bila kita ada anak sendiri nanti,”
Kiela agak terkejut mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Leo kemudian dia
terdiam lalu menundukkan wajahnya yang sudah kemerahan menahan perasaan
segannya. Leo juga terasa wajahnya sudah kepanasan lalu dia mengibas-ngibaskan
mukanya.
Setelah agak lama berehat, mereka berjalan-jalan semula di sekitar taman
rekreasi itu.Tetapi beberapa langkah berjalan, Kiela berhenti melangkah. Leo
memandangnya dengan pelik. “Waeyo?”
Dari hadapan mereka, seorang lelaki yang sangat dikenali berjalan hendak menuju
ke arah mereka. Leo kenal dengan lelaki itu seraya menggenggam tangan Kiela
dengan erat. Kiela mula melangkah hendak pergi ke tempat lain tetapi namanya
dipanggil.
“Kiela! Tunggulah dulu!!” Laung Yoogeun sambil melambai-lambaikan tangannya.
Kiela buat-buat tidak hirau dengan panggilan Yoogeun tetapi
masih memandangnya melalui ekor matanya. Sedang Yoogeun melajukan langkahnya
hendak menuju ke arah Kiela dan Leo, tiba-tiba seorang perempuan yang sedang
berlari terlanggar dengannya sehingga menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh.
Kiela dan Leo hanya menjadi pemerhati.
“Mianhamnida..” ucap perempuan itu berkali-kali.
“No. It’s okay. Are you okay?” Tanya Yoogeun sambil memandang perempuan itu.
Perempuan itu mengangkat mukanya dan memandang Yoogeun. Mata
mereka bertaut tetapi kemudian perempuan it uterus melarikan pandangannya. Dia
bangun sambil mengibas-ngibaskan skirtnya yang kotor itu.
“Boleh saya tahu nama awak?” Tanya Yoogeun.
Perempuan itu memandang pelik ke arahnya. “Nama saya Yoogeun.
Selamat berkenalan. Kalau tak kisah boleh bagi nombor telefon awak sekali?”
Tanya Yoogeun sambil tersenyum-senyum.
“Maaf. Saya pergi dulu,” perempuan itu cepat-cepat bangun dan melangkah dengan
laju. Yoogeun turut bangun dan menyaingi langah perempuan itu.
“Tak boleh ke? Apa salahnya. Saya nak berkawan dengan awak je,” Yoogeun masih
tidak berputus asa.
“Sorry. But leave me alone!”
Kiela dan Leo yang menjadi pemerhati menggeleng kepala mereka.
Kiela tidak percaya apa yang dilihatnya. Senang sahaja Yoogeun pergi mencari
perempuan lain dan melakukan perkara yang sama seperti Yoogeun melayannya. Leo
meletakkan tangannya di bahu Kiela dan menariknya perlahan supaya pergi dari
situ. *Nasib baik Kiela tak terpikat dengan lelaki macam dia*
Esoknya,
Manager VIXX telah mengaturkan sesuatu untuk VIXX pada hari itu jadi dia
membawa VIXX, Soeys dan Kiela ke sebuah pusat bowling yang terdekat. Mereka
tertanya-tanya kenapa manager membawa mereka ke situ tetapi mereka hanya
mendiamkan diri.
Sebaik sahaja masuk ke dalam tempat bowling itu, Soeys terpandang seseorang
yang sangat familiar dengan pandangannya. Soeys menarik tangan Kiela menunjuk
ke arah pandangannya tetapi Kiela hanya memandang sahaja.
“Itu…. Eunkwang oppa, Hyunsik oppa dengan Changsub oppa…” kata Soeys sambil
menunjuk ke arah tiga orang lelaki yang sedang berdiri di tempat bermain
bowling.
“Manager oppa?” Manager faham dengan pandangan Soeys.
“Kita akan bermain bowling dengan BTOB pada hari ini. Jadi jomlah kita bergi
dekat dia orang,”
VIXX bertepuk tangan termasuk Soeys dan Kiela. Mereka kemudian menghampiri BTOB
yang sedang duduk di kerusi yang disediakan. Sebaik sahaja mereka nampak VIXX
datang, BTOB terus datang dekat dan berbaris secara memandang di hadapan VIXX.
“Apa kata kita buat formal greeting dulu?” Kata N dan mereka semua mengangguk.
Formal greeting dimulakan oleh BTOB.
“Born to beat! Annyeonghaseyo, BTOB imnida!” Ucap mereka dengan penuh semangat
diikuti dengan tunduk hormat.
Tiba giliran VIXX pula. “Real V! V.I.X.X. VIXX imnida!” Mereka membuat perkara
yang sama dengan BTOB sebentar tadi.
BTOB terpandangkan Soeys dan Kiela yang berdiri di sebelah VIXX. Memahami
pandangan itu, Soeys terus menyiku tangan Kiela. “Real V! Bikseu donsaengs
imnida!” Kata Soeys. Kiela hanya membuat gaya sahaja.
Tanpa disangka, BTOB dan VIXX tergelak melihat telatah mereka berdua itu. N
menggosok perlahan kepala Soeys.
Selepas berkenalan dan berborak seketika, mereka meneruskan
dengan latihan sebagai panaskan badan sebelum memulakan permainan sebenarnya.
Setengah jam bermain, akhirnya Hongbin mendapat markah yang tertinggi
seterusnya membuatkan VIXX menang. Akhirnya, bermulalah permainan sebenar.
Mereka terus sahaja bermain betul-betul untuk mengutip markah
yang tinggi. Soeys turut bermain sekali bersama VIXX. Kiela pula hanya merakam
gelagat mereka menggunakan kameranya. Sungjae dan Hyuk menjatuhkan semua pin
tersebut. Hyuk terus sahaja memeluk Soeys yang berada di belakangnya. N
berdehem beberapa kali sehingga membuatkan VIXX ketawa kecil. BTOB memandang
mereka semua.
“ Something’s fishy here,” ucap Peniel.
“ Mana ada lah, oppa,” balas Soeys.
“ Right,” balas Sungjae sambil memandang tajam ke arahnya.
Soeys menjelirkan lidahnya kepada Sungjae sebelum membaling bola
bowling itu ke arah pin-pin putih yang telah disusun. Apabila dia menjatuhkan
semua pin tersebut, dia terus sahaja memeluk adiknya yang merakamnya ketika
itu. “ Omo~ ” Mujurlah kamera di tangannya tidak terlepas. “ Yah!! What the
heaven?! ” Soeys meleraikan pelukannya sebelum tersengih-sengih. Soeys
memandang N yang sudah membuat mukanya. Dia tersenyum nipis.
BTOB memandang mereka berdua. “ Now, we know what happening
here,” kata Eunkwang.
VIXX hanya tersenyum sahaja kecuali Kiela dan Leo yang sedang
memerhatikan mereka sahaja. Permainan diteruskan seperti biasa. Leo duduk di
sebelah Kiela yang asyik merakam BTOB dan VIXX sebelum mencuit pinggang Kiela
secara sembunyi-sembunyi.
Kiela memandangnya, “ Oppa.” Leo hanya membuat muka pokernya. “
Oppa tak main ke? ”
Leo menggeleng. Ken dan Hyuk menghampiri mereka berdua sebelum
menarik Leo bangun dari kerusi itu. “ Jom, hyung. Kalau hyung tak main, group
kita kalah nanti,” kata Hyuk.
Kiela hanya tersenyum sahaja sebelum merakam mereka bertiga.
Minhyuk dan Hyunsik menghampirinya. “ Tak main ke? ” Tanya Minhyuk. Dia hanya
menggeleng.
Soeys menghampiri adiknya itu bersama Hyuk. “ Kiela ni pendiam
sikit, oppa,” beritahu Soeys tanpa dipinta. Kiela hanya memandangnya sahaja. “
Dia ni sama je macam Leo hyung,” kata Hyuk. Kiela yang duduk sebelah Hyuk terus
menjuih dahinya. “ Kenapa oppa je yang kena? ” Hyuk merungut di situ. Hyunsik
dan Minhyuk tersenyum sahaja.
Ravi menghampiri mereka dan menarik tangan Kiela. “ Kiela kena
main juga. Mana boleh duduk je kat sini.”
“ Andwae.”
Ken turut menarik Kiela. Akhirnya, dia terpaksa mengalah juga.
Selepas Leo bermain, gilirannya pula untuk bermain. Balingannya menjatuhkan
semua pin-pin tersebut dan mendapat sorakan daripada VIXX. BTOB memandang
mereka semua. “ Mana boleh. Kumpulan kau orang semua semua hebat-hebat,” rungut
Changsub.
“ Tak lah hebat sangat,” balas Hongbin.
“ Ya lah tu. Tak hebat sangat konon. Habis tu, kenapa markah kau orang lebih
tinggi daripada kita orang? ” Tanya Ilhoon.
VIXX dan Soeys hanya tersenyum sahaja. Mereka bermain semula
sehingga lah keputusan akhir diperolehi. Selepas habis bermain, mereka semua
bersurai. BTOB terpaksa pulang semula ke dorm mereka kerana mereka perlu
sambung berlatih latihan biasa mereka.
Petang itu,
Sekali lagi manager membawa mereka ke suatu tempat tanpa pengetahuan mereka
semua. “Aish. Manager oppa ni. Tolonglah bagitahu destinasi kita. Suka buat
kitorang tertanya-tanya,” rungut Soeys tetapi masih dapat didengari oleh
manager.
“Secret!”
“Noreul sarang hanabwa yoohoo~” Ken dan Hongbin terus menari tarian dari
kumpulan Secret.
“Not that secret,” manager hanya mampu menggeleng.
Mereka semua kembali diam dan terus melayani perasaan
masing-masing sementara sampai ke destinasi yang hendak di bawa oleh manager.
Setengah jam kemudian mereka sampai ke sebuah tempat. Mereka terus keluar dan
mengikut langkah manager tanpa banyak cakap. Manager terus membawa mereka ke
dalam bangunan besar itu dan menuju ke satu ruang bangunan yang agak besar dan
berwarna kebiru-biruan.
“Swimming pool?!” Soal mereka semua serentak.
Manager hanya mengangguk sambil tersenyum. “Tapi kami mana ada
pakaian renang.” Kiela mengangguk.
“Kat luar tempat ni tadi ada kedai, jadi pergilah beli. VIXX pun hyung tahu
kamu tak ada baju renang jadi mari kita beli ramai-ramai,”
Mereka semua melangkah keluar semula kolam renang itu dan menuju ke kedai
menjual barang-barang. Mereka memilih pakaian renang masing-masing dan manager
yang akan membayarnya. Setelah selesai, mereka kembali ke kawasan kolam renang
itu. VIXX, Kiela dan Soeys pergi ke tandas untuk menyalin pakaian mereka.
15 minit kemudian, mereka keluar dengan pakaian renang masing-masing. Mereka
memandang satu sama lain sambil tersenyum. Hongbin terpaku melihat Soeys tetapi
cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya. VIXX, Kiela dan Soeys berkumpul di
hadapan manager.
“Untuk 30 minit pertama kamu semua bolehlah buat aktiviti bebas untuk panaskan
badan. Lepas 30 minit saya datang balik. Ada aktiviti sikit,”
Mereka semua mengangguk mendengar arahan manager kemudian manager keluar
meninggalkan mereka. Sebelum masuk ke dalam air, mereka melakukan sedikit
senaman ringan untuk mengelakkan kekejangan nanti. Setelah selesai,
masing-masing terus terjun ke dalam air kecuali N. Dia hanya berdiri di tepi
kolam itu tanpa mahu masuk ke dalam air.
“N oppa! Marilah!” Laung Soeys yang sudah pun berada di tengah kolam itu.
N hanya menggeleng sambil melangkah setapak ke belakang. Kiela,
Ravi, Ken, Hongbin, Leo dan Hyuk sudah pun berenang merata-rata di dalam kolam
itu.
“Aish. Come here!” Panggil Soeys lagi.
N sekali lagi menggeleng. Soeys tiada pilihan selain menghampiri
N. Dia terus menyelam dan berenang menuju ke tepi kolam itu. Hongbin dan Hyuk
yang sedang berenang ternampak Soeys berenang dengan laju di hadapan mereka.
Mereka terpaku dengan cara renangan Soeys yang sangat lembut ala-ala duyung.
Mereka terus muncul di permukaan air.
“Did I saw a mermaid just now?” Tanya Hyuk sambil memandang Hongbin yang tidak
lepas memandang Soeys yang masih lagi berada di dalam air.
Apabila sampai di tepi kolam, Soeys terus memunculkan kepalanya di permukaan
dan mengambil nafas. Kemudian dia menghulurkan tangan kanannya kepada N. Dia
menggeleng dan melangkah setapak lagi ke belakang. Soeys terus mengeluarkan
dirinya dari air dan menghampiri N. Dia bergerak ke belakang N dan menolak
badan N.
“Jangan Soeys. Oppa tak mahu,”
“Ala. Oppa buat apa kat sini kalau tak nak berenang?” Soeys terus berusaha
menolak badan N.
“Soeys noona! N hyung tak pandai berenang sebenarnya!” Laung Hyuk.
Soeys berhenti menolak badan N dan memandang kekasihnya yang
sedang tersengih-sengih itu. Soeys memukul bahu N dengan kuat sehingga N
mengaduh sakit.
“Cakaplah awal-awal tak tahu berenang. Kalau macam tu, turun je lah. Kat sini
tak dalam,”
Perlahan-lahan N mencecahkan kakinya ke dalam air. Dengan pantas Soeys menarik
tangan N dengan kuat sehingga dia hilang imbangan dan jatuh ke dalam air. Soeys
ketawa kerana berjaya mengenakan N. N muncul di permukaan air dengan nafas yang
tercungap-cungap.
“Kan dah cakap kat sini tak dalam pun,”
Memang betul. Paras air kolam itu paras dada N sahaja. N hanya
mengangguk sambil menggigil kesejukan. “Nappeun yeoja!”
“Nappeun saram aninde…” Sempat lagi Soeys menyanyikan part chorus lagu Hyde. N
mengetuk kepala Soeys dengan perlahan.
Leo terus berenang bersama-sama Kiela. Kadang-kadang mereka berlumba sesama
sendiri. Ken, Ravi dan Hongbin turut berenang dan kadang-kadang mengusik Hyuk.
30 minit kemudian manager kembali dan mereka dikehendaki
berkumpul di hadapan manager untuk mendengar arahan seterusnya.
“Kita main game okay?”
Mereka hanya mendiamkan diri sambil mengangguk. “Kita main satu
game sahajalah ye. Game lain saya tak terfikir pula,”
Setelah mendengar sedikit taklimat dari manager, mereka fahamlah apa yang
hendak dibuat. Mereka dikehendaki membahagi kepada dua kumpulan iaitu empat
orang satu kumpulan. Kemudian mereka akan berlumba sesama sendiri dan kumpulan
yang dapat menghabiskan pusingan terlebih dahulu akan menang. Kumpulan pertama
terdiri daripada Soeys, Hongbin, Ken dan manager. Manager terpaksa menggantikan
N dan N menjadi pengadil. Manakala kumpulan kedua ialah Kiela, Leo, Ravi dan Hyuk.
Hampir 30 berlumba-lumba, mereka tiba di pusingan akhir.
Perenang pertama untuk kumpulan pertama ialah manager,
diikuti dengan Hongbin, Ken dan Soeys penjadi perenang terakhir. Di kumpulan
kedua pula, Hyuk menjadi perenang pertama, diikuti dengan Ravi, Kiela dan Leo
menjadi perenang terakhir.
“Semua sedia?”
Sebaik sahaja N meniup wisel, manager dan Hyuk terus terjun ke
dalam air dan berenang dengan laju. Di hujung sebelah sana, mereka akan
berjumpa dengan perenang kedua dan perenang kedua akan berenang pula. Sebaik
sahaja manager dan Hyuk sampai, Ravi dan Hongbin terus terjun ke dalam air
sehingga mereka sampai kepada Ken dan Kiela. Mereka berdua turut melakukan yang
terbaik untuk sampai dahulu ke perenang yang terakhir.
Sebaik sahaja
Ken dan Kiela berhenti, Leo dan Soeys terus masuk ke dalam air. Perlawanan
mereka agak sengit kerana mereka perenang yang agak hebat juga dan
masing-masing tidak mahu kalah. Mereka kekal dengan jarak yang sama.
“Wo! Daebak daebak!
Sengit ni!” N bersorak sambil menepuk tangan beberapa kali.
Hongbin, Ken, Ravi, Kiela, Hyuk dan manager focus melihat mereka
berdua.
Lagi sedikit
mereka hendak sampai ke garisan penamat dan masing-masing memanjangkan tangan
supaya mencapai tebing kolam itu dahulu. Tetapi sesuatu yang tidak dijangka,
mereka berhenti pada masa yang sama. Sebaik sahaja memunculkan wajah
dipermukaan air, mereka memandang satu sama lain.
“Siapa yang
menang?”
“Leo menang…”
“What? Soeys
sentuh tebing ni dulu lah oppa,”
Leo hanya memandangnya sekilas lalu keluar dari kolam. Kiela
menghampirinya dan memberikan tuala.
“Tengok ni,”
Manager datang dengan sekeping gambar. Mereka semua focus kepada
gambar itu. Gambar itu menunjukkan kedua-dua tangan Leo dan Soeys yang berada
di tebing. Ternyata tangan Leo yang menyentuh tebing itu dahulu. Jarak mereka
hanyalah 4cm. Kemudian Soeys merengus. “Tangan Leo oppa panjang dari Soeys tak
cerita lah,”
Perlawanan
acara renang mereka tamat di situ dengan keputusan kumpulan kedua yang
memenanginya. Selepas meraikannya ala kadar, mereka pulang ke dorm semula.
Sebaik sahaja sampai di dorm, masing-masing sudah selamat ke alam mimpi kerana
berasa penat sangat pada hari itu.
To be continued...
No comments:
Post a Comment