Hongbin duduk termenung di biliknya. Ditubir matanya terbayang wajah Soeys dan peristiwa-peristiwa yang menggembirakan kepadanya tetapi sesekali bayangan yang agak menyakitkan hati kerap muncul berselang-seli di fikirannya. Dia mengeluh lalu mencapai telefon bimbitnya dan membuka screen lock. Terpapar gambar dirinya dan Soeys yang diambil sewaktu mereka ke pantai tempoh hari. Kemudian dia merenung gambar itu sambil tersenyum nipis.
“Soeys, kenapalah kau selalu buat hati aku sakit? Kau tahu tak yang hati ni sakit bila kau bahagia dengan…. N hyung? Aku bukan tak suka tengok kau gembira macam tu, tapi alangkah baiknya aku yang berada di tempat N hyung. Kenapa kau pilih N hyung berbanding aku? Apa kurangnya aku ni?” Hongbin mengeluh.
“Mungkin aku ni tak pandai nak luahkan perasaan dekat kau dan sebab tu lah kau tak tahu perasaan sebenar aku dekat kau. Tapi…. Aku rasa aku tak patut ada perasaan macam tu dekat kau. Kau adik angkat aku! Tapi entah kenapa hati ni ada perasaan yang sayang pada kau lebih dari sayang seorang abang kepada adiknya.”
Tanpa disedari, seseorang datang menghampiri pintu bilik Hongbin tetapi langkahnya terhenti apabila mendengar Hongbin berkata-kata dari dalam bilik itu. Jadi, dia membuat keputusan untuk mendengar luahan hati Hongbin.
“Masa prom night tu. Hari itu adalah d-day aku. Malam tu aku tekad nak melamar kau untuk menjadi kekasih aku tapi N hyung! Dia potong line aku! Dia yang melamar kau dulu dari aku. Dan hati aku bertambah sakit bila kau terima lamaran dia tu. Kau tak tahu ke yang akulah orang yang paling sayang dekat kau?! Aku tahu, aku patut gembira melihat abang dan adik aku bahagia, aku cuba tanamkan perasaan tu dan aku cuba perasaan aku kat kau tapi semakin aku nak buang perasaan tu semakin aku tak sanggup dan lepaskan kau,”
“N hyung….. hmmm…”
Dia mengeluh lagi lalu menutup telefonnya kembali. Tiba-tiba seseorang membuka pintu bilik itu seluasnya dengan kasar. Hongbin terkejut dengan kemunculan N di muka pintu yang sedang merenungnya tajam.
“Semua yang kau cakap tadi tu… betul ke?”
Mata Hongbin membulat. “Hyung dengar semuanya?” N memeluk tubuhnya sambil mengangguk perlahan.
“Jawablah Hongbin! Kau ada perasaan dekat kekasih hyung?!” Pandangan N semakin tajam.
Hongbin tersentap dengan kata-kata N itu. Tidak pernah N bersikap sedemikian. Dia pula sudah lama menahan sabar lalu dia berdiri dan memandang N.
“Ya!”
“Kau cakap apa ni Hongbin?”
“Saya ada perasaan sayang lebih daripada sayang seorang abang pada adik! Dan perasaan saya tu wujud sebelum hyung couple dengan Soeys!!” Hongbin menggenggam penumbuknya.
“Hongbin!”
“Hyung… Hyung dah dengar kan? Yang masa prom night tu lah d-day saya! Kenapa hyung kacau jalan saya?!”
“Kau tipu kan? Soeys tu girlfriend hyung! Kenapa kau….”
“Ya! Saya dah ada perasaan macam tu sebelum kau orang couple lagi! Tapi hyung…. Saya tahu yang hyung melamar Soeys jadi kekasih hyung bukan sebab hyung cintakan dia kan?”
N merenung Hongbin dengan tajam sambil mengetap giginya. “Hyung melamar dia jadi kekasih hyung sebab muka da hampir sama dan perangai pun hampir dengan kekasih hyung yang dah mati 2 tahun lepas tu kan?!”
N sungguh terkejut apabila Hongbin mengungkit kisah lamanya. Hatinya semakin panas apabila perkara itu dikatakan oleh Hongbin dengan keadaan marah. Kemudian dia laju sahaja meluru ke arah Hongbin dan melepaskan tumbukan ke muka Hongbin. Muka Hongbin terpaling dan dia menyentuh bibirnya yang sudah pecah.
“Jangan sesekali kau ungkit tentang tu lagi!” N memberi amaran sambil menuding jari tepat ke muka Hongbin.
“Kenapa? Takut Soeys tahu yang dia hanya bayangan kepada kekasih hyung tu dan hyung bukan cintakan dia sepenuh hati hyung pun,” Hongbin tersenyum sinis sambil mengelap darah yang mula mengalir.
“Lebih baik kau jaga mulut kau. Aku tak sangka yang perangai kau macam ni Hongbin!” N menarik nafas dalam-dalam lalu dihembuskan dengan kasar lalu dia berpaling dan keluar dari bilik itu.
“Hyung, saya belum habis cakap lagi!” Hongbin mengejar N yang sudah pun berada di ruang tamu.
Di ruang tamu, Hyuk, Ken, Ravi dan Soeys baru sahaja pulang dari ke kedai.Kiela dan Leo berada di dalam bilik Kiela dan Soeys. Sebenarnya mereka berdua dari awal lagi sudah mendengar pertengkaran antara N dan Hongbin itu tetapi Kiela yang tidak sukakan keadaan itu mengajak Leo ke tempat lain. Jadi, mereka hanya duduk di dalam bilik Kiela dan mendengar lagu sambil berborak. Tetapi mereka masih dengar pertengkaran N dan Hongbin itu.
Apabila masuk sahaja di dalam dorm itu, mereka ternampak Hongbin dan N yang berwajah serius. Soeys terkejut melihat tepi bibir Hongbin yang berdarah itu lalu menghampirinya.
“Kenapa bibir berdarah ni oppa?” Tanya Soeys sambil menyentuh bibir Hongbin.
N menjeling tajam ke arah Soeys dan Hongbin. Hongbin hanya buat tidak tahu dan terus memandang N. Soeys turut memandang N.
“Kenapa ni oppa?” Tanya Soeys sambil menuju ke arah N pula.
N turut mendiamkan diri tanpa mahu menoleh. Ravi, Ken dan Hyuk yang menjadi pemerhati pelik dengan keadaan itu. Kemudian, Ravi mengajak mereka meletakkan barang-barang yang dibeli tadi ke dapur. Ken dan Hyuk hanya mengikut.
“Oppa?”
Tangan Soeys baru sahaja hendak memegang wajah N tetapi N terlebih dahulu mencengkam tangan Soeys dan memandang tepat ke matanya.
“Wae?” Soeys semakin pelik.
“Sekarang Soeys pilih antara oppa atau Hongbin!”
Kata-kata N membuatkan Soeys dan Hongbin terperanjat. Soeys menelan air liurnya. Kenapa pula tiba-tiba N bertanyakan soalan itu kepadanya.
“Apa maksud oppa?”
Soeys memandang Hongbin dan N bersilih ganti. Masih tidak faham keadaan yang berlaku antara Hongbin dan N.
“Soeys pilih sama ada oppa atau Hongbin. Sekarang!”
“Aigoo.. Kenapa ni? Tolonglah terangkan betul-betul dekat Soeys apa yang tengah berlaku ni? Soeys baru balik dari kedai tadi, jadi Soeys tak tahu apa-apa,”
“Soeys tahu tak yang Hongbin sayang dekat Soeys lebih dari sayang seorang abang pada adiknya?”
“Ha?!” Sekali lagi Soeys memandang Hongbin dan N bersilih ganti.
“Oppa tahu yang oppa tak patut ada perasaan macam ni dekat adik oppa sendiri. Di tambah pula sekarang Soeys kekasih N hyung. Tapi oppa masih tak dapat nak nafikan perasaan oppa dekat Soeys,”
“Apa yang Hongbin oppa cakap ni?”
“Oppa cintakan Soeys!” Luah Hongbin.
Penyataan itu membuat semua yang mendengarnya terkejut kecuali Ken yang hanya mengeluh halus. Soeys terkaku dengan penyataan Hongbin sebentar tadi. Kemudian dia memandang N yang sedang menahan amarahnya.
“Betul ke ni oppa? Ini semua bukan lakonankan? Hari ni tak ada birthday sesiapa kan?” Soeys masih lagi tidak percaya.
N mencengkam bahu Soeys dan menatap matanya. “Ini serius Soeys! Tak ada siapa yang tengah berlakon!”
Soeys mengeluh lalu memandang Hongbin lalu menghampirinya. “Hongbin oppa. Maafkan Soeys sebab tak dapat terima cinta oppa tu. Dalam hati Soeys, Soeys hanya cintakan N oppa seorang sahaja dan Hongbin oppa, Soeys anggap seperti abang kandung Soeys sendiri,” terang Soeys.
“Tapi kenapa?! Kenapa Soeys tak boleh terima cinta oppa sama dengan Soeys terima cinta N hyung? Apa kurangnya oppa?! Dan apa lebihnya N hyung?!” Soeys terkejut melihat muka Hongbin yang sudah kemerah-merahan menahan marah.
“Soeys tahu tak yang N hyung bukannya cintakan Soeys dengan sepenuh hatinya pun! Dia jadikan Soeys kekasih dia sebab dia masih tak dapat lupakan kekasih lama dia yang mati 2 tahun lepas! Sebab muka dan perangai Soeys hampir sama dengan kekasihnya tu,”
“Hongbin!” Sekali lagi N mara ke arah Hongbin dan menumbuknya sekali lagi.
Kali ini badan Hongbin terjatuh, N terus sahaja duduk di atas perut Hongbin dan melepaskan tumbukan bertubi-tubi. Oleh kerana N tidak berhenti menumbuk muka Hongbin, Ken dan Ravi terpaksa campur tangan untuk menghalang N.
“N oppa! Sudah lah tu,” halang Soeys seraya menarik kuat badan N.
N berhenti menumbuk lalu bangun dan terus memeluk Soeys. “Maafkan oppa. Tapi apa yang Hongbin cakap tadi tak betul,”
“Terpulang kepada Soeys sama ada nak percaya atau tidak,” ucap Hongbin dengan lemah. Dia bangun dibantu oleh Ravi dan Ken.
Soeys melepaskan pelukan N dan menghampiri Hongbin. “Kenapa Hongbin oppa sanggup fitnah N oppa? Sekali pun oppa ada perasaan kat Soeys, jangan sampai menfitnah orang lain! Soeys tak sangka yang Soeys ada abang macam ni. Pendengki!”
Hongbin terpana apabila Soeys mengecopnya sebagai pendengki. “Oppa pendengki, terima kasih Soeys sebab sakitkan hati oppa lagi. TERIMA KASIH!” Hongbin terus keluar dari dorm itu walaupun Ravi, Ken dan Hyuk cuba menghalangnya.
N pula masih mendiamkan diri. Soeys datang menghampirinya dan menatap wajah N. “Oppa tell me the truth. Betul ke oppa tak cintakan Soeys? Oppa hanya jadikan Soeys sebagai kekasih oppa sebab Soeys hampir sama dengan bekas kekasih oppa dulu? Oppa. Jawablah!!” Air mata Soeys sudah mula mengalir. N masih membatukan dirinya. Tidak lama kemudian, dia turut keluar dari dorm itu untuk mencari ketenangan.
Soeys masih lagi terpaku di ruang tamu. Tidak tahu apa yang hendak dibuat lagi. Kemudian dia terpandangkan Ken, Ravi dan Hyuk yang sedang memandangnya dari dapur. Ravi hanya menggeleng kepala lalu masuk ke dalam bilik. Hyuk pula tidak mahu masuk campur dalam urusan orang dewasa itu. Ken mara ke hadapan Soeys dan merenungnya.
“Soeys cakap Hongbin pendengki?”
Soeys terus memandang wajah Ken. Ken masih merenungnya. “Memang betulkan. Kenapa dia tak suka tengok kebahagiaan adik dan abang dia sendiri? Dia patut bahagia,”
“Bahagia konon. Soeys tahu tak yang Hongbin tak pernah bahagia melihat kebahagiaan Soeys dengan N hyung? Soeys tahu tak yang dia banyak kali sakit hati? Dan Soeys tahu tak yang dia rasa bahagia sangat bila Soeys layan dia?”
“Tapi kenapa?”
“Sebab Hongbin cintakan Soeys!”
“Tapi….”
“Shhhh… Oppa tahu yang Soeys bahagia dengan N hyung. Tapi Soeys betul-betul bahagia ke? Soeys ni, takkan tak pernah tahu perasaan Hongbin dekat Soeys. Soeys tahu tak siapa yang susah payah jaga Soeys waktu Soeys demam tempoh hari? Dia yang rasa sangat risau bila Soeys jatuh dan luka? Siapa yang susah payah jaga Soeys siang malam waktu Soeys sakit? Hongbin kan?! Kenapa dia buat semua tu? Sebab dia cintakan Soeys. Tapi Soeys je yang tak nampak perasaan dia tu. Oppa tahu yang Hongbin ni jenis susah sikit nak luahkan perasaan dia dekat perempuan yang dia suka. Tapi untuk menggantikan itu, dia buat cara lain. Dengan cara dia menjaga dan mengambil berat itulah dia meluahkan perasaan dia,”
Terkulat-kulat Soeys mendengar apa yang diperkatakan oleh Ken. Baru dia tersedar yang Hongbin banyak mengambil berat tentang dirinya tetapi dia masih tidak tahu perasaan Hongbin terhadapnya. Perlahan-lahan air matanya mengalir apabila memikirkannya semula.
“Bukan oppa nak cakap yang N tu penghalang hubungan Hongbin dengan Soeys tetapi Soeys kena juga ambil tahu tentang perasaan orang lain sama. Oppa tahu yang Soeys bahagia dengan N hyung tapi Soeys kena juga tahu yang ada orang makan hati melihat kau orang. Oppa… Oppalah yang selalu berada dengan Hongbin dan oppa juga tempat Hongbin luahkan perasaan,”
“Soeys bersalah dengan Hongbin oppa. Kenapa Soeys tak pernah tahu semua ni? Soeys ingat yang Hongbin hanya layan Soeys sebagai adik dia sahaja,”
“Sebab Soeys buta! Buta dalam menilai hati orang,”
Soeys terduduk di kerusi itu sambil menangis. “Oppa tak marahkan Soeys. Oppa jugak tak marahkan Soeys, Hongbin dan N hyung. Tapi Soeys fikirlah mana yang terbaik. Kita memang tak dapat memuaskan hati semua orang tapi sekurang-kurangnya tak sakitkan hati orang,”
“Teruk sangat ke Soeys ni?”
Ken mengeluh lalu duduk di sebelah Soeys. “Aniya. Cuma oppa nak Soeys berfikir dengan lebih matang dan masak-masak. Oppa tak menuding jari kepada sesiapa dan oppa tak belahkan sesiapa. Tak apalah, Soeys fikirlah baik-baik. Oppa hanya mampu bagi nasihat je yang lain-lain tu oppa tak boleh nak buat apa. Berserah sahajalah. Okay..” Ken menepuk bahu Soeys beberapa kali lalu bangun meninggalkan Soeys yang mula menangis teresak-esak di ruang tamu.
Agak lama Soeys menangis di situ. Kemudian dia bangun dan melangkah perlahan-lahan menuju ke biliknya. Di dalam bilik itu, Kiela dan Leo masih lagi berpura-pura mendengar lagu. Sebaik sahaja Soeys melangkah masuk ke dalam bilik itu, Kiela terus mendapatkan kakaknya. Soeys memeluk Kiela dengan erat sambil menangis teresak-esak di bahu Kiela. Kiela menepuk perlahan belakang Soeys untuk menenangkannya lalu Kiela menarik Soeys supaya duduk di katil. Soeys masih lagi menyembamkan wajahnya di bahu Kiela. Kemudian Leo menghampiri mereka dan mengambil tempat di sebelah Soeys. Dia kesian melihat Soeys tidak berhenti-henti menangis. Perlahan-lahan dia menyentuh bahu Soeys dan menepuknya perlahan.
“It’s okay to cry. Luahkan semua yang ada dalam hati tu,” ucap Leo.
Soeys masih lagi menangis di bahu Kiela.
To be continued...
No comments:
Post a Comment