8 tahun
kemudian,
Leo yang mendukung seorang budak lelaki
yang berumur dua tahun melangkah masuk ke dalam sebuah restoran lima bintang
itu. Dia hanya mengenakan sehelai baju kemeja berwarna merah jambu dan
berseluar slack berwarna cream. Dia melangkah ke arah satu tempat yang sudah
dipenuhi oleh beberapa orang.
“Uri Leo dah sampai,” ucap N sebaik sahaja melihat Leo datang ke arah mereka.
Leo terus melangkah menghampiri mereka dan hanya berdiri di hadapan mereka. Hyuk melambai ke arah Leo sambil tersenyum lebar. “Leo oppa, have a sit. Where is Kiela?” Kata Soeys sambil tersenyum.
“Dia pergi tandas sekejap,” balas Leo lalu duduk di kerusi yang disediakan.
Tiba-tiba budak lelaki yang didukung Leo meronta supaya dilepaskan. Leo melepaskan budak itu perlahan-lahan lalu dia berlari ke arah tempat khas yang disediakan untuk kanak-kanak bermain. Di sana, dua orang budak lelaki yang berumur empat tahun mendapatkannya. Leo membiarkan sahaja dia bermain dengan dua orang budak lelaki itu.
“Ken mana?” Tanya Leo apabila dia tidak nampak batang hidung Ken pun di meja itu.
“Kejap lagi sampailah tu,” balas Ravi.
Tidak lama kemudian, Kiela datang menghampiri mereka sambil mendukung seorang bayi perempuan yang berusia 6 bulan. Leo bangun dari kerusinya lalu menarik sebuah kerusi untuk Kiela. Selepas Kiela duduk, barulah Leo duduk di kerusinya semula. “Mana Min Kyung?” Tanya Kiela.
“Dia tengah main dengan Hyun Soo dan Hyun Shik,” balas Soeys. Kiela menoleh sekilas ke arah tempat untuk kanak-kanak itu seraya mengangguk.
“Bak sini Eun Mi.. Auww… Comelnya anak saudara ahjumma ni,” kata Soeys mengambil Eun Mi dari tangan Kiela kemudian digendongnya. Hongbin bermain dengan pipi Eun Mi yang comel itu.
Seketika kemudian, Hyuk ternampak Ken yang datang bersama isterinya. Perlahan-lahan Ken memapah isterinya itu menuju ke arah mereka semua. “Sorry sebab lambat. Maklumlah ibu mengandung. Kekeke,” ucap Ken sambil tersengih. Isterinya mencubit halus lengan Ken.
Ken menarik kerusi untuk isterinya. Isterinya itu duduk perlahan-lahan dengan senyuman yang tidak pernah mati dari bibirnya. Kemudian barulah Ken duduk di sebelahnya.
“Berapa bulan?” Tanya Eunyoung.
“Esok masuk sembilan bulan,”
Mereka mengangguk. “Tak lama lagi Ken jadi appa lah.. Ken appa,” usik Hyo Jin.
Mereka ketawa sambil Ken tersenyum lebar sambil mengangguk dengan gembira. Chan Mi menunduk malu sambil tersenyum. Ken mengusap perut isterinya itu.
“Okay, semua dah ada. Wahh.. I miss the moment like this so much. Tapi tahun ni lagi meriah,” ucap N.
Mereka mengangguk. Setelah sibuk dengan kerja masing-masing akhirnya hari ini VIXX datang berkumpul bersama-sama lagi. Tetapi kali ini VIXX bersama dengan isteri dan anak-anak mereka. Jadi, suasana ketika ini agak meriah dengan ramai orang.
N’s POV
Eunyoung dan N berborak sesama mereka sambil
melayan buah hati mereka makan. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang
diberi nama Cha Suk Chul yang sudah
pun berumur 7 tahun. Mereka juga mempunyai seorang anak perempuan, Cha Sun Hee
yang berumur 5 tahun. Anak perempuan mereka itu sungguh petah bercakap seperti
ayahnya juga tetapi anak sulung mereka itu lebih pendiam.
Leo’s POV
Leo meletakkan makanan ke dalam
pinggan Kiela. Kiela mengambil sesudu nasi lalu menyuapkan Leo. Perkara yang
sama dilakukan oleh Leo. Walaupun tidak banyak bercakap dan kata-kata yang
diluahkan tetapi mereka merupakan pasangan yang bahagia sejak perkahwinan yang
dibina sejak 3 tahun yang lalu. Mereka juga telah dikurniakan seorang anak lelaki
yang berumur dua tahun iaitu Jung Min Kyung, budak lelaki yang didukung oleh
Leo tadi. Seorang lagi anak perempuan yang berusia 6 bulan iaitu Jung Eun Mi,
yang sedang bermain dengan Soeys dan Hongbin.
Ken’s POV
Seo Chan Mi, kekasih lama Ken yang
ditemui kembali setelah hampir tiga tahun berpisah. Takdir menentukan yang
mereka akan bersama berkat kesabaran dan perasaan cinta yang tak pernah pudar
antara mereka. Ken bertemu dengan Chan Mi semasa di majlis perkahwinan N beberapa
tahun lalu. Jadi, mereka menyambung semula hubungan yang terputus 4 tahun lalu
dek kerana cita-cita Ken untuk menjadi seorang artis. Mereka telah
melangsungkan perkahwinan kira-kira 11 bulan yang lalu dan sekarang Chan Mi sedang mengandung anak pertama mereka.
Ravi’s POV
Cinta yang terjalin antara Ravi dan
Ahn Hyo Jin memang tidak diduga. Sebenarnya mereka kerap bergandingan bersama
semasa menjadi MC dan juga bernah berkolaborasi berdua memandangkan mereka
merupakan rapper di dalam kumpulan. 2 tahun berkerja bersama, masing-masing
mula jatuh cinta dengan perwatakan dan sifat dalam diri masing-masing. Kini
sudah 4 tahun mereka mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki
yang comel berumur 3 tahun, iaitu Kim Young Ho.
Hongbin’s POV
Hubungan cinta Soeys dan Hongbin
dikukuhkan lagi dengan ikatan perkahwinan yang suci. Sekarang mereka sudah
dikurniakan sepasang pasangan kembar lelaki berumur 4 tahun iaitu Lee Hyun Soo,
abang dan Lee Hyun Shik. Serta seorang lagi anak perempuan yang berusia setahun,
Lee Hyun Ae yang ditinggalkan di rumah bersama ibu dan bapanya.
Hyuk’s POV
Antara mereka berenam, Hyuk seorang
yang masih belum berkahwin tetapi dia sudah mempunyai teman wanita yang sangat
memahami dan selalu mendampinginya. Kim Jin Ae ialah nama yang sudah terpahat
di dalam hati Hyuk sekarang. Dia sangat mencintai wanita itu yang telah banyak
memberinya sokongan dan kekuatan untuk mencapai cita-citanya.
“So, macam mana cerita kau orang sekarang?” Tanya N sambil mengunyah daging.
“Macam biasa,” balas Leo.
N membuat mukanya kemudian memandang Ravi. “Omma hyung suka dengar lagu baru kau tu Ravi. Tiap-tiap hari dia dengar. Bangga juga hyung jadi hyung kau,” kata N.
“Oh jeongmal? Cakap terima kasih dekat ahjumma dan kirim salam kat dia. Dah lama tak jumpa dia,” balas Ravi. N mengangguk lalu menghirup air jus epal.
“Besar juga restoran hyung. Decoration dia cantik sangat. Hyung daebak,” puji Ken sambil matanya melilau di setiap sudut restoran kepunyaan Leo itu.
Sebenarnya Leo telah mengambil alih restoran keluarganya sejak 3 tahun yang lalu. Kini dialah pengurus restoran yang sudah bertaraf lima bintang itu sambil dibantu oleh kakak sulungnya. Tetapi hari ini dia ibu dan bapanya yang menawarkan diri untuk memasak di retoran itu memandangkan mereka sudah diberitahu yang mereka semua akan berkumpul di restoran tersebut.
“Makanan kat restoran ni pun sedap,” puji Hyo Jin pula.
Mereka mengangguk setuju. “Terima kasih,” itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Leo.
Hyuk memandang ke tempat permainan kanak-kanak yang memang disediakan di restoran itu sejak Leo mengambil alih restoran itu. Memandangkan dia dan isterinya memang suka akan kanak-kanak, jadi Leo mengambil keputusan untuk mengubah sedikit deko dalaman restoran itu dan membuat satu ruang yang selesa untuk anak-anak pelanggannya bermain ketika ibu bapa mereka makan.
“Hyung memang suka kan budak-budak,” ucap Hyuk kemudian memandang Jin Ae sambil tersenyum.
“Soeys, macam mana dengan klinik haiwan?” Tanya N kepada Soeys pula.
Soeys mengangguk laju sambil menelan sisa nasinya sebelum membuka mulut. “Okay. Dah maju! Hahaha.. Banyak juga haiwan yang dihantar kat klinik tak menang tangan juga tapi nasib baik Hongbin oppa ada untuk tolong,” jelas Soeys.
“Memanglah. Tapi dia ni kadang-kadang tak dapat kawal perasaan masa rawat haiwan-haiwan tu.. Saya juga yang kena rawat,” rungut Hongbin.
3 tahun mengambil course veterinary di University, akhirnya Soeys dah berjaya membuka klinik haiwannya sendiri dibantu oleh Hongbin. Mereka bersama-sama menguruskan klinik haiwan tersebut.
Soeys
mencubit lengan Hongbin. “Kesianlah dekat haiwan tu sakit. Dah lah comel lepas
tu tanggung penyakit pula,”
“Kalau nak kesian kat haiwan tu baik tak payah buka klinik. Kesian betul,” sampuk Hyuk.
“Diam Hyukkie,”
Hongbin memeluk bahu Hyuk lalu menggeletek pinggangnya. Hyuk ketawa kegelian sehinggalah Hongbin berhenti menggeleteknya.
“Mimo, Yeoji, Namu, Ben, Lime, Chocolat, Stellar dengan Aomi semua sihat ke?” Tanya Leo.
“Semua sihat dan gebu-gebu lagi. Baru-baru ni Lime dah lahirkan 5 ekor anak comel-comel. Oppa nak satu?” Balas Soeys.
“Memang nak… Tapi….” Leo menjeling ke arah Kiela yang memandangnya dengan tajam.
“Nak buat macam mana orang tu tak suka kucing,” balas Leo.
“Laa.. Cerita pasal kucing rupanya. Ingatkan apalah nama banyak-banyak,” sampuk Ravi yang dari tadi mendengar perbualan mereka.
“Kucing? Rumah Soeys ada banyak kucing ke? Waa.. bestnya,” kata Chanmi.
Soeys mengangguk laju sambil membesarkan matanya. “Chanmi suka kucing juga ke?” Chanmi mengangguk tetapi kemudian dia mengeluh perlahan.
“Tapi Chanmi ada alah dengan binatang berbulu ni,” ucap Chanmi. Ken mengusap lembut bahu isterinya.
Mereka terus berbual dan bercerita tentang diri mereka. Kisah lama mereka, macam mana boleh bertemu dengan pasangan masing-masing dan kerjaya masing-masing. Menurut cerita mereka, Ravi merupakan seorang composer yang berjaya sekarang. Telah banyak lagu yang dihasilkannya telah dipasarkan. Isterinya juga turut ada menyanyikan lagu hasil ciptaannya. Baru-baru ini Ravi baru sahaja melancarkan pengeluaran album barunya iaitu mini album yang penuh dengan lagu hasil ciptaannya. Penyanyinya ialah dia sendiri bersama dengan Hyo Jin.
Hyuk, Ken dan N menjadi guru tarian. Tetapi kadang-kadang N ada juga dijemput untuk menjadi pengacara dan DJ radio. Hongbin pula mengusahakan klinik haiwannya bersama Soeys. Kiela pula sekarang menjadi pelukis dan photographer yang agak terkenal. Dia jua ada sebuah kedai gambarnya sendiri yang menjual perlbagai hasil lukisan dan photoshootnya. Hongbin juga turut membantunya mengusahakan perniagaannya. Hongbin juga seorang jurukamera.
“Ehem! Attention..” Hyuk berdehem beberapa kali sehingga semua mata memandang ke arahnya.
“Saya ada pengumuman penting nak buat,” kata Hyuk. Kemudian dia memandang Jin Ae seraya tersenyum.
“Apa dia Hyukkie?” Tanya N.
Hyuk mengeluk poket jaketnya lalu mengeluarkan sepucuk sampul berwarna putih. “Saya dan Jin Ae nak kahwin tak lama lagi,” ucap Hyuk sambil merangkul bahu Jin Ae.
Leo mengambil sampul yang dipegang Hyuk, dia mengeluarkan sekeping kad berwarna biru laut lalu membacanya. “29 July? Tak lama lagi,” ucap Leo. Kemudian menyerahkan kad itu kepada Hongbin.
“Kan saya dah cakap tak lama lagi,” balas Hyuk.
“Chukhahaeyo Hyukkie, Jin Ae.” Ucap Soeys sambil tersenyum gembira.
Hyuk mengangguk sambil mengusap belakang kepalanya. “Terima kasih, noona.”
“Auww.. Uri Hyukkie have dah besar. Dah nak kahwin dah dia,” kata N sambil memeluk erat Hyuk. “Tahniah Hyuk,” ucap Eunyoung.
Mereka bergilir-gilir mengucapkan tahniah kepada Hyuk sementara Hyuk dan Jin Ae mengedarkan kad jemputan ke majlis perkahwinan mereka. Hyuk nampak begitu gembira sekali ketika itu bersama dengan Jin Ae.
“Omma!” Panggil seorang budak kecil.
Soeys sangat kenal akan suara itu seraya menoleh ke arah datangnya suara itu. Hongbin turut menoleh ke arah yang sama kemudian tersenyum melihat seorang budak perempuan yang berusia setahun yang sedang didukung oleh seorang wanita pertengahan usia. Soeys bangun lalu mendapatkan budak perempuan itu.
“Omma, kenapa datang sini? Susah-susah je bawa Hyun Ae,” kata Soeys sambil mengambil Hyun Ae dari pangkuan ibu mertuanya.
“Appa kamu yang nak sangat bawakan buah oren ni ke sini,” balas ibu Hongbin sambil menjeling ke arah suaminya.
“Hasil tanaman tahun ini sangat banyak jadi tak salah kalau saya bawa ke sini. Bukan untuk orang lain pun. Untuk mereka semua yang dah seperti anak-anak saya sendiri. Nah ambil buah ni,” kata bapa Hongbin.
Kiela hendak bangun tetapi Leo menghalangnya. Leo menyerahkan Eun Mi kepada Kiela kemudian dia bangun dan mengambil buah dari tangan ayah Hongbin lalu dibawa ke dapur untuk dipotong.
“Ahjussi, ahjumma. Jemput makan sekali,” pelawa N kepada ibu dan bapa Hongbin.
“Tak apalah. Kami datang nak bagi buah tu je lepas tu Hyun Ae pula sibuk nak ikut jadi kami bawalah sekali. Kamu semua makanlah kami nak pergi ke dapur untuk bertemu dengan ibu bapa Leo. Enjoy your meal,” balas ibu Hongbin sambil menarik tangan suaminya menuju ke dapur.
“Wahh.. dah berusia pun masih lagi sweet lah ibu bapa awak ni Hongbin. Jealous saya tengok,” ucap Hyo Jin.
“Biasalah. Macam kami juga yang selalu sweet couple, kan jagiya,” balas Hongbin sambil memeluk pinggang Soeys. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Soeys.
“Aish. Agaklah,” ucap Soeys sambil mencubit perut Hongbin. Berkerut muka Hongbin menahan kesakitan.
Tidak lama kemudian, Leo datang dari dapur sambil menatang dulang. Tiga pinggan buah limau yang telah siap dipotong dihidangkan di atas meja. Mereka menjamah limau itu dengan gembira.
“Manisnya,” puji Hyuk sambil tidak berhenti dari mengambil sepotong demi sepotong buah limau itu.
Hongbin mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya. Sebuah kamera DSLR berada di tangan Hongbin. “Leo hyung, Kiela,” panggil Hongbin. Sebaik sahaja Leo dan Kiela menoleh ke arahnya, butang kamera itu ditekan. “Ok cun,” ucap Hongbin apabila melihat hasil gambar tadi.
“Oi korang, pandang sini,” ucap Hongbin sambil melambaikan tangan ke arah mereka semua. Mereka semua memandang ke arah kamera sambil tersenyum lebar.
“Apa kata kita ambil gambar semua orang?” Cadang N.
Hongbin mengangguk seraya memandang ke arah Kiela. Kiela menyerahkan Eun Mi kepada Leo lalu bangun menuju ke belakang restoran. Seketika kemudian dia keluar sambil membawa sebuah besi kaki tiga yang biasa digunakan oleh kameraman lalu diserahkan kepada Hongbin. Hongbin meng-adjustkan besi tersebut dengan kemeranya.
“Okay ready?” Mereka semua bersedia dengan tersenyum. Lampu merah menyala apabila Hongbin menggunakan pemasa di kamera itu. Sebaik sahaja lampu itu menyala, Hongbin cepat-cepat kembali di sebelah Soeys.
“Say Kimchi!” Laung N.
Kamera itu berbunyi menandakan gambar telah diambil. Hongbin kembali ke kamera dan memeriksa hasil gambar itu seraya tersenyum puas. “Jangan lupa cuci bagi kami,” ucap Ken. Hongbin hanya mengangguk.
3 jam kemudian,
Mereka semua sudah selesai makan dan
mengucapkan terima kasih banyak kepada ibu bapa Leo yang telah menyediakan
pelbagai makanan yang sedap-sedap untuk mereka malam itu. Tidak lupa juga
kepada bapa Hongbin yang sanggup menghantar oren yang sangat manis kepada
mereka. Mereka semua keluar dari restoran itu dengan muka yang gembira dan
puas.
“Chop chop. Apa kata kita bergambar di hadapan restoran Leo? Kita buat family photo kat sini. Pemandangan yang cantik ni,” cadang N yang sedang berdiri di hadapan mereka berdua. Kemudian dia memandang Hongbin dan Hongbin mengangguk setuju sambil mengeluarkan semula kamera dari beg sandangnya.
“First family N hyung,” ucap Ravi.
N membawa Eunyoung, Chuk Sul dan Sun He eke pintu masuk restoran itu. Hongbin bersedia dengan kameranya. N dan Eunyoung berdiri bersebalahan manakala anak-anak mereka berdiri di hadapan mereka. “Smile,” butang kamera ditekan. N menghampiri Hongbin dan berpuas hati dengan gambar itu.
Giliran Leo dan Kiela pula. Leo memimpin Minkyung manakala Kiela menggendong Eun Mi. “Ready?” Leo merangkul pinggang Kiela dan menariknya lebih rapat dengannya lagi. “Smile okay?” Leo dan Kiela mengangguk. Sebaik sahaja Hongbin bersedia untuk menangkap gambar, Leo dan Kiela tersenyum dengan penuh ikhlas. Min Kyung pula sangat sesuai di tempatnya. Ada gaya seperti seorang model.
Ken melangkah perlahan-lahan bersama Chan Mi. Ken meletakkan tangannya di bahu Chan Mi manakala Chan Mi merangkul pinggang Ken dengan erat sekali. Seterusnya Ravi bersama Hyo Jin dan anak mereka, Young Ho. Mereka tersenyum lebar sambil memandang kamera. Young Ho yang berada di bawah bergaya dengan caranya sendiri. “Swag,” ucap N sambil tersenyum melihat Young Ho.
Giliran Hongbin dan Soeys pula. Kiela mengambil alih tugas Hongbin untuk mengambil gambar. Sepasang kembar Hyun Soo dan Hyun Shik berdiri di bawah manakala Hyun Ae didukung oleh Soeys. Akhir sekali giliran Hyuk dan Jin Ae pula.
“Pasangan bakal pengantin, senyum lebar-lebar,” ucap Ken.
Jin Ae dan Hyuk agak malu-malu tetapi kemudian Hyuk menarik rapat badan Jin Ae setelah Hongbin berkata sedia. Mereka tersenyum dengan lebar di dalam gambar itu.
Selesai sudah sesi penggambaran. “Hongbin oppa, nanti bagi ye gambar tu nak letak dekat kedai,” pinta Kiela.
“Ya. Lepas cuci oppa bagi dekat Kiela,” balas Hongbin.
Tiba saatnya mereka berpisah buat masa ini. Mereka bersalaman sambil berpelukan. Hubungan yang terjalin erat antara mereka tidak akan pernah pudar malah semakin erat seperti ikatan kekeluargaan yang sangat rapat.
Tiba-tiba…
“Argh! Oppa…” Jerit Chan Mi sambil
memegang perutnya. Mukanya berkerut seribu menahan kesakitan. Ken cepat-cepat
mendapatkan Chan Mi yang hampir hendak rebah itu.
“Kenapa ni Chan Mi?” Tanya Ken cemas. Mereka yang lain turut cemas dengan keadaan Chan Mi.
“Oppa… sakit sangat ni…” ucap Cha Mi sambil tercungap-cungap. Perutnya terasa sangat sakit ketika itu.
“Ha? Sakit? Macam mana ni?” Ken semakin cemas melihat Chan Mi yang tercungap-cungap menahan kesakitan.
“Mungkin dah sampai masa dia untuk bersalin,” ucap Hyo Jin.
Ken semakin cemas melihat isterinya. “Cepat bawa dia ke hospital,” kata Soeys. Ken mengangguk lagi.
Ken memapah isterinya menuju ke kereta. Setelah membuka pintu kereta dan Cha Mi masuk, Ken terus berlari ke tempat pemandu. “Saya pergi dulu,” ucap Ken lalu memecut laju keretanya menuju ke hospital.
“Jomlah kita pergi ke hospital tengok keadaan Chan Mi,” ajak Leo.
“Tapi budak-budak ni macam mana?” Tanya Soeys sambil memandang anak-anaknya dan anak-anak Ravi, N dan Leo.
“Budak-budak tu biar ahjumma dan ahjussi yang jaga. Tinggal sahaja dia orang kat sini. Boleh bermain sementara menunggu kamu semua,” sampuk ibu Leo.
“Betul tu. Unnie boleh jagakan mereka,” kata kakak Leo pula.
Mereka semua mengangguk seraya membawa anak-anak mereka masuk semula ke dalam restoran itu. Hyun Soo, Hyun Shik, Young Ho, Min Kyung, Suk Chul, Sun Hee dibiarkan bermain di tempat permainan kanak-kanak itu manakala Hyun Ae dan Eun Mi digendong oleh ibu dan kakak Leo.
“Terima kasih ye noona, unnie,” ucap Soeys sambil menunduk hormat. Mereka yang lain turut membuat perkara yang sama.
“Kajja,” ajak N lalu berjalan ke arah keretanya.
Hongbin, Leo, Hyuk dan Ravi turut menuju ke kereta mereka bersama isteri sendiri. Mereka semua bergerak menuju ke hospital setelah N meminta Ken memberi pesanan ringkas di hospital mana mereka pergi.
Sejam kemudian,
Ken mendukung seorang bayi lelaki
yang sangat comel. Diciumnya pipi bayi itu berkali-kali. Isterinya Chan Mi yang
terbaring lemah di atas katil tersenyum gembira melihat wajah kegembiraan Ken.
“Gomawo jagiya. Gomawo,” ucap Ken kepada isterinya seray mencium pipi Chan Mi berkali-kali.
N, Eunyoung, Leo, Kiela, Ravi, Hyo Jin, Hongbin, Soeys, Hyuk dan Jin Ae melangkah masuk ke dalam wad Chan Mi.
“Tahniah Ken oppa,” ucap Soeys.
Ken dan Chan Mi menerima banyak ucapan tahniah daripada kawan-kawannya. Saat yang paling bahagia buat dirinya ketika itu. Mereka tunggu di wad itu sebentar untuk melihat bayi Ken yang sangat comel itu. Setelah diberitahu yang masa melawat hendak habis, mereka pulang ke ruamh masing-masing.
“Comelnya anak Ken oppa,” ucap Kiela. Dia dan Leo berada di dalam lif untuk turun dari hospital itu.
Leo merangkul bahu Kiela. “Comel lagi jantung hati oppa,” ucap Leo seraya merapatkan wajahnya ke wajah Kiela. Bibirnya bertemu dengan pipi Kiela. Apabila pintu lif terbuka mereka melangkah keluar.
“Geram kot tengok anak Ken oppa. Comel sangat! Sama macam ayah dialah kan,” ucap Soeys teruja. Dia sedang berjalan dengan Hongbin menuju ke kereta. Hongbin merangkul pinggang Soeys seraya mendekatkan mulutnya di telinga Soeys.
“Kalau nak tambah lagi sorang oppa boleh je. Kasi lagi comel tau,” bisik Hongbin sambil menggigit bibirnya.
“Amboi gatai sungguh,” Soeys mencubit pinggang Hongbin.
Hongbin mengelak seraya ketawa dan mengeratkan lagi rangkulannya. Mereka berdua masuk ke dalam kereta dan kereta itu meluncur laju meninggalkan kawasan hospital itu.
THE END~~
No comments:
Post a Comment