Keesokan harinya,
Soeys dan Kiela terus sahaja bersiap menuju ke sekolah dihantar oleh manager VIXX. VIXX ketika itu masih lagi lena tidur di dalam bilik mereka. Sebaik sahaja sampai di hadapan sekolah, Soeys dan Kiela terus sahaja keluar dari kereta itu.
“ Nanti tunggu kat sini.. Oppa ambil..”
“ Yes, sir..” balas Soeys sambil tersenyum.
“ Nanti sambung tidur ya oppa..” pesan Kiela. Manager VIXX mengangguk sebelum memandu kereta meninggalkan kawasan sekolah itu. Soeys dan Kiela terus sahaja menuju ke kelas masing-masing.
Sewaktu dia sedang menuju ke kelasnya selepas meluangkan masanya di bilik seni, tiba-tiba dia dilanggar oleh seseorang yang berjalan di sebelahnya. Semua barang-barang lukisannya serta lukisannya terjatuh di atas lantai.
“ Sorry… I’m so so sorry..” ucap lelaki itu lalu membantunya mengumpulkan kembali barang-barangnya.
“ It’s okay..”
Selepas barang-barangnya dikumpulkan, lelaki itu terus sahaja menyerahkan barangnya itu kepadanya sebelum dia bangun dari situ diikuti oleh lelaki itu.
“ Kasahamnida..”
Lelaki itu hanya mengangguk, “ Yoogeun imnida..” Lelaki itu menghulurkan tangannya.
Kiela memandangnya sebelum membongkokkan sedikit badannya. “ Nice to meet you..” ucap Kiela lalu dia beredar dari situ.
Yoogeun memandang perempuan itu penuh dengan tanda tanya. * She is different..*
Dia terus sahaja mengekori perempuan itu ke satu kelas. Sebaik sahaja perempuan itu duduk di tempatnya, dia terus memerhatikannya sehinggalah beberapa minit kemudian dia memasuki kelas tersebut lalu duduk di tempatnya.
Tamat sahaja waktu persekolahan, Soeys dan Kiela menunggu manager VIXX di hadapan pintu pagar sekolah. Sebaik sahaja melihat kereta VIXX sampai, mereka terus sahaja menuju ke arah kereta tersebut.
“ Kita balik dorm lepas tu kita pergi tempat photoshoot VIXX..” bagitahu manager VIXX.
“ Baiklah..” balas Soeys.
Di tempat photoshoot VIXX,
Sebaik sahaja sampai di situ, manger VIXX terus sahaja membawa Kiela dan Soeys ke satu bilik. Sebaik sahaja memasuki bilik tersebut, Hyuk terus sahaja menyerbu ke arah Soeys.
“ Pity my Hyukkie…” Soeys menggosok perlahan kepala Hyuk.
Hyuk hanya mengangguk sahaja. Mereka terus sahaja duduk di sofa yang disediakan. N duduk di sebelah Soeys, “ Kenapa pergi sekolah? Kamu berdua kan penat lagi..”
“ Tak sangat.. Oppa lagi penat..”
“ Hmm… Tadi kenapa tak kejut oppa semua? ”
“ Oppa tidur nyenyak sangat… So, tak nak kacau…”
N mengangguk faham. Dia kembali semula ke meja soleknya untuk disolek oleh jurusolek. Hyuk masih lagi berada di sebelah Soeys dan Kiela. “ Did you really tired? ” Tanya Kiela. Hyuk mengangguk. “ Take a nap… Lagipun oppa yang lain tak siap lagi kan…”
Kiela terus sahaja memasangkan earphone ke telinga Hyuk lalu dipasangkan melodi lagu versi piano di handphonenya. “ Thanks, Kiela..”
Kiela hanya mengangguk. Tidak lama kemudian, Hyuk terus sahaja tertidur di situ. Leo memandang Kiela sebelum tersenyum nipis.
Soeys menuju ke arah Hongbin yang masih lagi menunggu gilirannya untuk di make-up kan. “ Apa kata Soeys tolong make-up kan oppa..”
“ Boleh ke? ”
“ Boleh aje..”
Soeys terus sahaja menyolek Hongbin. Jurusolek yang sedang menyolek Ravi di sebelahnya membantunya sedikit. “ Kamu ada bakat jadi jurusolek ni..” puji jurusolek tersebut. Soeys tersenyum nipis.
Soeys dan Kiela melihat sahaja VIXX menjalani photoshoot untuk album mereka yang terbaru. Kiela mengeluarkan kamera DSLR nya lalu mengambil gambar VIXX yang sedang posing di replika pokok di set tersebut.
Soeys mendekatkan dirinya ke arah adiknya lalu melihat sendiri hasil gambar yang ditangkap oleh adiknya itu. “ Nanti unnie nak gambar ni tau..”
Kiela hanya mengangguk sebelum dia mengambil lagi beberapa gambar setiap ahli VIXX. Manager VIXX hanya melihat sahaja sebelum dia membelek-belek handphonenya menghilangkan rasa bosan.
Dua hari kemudian,
Sedang dia berjalan menuju ke bilik latihan kumpulan kakaknya, seseorang berjalan di sebelahnya. Dia memandang sekilas orang itu sebelum melajukan langkahnya meninggalkan orang itu.
“ Lajunya jalan.. Slow lah sikit..” Yoogeun terus sahaja melajukan langkahnya menghampiri Kiela.
“ What do you want? ” Tanya Kiela perlahan.
“ Apa awak cakap? Saya tak dengar lah..” balas Yoogeun sambil tersenyum.
Kiela menjelingnya sebelum meninggalkan Yoogeun di situ. “ Tunggu lah..”
Yoogeun mengejar Kiela. Perhatian ditumpukan sepenuhnya kepada mereka berdua. Kiela yang tidak sukarkan keadaan sebegitu memandang Yoogeun yang berada di belakangnya. “ What do you want from me? ”
Yoogeun membaca tag nama yang dijahit di baju seragam sekolah Kiela. “ Kiela.. That’s beautiful name..”
Kiela masih lagi memandang lelaki itu, “ Can you leave me alone? ”
“ Nope.. I want to know you..”
Kiela merengus kasar sebelum berlalu pergi dari situ. Yoogeun masih lagi mengikutinya. Seorang pengawas lelaki yang melalui tempat itu menghampiri Yoogeun sehingga dia kehilangan jejak Kiela.
“ Awak ni pelajar baru kan? ” Yoogeun mengangguk.
“ Lebih baik awak jangan kacau Kiela tu..”
“ Kenapa pula? ” Pengawas itu hanya tersenyum. “ Saya cuma nak ingatkan awak je..” Yoogeun memandangnya penuh tanda tanya. “ Kalau nak selamat, jangan usik dia.. Sebab kakak dia tu tak suka adik dia diganggu oleh orang yang tidak dikenali seperti awak ni..” Pengawas tersebut terus sahaja meninggalkan Yoogeun begitu sahaja.
Di bilik latihan kumpulan Soeys,
“ Kali ini, Kiela join kumpulan kita..” ucap Uee. Kiela memandangnya, “ Waeyo? ”
“ Saja je.. Boleh kan? ” Tanya Gain. Soeys memeluk bahu adiknya, “ Boleh lah, Kiela.. Lagi best nanti..”
“ Tapi Kiela tak tahu b-boy sangat..”
“ Tak apa.. Nanti unnie semua ajar..” balas G.Na.
“ Tapi jari Kiela ni baru pulih…”
“ Kiela tak payah buat b-boy sangat.. Cuma menari macam biasa je nanti..” balas Soeys.
Kiela mengangguk perlahan. Uee, G.Na, Gain dan Soeys berhigh five bersama. “ Kiela jadi main vocalist..” kata Uee.
“ Kita nak buat cover lagu siapa?” Tanya Kiela.
“ M.I.B – Nod Along..” jawab Gain.
Setelah itu, Soeys, Uee, Gain dan G.Na terus sahaja berbincang mengenai tarian yang bakal mereka lakukan nanti sementara Kiela mendengar lagu tersebut. Mujurlah, hari itu mereka berlima diberi kebenaran oleh pengetua untuk meneruskan latihan di bilik latihan tersebut sepanjang hari dipantau oleh seorang guru tarian dan seorang guru nyanyian. Mereka merupakan wakil sekolah yang akan bertanding untuk pertandingan My K-Pop Talent.
Sesekali Kiela akan menyumbangkan ideanya dalam tarian untuk pertandingan tersebut. “ That’s really great, my donsaeng..” puji Soeys.
“ That’s right.. Kita boleh masukkan step itu dalam tarian kita..” balas G.Na.
Esoknya,
Sebaik sahaja dia memasuki kelasnya awal pagi itu, Yoogeun terus sahaja mendekatinya.
“ Morning, Kiela..”
Walaupun berasa dirinya diganggu awal-awal pagi itu, dia tetap membalas ucapan Yoogeun itu. “ Morning..”
Dia terus menuju ke arah mejanya lalu duduk di situ. Yoogeun masih lagi mengikutnya. Dia duduk di hadapan meja Kiela.
“ Have you breakfast? ” Kiela hanya mengangguk.
“ Oh.. Baru ingatkan nak ajak awak sarapan dengan saya..”
“ What you do here? That’s not your place..”
Yoogeun hanya tersenyum. “ Saja je.. Saya nak berbual-bual dengan awak.. Lagipun pelajar yang duduk kat sini tak datang lagi..”
“ I have no mood right now..”
“ It’s okay… I have good mood now..”
Yoogeun terus sahaja bercakap mengenai dirinya kepada Kiela walaupun Kiela langsung tidak mengambil tahu tentang itu. Kiela hanya diam sambil termenung menghadap ke luar tingkap.
Sebaik sahaja loceng waktu rehat berbunyi, Kiela terus sahaja melangkah keluar dari kelasnya. Yoogeun terus mengikutinya. “ Kita rehat sama-sama eh? ”
“ I don’t want..”
“ Why?” Dia terus sahaja berdiri di hadapan Kiela. “ Can you leave me alone? ”
“ Can not.. I like to be with you..”
“ Jangan kacau saya lagi..”
“ Saya tak kacau awak.. Saya cuma nak bersama awak je..”
Kiela terus sahaja menolak Yoogeun ke tepi sebelum dia berjalan meninggalkan tempat tersebut. Yoogeun hanya mengukirkan senyuman di wajahnya sebelum mengikut Kiela. “ Wait for me, Kiela. ”
Dua hari kemudian,
Di bilik latihan,
Mereka berlima sedang berlatih untuk pertandingan My K-Pop Talent. Tiba-tiba sahaja pintu bilik tersebut dibuka dan muncul Yoogeun di situ. Uee, G.Na, Gain, Soeys dan Kiela memandang lelaki tersebut. “ I’m sorry.. Who are you? ” Tanya Uee.
“ Annyeonghaseyo.. Yoogeun imnida.. Kiela’s classmate..”
Soeys memandang adiknya. “ Are you a new student? ” Tanya Gain.
“ Yes..”
“ What you do here? ” Tanya G.Na.
“ Saya nak jumpa Kiela, boleh? ”
Soeys memandang adiknya yang sedang memegang tangannya. “ Sorry.. Tapi kami sekarang ada latihan..”
“ It’s okay.. Saya boleh tunggu kat sini.. Boleh lah saya tengok latihan noona..”
Soeys memandang kawan-kawannya dan juga adiknya. “ Sorry, Yoogeun ssi.. Tapi kami tak suka gangguan di sini..” kata Uee.
“ Ala.. Please..”
Soeys sudah mula hilang kesabarannya. “ Maaf, Yoogeun.. Sekarang kami sedang berlatih.. Kalau nak jumpa Kiela, boleh tak lepas kami berlatih? Lagipun kamu sekelas dengan dia, jadi kat kelas kamu boleh jumpa dia secara personal.. Bukan sekarang..” tegas Soeys.
Melihat keengganan Yoogeun untuk keluar dari bilik tersebut, Soeys melangkah menghampiri rakan sekelas adiknya itu. Dia membuka pintu bilik itu, “ Sila keluar sekarang..”
Yoogeun mengangguk sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut. Soeys terus sahaja menutup pintu itu semula. Dia terus sahaja menuju ke arah hadapan cermin besar di dalam bilik itu dan terus menyuruh kawan-kawannya dan adiknya untuk menyambung semula latihan. Muzik lagu dimainkan semula.
Tidak lama kemudian,
Kiela sedang menyanyikan bahagian lagunya sambil menari menyedari kehadiran Yoogeun di bilik tersebut. Dia terus sahaja berhenti sehinggakan Soeys, Uee, Gain dan G.Na turut terhenti. Soeys memandang ke arah Yoogeun yang berdiri di sebelah pintu bilik tersebut sambil tersenyum.
“ Bukan ke tadi aku dah suruh kau keluar? Apa yang kau buat kat sini? ” Tanya Soeys dengan nada marahnya.
Yoogeun terus sahaja melarikan diri dari situ. Soeys yang memang sudah tidak puas hati dengannya terus sahaja mengejarnya. Uee, Gain dan G.Na tak sempat nak menghalang Soeys.
Di dorm VIXX,
Soeys memandang adiknya. Sebaik sahaja mereka pulang tadi, manager VIXX terus sahaja menyuruh mereka untuk berehat sahaja di dorm VIXX sementara dia terpaksa ke bilik latihan VIXX.
“ Siapa budak lelaki tu? ”
“ Molla..”
“ Mwo? Dia sekelas dengan kau lah..”
“ I don’t know him.. Baru je beberapa hari dia masuk ke sekolah..”
“ Habis, macam mana dia boleh kenal kau? ”
“ Kiela tak tahu… Dia asyik ikut Kiela je..”
Soeys mengeluh sebelum menghampiri adiknya. “ Dah.. Kau berehat dulu.. Unnie nak sediakan makanan tengah hari..”
Tiga hari kemudian,
Kiela memejamkan matanya. Tempat itu merupakan tempat yang sering dikunjunginya untuk menghilangkan tekanannya. Setiap hari diekori oleh Yoogeun, pelajar baru yang tidak dikenalinya membuatkan dia stress.
Di bilik latihan,
“ Aku rasa si Yoogeun tu sukakan adik kau lah, Soeys..” kata Gain.
“ Mwo? Mana kau tahu? ”
“ Kita orang ada dengar yang si Yoogeun tu asyik ikut adik kau ke mana sahaja..” balas G.Na.
“ Psycho ke budak tu?”
“ Kalau psycho pun, tak apa lah… Dia pun boleh tahan handsome..” balas Uee.
“ Kau nak ke? Aku boleh recommend kan kau kat dia… Boleh lah adik aku tu bebas daripada dia..”
“ Tapi masalahnya si Yoogeun tu suka kat adik kau, bukan kat aku..”
Di bawah pokok besar,
Dia duduk juga di situ. Dia memandang ke arah Kiela yang sedang memejamkan matanya. Dia melihat wajah Kiela. Mahu sahaja dia menyentuh pipi Kiela. * She is so beautiful..*
Dia mendekatkan wajahnya sehingga matanya menatap wajah Kiela begitu dekat sekali. Sedang dia mengamati wajah tersebut, tiba-tiba Kiela membuka matanya. Terbeliak mata Kiela apabila melihat Yoogeun begitu dekat dengannya. Dia terus sahaja menolak Yoogeun menjauhinya.
“ Apa awak nak buat tadi? ”
Yoogeun hanya tersenyum sahaja. Kiela terus bangun sebelum mula melangkah dengan pantas meninggalkan tempat itu.
“ Kiela, wait!!” Kiela langsung tidak mempedulikan panggilan Yoogeun itu. Dia terus sahaja melajukan langkahnya.
Tangan kirinya tiba-tiba ditarik dari arah belakang. “ Let me go..”
“ No.. Not until I tell you something..”
“ Just let me go…” Kiela cuba meleraikan pegangan erat tangan Yoogeun itu. Yoogeun mengeratkan lagi pegangannya sehingga menyukarkan Kiela untuk melepaskan tangannya.
To be continued...
No comments:
Post a Comment