Pada hari itu, sekolah Soeys dan Kiela mengadakan hari sukan. VIXX turut datang ke sekolah mereka untuk memberikan sokongan. Ketika mereka sampai, kawasan padang sekolah mereka sudah pun dipenuhi dengan ramai pelajar dan penyokong mereka. Beberapa minit kemudian, MC mengumumkan supaya peserta bersedia. VIXX terpaksa berpisah dengan Soeys dan Kiela.
“Soeys, Kiela. Hwaiting!” Kata N dan Ken serentak. Hongbin, Ravi, Hyuk dan Leo hanya membuat isyarat sahaja. Soeys dan Kiela kemudian terus bergerak ke tengah padang.
Sebenarnya mereka telah dibahagikan kepada kumpulan mengikut warna pakaian mereka. Soeys berada di kumpulan oren bersama-sama dengan Hyukjin, Sohyun, Gain, Kangnam dan Kangjun. Manakala Kiela berada di kumpulan biru bersama-sama dengan Minhyuk, L.Joe, Minwoo, Sulli dan Ahreum. Acara pertama ialah acara pembukaan. Keluar beberapa orang athlete sekolah itu untuk menyalakan obor. Sebaik sahaja obor dinyalakan oleh Dongjun, acara pada hari itu telah dirasmikan.
Acara pertama pada hari itu ialah acara memanah. Setiap kumpulan perlu menghantar tiga orang wakil untuk memanah. Kumpulan oren menghantar Soeys, Hyukjin dan Kangjun. Kumpulan biru pula ada L.Joe, Minhyuk dan Ahreum. Begitu juga dengan kumpulan lain.
Pusingan pertama, kumpulan oren bersaing dengan kumpulan pink. Soeys menjadi pemanah pertama. Dia bersiap sedia dengan busur dan anak panahnya. VIXX memberikan sokong kepada Soeys dari tempat duduk penonton. Soeys mula menarik anak panahnya dan mula focus kepada target.
Semua memberikan focus kepadanya sehingga dia melepaskan anak panah di tangannya. Anak panah itu meluncur laju lalu berhenti di bulatan yang paling hampir dengan bulatan merah.
“Woah! Cheowaa!” Jerit Hyukjin dan Kangjun.
Soeys tidak nampak di mana anak panahnya berhenti jadi dia hanya blur sehinggalah juri mengumumkan keputusannya. “8 point!” Serentak itu Soeys melompat sambil tersenyum lebar.
Perlawanan memanah itu diteruskan lagi dengan peserta-peserta yang lain. Kumpulan oren dan kumpulan hijau layak ke pusingan akhir. Di pusingan akhir, mereka memberikan lebih focus dalam mengumpul mata. Setelah selesai semua memanah keputusan akhir ialah kumpulan hijau memenangi pertandingan itu. Soeys agak kecewa dengan kekalahan kumpulan mereka tetapi Hyukjin dan Kangjun masih memuji usaha kuat Soeys.
Acara yang kedua ialah acara lompat jauh. Setiap kumpulan menghantar 3 orang wakil. Wakil bagi acara lompat tinggi bagi kumpulan biru ialah Kiela, Uee, dan L.Joe. Mereka bertiga melompat setempat untuk memanaskan badan dan bersedia untuk membuat lompatan jauh untuk mengutip markah yang tertinggi.
Kiela membuat lompatan yang jauh sebanyak 4.0 meter dan melayakkan kumpulannya ke pusingan akhir. Di pusingan akhir, Uee, L.Joe dan Kiela masing-masing berjaya membuat lompatan yang sangat jauh berbanding peserta yang lain. Kumpulan mereka diumumkan memenangi acara sukan itu.
Untuk acara sukan lompat tinggi, Soeys menjadi wakil untuk kumpulannya. Sebelum melompat, dia menemui adiknya yang sedang bersedia untuk acara lompat bergalah. Kiela yang sedang meneguk minuman botolnya terus sahaja tersedak apabila kakaknya itu tiba-tiba menyergahnya daripada belakang.
“ What are you doing here, unnie? ”
“ Saja. Bila turn kau? ”
“ Another 15 minutes. Dah lah, pergi sana.” Soeys mencapai botol minuman adiknya dan meneguk sedikit minuman tersebut.
“ Unnie pergi dulu. Good luck, okay.” Kiela mengangguk, “ You too.”
Selepas beberapa minit, giliran Kiela pula untuk membuat lompatan bergalahnya. VIXX dan Soeys yang sedang menunggu gilirannya melihat Kiela menyelesaikan lompatannya. Semua penonton bertepuk tangan apabila Kiela berjaya menyelesaikan lompatannya. VIXX terpaku seketika.
“ Daebak!!” Puji Hyuk. VIXX hanya mengangguk.
Selepas itu, tumpuan VIXX terus dialihkan ke arah acara sukan lompat tinggi. Soeys yang masih lagi menunggu gilirannya untuk membuat lompatan melambaikan tangannya ke arah VIXX apabila terlihat mereka memandangnya tadi. N, Hongbin, Ken, Ravi dan Hyuk membalas lambaian Soeys kecuali Leo yang hanya memandang sahaja.
Selepas beberapa minit kemudian, Soeys mula bergerak menuju ke trek lompat tinggi. Dia melompat setempat sebelum berlari melengkung dan terus sahaja melompat melebihi palang itu. Soeys terlihat Kiela yang sedang berdiri tidak jauh daripada tempat acara sukan lompat tinggi sedang bertepuk tangan sambil memandangnya. VIXX dan penyokong kumpulan Soeys bertepuk tangan.
Soeys membongkokkan badannya sedikit kepada juri yang sudah pun mengumumkan kemenangannya sebelum menuju ke arah adiknya. “ How? ”
“ Good. As usual.”
Soeys memaut bahu adiknya, “ So, acara balapan bila? ”
“ Mollayo.”
Soeys mencapai botol air yang dipegang oleh Kiela lalu diteguknya sehingga habis. “ Yah!! Unnie!! That’s my drink.”
“ I’m thirsty.” Kiela terus sahaja menjuih dahi Soeys sebelum berlalu pergi. Soeys mengejarnya sebelum membawanya ke papan kenyataan atur cara sukan bersebelahan khemah penonton dan tetamu.
“ Acara lari berpagar pukul 11.30 pagi.” Soeys memandang adiknya, “ Sekarang pukul berapa? ” Kiela hanya menjongketkan bahunya. Soeys membaca lagi atur cara acara sukan selepas itu.
“ Acara lari pecut 200 meter pukul 12.30 tengah hari.”
Kiela memandang ke acara yang sedang berlangsung iaitu lempar cakera. Soeys terus sahaja menarik tangan Kiela lalu dibawa ke khemah penonton dimana VIXX sudah pun melambai ke arah mereka berdua. Soeys duduk diantara Hongbin dan N manakala Kiela duduk disebelah Leo dan juga Ken.
“ Ada lagi ke acara lepas ni? ” Tanya N.
“ Ada. Anyway, pukul berapa sekarang, oppa? ”
N melihat jam yang dipakainya, “ 10.50 pagi. Waeyo? ”
“ Acara sukan Soeys start pukul 11.30 pagi.”
Hyuk memandang Soeys, “ Noona, you’re so great.”
“ Yeah, I know that. By the way, kenapa tak masuk acara sukan? ”
“ I’m too busy, noona.”
“ Fine.”
Leo memandang Kiela, “ Ada lagi ke acara Kiela lepas ni? ”
Kiela mengangguk, “ Pukul 12.30 tengah hari.” Leo menghulurkan sebotol minuman kepada Kiela.
Pukul 11.30 pagi, acara balapan, lari berpagar bermula. Soeys sudah bersedia di balapannya. Apabila picu pistol ditarik, Soeys terus sahaja berlari sepantas mungkin menyaingi peserta yang lain sehingga dia mendahului peserta acara tersebut.
“ Wow!! That’s so fast!! ” Puji Ravi.
Kiela hanya memerhati sambil meneguk airnya. “ Kiela acara apa lepas ni? ” Tanya Ken.
“ Lari 200 meter.”
Soeys menghampiri mereka. “How is it? ”
“ Daebak!! Macam cheetah,” puji Hongbin. Ravi menghulurkan kepada Soeys sebotol minuman. “ Gomawo, oppa.”
“ Cheonma.”
Cuaca tengah hari itu semakin panas. Mereka semua melihat ramai peserta balapan pengsan selepas menghabiskan larian mereka. Kiela meneguk lagi air minumannya.
Soeys memandang adiknya, “ Are you nervous? ”
“ Not really.”
Dia memandang Leo, “ What time is it, oppa? ” Leo melihat jam tangannya lalu menunjukkan ke arah Kiela.
“ I should be prepare now.”
VIXX dan Soeys hanya mengangguk. “ Hwaiting, Kiela!!”
Sebaik sahaja sampai di trek balapan, dia memanaskan badannya. Begitu juga peserta yang lain. Sementara menunggu acara dimulakan, dia berlatih dulu bahagian permulaan larian.
“ Semua peserta diminta untuk bersedia,” umum MC acara sukan itu.
Kiela dan peserta yang lain sudah bersedia di balapan masing-masing. Apabila picu pistol ditarik, Kiela terus sahaja berlari menyaingi peserta yang lain sehingga mendahului acara tersebut. Hampir sahaja sampai di garisan penamat, kepalanya mulai pening. Namun dia terus sahaja menghabiskan lariannya sehingga ke garisan penamat.
“ Arghh!!”
Soeys dan VIXX terus sahaja menyerbu ke arahnya. Pelajar yang bertugas untuk pertolongan cemas memapah Kiela ke tepi padang di bawah khemah khas.
“ Kiela!! ”
Soeys terus sahaja duduk sebelah adiknya yang ketika itu dirawat oleh beberapa orang pelajar. Seorang pelajar menekan sedikit di bahagian buku lalinya yang terseliuh. “ Sakit.” Soeys mengenggam tangan adiknya. “ Just bear it for awhile.”
VIXX hanya memandang sahaja. Ken menepuk perlahan bahu Leo yang tidak lepas memandang Kiela. Sebaik sahaja membalut kaki kanan Kiela yang terseliuh, mereka memberi peluang kepada VIXX dan Soeys untuk menemani Kiela.
“ Sakit lagi? ” Tanya Leo risau.
“ Sikit.”
“ Should we go home? ” Tanya Ravi.
Soeys memadang Kiela. “ Acara sukan ni tak habis lagi.”
Manager VIXX menghampiri mereka, “ Biar hyung tanya pengetua dulu.”
Sebaik sahaja sampai di hadapan dorm mereka, Leo terus sahaja mengangkat Kiela ala bridal style lalu dibawa masuk ke dalam dorm mereka.
Di dalam bilik,
“ Nak apa-apa tak? Unnie boleh ambilkan.”
Kiela hanya menggeleng. “ Nak bersihkan diri.” Soeys mengangguk faham sebelum membuka balutan bandage di kaki kanan adiknya itu.
Selepas 30 minit kemudian, Leo memasuki bilik tersebut ketika Soeys sedang membalut kaki kanan Kiela. Leo menghampiri mereka dan Soeys terus sahaja menyuruh Leo untuk menyambung membalut kaki Kiela. Soeys berlalu keluar dari bilik itu.
Leo membalut perlahan-lahan kaki kanan Kiela. Sesekali dia memandang wajah Kiela yang turut memandangnya. “ Done. Selesa tak? ” Kiela hanya mengangguk.
“ Berehat.” Leo terus sahaja membaringkan Kiela. “ Nak oppa temankan? ” Kiela mengangguk perlahan sebelum melelapkan matanya. “ I’ll be here for you,” ucap Leo lalu membelai perlahan pipi Kiela.
Beberapa hari kemudian,
VIXX, Kiela dan Soeys keluar berjalan-jalan memandangkan hari itu merupakan hari cuti. Jadi mereka hanya berjalan mengambil angin petang. Sesekali mereka berjoging dan berlari anak sesama sendiri. Tiba-tiba Soeys hilang imbangan. Pandangannya kian kabur. Dia cuba berpaut kepada N tetapi pegangannya lemah dan menyebabkan dia jatuh dan tidak sedarkan diri. VIXX termasuk Kiela dan manager sungguh terkejut melihat Soeys yang tiba-tiba jatuh pengsan. Hongbin yang berada sedikit di depan terus berpatah balik dan meluru ke arah Soeys.
No comments:
Post a Comment