My Oppa My Love ~ Chapter 23


Di Seoul High School.
Di bilik latihan b-boy,

            “ Betul ke ni? ” Tanya Gain.

            “ Betul lah..”

            “ Jinjja?! ” Tanya Uee pula. Soeys mengangguk.

            “ Tapi kenapa? ” Tanya G.Na.

            “ CEO ahjussi yang suruh…”

            “ Jinjja?!!”

Kiela menggeleng kepalanya. “ Unnie, we should discuss now about our performances..”

            “ See… I told you not asked many questions..” balas Soeys sambil tersenyum nipis. Namun, senyumannya mati apabila dahinya dijentik oleh adiknya sendiri.

            “ Serves that…” balas Gain, G.Na dan Uee serentak. Soeys mula membuat muka.

Beberapa minit kemudian, Soeys mencadangkan satu lagu yang sedang hit pada masa itu. “ Lagu One Shot, okay? ”

            “ No hal..” balas mereka semua yang lain.

            “ Okay, sekarang kita agihkan part masing-masing..” kata Uee.

Soeys terus mengangkat tangannya, “ I will take Yongguk oppa’s part..”

            “ Youngjae..” kata G.Na.

            “ Zelo…” kata Gain.

            “ Jongup..” kata Uee. Soeys memandang adiknya yang tadi mendiamkan diri. “ Kiela ambil part Daehyun..” kata Soeys.

Dia hanya mengangguk sahaja. Soeys memandang kawan-kawannya yang lain. “ Should we add some b-boy in this dance? ”

            “ Of course.. That is our trademark, right..” jawab Gain.

Mereka semua mengangguk. “ Let’s start practice now..”

Beberapa hari kemudian,
Di fanmeeting VIXX,
Di belakang pentas, Soeys sedang berbual-bual mesra dengan kawan-kawannya sementara VIXX pula sedang bersiap sedia untuk event pada hari itu. Kiela pula asyik mendengar lagu  sahaja sendirian di bilik itu juga.

            “ So, are you nervous? ” Tanya Ravi mendekati Soeys dan kawan-kawannya.

            “ Nope.. Not at all..” balas mereka berempat.

            “ Confident sangat kamu berempat ni…” balas Ken.

Soeys, Gain, G.Na dan Uee hanya tersenyum. Satu keluhan halus kedengaran dalam bilik tersebut. Semua orang memandangnya. “ Waeyo? ” Tanpa rasa bersalah, dia bertanyakan soalan sebegitu membuatkan semua orang ketawa kecil. Leo hanya tersenyum nipis.

            “ It’s so confusing..”

Hyuk mendekati Kiela yang masih lagi blur, “ Pity my donsaeng..” Dia menggosok-gosok perlahan rambut Kiela.

            “ Aish… Jinjja?! ” Kiela mengeluh perlahan sebelum menjuih perlahan dahi Hyuk sebelum dia berjalan keluar dari bilik itu. “ I’m out..”

Di luar kawasan bilik tersebut, Kiela terus sahaja berjalan menuju ke luar bangunan tersebut. Namun, langkahnya terhenti apabila tangannya dipegang oleh seseorang.

            “ Oppa? ”

            “ That’s too dangerous to go there alone..”

            “ Mwo? ” Leo memandang kawasan luar bangunan itu yang penuh dibanjiri para peminat VIXX. “ I’m afraid if you get hurt again by some of them.”

Kiela memandang sekilas Leo sebelum memandang semula ke arah kawasan luar bangunan tersebut. “ Oh… Mianhae, oppa.. I’m forgot..”

Leo hanya mengangguk. “ Kita patut ke bilik persalinan semula..” Kiela hanya mengangguk dan terus mengikuti Leo. Tangannya masih lagi dipegang oleh Leo.

Di atas pentas,
Majlis fanmeeting sudah pun bermula 30 minit yang lepas. VIXX sudah pun membuat persembahan mereka. Soeys, Kiela, Uee, Gain dan G.Na masih lagi bersedia di belakang pentas menunggu isyarat untuk ke atas pentas.

            “ Sekarang kami mempersilakan satu kumpulan yang dianggotai oleh adik-adik angkat VIXX untuk membuat persembahan..” kata MC event itu.

Serentak itu, lima orang gadis terus sahaja naik ke atas pentas. Mereka berpakaian seragam namun mempunyai kelainan dalam rekaan mereka. G.Na, Uee dan Kiela memakai topi. Hanya Soeys dan Gain sahaja tidak memakai topi.

Mereka mempersembahkan lagu BAP, One Shot. Soeys memulakan persembahan tersebut dengan penuh bersemangat. Tarian yang dipersembahkan turut mengagumkan. Persembahan mereka juga turut mengandungi unsur-unsur b-boy. Persembahan mereka mendapat sambutan yang begitu menggalakkan kerana tarian mereka penuh bertenaga. (Kalau rajin boleh tengok video ni. lebih kurang macam ni lah.. One Shot cover )

Selesai sahaja persembahan, mereka mendapat tepukan gemuruh daripada para peminat VIXX. Mereka hanya tersenyum nipis. VIXX mendekati mereka, “ That’s amazing…” puji N.

            “ Gomawo, oppa..” Balas Soeys.

Salah seorang peminat VIXX mengangkat tangannya. “ Yes? ” Tanya Hongbin.

            “ Soeys-ssi and Gain-ssi have a similarity with Ravi oppa.. So, can we request for their collaboration? ”

Ravi hanya tersenyum, “ I guess we can, right Soeys, Gain? ” Mereka berdua hanya tersenyum.
Mereka mula memilih lagu. Setelah berbincang dan berfikir masak-masak akhirnya mereka bertiga bersetuju untuk menyanyikan lagu gabungan tiga orang rapper yang hebat iaitu Yong JunHyung, FeelDog dan LE.

            Muzik dimulakan dan instrumental lagu You’ve Got Some Nerve dimainkan. Mereka bertiga mengambil posisi masing-masing dan mula menyanyi. Soeys mengambil part Junhyung, Gain mengambil part LE dan Ravi mengambil part Feeldog. Mereka turut berlakon sedikit di awal lagu itu.

4 minit berlalu dan mereka menamatkan persembahan mereka. Tepukan gemuruh dari peminat kedengaran serta sorakan.

Malam itu di dorm,
            Mereka hanya melayan diri masing-masing kerana tidak ada apa yang hendak dilakukan. Soeys berborak dengan N, Kiela dan Leo seperti biasa melayan perasaan masing-masing sambil mendengar lagu. Ravi seperti biasa akan selamat berlayar di atas tilam kesayangannya. Ken dan Hongbin pula sedang menonton televisyen. Tiba-tiba Hyuk muncul dari dapur selepas mengambil minuman.

            “Korang! Kita main satu permainan nak tak?” Cadangan Hyuk menarik perhatian mereka semua.

            “Game apa?” Tanya Ken yang agak berminat.

Hyuk berjalan ke tengah ruang tamu itu sambil tersenyum. “Truth or dare. Ada berani?”

            “I’m in!” Kata Soeys sambil mengangkat tangannya dengan semangat.

            “Yeah! You are my noona!” Kata Hyuk sambil menepuk tangan.

Soeys hanya mengangguk bangga. “Kalau macam tu hyung join jugalah,” kata N.

            Ken berjalan menghampiri Hyuk dan Hongbin menutup televisyen dan menuju ke arah yang sama. Mereka berdua turut berminat untuk bermain.

            “Kiela dan Leo hyung?” Tanya Hyuk.

Leo dan Kiela menggeleng serentak. “Haish!” Soeys menuju Kiela dan menarik tangannya. Kiela mengeraskan badannya sambil menggeleng.

            “Please obey to your sister. Ireona!” Kiela mengeluh lalu bangun mengikut Soeys ke tengah ruang tamu.

            “Leo hyung. Jomlah..” Panggil Hongbin.

Leo menutup mp3 nya lalu bangun dari tempat duduk dan berjalan ke tengah ruang tamu. Mereka yang lain tersenyum melihat Leo yang mahu bermain.

            “Eh, Ravi hyung?”

            “What do you want?” Tanya Ravi yang tiba-tiba muncul dari belakang Hyuk dengan muka yang baru bangun tidur. Hampir sahaja Hyuk menjerit kerana terkejut.

            “Haish hyung menakutkan saya. Pergi basuh muka dan datang ke tengah ruang tamu,” arah Hyuk yang berlagak seperti hyung di situ.

Ravi yang masih blur menurut sahaja arahan Hyuk tanpa berkata apa. Sementara menunggu Ravi, mereka duduk di tengah ruang tamu membuat bulatan. Soeys duduk di antara N dan Hongbin manakala Kiela duduk di antara Leo dan Ken. Di sebelah Ken ialah Hyuk. Seketika kemudian, Ravi datang dan terus duduk di antara Hyuk dan Hongbin.

            “Okay. Siapa nak first?”

Krik…krik..krik…

            “Okaylah. Kita buat undian guna rock paper scissor,” putus Hyuk.

Mereka semua hanya mengangguk dan memulakan rock paper scissor. Selepas 3 minit, mereka sudah mendapat angka giliran. Pertama ialah Ravi, diikuti dengan Ken, N, Kiela, Hyuk, Leo, Soeys dan Hongbin.

            “Saya nak dare!” Kata Ravi dengan yakin sambil mengangkat keningnya.

            “Biar saya yang dare Ravi hyung,”

Ravi mengangguk dan yang lain menumpukan perhatian kepada Hyuk. “Hyung pergi dekat lampu tu lepas tu cakap I love you dekat dia lima kali,” kata Hyuk. Ravi mengusap kepala Hyuk dengan kuat lalu bangun.

            Dia terus berjalan ke arah sebuah lampu meja di tepi ruang tamu itu. “Hai lampu.. I love you, I love you, I love you, I love you, I love you.” Ucap Ravi dengan tenang.

            Mereka yang lain ketawa sambil menepuk tangan. Cabaran Ravi telah dilaksanakan kini tiba giliran Ken pula. “Truth,”

            “Eleh. Hyung takutlah tu nak kena dare,” kata Hyuk sambil menunjuk mengusik Ken.

            “Biar Soeys tanya soalan,”

Mereka mengangguk dan memandang Soeys. “Ken oppa, pernah masuk tandas perempuan tak?” Soalan Soeys mengundang ketawa mereka semua.

            “Jawab hyung,” kata Hongbin sambil ketawa.

Ken terdiam sekejap kemudian membuka mulut. “Pernah.”

            Mereka semua terkejut dengan jawapan Ken. Tak sangka pula. Hyuk, Soeys dan Ravi memandang Ken dengan pandangan yang aneh. “Hoi2. Bukan sengaja nak masuk. TERmasuk. Saya ingatkan tu tandas lelaki sebab papan tanda dekat pintu tu tak berapa jelas. Bila masuk saya nampak seorang mak cik dengan anak dia tengah basuh tangan dan pandang saya. Saya terus keluar..” Cerita Ken tanpa dipinta.

            Mereka hanya ketawa mendengar cerita lawak Ken itu. Tiba giliran N pula dan dia meminta ‘Truth’

            “Kenapa tak nak dare hyung? Takut ye?” Usik Ravi sambil bertempek di bahu N.

N menolak kepala Ravi dengan perlahan. “Hyung suka berterus terang. Tak best dare ni,” dalih N. Soeys menjeling N sambil membuat muka derp.

            “Okay! N hyung.. Betul ke first time hyung suka dekat Soeys, masa tu kita dalam perjalanan nak pergi fanmeeting?” Soalan cepumas daripada Ken membuatkan masing-masing terdiam.

            “Eh, macam mana tau ni? Aigoo..”

            “Jawablah hyung,” pinta Hyuk.

Mereka semua memandang dan menunggu jawapan N. Soeys pula hanya mendiamkan diri di sebelah N. Hongbin menjelingnya melalui ekor mata.

            “Ya. Masa tu hyung ternampak dua orang perempuan dengan jalan berkejar-kejar. Hyung tertarik pada perempuan yang masa tu dia pakai baju merah tengah kejar seorang lagi perempuan kat depan dia. Lepas tu tanpa disangka kami berjumpa lagi dekat fanmeeting tu. Sejak tu lah hyung suka dekat Soeys. Dan tak sangka juga dia akan jadi adik angkat kita,” N berterus terang tanpa teragak-agak. Mereka bertujuh mengangguk mendengar cerita N.

            “Owh. Macam tu. Okay next,” panggil Hyuk.

Mereka memandang Kiela yang membuat muka blur. “Dare,” putus Kiela selepas lama berdiam.

            “Good! Kiela memang berani,” puji Ravi.

            “Biar saya yang bagi dare kat Kiela boleh tak?” Tanya Hyuk sambil tersenyum nakal.

Soeys memandang Hyuk dan faham apa yang difikirkan oleh Hyuk lalu turut tersenyum. N mencucuk pinggang Soeys lalu menggeleng tetapi Soeys hanya tersenyum lagi.

            “Kiela-ssi. Kalau awak betul-betul sayangkan Leo hyung, buktikan!” Kata Hyuk dan membuatkan Kiela dan Leo memandang Hyuk serentak.

            Ken, Ravi, N dan Hongbin memandang Hyuk pelik tetapi Soeys terus ketawa sambil berbalas pandangan dengan Hyuk. N memandang Soeys untuk meminta penjelasan tetapi Soeys buat tidak tahu.

            “Buktikan dengan… cium pipi Leo hyung!” Hukuman Hyuk membuatkan semua mata terbuntang. Dia pula hanya tersengih-sengih memandang Kiela dan Leo yang sudah terkaku.

            “Cepat Kiela-ssi,” kata Soeys.

Kiela tidak bergerak dari tempatnya sambil mengenggam tangan. Hatinya berasa berdebar-debar untuk melakukan hukuman itu. Yang lain hanya sabar menunggu sambil tersenyum-senyum. Tiba-tiba Leo mengangkat tangannya hendak mencekik Hyuk tetapi dihalang oleh Ken.

            “Kiela-ssi. Kalau tak dapat lakukan hukuman ni, hukuman yang lebih berat menyusul,” bisik Soeys menakut-nakutkan Kiela.

            “Baiklah,” jawapan Kiela mendapat sorakan dan tepukan dari mereka yang lain. Leo menunduk kepalanya.

            Kiela terus menggerakkan badannya dan merapatkan wajahnya ke wajah Leo. Leo terus menutup wajahnya. Dengan cepat dan pantas Kiela mengucup pipi Leo. Mereka terus menepuk tangan sambil bersorak gembira. Kiela terus melarikan wajahnya ke pelukan Soeys.

            “Dare complete! Next is me!” Kata Hyuk.

Hyuk menunjuk dirinya sambil memilih dare. “Tadi kenakan adik noona sekarang noona kenakan kamu pulak,” kata Soeys sambil ketawa jahat.

            “Janganlah noona. Ampun pasal tadi,” kata Hyuk.

Soeys hanya ketawa. “Pergi dekat manager oppa lepas tu cakap kan dia yang dia lagi handsome dari kamu,” kata Soeys lalu ketawa. Mereka yang lain turut ketawa.

            “Aish. Noona. Janganlah…” pinta Hyuk sambil membuat muka comel.

            “Cepatlah Hyuk! Ini cabaran,” kata Hongbin sambil menepuk bahu Hyuk.

Hyuk mengeluh perlahan lalu bangun menuju ke arah manager VIXX. “Hyung, saya nak cakap sesuatu tapi ini adalah permainan sahaja,”

            Manager memandang Hyuk dengan pandangan kosong. “Hyung ni sebenarnya handsome malah lagi handsome dari saya,” kata Hyuk.

Manager memandang pelik ke arah Hyuk. Hyuk hanya tersenyum sumbing lepas tu kembali kepada mereka semua balik. Permainan disambung dan kini tiba giliran Leo pula. Leo mengambil masa yang agak panjang dan akhirnya memilih truth.

“Nehhh.. Hyung takutlah tu nak buat dare,” usik Hyuk. Sekali lagi Leo cuba mencekik Hyuk tetapi dihalang oleh Ravi pula.

“Hyung rasa handsome tak dengan rambut ala-ala tarzan tu?” Tanya Ken.

Leo menjeling Ken dengan tajam. Soeys, N, Hongbin, Hyuk dan Ravi sudah ketawa manakala Kiela menahan gelak sambil menundukkan wajahnya. Leo mencekik tengkuk Kiela dengan perlahan.

            “Jawablah oppa,” kata Soeys.

            “Saya bencikannya…” jawab Leo pendek lalu menundukkan wajahnya.

Mereka hanya mengangguk sambil tersenyum-senyum. “Handsomelah oppa. Betulkan Kiela?” Soeys merangkul bahu Kiela sambil memandangnya. Kiela hanya mendiamkan diri.

            “Okay next tiba giliran Soeys noona!”

            “Dare!” Kata Soeys dengan penuh yakin.

            “Berani betul Soeys,” kata Ravi.

Masing-masing memikirkan apakah dare yang perlu diberikan kepada Soeys dan tiba-tiba Hyuk mengangkat tangan dan menjerit. “Soeys noona… Buat N hyung jealous,” kata Hyuk sambil tersengih.

            “Eh? Oteohkae?” Soeys memandang N dan Hyuk bersilih ganti.

            “Entah. Buat je lah,”

Soeys berfikir sejenak lalu memandang Hongbin. Dia menarik tangan Hongbin lalu digenggam kuat. “Hongbin oppa…” N memicing anak mata memandang mereka berdua. Mata Soeys dan Hongbin bertaut saat itulah jantung Hongbin berdegup lebih pantas daripada biasa.

            “I gonna kiss you,” ucap Soeys sambil merangkul leher Hongbin dan merapatkan wajahnya ke wajah Hongbin.

            “I don’t want to see this moment,” ucap Ravi sambil menutup mukanya. Kiela dan Leo sudah menundukkan wajah masing-masing. Hongbin dan N sungguh terkejut dengan kata-kata dan perbuatan Soeys itu. Jantung Hongbin berdegup laju tanpa dapat dikawal.

            “Yah!” Jerit N lalu menarik tangan Soeys. Rangkulannya terlepas dan dia terlanggar N yang menariknya. Dia hanya ketawa riang dan N menarik nafas lega. Hongbin agak terkejut tetapi cuba mengawal perasaannya.

            “N oppa dah jealous,” ucap Soeys sambil terus ketawa.

N menggosok kepala Soeys dengan lembut. “Nakal betul. Aish.. ” Hongbin pula mengetap gigi melihat kemesraan mereka berdua, Ken memandang Hongbin sekilas lalu menggeleng perlahan.

            “Okay. Yang terakhir Hongbin hyung. Nak apa?”

            “Dare.”

Mereka mengangguk. “Menari tarian Troublemaker dengan Leo hyung,” cadang  Ken lalu ketawa. Leo terkejut dengan dare yang Ken cadangkan. Hongbin hanya mengangguk lalu bangun. Kiela menolak Leo supaya bangun. Dia terpaksa juga bangun.

            “Start!” Laung Soeys.

Ken dan Ravi membuat muzik latar untuk tarian mereka. Mereka berdua mula menari, Leo menjadi Hyuna manakala Hongbin menjadi Hyunseung. Tarian mereka dilakukan dengan baik tetapi Leo agak kaku dan malu-malu. Ketawa mereka terburai sejak Hongbin dan Leo mula menari sehingga habis.

            “Daebak! daebak!” Ucap mereka sambil menepuk tangan.

Permainan truth or dare itu ditamatkan sampai di situ sahaja. Kemudian masing-masing bangun dan menuju ke bilik untuk tidur.

To be continued...

No comments: