My Oppa My Love ~ Chapter 25


Keesokan harinya,
Sebaik sahaja memasuki kelasnya, kawan-kawannya terus menyerbu ke tempatnya. Gain, G.Na dan Uee mendekatinya.

            “ Macam mana adik kau? ” Tanya Uee.

            “ Masih lagi tak sedarkan diri..” Nada sedih jelas kedengaran dalam ton suaranya. Gain memegang perlahan bahunya, “ She’ll be fine..”

            “ I hope so..”

Seorang pengawas sekolah lelaki memasuki kelas tersebut dan menghampirinya. “ Soeys noona..”

            “ Yes.. Can I help you? ”

            “ I just wanna give you this..” Sebuah handphone diserahkan kepada Soeys. “Mwoyeyo?”

            “ Noona, patut tengok video dalam handphone saya itu.. Kalau perlukan bantuan, noona boleh minta tolong saya…”

Serentak itu, pengawas lelaki itu terus sahaja beredar dari situ. Soeys melihat video yang dimaksudkan. Kejadian semalam yang berlaku kepada adiknya sempat dirakam oleh pengawas itu sebelum dia memanggil Puan Kim. Gain, Uee dan G.Na hampir terjerit. Mereka menutup mulut mereka dengan kedua-dua tangan mereka. Soeys mula mengenggam penumbuknya.

            “ Tak guna dia orang!!” Soeys mengetap giginya menahan geram.

Uee mengenggam tangannya, “ Sabar, Soeys..”

            “ That’s too much!! ”

            “ Kau nak buat apa sekarang? ” Tanya G.Na.

            “ Aku akan balas balik apa yang dia buat kat adik aku..”

            “ Perlukan bantuan kita orang? ” Tanya Gain. Soeys mengangguk, “ Tapi aku yang akan face to face dengan dia orang..”

Sewaktu rehat,
Gain, G.Na dan Uee serta-merta mencari Dae Ah, Ah Hae dan Jung Ah. Soeys pula mencari Hye Kyung. Mujurlah pada masa itu, mereka berempat bersendirian di tempat yang berlainan. Senanglah bagi Soeys, Gain, G.Na dan Uee untuk meneruskan rancangan mereka. Pengawas lelaki yang menemui Soeys pada waktu awal persekolahan tadi hanya memerhatikan Soeys menjalankan rancangannya tanpa diganggu. Walaupun sudah beberapa kali dia meminta untuk menolong Soeys, namun Soeys tetap tidak mahu melibatkannya. Semua pelajar di sekolah itu kenal dengan sikap Soeys tersebut. Cuma Hye Kyung dan kawan-kawannya yang masih lagi berani mencari masalah besar dengan Soeys.

Di stor sekolah,
Mereka berempat melihat sahaja keadaan sekeliling tempat itu. Pintu stor tiba-tiba dibuka. Soeys melangkah perlahan ke dalam stor tersebut. Hye Kyung, Jung Ah, Dae Ah, dan Ah Hae masing-masing kecut perut melihat kedatangan Soeys itu.

Soeys memandang mereka berempat silih berganti sebelum memandang ke arah tempat adiknya ditemui tidak sedarkan diri. Kesan darah yang sudah kering adiknya itu masih lagi berada di situ.

            “ Kau orang nampak kesan darah tu? ” Tanya Soeys tanpa berpaling dari tempat tersebut.

Mereka berempat hanya mampu mengangguk sahaja. Soeys memandang tajam mereka berempat, “ Aku tak suruh kau mengangguk. Aku nak kau orang bersuara.. Kau orang nampak tak?!!”

            “ Na..na…nampak…”

            “ Kenapa gagap? Takut? Semalam kau buat kat adik aku, tak takut pula…”

            “ Apa yang kau cakap ni? ” Tanya Jung Ah.

Soeys ketawa sinis. “ Jangan nak bergurau kat sini Jung Ah.. Aku tak buat lawak kat sini…”

Mereka berempat mengetap gigi. “ Apa yang kau nak hah? ” Tanya Hye Kyung.

            “ Apa yang aku nak? Kau rasa apa yang aku nak sekarang? ”

Soeys memandang mereka berempat yang menyakitkan hatinya. “ Aku cuma nak tahu satu perkara je.. Kenapa adik aku jadi mangsa kau orang?”

            “ Jadi mangsa kita orang? Apa ni? Kita orang tak faham..” dalih Dae Ah. Soeys menghampirinya lalu menarik kolar bajunya sehingga dia terbangun berdiri berhadapan dengannya. “ Kau jangan pura-pura tak tahu. Aku tahu semuanya yang berlaku semalam.”

Pandangan mata Soeys menakutkan Dae Ah. “ Aku nak tahu satu perkara je, kenapa kau orang belasah adik aku? Jangan nak bersandiwara lagi kat sini… Jawab cepat!! ”

            “ Kita orang benci dia.. Semua perhatian, dia je yang dapat.. Dia tu istimewa sangat ke, huh? Kenapa dia seorang je yang mendapat perhatian sedangkan kita orang semua dalam satu kumpulan? Sebab itu, kita orang buang dia dari band tu..”

            “ Damn you!! ” Soeys menghempas badan Dae Ah kasar ke lantai. “ Dia tak salah apa-apa.. Kau orang tu yang terlalu cemburu dengan dia.. Hanya disebabkan itu je, kau orang belasah dia sampai dia terseksa..”

            “ Sekarang, aku akan buat kau orang terseksa seperti yang kau buat adik aku terseksa..”
Soeys mula membelasah mereka. Sewaktu Hye Kyung menyerangnya dari arah tepi, Soeys terus menendang kuat abdomennya. Hye Kyung terbaring di atas lantai. Ah Hae pula yang menyerang Soeys. Sewaktu tangannya hampir mengenai Soeys, sepantas kilat tangannya dipulas oleh Soeys. Selepas itu, Soeys terus menumbuk muka Ah Hae.

Dae Ah tidak mendiamkan diri. Dia menendang Soeys sehingga Soeys hampir mencium lantai stor itu. Menggunakan teknik scorpion dance, Soeys bangun semula sebelum dia berlawan dengan Dae Ah. “ Kau memang cari masalah dengan aku..”

Sewaktu Jung Ah ingin menumbuk bahagian abdomen Soeys, Soeys menggunakan Dae Ah sebagai perisainya.Akibatnya, Dae Ah yang terkena tumbukan tersebut. Soeys terus sahaja menghempaskan Dae Ah jauh daripadanya. “ Ish.. Ish.. Ish.. Kawan sendiri pun kau tumbuk..”

Jung Ah mengetap giginya menahan geram. “ Kau memang tak guna!!” Jung Ah mula menyerang Soeys kembali. Mereka berlawan selama beberapa minit. Melihat Jung Ah yang terbaring selepas berlawan dengannya, Soeys menendang bahagian abdomen Jung Ah. “ Macam ni lah yang kau buat kat adik aku… Rasakan!!”

Hye Kyung, Ah Hae dan Dae Ah memandang geram Soeys. Mereka bertiga terus sahaja bersama-sama menyerang Soeys. Ah Hae dan Dae Ah memegang kedua-dua tangan Soeys. Hye Kyung terus membangunkan Jung Ah.

            “ Kau memang nak kena lepas ni.. Kita orang akan buat lebih teruk daripada adik kau tu..” kata Hye Kyung geram.

Dia mula menumbuk muka Soeys, menampar muka Soeys sehingga berdarah bibir Soeys. Sewaktu giliran Jung Ah, Soeys terus menendang kuat bahagian abdomen Jung Ah. Dia menyiku Ah Hae dan Dae Ah yang masing-masing memegang tangan kiri dan tangan kanannya. Selepas menyiku mereka berdua, dia menyelit kaki mereka berdua sehingga terjatuh.

Hye Kyung tidak puas hati. Dia terus sahaja menyepak bahagian belakang Soeys sehingga Soeys terganjak ke depan. “ Wow!! Berani kau!!”

Soeys mula menggunakan serba sedikit teknik karatenya lalu membelasah Hye Kyung. Mendapat peluang, Soeys terus menumbuk bawah dagu Hye Kyung. Berdarah bibir Hye Kyung disebabkan tergigit tadi.
Namun tidak lama kemudian, Jung Ah pula menyerang Soeys. Dia menjatuhkan Soeys sebelum dia menyepak-yepak Soeys seperti yang dilakukan kepada Kiela semalam. Kawan-kawannya juga mengikutnya.

            “ Kita orang benci kau… Kau dan adik kau, sama je… Sepatutnya adik kau tu mati semalam…”
Serentak itu, pengetua dan dua orang guru memasuki stor tersebut. Hye Kyung, Jung Ah, Ah Hae dan Dae Ah terus sahaja berhenti lalu berhadapan dengan pengetua itu. Soeys bangun sambil dibantu oleh Puan Kim.
Dia mengesat kasar tepi bibirnya yang berdarah. “ Kenapa berhenti? Buat lah lagi.. Buat macam mana kau buat kat adik aku semalam..”

Puan Kim menenangkannya. “ Cukup Soeys…”

Pengetua memandang mereka semua. “ Kamu berempat dan Soeys ikut saya ke pejabat sekarang..”

Di pejabat pengetua,
            “ So, kenapa kamu berempat membelasah Soeys? ”

            “ Dia yang belasah kami dulu… Kami cuma nak pertahankan diri je..” jawab Jung Ah.

Pengetua memandang Soeys. “ Betul? ”

            “ Yes.. Tapi itu sebab dia orang belasah Kiela semalam.”

            “ Betul? ” Tanya pengetua itu kepada Hye Kyung, Dae Ah, Ah Hae dan Jung Ah. Mereka berempat hanya mendiamkan diri sahaja.

Soeys menjeling mereka tajam, “ Kenapa tak nak mengaku? Kau orang kan yang pukul adik aku sampai dia masuk hospital semalam.. Mengaku lah…”

Hye Kyung memandangnya tajam. “ Kau diam..”

            “ Jangan harap aku nak diamkan diri sekarang. Selama ni, kau apa-apakan adik aku, aku boleh tutup mata sebelah. Tapi sekarang, teruk adik aku dikerjakan, kau ingat aku nak diamkan diri je? Jangan harap.”

Soeys menyerahkan sebuah handphone kepada pengetua sekolah itu. Video ditonton oleh pengetua. “ Itu kejadian semalam yang berlaku lepas tamat sekolah, di stor sekolah.. Jika dibandingkan dengan apa yang saya buat tadi kat mereka berempat itu dengan kejadian semalam, keadaan Kiela lebih teruk daripada mereka berempat.. Sekurang-kurangnya, mereka berempat tak mengalami kecederaan serius seperti Kiela..”

Pengetua memandang mereka berlima silih berganti. “ Saya dah buat keputusan..”

Wajah Hye Kyung, Dae Ah, Ah Hae dan Jung Ah pucat. Soeys pula hanya berlagak biasa sahaja.

            “ Kamu berlima akan dihukum dengan hukuman yang berat..”

Jung Ah, Ah Hae, Hye Kyung dan Dae Ah mula tidak keruan. “ Hye Kyung, Dae Ah, Ah Hae dan Jung Ah, kamu berempat dibuang sekolah..” Pengetua itu memandang wajah Soeys, “ Kamu pula digantung sekolah selama seminggu..”

            “ What?!!”

            “ That’s not fair…”

Pengetua memandang tajam wajah Hye Kyung, Ah Hae, Dae Ah dan Jung Ah, “ Apa yang tak adilnya? Kamu berempat dah lakukan perkara yang paling besar pernah berlaku dalam sekolah ni… Kamu berempat belasah seorang murid atas sebab-sebab kecil sahaja sampai dia masuk hospital!! Kamu kata ini tak adil?!! ”

            “ Saya tak dapat nak tolong kamu berempat lagi.. Tindakan kamu semua dah melampau.. Kejadian ni boleh jadi kes polis..”

Pengetua memandang mereka berempat sebelum memandang Soeys, “ Soeys, sepatutnya kamu tidak bertindak terburu-buru seperti ni… Kamu boleh terus berurusan dengan saya.. Bukan dengan melakukan sebegini..”

            “ Maafkan saya, pengetua.. Saya cuma geram dengan mereka sebab mencederakan adik saya yang jelas tidak berbuat apa-apa kepada mereka.. Tapi saya terima keputusan pengetua dengan rela hati..”

Di luar bilik pejabat pengetua,
Hyuk, Gain, G.Na dan Uee masih lagi menunggu di situ sehinggalah Soeys keluar dari bilik tersebut.

            “ Macam mana, noona? ”

            “ Noona digantung sekolah..” Hyuk terus memeluk Soeys. “Aish… Noona okay lah… Jangan risau…”

Soeys memandang kawan-kawannya, “ Thanks tolong aku tadi..”

            “ No hal.. Tapi macam mana kau sekarang? ” Tanya Uee.

            “ Macam biasa lah.. Aku cuma tak datang sekolah seminggu je.. Not a big problem, right?” Tanya Soeys sambil tersenyum.

            “ Yup… Not a big problem at all..” balas G.Na yang turut tersenyum nipis.

            “ Pasal pelajaran, kau jangan risau. Kita orang akan bagi nota kat kau nanti..”

            “ Thanks, guys..”

Hye Kyung, Ah Hae, Dae Ah dan Jung Ah melangkah keluar dari bilik tersebut. Hyuk hampir sahaja menampar mereka namun dihalang oleh Soeys. “ Stop, Hyuk..”

            “ No!! Dia orang ni tak patut dibiarkan...”

            “ Biarkan dia orang… Dia orang dah terima hukuman yang setimpal dengan perbuatan dia orang..”

Soeys memandang mereka berempat, “ Lain kali, ingat amaran aku.. Kan tak pasal-pasal dah kena buang sekolah.. Ini baru sikit berbanding keadaan adik aku sekarang.. Jangan kau tunjuk muka kau orang depan aku mahupun adik aku lagi.. Kalau tak, aku akan pastikan kau terima lagi teruk daripada adik aku..”
G.Na, Gain, Uee dan Hyuk memberi mereka jelingan maut sebelum berlalu dari situ.

Hyuk menelefon manager VIXX untuk mengambil Soeys di sekolah walaupun belum tamat waktu persekolahan lagi. Di dalam kereta, manager VIXX memandang Soeys sekilas sebelum menumpukan perhatiannya kepada pemanduannya.

            “ Kenapa balik awal hari ni? ”

            “ Hmm.. Nanti Soeys cerita.. VIXX oppa kat mana? ”

            “ Kat hospital..” Soeys mengangguk, “ Kita pergi hospital, ya oppa..”

            “ Okay…”

Di hospital,
VIXX terkejut apabila melihat Soeys melangkah masuk ke dalam bilik wad itu. Jam di tangan dikerling seketika.

            “ What are you doing here, Soeys? ” Tanya Ravi.

            “ What happen to your face? ” Tanya N risau.

Soeys terus sahaja menceritakan segala-galanya kepada mereka semua. “ Tapi kenapa tak bagitahu cikgu dulu? ” Tanya Ken.

            “ Dia orang patut rasa macam mana Kiela rasa semalam..”

            “ Macam mana pelajaran Soeys nanti? ” Tanya Hongbin.

            “ Jangan risau, kawan-kawan Soeys akan bantu nanti..”

VIXX hanya menggeleng perlahan. “ Macam mana Kiela? ”

            “ Nothing’s change..” balas Leo perlahan.

Soeys mendekatkan dirinya kepada Kiela. Perlahan-lahan dia mengusap kepala adiknya itu. Dia mengucup dahi adiknya itu yang dibaluti kain putih. Air matanya terus terjatuh ke mata adiknya. “ Mianhae, Kiela…”

VIXX hanya mampu menahan sebak mereka. Manager VIXX hanya memandang ke luar tingkap, tidak tahan dengan perasaan sedihnya.

            “ Un……nie…” Soeys terus memandang wajah adiknya apabila mendengar suara adiknya itu.

            “ Not… your….. fault….”

VIXX segera mendekati katil Kiela. Senyuman mula terpamer di wajah mereka. “ You’re awake..”
Kiela cuba tersenyum nipis. “ You want anything? ” Dia menggeleng perlahan.

Kiela memandang tangan kanannya. Mereka semua memandangnya sayu. “ Dua jari Kiela, ibu jari dan jari telunjuk, patah..” kata Leo perlahan.

            “ Jangan risau.. Ianya sementara je… Lepas ni, Kiela boleh main lagi gitar… Ia tak effect apa-apa..” kata N.

Kiela memandang wajah kakaknya yang lebam di tepi bibirnya, “ Waeyo? What’s happen? ”

            “ Nothing.. Nothing’s much.. You should rest now..” Kiela memejamkan matanya sebelum mula terlelap semula.

Petang itu,
Gain, G.Na dan Uee melawat Kiela. Soeys masih lagi berada di situ menemani adiknya. VIXX tiada di situ pada waktu itu.

            “ Sabar ya Soeys..” Uee memegang bahu Soeys.

            “ Kesian adik kau ni..” G.Na mengusap perlahan kepala Kiela.

Soeys mengeluh perlahan. “ Kau dah makan? ” Tanya Gain. Soeys menggeleng perlahan. “ Tak ada selera..”

            “ Tapi kau kena makan.. Jom, aku bawa kau pergi makan.. Pasal adik kau ni, Uee dan G.Na akan jaga dia..”

Soeys hanya menurut sahaja. Uee memeluk bahu Soeys lalu membawa Soeys bersamanya ke cafeteria hospital. G.Na dan Uee pula yang menjaga Kiela.

            “ Memang patut Hye Kyung dan gang dia tu dibuang sekolah.. Sampai teruk macam ni, dia orang buat kat Kiela..” kata Uee yang geram dengan Hye Kyung dan kawan-kawannya.

            “ Dah lah… Jangan bising sangat, nanti Kiela terjaga..”


To be continued...

No comments: