My Oppa My Love ~ Chapter 38



Di hospital,
            Soeys dimasukkan ke dalam wad dan ditahan untuk beberapa hari. Menurut doctor yang merawat Soeys, dia mengalami underweight issue dan terlampau penat. Soeys juga mendapat demam panas dan sebab itulah dia ditahan di hospital untuk beberapa hari. Menurut doctor lagi, sebenarnya Soeys sudah demam dalam 2 atau tiga hari yang lepas tetapi tidak dirawat dan disebabkan oleh kepenatan, demamnya bertambah teruk.

            VIXX melangkah masuk ke dalam wad Soeys dan memandang Soeys yang sedang terbaring lemah di atas katil. Kiela menghampiri kakaknya dan meletakkan tapak tangannya di dahi Soeys. Terasa sangat panas malah Kiela yang berada dekat dengan dia pun dapat rasa bahang panas badan Soeys.

            “Get well soon unnie,”

Ken, Ravi, Hongbin, Leo, Hyuk dan N hanya menjadi pemerhati. Kemudian Kiela memandang ke arah manager. “Boleh saya jaga unnie malam ni?”

            “Tapikan esok Kiela sekolah,”

            “Tak apa. Sehari je Kiela ponteng,”

Manager menggeleng. “Pelajaran lebih penting Kiela. Pasal Soeys jangan risau, kami boleh jagakan dia. Lagipun ramai nurse yang selalu tengokkan dia,”

            Perlahan-lahan Kiela mengangguk seraya menatap wajah kakaknya yang masih terlena. Kemudian Leo menghampirinya. “Jom kita balik. Dah lewat ni. Esok kena bangun awal,”

            Kiela hanya mengangguk lalu bangun mengikut Leo. Sebelum itu dia sempat memberikan kucupan di dahi Soeys. N pula masih duduk di sebelah katil Soeys tanpa berkata apa-apa.

            “Manager hyung. Saya yang jaga Soeys malam ni,”

            “Tapi kamu ada schedule. Ada show dengan Shindong untuk The Show. Kamu tak boleh elakkan,”

            N hanya mengeluh. “Habis siapa yang akan jaga dia?”

Saat itu Hongbin mara ke hadapan sambil mengangkat tangannya. “Saya yang jaga Soeys. Boleh kan?”

            N bangun lalu menepuk bahu Hongbin. “I’m count on you,” Hongbin hanya mengangguk.

            Seketika kemudian manager mengajak mereka pulang kerana waktu melawat sudah hampir tamat. VIXX dan Kiela kecuali Hongbin keluar dari wad itu. Selepas mereka semua keluar, dia duduk di sebelah katil Soeys sambil terus menatap wajah Soeys.

            “Kenapalah pendamkan sahaja rasa sakit tu Soeys? Kadang-kadang awak kena tahu macam mana cara untuk meluahkan perasaan awak. Ya. Tahu macam mana nak luahkan perasaan……” Suara Hongbin semakin mendatar.

            Soeys masih lagi tidak sedarkan diri. Kemudian, Hongbin mengeluarkan sekeping cool fever dari laci meja kecil dan diletakkan di dahi Soeys supaya panas badannya surut sedikit. Selepas menampal cool fever, perlahan-lahan Hongbin mengucup dahi Soeys. Kemudian dia kembali duduk di tempatnya.

            Dia akhirnya tertidur di situ dengan mukanya yang disembamkan di atas tilam katil Soeys. Perlahan-lahan Soeys membuka matanya. Pandangannya masih kabur tetapi dia masih dapat melihat yang orang yang tidur di situ ialah Hongbin. *Hongbin oppa..* Kemudian dia tertidur semula kerana tidak tahan dengan pening kepalanya.

Pukul 3 pagi,
            Badan Soeys terasa sangat panas dan dia berasa tidak selesa. Matanya berair kerana panas badannya. Dia membuka mata dan merengek dan bergerak-gerak sedikit. “Omma… Omma…” Panggilnya sambil merengek.

            Hongbin yang hanya tidur-tidur ayam terjaga apabila Soeys bergerak dan merengek. Dia terus bangun dan berdiri di tepi bahu Soeys dan meletakkan tangannya di dahi Soeys. *Panas lagi* Cool fever yang diletakkan di dahinya tadi sudah pun kering.

            “Omma…” Soeys terus menangis dan memanggil ibunya.

            “Shhh… Oppa ada kat sini,” pujuk Hongbin sambil menepuk perlahan tangan kanan Soeys.

            Soeys terus mencapai tangannya lalu merenungnya. “Omma? Omma.. You’re here..”

            Hongbin agak terkejut apabila Soeys memandangnya dan memanggilnya omma. *Mungkin dia ingat aku ni mak dia*

            Hongbin memandang sayu ke arah Soeys sambil membelai pipinya. Tiba-tiba Soeys mencapai tangan Hongbin lalu dipeluknya erat. “Omma jangan tinggalkan Soeys ye,”

            Hongbin terpaku. *Baiklah. Mungkin aku boleh jadi mak dia untuk malam ni* Kemudian Hongbin mengangguk. “Baiklah. Soeys tidur ya,”

            Soeys mengukirkan senyuman nipis dan mengangguk. Kemudian Hongbin duduk semula di kerusi dan mendodoikan Soeys sehingga Soeys kembali memejamkan matanya. Hongbin mengesat kesan air mata di pipi Soeys. Tetapi sebaik sahaja dia hendak duduk kembali, Soeys menangis lagi. Hongbin terus melentukkan kepalanya dekat dengan kepala Soeys dan menyanyi lagu yang boleh membuatkan Soeys tertidur semula.

            Beberapa minit kemudian, Soeys tertidur semula. Hongbin turut berasa mengantuk lagi. Kepalanya terasa sangat berat. Tanpa disangka, Hongbin terus mengangkat kakinya dan naik ke atas katil Soeys. Dia berbaring di sebelah Soeys, dan oleh kerana katil itu agak kecil, dia mengiringkan badannya memandang Soeys dan memeluknya.

            Hongbin masih lagi mendodoi Soeys yang berada di dalam dakapannya seperti anak kecil. Kemudian dia mengucup dahi Soeys sebelum dia turut tertidur di situ.

Esoknya,
            Kiela bangun seperti biasa dan bersiap hendak ke sekolah. Hari itu dia ke sekolah dihantar oleh manager seperti biasa. N, Ken, Ravi, Hyuk dan Leo turut sama-sama menaik kereta itu. Selepas menghantar Kiela, mereka pergi ke tempat rakaman untuk menghantar N. Selepas itu, Ken, Ravi, Hyuk dan Leo pula pergi ke destinasi schedule mereka tanpa Hongbin.

Di hospital,
            Perlahan-lahan Hongbin membuka matanya dan mendapati wajah Soeys sangat rapat dengan wajahnya. Dia terpaku sebentar kemudian memandang sekeliling dan mendapati dia sedang berbaring di atas katil hospital itu dan tangannya memeluk pinggang Soeys. Dengan kepala yang masih pening, dia cepat-cepat bangun dan turun dari katil itu. Kemudian dia merasa dahi dan leher Soeys. Masih panas tetapi sudah berkurangan.

            Apabila terasa dahi dan lehernya dipegang perlahan-lahan Soeys membuka matanya dan mendapati Hongbin sedang merenungnya. “Hongbin oppa?”

            Hongbin mengangguk sambil tersenyum nipis. “Soeys kat mana?” Tanya Soeys sambil memegang kepalanya dan memandang sekeliling.

            “Hospital. Soeys demam panas dan ditahan di wad,”

Soeys hanya mengangguk perlahan. “Nah minum ni,”

            Hongbin menolak perlahan belakang badan Soeys supaya tinggi sedikit dan mendekatkan mulut cawan kepada mulut Soeys. Terasa tekaknya perit apabila menelan air itu. Sudah separuh gelas dia minum, dia menarik mukanya. Hongbin meletak semula gelas itu di atas meja.

            “Mana yang lain?”

            “Kiela pergi sekolah. N hyung ada schedule dekat The Show. Ken hyung, Ravi hyung, Leo hyung dan Hyuk pula ada schedule dekat tempat lain,” terang Hongbin secara terperinci.

            “Oppa?”

            “Oppa boleh dikecualikan,”

Sekali lagi Soeys hanya mengangguk perlahan. “Thanks oppa,”

            “For what?”

            “Sebab susah payah jaga Soeys dekat sini,”

Hongbin hanya tersenyum nipis lalu membelai rambut Soeys. “It’s okay. Oppa boleh buat apa sahaja untuk adik kesayangan oppa,”

Petang itu,
            Sebaik sahaja tamat masa persekolahan, Kiela terus dibawa oleh manager menuju ke hospital. Selepas meninggalkan Kiela di hospital manager keluar semula untuk mengambil N, Hyuk, Ken, Leo dan Ravi.

            Pintu wad dibuka dan mendapati Hongbin sedang menyuapkan bubur kepada Soeys yang masih lagi lemah. Kiela terus datang menghampiri mereka berdua. Mereka memandang serentak ke arah Kiela.

            “Kiela..” Panggil Soeys.

Kiela terus melangkah menuju ke arah Soeys. Hongbin bangun dari kerusi dan menyuruh Kiela duduk di kerusi itu. Kiela terus merasa dahi Soeys dengan tapak tangannya lalu tersenyum nipis.

            “Banyak unnie makan?” Tanya Kiela kepada Hongbin.

Hongbin menunjukkan mangkuk plastic yang terdapat bubur di dalamnya. Bubur itu hanya luak 1/3 sahaja. Kiela menggeleng kepalanya lalu mengambil mangkuk itu dari tangan Hongbin.

            “Unnie dah kenyang,” ucap Soeys sambil menggeleng kepala.

            “Makan lagilah unnie tak cukup tu,”

Sekali lagi Soeys menggeleng dan menolak sudu yang dihulurkan di mulutnya. “Unnie tak lalu,”

            Kiela menarik semula sudu itu lalu meletakkan mangkuk bubur itu di atas meja seraya memandang kakaknya. “Unnie rehatlah,”

            Kiela membaringkan kakaknya. Hongbin membantu membetulkan semula katil yang telah dinaikkan tadi. Selepas Soeys baring, Kiela menyelimutkan badan kakaknya. Perlahan-lahan Soeys memejamkan matanya semula. Kiela hanya mengeluh halus sambil terus menatap wajah Soeys yang pucat itu.

Dua hari kemudian, Soeys sudah dibenarkan pulang jadi mereka membawa Soeys pulang ke dorm. Semasa berada di dalam van mpv, Soeys duduk di sebelah Kiela sambil melentukkan kepalanya di bahu Kiela.

            “Kiela tahu tak malam pertama yang unnie demam panas tu. Unnie mimpi omma datang. Dia berdiri dekat sebelah unnie sambil tersenyum. Dia tepuk tangan unnie, lepas tu unnie peluk tangannya. Kemudian dia baring kat sebelah unnie dan dodoikan unnie. Lepas tu entah pukul berapa, unnie rasa yang unnie dalam dakapan omma. Unnie rasa selesa sangat jadi unnie tidur dengan lena malam tu sampailah ke pagi. Unnie rasa macam betul-betul omma ada,” cerita Soeys dengan lemah.

Mereka yang lain hanya mendengar cerita Soeys tu sambil mendiamkan diri. Mereka hanya mengeluh halus dan kerana tahu Soeys merindui ibunya. Kiela hanya mengangguk dan menepuk bahu Soeys dengan perlahan. Hongbin pula memandang Soeys yang berada di sebelahnya dengan ekor mata. *Jadi dia betul-betul ingat yang aku ni mak dia* Fikir Hongbin lalu tersenyum nipis.

Seminggu kemudian,
            Soeys telah pun baik daripada demam. Dia sudah baik seperti sedia kala walaupun sisa batuknya masih ada. Hari itu mereka berada di bilik latihan seperti biasa melihat VIXX berlatih. Soeys hanya duduk di sofa hitam dan melihat VIXX berlatih. Kiela pula sibuk membuat kerja rumahnya sambil mendengar lagu di satu sudut bilik latihan itu.

            Setengah jam berlatih, tiba-tiba kaki Hongbin lemah dan dia tidak dapat mengimbangi badannya menyebabkan dia jatuh melutut. Mereka semua berhenti menari dan memandang ke arah Hongbin. Soeys terus berlari mendapatkan Hongbin.

            “Okay ke tak ni Hongbin?” Hongbin mengangguk perlahan dan cuba bangun semula.

            “Kalau penat, pergi berehat dekat sana. Go.” Arah N sambil menepuk-nepuk bahu Hongbin. Dia hanya mengangguk tanpa membantah.

            Semasa berjalan menuju ke arah sofa itu, tiba-tiba pandangannya menjadi kabur dan kepalanya terasa sangat pening. Dia tidak dapat mengimbangi badannya lalu terhuyung hayang. Soeys yang melihat keadaan Hongbin yang tidak stabil itu terus bangun dan menghampiri Hongbin. Tiba-tiba Hongbin hilang imbangan dan terjatuh. Mujur Soeys sempat menyambut badannya tetapi oleh kerana Soeys tidak dapat menahan berat badannya, Soeys terdorong ke belakang dan terduduk di sofa itu bersama-sama Hongbin.

            “Hongbin oppa?” Panggil Soeys sambil menepuk-nepuk perlahan pipi Hongbin yang berada di ribanya.

            VIXX termasuk Kiela datang menghampiri mereka untuk melihat keadaan Hongbin. Soeys kemudian merasa dahi Hongbin seraya memandang mereka semua. “Badan Hongbin oppa panas. Dia demam ni,”

            “Kita bawa dia ke klinik sekarang,”

            “Tak payah,” ucap Hongbin lemah sambil menahan tangan N yang hendak menelefon manager.

            “Tapi oppa demam ni,”

Hongbin hanya menggeleng dan cuba hendak bangun tetapi dia terbaring semula kerana kepalanya terasa sangat berat. “See. Hyung kena pergi hospital sebelum melarat,” ucap Hyuk.

            “Pergi hospital ya oppa. Please,” pujuk Soeys sambil memegang pipi Hongbin dengan lembut. Hati Hongbin tersentuh dengan pujukan Soeys lalu mengangguk perlahan-lahan.

            N terus sahaja menelefon manager supaya menyediakan kereta untuk membawa Hongbin ke hospital.

Di dorm,
            Hongbin berbaring lemah di biliknya. Soeys memerahkan sehelai kain lalu diletakkan di dahi Hongbin. “Oppa tidur ya,” kata Soeys sambil mengangkat besen yang berisi air untuk diletakkan semula di dapur.

            “Thanks Soeys,” ucap Hongbin dengan lemah.

Soeys mengangguk lalu keluar dari bilik itu dan menutup pintu. Dia terus menuju ke dapur.

            “Lepas seorang, seorang demam.” Ucap Ravi.

            “Dia berjangkit dengan Soeys noona lah tu,” balas Hyuk.

            “Hyuk, I heard that.” Laung Soeys dari dapur.

            “Mian!”

Waktu tengah hari,
            Kiela datang menghampiri Soeys yang sedang mengambil bubur dari periuk.       

“Biar Kiela yang masak hari ni okay. Unnie mesti penat jaga Hongbin oppa,” kata Kiela.

Soeys menggeleng dan terus memakai apron. “Kau rehatlah. Biar unnie yang masak,”

            Kiela menggeleng juga kemudian menjuih dahi Soeys. “Jangan degillah unnie. Kiela cakap biar Kiela yang masak,”

            Soeys membuat muka memandang Kiela. Leo masuk ke dapur dan menjenguk mereka berdua. Soeys terpandang Leo lalu tersenyum jahat. “Kalau macam tu…” Soeys terus menghampiri Leo lalu menarik tangannya.

            “Biar Leo oppa tolong Kiela masak,” ucap Soeys sambil menolak badan Leo ke sebelah Kiela.

            Kiela memandang Leo yang membuat muka pokernya. Soeys hanya tersenyum lalu membuka apron dan memberikannya kepada Kiela.

            “So, mulalah masak. Unnie nak pergi bagi bubur ni dekat Hongbin oppa. Semoga bergembira,” ucap Soeys lalu keluar dari dapur meninggalkan sepasang kekasih itu di situ.

            “Aish. Jinja?!”

            “Nak masak apa sebenarnya ni?”

Kiela berfikir sejenak. “Kimchi guksoo okay? Lepas tu kita buat bibimbap sekali,”

            “Okay,”

Mereka membasuh tangan terlebih dahulu dan mula mengambil bahan-bahan untuk memasak. Setelah semuanya selesai, mereka mula memasak. Sejam kemudian, mereka selesai memasak dan menghidangkannya di ruang tamu. Ken, Ravi, Hyuk dan N yang berkumpul di ruang tamu teruja melihat Kiela dan Leo membawa makanan itu.

            Setelah selesai, mereka duduk berkumpul di ruang tamu itu lalu mula menjamah juadah makan tengah hari mereka hasil air tangan Kiela dan Leo. Soeys keluar dari bilik Hongbin setelah memberinya makan dan menyertai mereka semua dan duduk di sebelah N.

            “Macam mana dengan Hongbin?”

            “Dia dah tidur,”

N hanya mengangguk. Kemudian mereka semua mula makanan yang telah dihidang memandangkan perut masing-masing sudah lapar.

            “Wahh.. Mashita!!” Puji Hyuk.

Mereka yang lain mengangguk setuju. “Lepas ni dah bolehlah kahwin,”

            Kiela yang sedang menghirup kuah kimchi tersedak. Leo cepat-cepat memberikannya air. Soeys hanya ketawa melihat muka Kiela yang sudah kemerah-merahan itu. “Saya salah cakap ke?”

            Leo terus memberikan pandangan yang tajam kepada Ken lalu mahu mencekiknya tetapi dihalang oleh N. “Tengah makan ni Leo. Lepas makanlah kau selesaikan dengan dia,”

            “Ah hyung! Ingatkan nak back up saya,” Ken membuat muka merajuknya.

Mereka hanya ketawa lalu menyambung semula makan tengah hari. Mereka makan dengan senyap kerana menikmati makanan itu.

To be continued...

No comments: