Seminggu kemudian,
Kiela sudah
pun dibenarkan keluar dari hospital selepas kesihatan badannya semakin pulih.
Sakit-sakit di badannya turut berkurangan. Balutan di kepalanya juga sudah
boleh dibuka. Namun, luka di dahinya masih lagi perlu dilindungi. Jadi, satu
plaster kain dilekatkan di kepalanya.
Soeys sudah
pun mula ke sekolah semula selepas tamat hukuman pergantungannya. Dia masih
lagi dapat catch up pelajarannya atas bantuan kawan-kawannya. Semua pelajar
sudah pun mengetahui kejadian pergaduhan tersebut. Namun, mereka tidak
mengendahkannya kerana Hye Kyung dan kawan-kawannya yang mencari masalah besar
dengan Soeys.
Pada waktu
malam,
N dan Soeys
sedang memasak hidangan makan malam untuk mereka semua. Hongbin dan Ravi sedang
mengemas keadaan dorm tersebut. Ken dan Leo pula sedang menonton video di
laptop Ken di ruang tamu. Hyuk pula sedang membaca sebuah buku duduk di atas
sofa. Manager VIXX pula merehatkan diri di tempat khasnya di hadapan cermin
balkoni dorm tersebut.
Kiela
melangkah perlahan ke ruang dapur. Soeys mendekati adiknya itu apabila
menyedari kedatangan adiknya di ruang tersebut. “ Nak apa? ”
“ Minum..”
Soeys segera
membuka pintu peti ais dan mengambil sebotol minuman sebelum dituangkan ke
dalam gelas lalu diberikan kepada Kiela. Dia menyambung semula kerjanya. Kiela
memerhatikan sahaja kakaknya dan juga N yang bersama-sama menyediakan makan
malam untuk mereka semua. Dia tersenyum nipis sebelum berlalu pergi dari ruang
itu.
Beberapa
minit kemudian, Ravi dan Hongbin berehat di ruang tamu selepas penat mengemas
dorm mereka itu. “ Hyung!! Tak siap lagi ke?! ” Tanya Ravi.
“ Sikit lagi..”
“ Aish.. Lambat lah hyung ni..”
rungut Ravi perlahan namun didengari oleh Kiela. Tanpa disengaja, Kiela ketawa
kecil sehingga Hyuk yang duduk di sebelahnya dan Ravi yang berbaring
berhampirannya memandangnya.
“ What’s so funny, Kiela? ” Tanya
Ravi yang masih lagi memandangnya. Dia hanya menggeleng kepala.
“ Really? ” Dia mengangguk pula kali
ni. “ Can I trust you? ” Dia mengangguk.
Hyuk
tersenyum, “ Hyung buat dia pening nanti..” Hyuk menggosok perlahan kepala
Kiela sebelum dia menyambung semula bacaannya.
“ What? I’m just asking her
questions..”
Ken,
Hongbin, Leo serta manager VIXX memandang mereka bertiga sambil tersenyum
nipis. Tidak lama kemudian, Soeys dan N mula menghidangkan hidangan makan malam
di ruang tamu itu.
“ Yah!! Oppa, bangun lah..” marah
Soeys apabila Ravi langsung tidak berganjak daripada tempat baringnya. “ How
could you do this to me.. I’m your oppa!! ”
Soeys hanya
membalasnya dengan menjelirkan lidahnya sebelum berlalu semula ke ruang tamu. “
Aish.. Jinjja?!!”
Sekali lagi
kedengaran ketawa halus Kiela. Leo yang baru sahaja duduk di sebelahnya
memandangnya. Ravi terus sahaja duduk disebelahnya lalu mengeletek pinggangnya.
“ Is it funny to you? ” Dia hanya menggeleng. “ So, why you laughing at me?”
Ravi terus
menerus menggeletek pinggang Kiela sehingga lah Leo bersuara. “ Ravi, stop it..
Her hand…”
Ravi baru
sahaja teringat tentang itu. Dia terus sahaja berhenti menggeletek Kiela. “
Mianhae..”
“ Gwaechanha..” Kiela memandang Leo,
“ Gomawo..” Leo hanya mengangguk sahaja.
Makan malam
sudah terhidang. Mereka semua berkumpul di ruang tamu. Kiela duduk disebelah
kakaknya. Soeys pula duduk di sebelah N. Memandangkan tangan kanannya masih
lagi bersimen untuk menyokong dua jari tangan kanannya, Soeys menyuapkannya
makanan. Selepas itu Soeys akan makan makanannya pula.
Selepas
beberapa suap, Kiela terus sahaja menyuruh kakaknya berhenti menyuapkannya. “
I’m full..”
“ Sikit sangat tu..” balas Soeys. “
I’m really full..”
Manager VIXX
dan VIXX memandang mereka berdua. “ It’s okay, Soeys.. She really full..” kata
manager VIXX lembut.
Soeys
membiarkan adiknya sahaja. Selepas selesai makan malam, mereka semua berkumpul
di ruang tamu kecuali Kiela yang disuruh untuk berehat dalam bilik. “ Macam
mana dia? ” Tanya Ken.
“ She will be alright.. I think..”
“ Not just you.. We also..” balas
Ravi. Suasana sepi seketika. “ Jangan risau lah.. Dia akan okay lepas ni…
Mungkin ambil masa sikit..” kata N optimis.
“ Hope so..” balas perlahan Soeys. N
terus sahaja menepuk perlahan bahunya, “ Don’t worry, okay.. “
Dua
minggu kemudian,
Kiela dah semakin pulih dan mereka menjalani kehidupan seharian mereka seperti biasa. Hari itu, CEO memanggil VIXX untuk berbincang. Setelah agak lama berbincang akhirnya mereka keluar dari bilik itu dan bertemu dengan Kiela dan Soeys.
“Ada apa?”
“We will prepare for comeback,” ucap
Ravi.
“Oppa nak comeback?! Yeay!!” Jerit
Soeys sambil melompat dan menumbuk angin.
N hanya
menggeleng sambil memegang kepala Soeys. “Behave yourself unnie,” kata Kiela.
“So apa konsep comeback kali ni?”
Nampaknya Soeys memang begitu teruja dengan comeback VIXX.
“Rahsia…” ucap Ken sambil
melayang-layangkan jari telunjuknya di hadapan muka Soeys.
“Jadi, start esok kami busy sikit
untuk comeback ni. Kau orang okay ye? Jangan risau, kami terus perhatikan kau
orang,” kata N.
“Don’t worry about us. Nope! Oppa
semua focus on comeback. Tak sabar ni. Kami boleh jaga diri,” kata Soeys sambil
meletakkan tangannya di bahu Kiela. Kiela hanya mengangguk.
“Baiklah,”
Bermula
dari esok, VIXX sudah sibuk dengan kerja mereka. Perkara pertama ialah
recording untuk lagu-lagu dalam album mereka. Lirik sudah ada dan mereka hanya
perlu menyanyi bahagian masing-masing. Setelah semuanya selesai, tibalah
masanya untuk mereka bersiap dengan konsep music video mereka.
Mereka sedang berbincang tentang konsep dan imej untuk
comeback mereka. Memandangkan konsep comeback mereka ialah Jekyll dan Hyde
mengikut lagu yang akan dipromote jadi mereka perlu bawakan watak Jekyll dan
Hyde untuk music video mereka.
“Warna rambut kami dah tetapkan cuma N. Kamu nak warna apa?”
Tanya CEO.
N
memandang Soeys. “Merah,”
“Merah,” kata N kepada CEO dan CEO
hanya mengangguk tanda setuju. Dia menulis sesuatu di atas sehelai kertas.
“Setelah semuanya sedia lusa boleh
datang ke set untuk shooting MV,”
Mesyuarat
pun bersurai dan mereka tidak terus pulang ke dorm tetapi terus ke bilik
latihan untuk bertemu dengan guru choreography mereka untuk mengetahui tarian
lagu Hyde itu. Pada mulanya agak susah untuk faham dan sering tersalah step
tetapi mereka tidak berputus asa sehinggalah hasil tarian mereka memuaskan.
Pukul 4 pagi baru mereka selesai
menari dan masing-masing sudah kepenatan. Mereka lihat Soeys dan Kiela sudah
pun tertidur di sofa hitam. Kasihan melihat mereka yang hanya tidur di atas
sofa yang tidak selesa serta tidak berselimut.
N mengangkat Soeys tanpa niat
mengejutkannya dan membawanya pulang ke dorm. Leo pula mengangkat Kiela ala
bridal style. Setelah semuanya beredar, Ken menutup lampu bilik tarian dan
turut beredar.
Dua hari
kemudian,
Mereka tiba di set pengambaran. VIXX terus
sahaja ke satu bilik untuk bersiap untuk pengambaran MV terbaru mereka. Soeys
dan Kiela pula berjalan sekitar kawasan tersebut. Soeys mendekati beberapa
staff yang sedang menyediakan prop MV lagu terbaru VIXX di satu tempat.
Dia
menghampiri prop tersebut. Satu balang kaca yang di dalamnya terdapat seekor
labah-labah diperhatikan dari jarak yang dekat. Satu sangkar yang menempatkan
seekor ular berbisa diusiknya. Jarinya dimasukkan ke dalam sangkar tersebut
lalu menyentuh kepala ular itu.
“ Yah!! Kamu tahu tak bahaya usik
ular tu..” Marah seorang staff yang berhampiran tempat itu.
“ Duduk jauh-jauh dari sini…”
Soeys
tersenyum nipis sebelum berlalu dari situ. Sebaik sahaja dia menghampiri
adiknya, dahinya terus sahaja dijuih. “ Dah tak ada kerja lain ke, unnie?”
“ Relax lah.. Bukan berbisa pun ular
tu…”
Kiela hanya
menggeleng saja. Soeys membawa adiknya itu ke satu bilik dimana VIXX sedang
bersiap sedia untuk pengambaran MV mereka.
Sebaik
sahaja memasuki bilik tersebut, Soeys terus sahaja menuju ke arah N yang telah siap
disolek oleh jurusolek. “ My oppa so handsome..”
N berpaling
lalu memandang kekasih hatinya itu, “ Oppa je? ” Soeys hanya tersenyum malu.
Dia membetulkan sedikit rambut N. Hidungnya dicuit lembut oleh N.
Apabila N
terpaksa menukar pakaiannya, dia menuju ke arah Hongbin yang masih lagi
disolek. Hongbin yang sedang memejamkan matanya, diusik sikit.
“ Soeys…” panggil Hongbin lembut.
Dia membuka matanya lalu memandang Soeys melalui pantulan imej di cermin.
“ Oppa tak payah make up dah.. Muka
oppa kan dah handsome..”
“ Oppa tahu oppa handsome..” balas
Hongbin sambil tersenyum bangga. Soeys memandangnya sambil mencebik. Hongbin
tergelak kecil sebelum mencubit perlahan pipi Soeys.
Kiela hanya
memandang sahaja kakaknya itu mengusik Ravi, Hyuk dan Ken sementara dia duduk
di sofa panjang yang disediakan di bilik tersebut sambil mendengar lagu.
Tiba-tiba dia merasakan satu beban duduk di sebelahnya.
Apabila
dipandang, matanya bersatu dengan mata Leo. Masing-masing melarikan pandangan
ke tempat lain. Ken tersenyum nipis memandang dari pantulan cermin di
hadapannya.
“ Leo..” panggil seorang juru solek.
Leo terus sahaja menuju ke arah meja solek tersebut. Jurusolek itu terus sahaja
menyolek wajah Leo. Kiela memandang Leo menerusi pantulan di cermin.
Ken
menghampiri Kiela lalu duduk disebelahnya. “ Handsome tak oppa? ”
Belum sempat
Kiela menjawab, Soeys menjawab bagi pihak adiknya. “ Tak.” Ken memandangnya
sambil membuat mukanya. “ Soeys meanie…” Soeys hanya menjelirkan lidahnya
kepada Ken sebelum duduk di sebelah Ken. Ravi, Hyuk dan Hongbin ketawa.
“ Shut up..”
Kiela yang
berada di sebelahnya terus menggosok perlahan rambut Ken, “ You’re handsome,
oppa..”
Ken
tersenyum. Leo yang melihatnya terus sahaja memejamkan matanya. Perasaan
cemburunya mula timbul dalam dirinya. Ken menjelirkan lidahnya kepada Hyuk,
Hongbin dan Ravi. N keluar selepas siap menyalin pakaiannya.
“ Apa yang berlaku ni? ” Tanya N
lalu duduk di sebelah Soeys. Tangan Soeys diraih lalu digenggamnya.
“ Ada orang tu terlebih suka bila
Kiela puji dia..” balas Soeys sambil melirikkan matanya menjeling Ken yang
berada di sebelahnya. N tersenyum sahaja. Ken menjeling ke arah Soeys.
Hyuk duduk
di sebelah Kiela, “ I’m handsome too, right? ” Kiela mengangguk. “ Not only
Hyuk oppa and Ken oppa… N oppa, Leo oppa, Ravi oppa dan Hongbin oppa are
handsome too..” Mereka semua tersenyum.
Leo terus
sahaja memakai rambut palsunya. Soeys yang sedang berbual-bual dengan N terus
ketawa apabila melihat Leo sebegitu. Leo memandang tajam ke arahnya.
“ Shut up, Soeys!!” Marah Leo.
“ I….. can’t…” Soeys masih lagi
ketawa.
Leo terus
sahaja mara ke arah Soeys. Melihat Leo menghampirinya, dia terus bersembunyi di
belakang N. “ Oppa, help me..”
N terus
sahaja menahan Leo. “ Leo ah.. Calm down.. Soeys bergurau je.. Jangan lah
marah.. Dia adik kau juga..”
Leo terus
sahaja duduk di sofa bersebelahan Kiela. Pada masa itu juga lah, N membawa
Soeys keluar dari bilik tersebut. Kiela memandang ke arah Leo. Dia menahan
gelaknya. “ Don’t you dare, Kiela..”
Kiela
mengangguk perlahan sebelum bermain game di handphonenya. Pada masa itu, hanya
mereka berdua sahaja dalam bilik tersebut. Ken, Ravi, Hongbin dan Hyuk sedang
menukar pakaian mereka. Leo memandang Kiela beberapa kali sebelum mengeluh perlahan.
“ Mianhae..”
Kiela
memandangnya, “ For what? ”
“ Marahkan Kiela tadi..”
“ Aniya.. Kiela faham..” Leo hanya
mengangguk perlahan.
“ Oppa, you’re handsome..” puji
Kiela sambil tersenyum nipis. Leo turut tersenyum juga.
Selepas satu
jam berlalu, akhirnya pengambaran MV tersebut bermula juga. Soeys dan Kiela
memerhatikan VIXX dengan tekun sekali di satu tempat bersama dengan manager
VIXX. Beberapa kali shooting tersebut terpaksa dihentikan apabila VIXX
melakukan kesalahan kecil.
“ Cut!”
Pengarah MV
itu terus sahaja mendekati Leo. “ Kamu patut buat seperti ni..”
“ Oh.. Baiklah..”
Apabila
sampai babak Leo mencekik pelakon perempuan itu, Kiela memandang Soeys. “ Nasib
baik N oppa halang Leo oppa tadi.. Kalau tak, mesti unnie dah kena cekik
tadi..”
Soeys terus
sahaja mengetuk kepala adiknya itu, “ Shut up..”
“ Tapi Leo oppa is scary..” Soeys
mengangguk setuju. Manager VIXX tersenyum sebelum berbisik kepada mereka
berdua, “ Be careful, both of you… Nanti tiba-tiba Leo cekik kamu berdua
bila……..”
Ravi menghampiri
mereka bertiga, “ Hyung, jangan nak takutkan mereka…Aish..”
Manager VIXX
tersenyum nipis. Ravi mencangkung di hadapan Soeys dan Kiela, “ Penat tak? ”
“ Tak, oppa…” balas Soeys.
“ Kalau penat, Soeys dan Kiela boleh
balik dulu… Oppa lama lagi kat sini..” ucap Ravi dengan penuh naluri abang.
Soeys dan
Kiela tersenyum nipis. “ Tak apa.. Kita orang tunggu kat sini je..” Ravi
mengangguk sebelum dia menuju ke arah Ken yang sedang minum air di satu tempat.
Soeys dan Kiela terus menyambung semula melihat lakonan Leo.
VIXX dan
pelakon perempuan yang turut berlakon di dalam MV VIXX yang terbaru itu
diberikan rehat. Pelakon perempuan itu duduk di kerusi yang disediakan sambil
beberapa orang jurusolek membetulkan make-upnya. Setelah selesai dia bergerak
menghampiri Soeys dan Kiela. Mereka saling bertukar senyuman.
“Awak berdua adik-adik VIXX kan?”
Tegurnya ramah.
Soeys dan
Kiela mengangguk. “Soeys imnida,”
Pelakon perempuan itu menyambut
tangan Soeys sambil tersenyum. Kemudian dia beralih kepada Kiela.
“Kiela imnida..” Soeys terpaksa
menarik tangan Kiela supaya bersalaman dengan pelakon perempuan itu.
Pelakon wanita itu memperkenalkan
dirinya kepada Soeys dan Kiela dengan ramah. Mereka terus berbual bersama-sama
sementara menunggu waktu rehat habis.
Selepas
berkenalan dan berborak ringkas, pelakon perempuan itu dipanggil untuk
meneruskan rakaman. Dia terpaksa pergi dari situ dan bersiap apa yang patut.
Soeys dan Kiela hanya melihat sahaja dia pergi mengambil posisinya.
Jam sudah
pun menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Pengambaran itu masih lagi
berlangsung. Manager VIXX memandang Soeys dan Kiela yang masih lagi melihat
VIXX masih lagi menjalani penggambaran MV mereka.
“ Kamu berdua nak balik tak? Oppa
boleh hantar..”
“ Kita orang nak duduk sini sampai
VIXX oppa habis..” balas Soeys. Manager VIXX hanya mengangguk sahaja.
VIXX
sesekali melihat Soeys dan Kiela yang asyik memerhatikan mereka dari tadi.
Timbul perasaan kasihan dalam diri mereka apabila melihat Soeys dan Kiela masih
lagi menunggu mereka di situ.
“ Kenapa dia orang tak balik lagi? ”
Tanya Ken.
“ Dia orang masih nak tunggu kita
kat sini..” balas Ravi.
VIXX
menghampiri Soeys dan Kiela yang masing-masing sedang mendengar lagu di
handphone mereka. “ Tak nak balik ke? ” Tanya N.
Mereka
berdua menggeleng. “ Oppa tak habis lagi..” ucap Soeys.
“ Oppa lambat lagi nak habis..”
“ Tak apa… Kita orang tunggu..”Mereka
berenam mengangguk sahaja sebelum kembali ke set penggambaran.
Pukul 2.00
pagi, akhirnya Soeys dan Kiela sudah pun terlelap di sofa tersebut. VIXX masih
lagi meneruskan kerja mereka walaupun menyedari keadaan Soeys dan Kiela ketika
itu. Namun, mereka tak dapat berbuat apa-apa. Mereka perlu selesaikan juga
shooting mereka itu.
Tepat pukul
4.00 pagi, akhirnya habis juga pengambaran MV VIXX yang terbaru. Mereka
mengucapkan terima kasih kepada semua staff di situ sebelum masing-masing
menuju ke arah Soeys dan Kiela.
“ Kesian noona dan Kiela..” kata
Hyuk.
“ Dah… Kita tukar dulu pakaian,
lepas tu kita balik..” kata N.
Mereka terus
sahaja menuju ke bilik persalinan meninggalkan Soeys dan Kiela yang ditemani
oleh manager VIXX. Selepas siap semuanya, N terus mengangkat Soeys dan Leo
terus mengangkat Kiela. Mereka semua terus sahaja menuju ke kereta VIXX lalu
pulang ke dorm mereka.
To be continued...
No comments:
Post a Comment