My Oppa My Love ~ Chapter 39


Mereka semua berkumpul di ruang tamu apabila manager VIXX memanggil mereka semua. Mereka semua memandang manager VIXX yang duduk di sofa seperti bos memandang mereka seorang demi seorang.

            “ Okay, hari ni kamu semua akan ke suatu tempat.”

N, Hongbin, Ravi, Hyuk, Ken dan Soeys bersorak kegembiraan kecuali Leo dan Kiela yang hanya memandang mereka. Kiela memandang manager VIXX, “ Where’re we going, oppa? ”

            “ Somewhere. Sekarang, packing pakaian kamu semua. 30 minit lagi, berkumpul di bawah.”

Selepas satu jam perjalanan, akhirnya mereka tiba juga ke destinasi yang dituju. VIXX, Soeys dan Kiela terus sahaja keluar dari kereta. Pada masa itu, hari sudah pun malam. Manager VIXX terus sahaja menyuruh mereka untuk masuk ke dalam rumah.

            “ Wow!!” Mereka semua terkesima dengan dekorasi dalaman rumah tersebut.

            “ Amazing!!” Puji Soeys. N ketawa kecil dengan gelagat Soeys ketika itu. Hongbin tersenyum nipis.

Kiela memandang kakaknya, “ Baegeopa~ ”

            “ Aigoo~ My donsaeng.”

Ravi memandang manager VIXX, “ Kita nak masak apa untuk makan malam? ”

            “ BBQ.”

Mereka semua bersorak kegembiraan kecuali Kiela dan Leo. Mereka semua terus sahaja ke belakang rumah.

Ken menyuruh Kiela dan Leo untuk memasak BBQ. Mereka berdua hanya menurut sahaja. Sementara itu, Soeys, N, Hongbin, Ken, Ravi dan Hyuk bermain permainan ‘ Catch the mouse’. Mereka semua duduk menghadap satu sama lain.

            “Catch the mouse! Catch the mouse! Catch! Catch! Catch!” Mereka menanyi sambil menggerakkan badan mereka.

            “How many?”

            “5!” Jawab Soeys.

            “Caught it!” Kata N.

            “Missed it!” Kata Hongbin sambil menepuk dahinya.

            “Caught it!” Kata Ken.

            “Caught it!” Kata Hyuk.

            “Missed it!” Kata Ravi.

            “Caught it!” Kata Soeys

            “Caught it!” Kata N.

            “Hooray!!” Sorak mereka semua apabila kelima-lima ekor tikus telah ditangkap.

Mereka bermain dengan baik. Mereka meneruskan pusingan seterusnya dan di pusingan kedua, Hyuk terkeluar. Seterusnya Ken terkeluar. Di setiap pusingan mereka menggunakan perlbagai versi, contohnya sexy version, angry version, slow version dan cute version. Sementara mereka terus bermain, Kiela dan Leo masih terus memasak daging. Tiba-tiba Leo terpandang sesuatu di luar dan terus menuju ke arahnya.

            “Ah kucing!” Jerit Soeys sambil meluru ke luar dan menangkap seekor kucing jantan berwarna oren.

            Leo yang baru sahaja sampai di situ memandang Soeys sambil membuat mukanya. Soeys tidak menghiraukan Leo dan terus bermain dengan kucing itu. Kucing itu bergolek-golek di lantai, Soeys menggeletek perutnya. Leo hanya memerhati sahaja Soeys bermain dengan kucing itu.

            “Soeys! Nak main lagi ke tak?” Laung N dari dalam.

            “Nak!” Balas Soeys lalu melepaskan kucing itu lalu bangun dan masuk ke dalam.

            “Mian oppa kacau line tadi. Sekarang pergilah main dengan kucing tu,” ucap Soeys apabila dia lalu di sebelah Leo tadi.

            Leo tidak berkata apa-apa selain terus memandang kucing itu bergolek-golek berhampiran tayar van mpv mereka. Sesekali Leo bersiul untuk menarik perhatian kucing tersebut. Agak lama Leo melihat gelagat kucing itu, akhirnya dia bangun untuk menyambung semula memasak daging.

Selepas selesai, mereka semua menikmati makan malam itu dengan penuh berselera.

Mereka semua berkumpul di ruang tamu. Soeys duduk di antara Hongbin dan N. Kiela duduk antara Leo dan Ravi. Manager VIXX menyarankan mereka untuk bermain game.

Soeys mengangkat tangannya, “ Kita main Hide and Seek, okay? ”

            “ I’m in.” Hyuk terus mengangkat tangannya. N dan Hongbin pun sama. Ravi dan Ken turut serta juga. Soeys memandang Kiela dan Leo.

            “ Aish, jinjja?! ”

            “ I don’t want.” Leo menggeleng kepalanya.

Soeys memandang mereka berdua, “ Majoriti nak main so, Kiela dan oppa kena main juga.”
Kiela mengeluh perlahan. Leo memandang tajam ke arah Soeys. Dia mahu sahaja menyerang Soeys namun dihalang oleh Ken dan Ravi.

Mereka semua bermain rock paper scissor untuk menentukan siapa yang akan menjadi tukang cari nanti. Akhirnya, Leo terpaksa menjadi tukang cari. Leo terus sahaja menutup matanya dengan kain yang diikat untuk menutup matanya. Selepas itu, mereka semua terus sahaja bersembunyi di tempat yang berlainan.

Kiela hanya duduk di sebelah manager VIXX yang duduk di satu sudut di ruang itu. Hyuk pula memanjat tangga. N dan Soeys bersembunyi di koridor luar. Hongbin bersembunyi di belakang sofa. Ken juga bersembunyi di belakang sofa.Ravi bersembunyi dibawah sofa.

Selepas selesai mengira, Leo terus sahaja mencari dengan mata yang tertutup. Ken, Hongbin dan Hyuk mencapai kusyen kecil di sofa lalu membaling secara rambang untuk menganggu kosentrasi Leo. N dan Soeys turut serta juga.

Leo yang malas melayan gangguan tersebut duduk di sofa sebelum tangannya menarik seseorang di bawah sofa. Kiela dan mereka semua terkejut. “ Mwoya?! ”

            “ Ravi oppa jadi pula.”

Ravi mengira dengan mata yang tertutup. Selepas mereka semua mencari tempat strategic, Ravi terus sahaja menjejaki kawan-kawannya dan juga Soeys dan Kiela. Leo memanjat dinding yang terletak hampir berdekatan sebuah sofa tunggal. Ken menyorok tidak jauh daripada Leo.

Apabila Ravi menghampiri kawasan tersebut, Leo menggunakan tangannya untuk mengangkat kakinya ke atas tidak mengenai Ravi. Ravi terus sahaja ke belakang sofa dan menangkap Ken yang bersembunyi di situ. Mata Ken ditutup dengan sehelai kain. Mereka kembali bersembunyi. Hyuk dan Leo bersembunyi di belakang sofa, Ravi memanjat tangga, Hongbin dan N bersembunyi di sebalik pintu koridor. Kiela pula bersembunyi di belakang kameraman. Soeys berdiri dibelakang Ken dan mengikut sahaja langkahnya dengan berhati-hati. Apabila Ken melibas tangannya, Soeys cepat-cepat menunduk. Leo membaling kusyen ke arah Ken tetapi terkena kepala Soeys menyebabkan kusyen itu melambung semula terkena kepada Ken. Ken menunduk itu mengambil semula kusyen itu tetapi Soeys cepat-cepat melarikan diri. Dia kemudian membaling barang kecil yang terdapat di lantai ke arah Leo untuk membalas dendam.

            Ken terus bergerak mengikut arah benda kecil itu terjatuh. Dia semakin menghampiri Leo dan Hyuk. Tangan Ken hampir mencapai baju Leo tetapi Leo cepat-cepat menarik Hyuk ke hadapannya menyebabkan Hyuk tertangkap. Ken terus membuka penutup matanya.

            Giliran Hyuk pula, N dan Hongbin yang bersembunyi di sebalik pintu koridor memanggil, Kiela, Soeys, Ken, Ravi dan Leo ke arah mereka. Semasa bersembunyi di sebalik pintu itu, Leo mengetuk-ngetuk pintu itu membuat bunyi bising. N memukul leher Leo dengan perlahan. Hyuk bergerak ke arah bunyi ketukan itu perlahan-lahan.

            “Kami tak ada kat sini,” ucap Soeys perlahan. N cepat-cepat menutup mulut Soeys dan menyuruhnya diam.

            Hyuk masih lagi meraba-raba sliding door itu. Dia hampir tiba di tempat pintu yang terbuka di mana mereka berkumpul. Leo mengambil seekor beruang teddy lalu dicapakkan ke arah Hyuk. Patung itu kena tepat di muka Hyuk. Dia tidak menghiraukan gangguan itu dan dapat mengagak yang mereka ada di situ. Dia terus berjalan dan tiba di satu tempat dia tidak dapat merasa pintu sliding door.

            Mereka yang bersembunyi melarikan diri dari tempat itu. Sebelum itu N sempat menutup sliding door itu tetapi Hyuk dapat meghalangnya. Hyuk keluar dari tempat itu dan menoleh ke kiri dan ke kanan tetapi tidak mendapati sesiapa. N, Hongbin, Soeys, Kiela, Leo, Ravi dan Ken masuk semual ke dalam ruang tamu itu menggunakan pintu yang satu lagi. Mereka kemudian bergerak secara rawak sementara menunggu Hyuk mencari mereka.

            “Hyuk ah,” panggil Soeys dari satu arah.

            “Hyuk ah,” panggil Hongbin juga dari satu arah.

Hyuk memicingkan anak telinga mencari sumber suara itu. Kemudian perlahan-lahan dia bergerak ke arah suara Hongbin. Sebaik sahaja Hyuk menghampirinya, Hongbin terus merangkak dan melarikan diri. Hyuk cuba meraba sambil mencangkung. Dia terus meraba sehingga dia dapat menangkap kaki Hongbin. Hongbin menolak tangan Hyuk dengan sebelah lagi kakinya. Kemudian Soeys dan Ravi datang dari belakang Hyuk dan menarik rambutnya perlahan.

            “Ya!” Hyuk terus membuka penutup matanya dan memandang sekeliling. Mereka semua ketawa melihat Hyuk yang innocent itu dibuli oleh noona dan hyung-hyungnya.

            “Permainan ini ditamatkan,” ucap Hongbin sambil menyilangkan tangannya.

Manager mengangguk dan mereka semua berbaris secara memandang memandang manager. “Sebenarnya kamu semua dah terkeluar dan permainan dibatalkan,” terang manager. Mereka semua membuat muka terkejut kecuali Ken yang hanya mengangguk.

            “Kamu tak boleh bergerak sejauh itu dan mengikut pencari seperi itu. Jadi, game ini tiada siapa yang menang, tiada siapa yang kalah.” Mereka hanya mengangguk faham.

Selepas bermain permainan tersebut, manager VIXX mencadangkan mereka semua untuk bermain ‘ The restricted words game’. Mereka semua perlu memilih perkataan yang sering digunakan oleh setiap ahli yang bermain sebagai perkataan tersembunyi dan lekatkannya di satu tempat yang tidak dapat dilihat oleh ahli berkenaan.

Selepas beberapa minit berbincang, akhirnya permainan bermula. Mereka semua sepakat untuk melekatkan kain yang tertulis perkataan tersebut di dahi mereka.

Manager VIXX hanya memerhatikan sahaja. Dia memandang semua yang berada di situ. Di dahi Kiela, tertulis perkataan ‘Aish. Jinjja?!’. Perkataan tersebut sering disebut oleh Kiela. Di dahi Leo tertulis perkataan, ‘ I don’t want.’

Di dahi Hyuk tertulis perkataan, ‘Hyung/noona.’ Di dahi Ken dan Ravi, tertulis perkataan, ‘ Okay.’ Mereka berdua sering menggunakan perkataan tersebut. Di dahi Soeys pula tertulis perkataan ‘Oppa’ yang sering digunakan. Di dahi N pula tertulis perkataan ‘Of course’ dan di dahi Hongbin pula tertulis ‘Excuse me’.

Perbualan antara mereka semua terus sahaja berlangsung. Masing-masing bertungkus-lumus mengusahakan mereka semua untuk menyebut perkataan yang terdapat di dahi masing-masing.

            “ Ken oppa, are you okay? ” Tanya Soeys. Ken hanya mengangguk.

Tiba-tiba sahaja Soeys ditembak menggunakan senapang air. Dia cepat-cepat bersembunyi di belakang N. Habis basah baju mereka dibuatnya. Mereka yang lain ketawa sambil mengelak daripada terkena percikan air tersebut.

            “Wae? Wae? Jadi, saya tak boleh sebut perkataan oppa lah ye,”

Sekali lagi Soeys ditembak oleh senapang air. Kali ini dia menarik badan Hongbin supaya berada di hadapannya. Baju Hongbin turut basah. Permainan kemudian diteruskan dan mereka masih lagi dalam proses mengenakan Ken.

            “ But you look tired. Are you sure, you’re okay? ” Ken hanya mengangguk sahaja.

            “ Hyung, you look tired.” Kata Hyuk. Manager VIXX terus sahaja menyemburkan air menggunakan senapang air ke arah Hyuk.

Mereka semua ketawa. Permainan diteruskan, kali ini Ken pula yang melancarkan serangan. “Leo hyung, call me hyung now!” Ken membuat muka serius. Leo menjelingnya dengan pandangan tajam sebelum menggeleng.

            “I said now!” Leo masih menggeleng kepalanya tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata.

            “Ravi ah..” Panggil Soeys.

Ravi memandangnya tajam. “How dare you call me ‘ah’ instead of oppa?”

            “Haha. Tak mahu,” Soeys menjelirkan lidahnya.

Ravi mahu menamparnya tetapi Soeys cepat-cepat mengelak. “Woo keep calm okay. Gurau sahaja. Take it easy, okay?”

            Ravi kembali duduk dan mengangguk. “Okay,”

Sepantas kilat manager VIXX terus menekan picu senapang air itu dihalakan kepada Ravi. Ravi menghalang mukanya dengan tangan. Mereka yang lain ketawa melihat Ravi yang ditembak itu. “Great job!” N berhigh-five dengan Soeys sambil ketawa.

            “Okay?” Tanya Ken.

Ken sekali lagi ditembak dengan senapang air. “Okay..” kata Ravi pula. Giliran dia pula yang ditembak oleh manager dengan senapang air. “Jadi, perkataan saya dengan Ravi sama. Okay,” Ken ditembak lagi kali ini Ken berlari dan bersembunyi di belakang Kiela. Kiela turut terkena tembakan air itu menyebabkan bajunya basah.

            “Aish. Jinjja?!” Kiela mula marah sambil mengelap percikan air yang terkena di mukanya.

Tetapi agak malang apabila manager VIXX menembaknya pula. Leo menghalang muka Kiela dengan kedua-dua tangannya supaya air itu tidak terkena wajah Kiela. Mereka yang lain ketawa sambil bertepuk tangan. Permainan diteruskan sehinggalah kesemua mereka disimbah dengan air.

            Setelah habis bermain, mereka semua menukar pakaian sebelum masuk tidur. Soeys dan Kiela berkongsi satu bilik. Memandangkan bilik di dalam rumah itu ada dua, Ravi dan Ken tidur di bilik lagi satu, N dan Hyuk pula tidur di ruang tamu. Manakala Hongbin dan Leo terpaksa tidur di dalam khemah yang terletak di luar rumah tersebut kerana mereka berdua kalah bermain rock paper scissors semasa menentukan siapa yang akan tidur di luar.

Esoknya,
            Mereka berenam bangun dan mengejutkan Hongbin dan Leo yang masih belum bangun. Setelah beberapa kali cubaan membuka khemah dan menggoncang khemah itu dengan kuat, barulah Leo bangun dan membuka pintu khemah itu seterusnya dia mengejutkan Hongbin.

            “Morning.. Lena tidur?” Tanya Soeys.

Leo tidak menghiraukan Soeys dan terus masuk ke dalam rumah untuk membersihkan diri. Hongbin pula masih mamai hanya mengangguk perlahan dan mengikut sahaja langkah Leo.

Setengah jam kemudian, setelah bersarapan, mereka semua bersiap-siap untuk pulang semula ke dorm. Selesai memasukkan semua beg ke dalam van, mereka masuk dan manager terus menghidupkan enjin dan meninggalkan tempat penginapan itu.

To be continued...

No comments: