Di Seoul
High School,
Selepas
sahaja loceng waktu tamat sekolah berbunyi, dia yang tadinya berjumpa dengan
guru kelasnya terus sahaja berjalan menuju ke kelasnya seorang diri untuk
mengemas barang-barangnya. Sedang dia berjalan menuju ke kelasnya, seseorang
menariknya dan terus menutup matanya. Dia terus dibawa ke sesuatu tempat.
Di stor
sekolah,
Kain di
matanya terus dibuka. Sebaik sahaja membuka matanya, dia terus sahaja terlihat
empat orang pelajar perempuan di hadapannya. “ What do you want? ”
“ What we want? ” Tanya Hye Kyung
sinis.
“ Kalau kita orang cakap yang kita
orang nak kau mati, okay tak? ” Tanya Dae Ah sinis.
Matanya
terbeliak. Jung Ah mendekatinya, “ Guys, she is scare right now.. Don’t do that
to her..” Jung Ah membelai rambut dan wajah Kiela selembutnya. Kiela hanya
memandangnya tanpa sebarang reaksi.
Tiba-tiba,
rambutnya terus ditarik. “ Arghh!!”
Ah Hae
mendekati Kiela, “ Kau tahu tak, kau ni memang menyakitkan hati..” Dengan itu,
dia terus menampar Kiela sehingga Kiela terbaring di situ.
Kiela
memandang mereka berempat. “ Apa salah aku? ”
“ Kau tanya salah kau? Kau bodoh ke
apa, huh? ” Tanya Hye Kyung lalu menjuih dahi Kiela.
“ Kau dengar sini, ya sebab kau lah
kita orang buat macam ni… Kau tu istimewa sangat ke kat sekolah ini sampai
semua pelajar suka kan kau? Sampai pengetua pun memuji kau..” kata Dae Ah.
“ Bukan kau je. Kakak kau tu pun
sama.. Istimewa sangat ke kau orang ni? Mentang-mentang lah kau orang berdua
tinggal dengan VIXX..” kata Ah Hae.
“ Jangan libatkan VIXX oppa… Mereka
tak ada kena mengena dalam masalah ni..” Serentak itu, Kiela menendang Ah Hae
jauh daripadanya. Jung Ah yang sedang menarik rambutnya terus sahaja
memusingkan tangan Jung Ah sebelum menyepaknya jauh.
Hye Kyung
menumbuk muka Kiela. Tumbukan tersebut menyebabkan bibir Kiela pecah dan
berdarah. Sewaktu Hye Kyung ingin menyerangnya kembali, Kiela terus melepaskan
tumbukannya di pipi Hye Kyung sebelum Hye Kyung jatuh terbaring di atas lantai.
Dae Ah senyap-senyap menyerangnya dari belakang namun Kiela sempat mengelak dan
terus menghentak belakang badan Dae Ah dengan kedua-dua lengannya sehingga Dae
Ah menyembah lantai. Hampir sahaja mukanya mencium lantai tersebut.
Melihat
mereka berempat sudah rebah di situ, dia terus melarikan diri. Namun kakinya
dipegang oleh Ah Hae sehingga dia
terjatuh. Ah Hae terus sahaja bangun lalu menyepak bahagian abdomen Kiela.
Walaupun sakit, Kiela terus sahaja memegang kaki Ah Hae lalu ditarik ke depan
sehingga Ah Hae hilang imbangan dan terus terjatuh ke belakang.
Dia terus
sahaja bangun namun di dihalang oleh Hye Kyung, Jung Ah dan Dae Ah yang berdiri
di hadapannya. “ Apa yang kau orang tak puas hati dengan aku? Aku minta maaf
kalau aku sakitkan hati kau orang, tapi aku lagsung tak tahu apa yang kau marah
sangat. Aku dah keluar dari band tu, so leave me alone.. Jangan kacau aku
lagi.. Jangan sampai kakak aku tahu kau orang jumpa aku..”
Mereka
berempat ketawa kecil, “ Kau orang ingat kita orang takut sangat dengan kakak
kau tu? Jangan bermimpi..” balas Jung Ah.
“ Please, leave me alone..”
“ No way!! Kita orang nak kau
terseksa dulu selepas kau rampas semuanya daripada kita orang..” balas Dae Ah.
“ Apa yang aku rampas? ”
“ Kau jangan pura-pura tak tahu..
Sejak penubuhan band ni, nama kau je yang naik.. Kita orang tak ada pun..
Kenapa kau je yang popular? ” Tanya Hye Kyung.
“ Mana aku tahu.. Kenapa kau mesti
nak marahkan aku? Aku tak tahu apa-apa..”
“ Sejak prom night dua hari yang
lepas, nama kau dan kakak kau selalu sahaja disebut-sebut.. Kau orang berdua ni
memang selalu cari publisiti ke, huh? ” Tanya Ah Hae.
Kiela
mengeluh perlahan. “ I think all of you should make an appointment with
counselor..” Kiela terus sahaja berlalu pergi dari situ.
Baru sahaja
beberapa langkah, rambutnya ditarik lalu dia terkebelakang dan terus terjatuh
di atas lantai itu. Empat pasang mata memandangnya tajam.
“ Kau ingat kita orang buat lawak ke
huh? ” Tanya Hye Kyung dengan marahnya. Dia terus memberi isyarat kepada
kawan-kawannya.
Bahagian
abdomen Kiela ditendang kuat oleh mereka silih berganti. Kiela menahan sakit.
Tidak cukup dengan itu, Ah Hae membangunkan Kiela lalu ditumbuknya. Sewaktu
Kiela hampir terjatuh, Dae Ah pula menumbuknya. Bergilir-gilir menumbuk Kiela.
Darah mula keluar dari mulutnya. Jung Ah pula menampar pipi Kiela berulang kali
diikuti oleh Hye Kyung.
Melihat
Kiela sedang berbaring di atas lantai, mereka berempat terus sahaja membelasah
Kiela tanpa henti. Bahagian tangan Kiela mula jelas kesan lebamnya. Kedua-dua
kakinya turut menjadi mangsa kejam mereka berempat. Hye Kyung dan Jung Ah
memijak kaki Kiela.
“ Please!! Stop it…” rayu Kiela.
Pada masa
yang sama,
Di pintu
pagar sekolah,
Soeys
menelefon adiknya setelah agak lama dia menunggu di hadapan pintu pagar seklah
bersama dengan manager VIXX.
“ Mana dia ni? ” rungut Soeys.
“ Kita balik dulu lah… Mungkin Kiela
ada projek nak kena siap kan tu…” kata manager VIXX. Soeys mengangguk sebelum
memasuki kereta mpv VIXX.
Kereta terus
dipandu meninggalkan kawasan sekolah itu.
Kiela cuba
melarikan diri selepas menumbangkan mereka berempat. Namun belum sempat, dia
bergerak jauh, satu tendangan hinggap di belakang badannya sehingga dia terus
sahaja terbaring di atas lantai.
Hye Kyung
dan Ah Hae menghadapnya. “ Jangan kau berani nak larikan diri dari sini.. Kita
orang tak selesai lagi..” kata Hye Kyung.
“ Please.. Let me go..” rayu Kiela.
“ No way!! Kita orang tak selesai
lagi urusan dengan kau..”balas Ah Hae.
Sewaktu Hye
Kyung ingin menendang abdomen Kiela, Kiela sempat menahannya dengan tangan
kanannya. Namun, tendangan Hye Kyung cukup kuat sehingga tangan kanannya
dipijak oleh Hye Kyung. Lebih teruk lagi, dua jari tangannya langsung tak dapat
digerakkan lagi.
“ Please.. Stop it..”
Rayuannya
langsung tidak diendahkan. Mereka berempat menendang, memijak, memukul dan
menamparnya beberapa kali tanpa belas kasihan. Kepalanya turut menjadi sasaran.
Pada masa
yang sama, seorang pelajar lelaki, pengawas sekolah yang sedang berjalan-jalan
sekitar situ ternampak kejadian tersebut disebalik pintu stor yang terbuka. Dia
terus sahaja melarikan diri dari situ dan terus ke bilik guru.
Dae Ah
merasakan seseorang sedang memerhatikan mereka. Apabila dia menoleh sekilas,
dia melihat seseorang sedang melarikan diri dari situ. Dia terus menyuruh
kawan-kawannya berhenti.
“ Cukup.. Ada orang nampak kita…
Kita kena blah sekarang…”
“ No……” Kiela memegang kaki Jung Ah.
“ Yah!!! ” Hye Kyung terus sahaja memukul kepala Kiela dengan kayu yang berada
berdekatannya. Selepas itu, mereka semua terus sahaja melarikan diri dari situ.
Pandangan
Kiela mulai kabur. Dia dapat merasakan darah mula mengalir di kepalanya. Dia
langsung tak dapat nak menggerakkan badannya. “ Unnie………” Dia sayup-sayup
mendengar beberapa derap kaki berlari ke arahnya. “ Oh my god!! That’s Kiela..”
Dia dapat mendengar suara seorang guru perempuan sebelum dia memejamkan
matanya.
Pada masa
yang sama,
Di dorm
VIXX,
Soeys yang
sedang meneguk air di dalam gelas tiba-tiba sahaja terlepas gelas itu. Bunyi
gelas pecah membuatkan VIXX yang berada di dalam bilik mereka segera keluar dan
menuju ke arahnya.
N
mendekatkan diri kepadanya, “ What’s wrong, Soeys? ” N bertambah risau apabila
Soeys langsung tidak menjawab pertanyaannya sebaliknya Soeys memandang sahaja
serpihan-serpihan kaca gelas itu dengan pandangan kosong. Dia meletakkan
kedua-dua tangannya di dadanya.
“ Soeys, what’s wrong? ” Tanya
Hongbin pula. Soeys masih lagi mengelamun. Hyuk menggoncang-gongcangkan bahu
Soeys, “ Noona, what’s wrong? ”
“ Soeys rasa tak sedap hati..” Soeys
memandang N. Jelas di wajah Soeys perasaan risaunya.
“ Okay... Soeys, ceritakan kat oppa
sekarang…” kata N sambil mengenggam tangan Soeys. Leo, Ken, Ravi, Hyuk dan
Hongbin memandang Soeys. Manager VIXX turut ke ruang dapur melihat keadaan
Soeys.
“ Like it is something happen to
Kiela…”
“ Kiela? ” Leo mula bersuara. Soeys
mengangguk.
Pada masa
itu juga lah, handphone Soeys berbunyi. Soeys terus mencapai handphonenya yang
diletakkan di atas meja di ruang dapur itu. Tanpa melihat nama pemanggil yang
tertera di skrin handphonenya, dia terus menjawab.
“ What?!!!!”
Hyuk
mencapai handphone Soeys sementara N menenangkan Soeys. “ Yeoboseyo.. Siapa
ni?”
“ Is that you, Hyuk? ”
“ Nae.”
“ I’m Mrs Kim.. Kiela is at hospital
now.. Come here now..”
“ What?!! What happen?! ”
“ Ada orang belasah dia… Datang sini
sekarang, Hyuk..”
“ Ba… Baiklah…”
Hyuk
memandang mereka semua di situ, “ Kiela kat hospital sekarang… Kita kena pergi
sana..”
Mereka semua
mengangguk. N terus membangunkan Soeys yang sedang menangis dalam dakapannya.
Mereka semua terus sahaja keluar dari dorm tersebut.
Di Hospital
Seoul,
“ Where’s Kiela? ” Tanya Soeys
sebaik sahaja dia sampai di hadapan bilik pembedahan itu. Puan Kim mendekatinya,
“ Masih dalam bilik pembedahan.” Puan Kim terus sahaja memeluk Soeys,
menenangkannya.
“ She will be alright..”
VIXX hanya
memerhatikan sahaja. Leo memandang ke arah pintu bilik pembedahan. Lampu di
atas pintu tersebut masih lagi merah. Tanda pembedahan masih lagi dijalankan.
30 minit
kemudian,
Lampu merah
itu terus ditutup. Pintu dibuka. Satu stretcher ditolak keluar dari bilik
pembedahan. Sekujur tubuh terbaring kaku di atas stretcher itu. Soeys hampir
sahaja terjatuh di situ. Mujurlah, Puan Kim menyokongnya.
Seorang
doktor melangkah keluar dari bilik pembedahan. Puan Kim dan Soeys terus
mendekatinya.
“ Macam mana dengan adik saya,
doktor? ”
“ She will be alright.. It suppose
to be..”
“ What do you mean? ”
Doktor itu
mendiamkan diri sebentar. “ Dua jari di tangan kanannya, ibu jari dan jari
telunjuk patah.. Bahagian kepalanya, berlaku pendarahan kecil tapi dapat
diatasi... Terdapat beberapa kesan lebam di seluruh badannya.. Dari pandangan
saya, ini kes pembulian…”
“ Mwo?!!”
Puan Kim
mengangguk faham. Soeys memandangnya. “ Cikgu akan uruskan.. Jangan risau..”
Doktor
tersebut terus sahaja meninggalkan mereka.
Di dalam
bilik wad Kiela.
Soeys
melihat keadaan adiknya yang teruk itu. Untuk pertama kalinya, dia tak dapat
nak menjaganya sebaik mungkin. “ Kiela ah, mianhae… Jeongmal mianhae..”
N menepuk
perlahan bahu Soeys, “ It’s not your fault..”
Leo
memerhatikan keadaan Kiela yang terlantar tidak sedarkan diri di situ. Kesan
darah yang terdapat di kain pembalut di kepala Kiela, menyakitkan hatinya. Ken
menepuk perlahan bahunya, “ She’ll be alright..”
“ Kita kena balik sekarang…” kata
manager VIXX.
“ Soeys nak tinggal sini…”
“ Soeys, you have school tomorrow..”
balas N lembut.
Soeys
mengeluh perlahan. “ I’ll stay here..” kata Leo. Semua orang memandangnya.
“ Saya temankan hyung.. ” balas
Hyuk.
“ Tak boleh.. Kau ada sekolah esok,”
kata Ravi.
Hyuk
mengeluh. “ Siapa nak stay sini malam ni? ” Tanya manager VIXX. Ravi mengangkat
tangan. Manager VIXX mengangguk.
Malam itu,
Ravi yang
tadinya berdiri, duduk di sofa yang berada di bilik itu. Dia memandang Leo yang
masih lagi menatap wajah pucat Kiela tanpa berganjak sedikit pun. Matanya sudah
pun hampir terlelap. Tetapi apabila teringatkan Leo, dia bangun semula lalu
menuju ke arah Leo.
“ Hyung nak apa-apa tak? ”
“ Kau nak keluar ke? ” Ravi
mengangguk. “ Coffee, please..”Ravi mengangguk sebelum keluar dari bilik itu
meninggalkan Leo menjaga Kiela. Leo memandang Kiela sebelum perlahan-lahan dia
menyentuh pipi Kiela. “ Stay strong, Kiela..”
Pada masa
yang sama,
Di dorm
VIXX,
Soeys
berdiri di cermin di balkoni dorm tersebut. Dia memandang suasana malam itu.
Tanpa disedarinya, seseorang menghampiri lalu memeluknya dari belakang. “ Kiela
will be alright..”
“ But her fingers…..”
“ It will recovered soon.. It’s just
temporary.. Believe me, Soeys.. She will be fine..”
“ I just worry about her..”
“ She will be fine.. As long all of
us stay by her side… She need you, Soeys..”
“ I know.. But, I can’t protect her
back then.. What kind of sister, am I? ”
“ Don’t blame yourself.. You don’t
know this kind of things will happen to her..”
“ Whoever did that to Kiela will be
face to face with me.. I can’t let them go just like that.. What they have done
to Kiela is too much..”
“ Don’t get hurt..” Soeys hanya
mengangguk. Dia memandang orang itu, “ Thanks oppa..” N hanya mengangguk sambil
tersenyum manis. “ Anything for you, jagiya..”
To be continued...
No comments:
Post a Comment