Characters : Jung Taekwoon (Leo) & Ailee
Inspired : MV - Going Crazy (Song Jieun) , I Remember (Bang Yongguk) & Hyde (VIXX)
Song : I Remember (sila pause lagu yang kat atas tu)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DIA – Leo,
termenung memandang bulan yang sedang mengambang di malam yang gelap itu. Dia
yang berpakaian serba hitam hanya berdiri kaku di tempatnya berada. Kemudian
anak matanya beralih pula ke sebuah rumah yang berada di sisinya. Melalui tingkap
salah sebuah bilik yang berada di rumah itu, cahaya lampu yang masih belum
terpadam memantulkan imej seseorang yang sedang khusyuk mentelaah sesuatu di
meja belajarnya. Waktu itu sudah larut malam. Leo hanya tersenyum nipis melihat
orang itu.
********
Stranger POV
Dia merupakan pelajar baru di
sekolah Seoul High School. Semasa dia masuk ke sekolah untuk berdaftar, banyak
mata yang sering memerhatikannya tidak kurang ada yang berbisik-bisik dan
menuding jari ke arahnya. Tapi dia tidak kisah semua itu dan terus melangkah
selamba mencari kelasnya. Tiba-tiba dia ternampak kelibat seorang perempuan
yang sedang leka berbual dengan dua orang rakannya. Tanpa disangka, dia telah
merenung perempuan itu agak lama.
Ailee POV
Dia sedang berborak dengan dua orang
rakannya di café sekolah tersebut. Sedang leka berbual, dia perasan yang ada
seorang lelaki sedang memerhatikannya. Dia terus membalas pandangan lelaki itu
seraya memberikan senyuman. Kemudian dia menyambung semula perbualannya yang
terbantut tadi tanpa menghiraukan pelajar lelaki itu.
Di kelas.
Dia melangkah masuk ke kelas bersama
guru mata pelajaran. Semua mata memandang dirinya yang sedang berdiri di
hadapan kelas.
“Kenalkan diri kamu,”
Dia menunduk
hormat. “Annyeonghaseyo yoreobun. Jung Taek Woon imnida. Boleh panggil saya Taekwoon.
Selamat berkenalan,” ucapnya.
“Baiklah, kamu boleh ambil tempat
kamu di sana,” kata cikgu itu sambil menunjukkan sebuah meja kosong.
Tanpa
membantah Taek Woon terus melangkah menuju ke tempatnya yang berada di sebelah
pelajar lelaki. Berdasarkan tag namanya, dia ialah Seo Eun Kwang. Pelajaran
bermula seperti biasa.
Waktu rehat,
Taek Woon keluar rehat bersama
Eunkwang memandangkan hanya Eunkwang yang rapat dengannya ditambah dengan
sikapnya yang agak dingin, hanya Eunkwang sahaja yang rajin melayannya. Sedang
enak dia menjamu selera, tiga orang pelajar perempuan lalu di hadapan mereka
sambil bergelak ketawa. Taekwoon berhenti makan dan terus memerhati langkah
perempuan-perempuan itu.
“Taekwoon ya..” Panggil Eunkwang
sambil memetik jarinya di hadapan muka Taekwoon.
Eunkwang
turut memandang ke arah pandangan Taekwoon kemudian dia mengangguk walaupun Taekwoon
tidak memberitahu apa-apa.
“Yang kiri tu nama dia Hyosung, yang
kanan Zinger dan yang tengah tu Ailee. Mereka bertiga tu agak terkenal juga
dekat sekolah ni,” terang Eunkwang sambil menyuap burger.
Tiada
jawapan dari Taekwoon. Dia hanya mengangguk tanda faham. ‘Ailee rupanya.’ Dia terus
menyambung makan.
Seminggu
kemudian…
Seperti biasa, Ailee melepak bersama
Hyosung dan Zinger kalau tak ada kelas. Tempat mereka ialah di café bahagian
bawah tangga.
Taekwoon sedang membawa kotak yang
disuruh oleh cikgu untuk di letakkan di dalam stor. Semasa melintasi tempat
bawah tangga itu dia terserempak dengan Ailee and the gang. Tiba-tiba dia
menjadi gugup dan kotak yang dipegangnya jatuh.
Mereka perasan ada bunyi benda jatuh
dan terus memandang ke arah tersebut dan mendapati Taekwoon sedang menunduk
sambil mengutip isi kotak tersebut. Dengan senang hati Ailee mendekati Taekwoon
dan membantunya.
“Gomawo,” ucap Taekwoon perlahan dan
cepat-cepat hendak beredar.
“Nanti,” panggil Ailee. Dia tidak
jadi melangkah dan berpusing balik.
“Awak pelajar baru ye?” Tanya Ailee
ramah.
Taekwoon
mengangguk seraya tersenyum kepada Ailee. Kemudian dia terus berlalu tanpa
sempat Ailee mengajukan lebih soalan.
“Kau kenal dia ke?” Tanya Zinger.
Ailee hanya
menggeleng. “Pelik je…” kata Hyosung pula.
Tanpa disedari Ailee tersenyum
sendiri melihat Taekwoon. Entah mengapa dia tertarik kepada perwatakan Taekwoon
yang dingin tetapi mempunyai senyuman menawan.
“Oi! Kau mengelamun apa?” Sergah
Zinger sambil menepuk bahu Ailee.
Ailee
tersedar dari lamunannnya dan hanya menggeleng dan terus menyambung semula
perbualan mereka yang terbantut tadii.
Sejak itu, Taekwoon sering memerhatikan Ailee walau di mana
sahaja. Dan setiap kali dia ternampak Ailee hatinya menjadi tidak tenteram dan
apabila Ailee memandangnya dia sering melarikan kerana tidak mampu membalas
pandangan Ailee. Sama ada Ailee sedar ataupun tidak, dia sudah lama mengekori
Ailee walau ke mana sahaja. Ailee dapat rasakan yang seseorang sedang
memerhatikannya.
Tetapi apabila terserempak dengan
Taek Woon, Ailee hanya menghadiahkan senyuman. Taekwoon pula hanya membalas
senyuman Ailee dengan muka pokernya kerana menyembunyikan perasaan gemuruhnya.
Suatu hari,
Ailee terserempak dengan Taekwoon di
sebuah taman. Entah macam mana Taekwoon boleh ada di situ bermain dengan
seorang kanak-kanak lelaki. Ailee tersenyum melihat cara Taekwoon melayan
kanak-kanak itu. Terasa seperti diperhatikan, Taekwoon berhenti melayan
kanak-kanak itu dan memandang ke arah Ailee. Sekali lagi Ailee tersenyum
memandang Taekwoon.
“Pandai awak layan budak tu,”
Taekwoon
hanya mendiamkan diri dan tersenyum nipis. Kemudian dia berjalan pergi dari
situ. Ailee cuba menghalang tetapi Taekwoon hanya buat tidak endah. Ailee hanya
mengeluh dan turut berjalan pergi mengambil jalan yang bertentangan dengan
Taekwoon.
Sebenarnya
Taekwoon tidak pergi dari situ. Dia hanya bersembunyi di sebalik pokok yang
berhampiran dan terus memerhatikan Ailee berjalan pergi. Perlahan-lahan dia
mengeluarkan sebuah kamera dari beg sandangnya dan mula mengambil gambar Ailee
dari belakang.
*******
Malam
menjelma,
Leo POV
Leo sedang duduk termenung di atas
katilnya. Beberapa minit kemudian dia bangun dan menuju ke meja belajarnya.
Lampu bilik sengaja tidak dipasang dan hanya lampu meja sahaja yang dinyalakan.
Dia duduk dan mencapai gunting serta sekeping gambar. Tanpa berbicara dia
menggunting gambar tersebut mengikut bentuk dengan teliti. Selesa menggunting,
dia menampal gambar tersebut bersama-sama beberapa keping gambar lain di
dinding. Dia mengukirkan senyuman sinis sebelum berlalu ke katilnya.
Di sekolah
Sekali lagi Ailee terasa seperti
seseorang sedang mengekori dan memerhatikannya dengan pandangan yang tajam.
Apabila Ailee menoleh, orang itu melarikan diri. Sejak itu, dia tekad untuk
mengetahui siapakah orang yang mengekorinya sejak hari itu lagi. Dia sebenarnya
mula rimas dan berasa takut.
Ailee terus berjalan sambil terus
memicing telinga mendengar derap kaki seseorang itu. Tiba di satu selekoh, dia
cepat-cepat bersembunyi dan membuatkan orang itu mencari dirinya. Apabila orang
itu dekat dengannya Ailee terus memunculkan diri dan tercegat di hadapan orang
itu. Pandangan mereka bertemu dan masing-masing terpaku kerana terkejut.
“Taekwoon?!”
Taekwoon
terkaku tidak bersuara. Ailee memeluk tubuhnya sambil terus menatap Taekwoon
yang serba tidak kena.
“Ada apa-apa yang awak nak cakap
dekat saya?” Tanya Ailee dengan lembut.
Taekwoon
mengusap lehernya sambil memandang Ailee dengan pandangan yang redup. “Kalau
tak kisah balik sekolah ni awak nak tak ikut saya balik rumah?”
Ailee
terperanjat. “Really?”
Taekwoon hanya mengangguk sambil
memandang Ailee. “Baiklah. Balik sekolah ni tunggu saya okay?” Selepas Taekwoon
mengangguk, Ailee beredar dari situ.
Di rumah Taekwoon.
Dengan gembiranya Ailee melangkah
masuk ke dalam rumah Taekwoon apabila dipelawa. Taekwoon membawa Ailee terus ke
biliknya. Ailee melangkah dengan gembira sambil memuji bilik Taekwoon yang agak
kemas berbanding bilik lelaki yang biasa dilihat dan digambarkan. Ailee terus
berjalan sehingga dia menuju ke meja kerja Taekwoon. Dia terhenti di situ.
Dia sungguh terkejut dengan apa yang
dilihat di hadapan matanya sekarang. Di hadapannya, satu meja kerja yang di
hadapannya penuh dengan gambar dirinya. Dari gambar dia tersenyum, mengelamun,
ketawa sehingga dia membuat muka. Dia melangkah dengan lebih dekat lagi. Dan
kemudian berpaling dan memandang Taekwoon.
“Taek… Woon…. Apa ni?” Tanya Ailee
gagap sambil meletakkan jari di bibirnya. Tidak percaya apa yang dilihatnya.
Taekwoon yang
berada di muka pintu hanya tersenyum nipis tanpa menjawab soalan Ailee.
“Jadi selama ni awak yang stalk
saya?! Awak yang ambil gambar saya?!!” Ailee mula meninggikan suara.
“Ya,” balas Teakwoon sepatah.
“Kenapa awak buat macam ni?!”
Taekwoon
tidak menjawab tetapi hanya tersenyum nipis sambil menggaru kepalanya perlahan.
Dia cuba menghampiri Ailee tetapi Ailee kebelakang beberapa langkah.
“Saya cuma…. I love you Ailee,” kata
Taekwoon tanpa teragak-agak.
Ailee
menggeleng kepala. “Tapi kenapa awak stalk saya?! No! This isn’t love Taekwoon!”
Ailee terus meninggikan suaranya sambil melangkah beberapa tapak ke belakang.
Secara tiba-tiba
dada Taekwoon berasa sakit yang amat. Dia cuba mengawal dirinya. Ailee ke
belakang beberapa langkah lagi kerana takut reaksi yang ditunjukkan oleh
Taekwoon. Setelah beberapa minit bertarung, akhirnya Taekwoon berhenti dan dia
melutut di situ tanpa mengangkat wajahnya. Agak lama dia begitu.
Ailee memberanikan dirinya untuk
mendekati Taekwoon. Perlahan-lahan dia melangkah dan apabila sudah hampir, dia
menyentuh bahu Taekwoon.
“Taekwoon, are you okay?” Tanya
Ailee takut-takut berani.
Tiba-tiba
Taekwoon mengangkat wajah. Ailee sungguh terkejut sehingga dia terlompat ke
belakang. Lelaki yang berada di hadapannya bukan Taekwoon. Wajah mulus dan suci
Taekwoon tiada pada wajah lelaki itu. Wajah lelaki itu lebih bengis dan di
bawah matanya ada kesan hitam.
“Siapa kau?!”
“Leo…”
Leo bangun
dan melangkah mendekati Ailee. Tetapi langkahnya agak kaku dan tersekat-sekat.
Peluang itu diambil oleh Ailee untuk melarikan diri. Dia menolak badan Leo ke
tepi dan terus berlari keluar dari rumah Taekwoon.
Esoknya
Taekwoon terus mengekori Ailee. Kali
ini dia berani mempamerkan wajahnya dan mengikut di belakang Ailee. Dia terus
mengikut langkah Ailee dan kemudian memegang bahu Ailee. Apabila bahunya
dipegang, Ailee terus berpusing dan menepis kasar tangan Taekwoon.
Tiada reaksi dari Taekwoon. Dia
terus menghulurkan sejambak bunga rosa merah kepada Ailee. Ailee merenung bunga
itu lalu dicapainya. Dia merenung Taekwoon lalu memukul Taekwoon dengan bunga
itu lalu mencampak bunga itu ke lantai. Habis bersepah kelopak bunga itu di
lantai.
“Who are you yesterday night?!” Tanya
Ailee dengan kasar.
Taekwoon
terdiam. Dia tidak dapat menjelaskan secara terperinci apa yang terjadi kepada
dirinya semalam. “Answer me!”
“Maaf. Saya tak dapat jelaskan pada
awak,” akhirnya Taekwoon bersuara.
“Fine! Lepas ni saya tak nak awak
ekori saya lagi. Saya tak nak bercakap dengan awak lagi dan saya tak nak jumpa
awak lagi faham?!” Ailee terus melangkah pergi.
Taekwoon terdiam dengan perbuatan
Ailee. Dia berdiri kaku di tempatnya dan memandang tajam ke arah Ailee.
Tangannya mengepal penumbuk kerana berasa sangat geram dengan tindakan Ailee
itu.
Malam itu,
Ailee baru sahaja hendak melelapkan
mata dan tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Tiada nama yang tertera pada
skrin telefonnya itu membuatkan dia tidak mahu menjawab panggilan itu. Dia tahu
itu panggilan dari Taekwoon. Dia kemudian mematikan telefon bimbitnya dan terus
tidur.
Tanpa disedari, seseorang berada di
bawah pokok yang berhampiran dengan rumah Ailee. Orang itu menjatuhkan
tangannya yang memegang telefon bimbit. Kemudian dia memandang sekilas ke arah
bilik Ailee sambil tersenyum nipis.
Malam esoknya..
Ailee pulang lewat dari sekolah
kerana kelasnya ada kelas tambahan pada hari itu. Ailee melangkah pulang ke
rumah dengan penuh berhati-hati dan berjaga-jaga. Keadaan sudah malam ditambah
pula dirinya yang jalan berseorangan di jalan yang sunyi itu. Tiba-tiba langkah
Ailee terhenti dan dia tergamam.
Seseorang sedang berdiri di hadapan
Ailee tanpa bersuara ataupun bergerak, Wajahnya agak terlindung kerana
kegelapan malam tetapi akhirnya wajahnya dapat dilihat apabila dia mengangkat
wajahnya.
Bibir Ailee bergetar. “Leo?”
Dia cuba
melarikan diri tetapi Leo pantas menggenggam tangannya. Entah macam mana dia
boleh berada di belakang Ailee dengan pantas padahal jaraknya dari adalah
kira-kira 200 meter dari Ailee.
“Lepaskan saya Leo!” Pinta Ailee.
Pegangan Leo
semakin kejap apabila Ailee menarik tangannya. Tiada bicara dari bibir pucat
Leo. Tangannya sebelah lagi cuba mencekik Ailee tetapi tangannya itu
teragak-agak seperti dia sedang berlawan dengan dirinya sendiri.
“Ailee, tolong pergi!” Pinta Leo
dengan suara lembut.
Ailee
berhenti dan berpusing. “Taekwoon?” Dia seperti tidak percaya yang suara yang
dia dengar tadi adalah suara Taekwoon.
“Kau takkan dapat lepas dari aku!”
Kini suara Taekwoon berubah garau pula.
“Leo?”
Muka Leo
berkerut seribu kerana dia seperti berlawan dengan dirinya. Saat itu pegangan
tangannya mula renggang. Ailee mengambil kesempatan itu untuk merentap
tangannya. Leo masih lagi berkeadaan begitu tetapi secara tiba-tiba Leo
mengangkat muka dan terus menampar Ailee dengan kuat menyebabkan Ailee jatuh
terjelepuk di situ.
“Apa yang awak buat ni?” Tanya Ailee
sambil menyentuh pipinya yang terasa perit.
Leo merengus
kasar. Dia melangkah perlahan menghampiri Ailee. Ailee yang berasa sangat takut
segera melarikan diri dengan sepantas mungkin. Dia tidak hairan kaki dan tangan
serta pipinya yang perit dia berlari macam tak cukup tanah.
Esoknya
Taekwoon masih mengekori Ailee. Apabila
Ailee menoleh, dia memberikan senyuman tetapi Ailee menunjukkan reaksi takut
dan terus pergi meninggalkan Taekwoon. Dia agak pelik dengan tindakan Ailee itu
lalu merenung tangannya. Di tangan kanannya terasa agak sakit. Serta-merta
peristiwa malam tadi terimbas dan menunjukkan dirinya menampar Ailee dengan
kuat.
“Arghh!!!” Jerit Taekwoon sambil
meramas rambutnya.
Taekwoon
nekad mahu menjelaskan keadaan itu kepada Ailee, dia terus melangkah masuk ke
dalam kelas Ailee dan menarik Ailee keluar dari kelas itu. Ailee pada mulanya
meronta kerana tidak mahu mengikut Taekwoon tetapi setelah dipaksa dan ditarik
Ailee terpaksa mengikut tetapi dia masih berhati-hati.
“Taekwoon, awak nak apa sebenarnya?”
Taekwoon
hanya mendiamkan diri dan terus membawa Ailee ke bumbung bangunan sekolah. Di
situ dia melepaskan tangan Ailee dan merenung terus ke hadapan.
“Saya nak minta maaf pasal semalam.
Itu bukan saya…” jelas Taekwoon perlahan.
Ailee
mengusap pipinya. “Kalau bukan awak siapa?”
“Itu Leo!” Jelas Taekwoon sambil menatap
wajah Ailee.
“Apa bezanya awak dengan Leo tu?”
Ailee menggaru kepalanya. Terasa sangat sarat memikirkan persamaan dan
perbezaan Taekwoon yang berada di hadapannya dengan Leo yang dia jumpa malam
tadi.
“Please believe me, who’s in front
of your eyes. There is a crazy person inside of me.” Jelas Taekwoon.
“Nuguya?!”
“Saya sendiri tak dapat terangkan..”
Taekwoon mengeluh di hujung kata-katanya.
Ailee
mengeluh dan memeluk tubuhnya. “Saya sebenarnya pun tak tahu apa yang dah jadi
pada saya. Secara senyap saya dah jatuh cinta dengan Jung Taek Woon sejak
pertama kali dia masuk sekolah dan memandang saya. Tapi….” Taekwoon memandang
Ailee dengan muka yang terkejut.
“Saya pelik dengan perangai dia.
Langsung saya tak faham! Dan sekarang saya rasa perasaan itu mula berkurangan
sebab dia langsung tak endahkan saya sampailah satu malam tu dia tampar saya…
Hati saya sakit walaupun dia dah cuba terangkan kat saya tentang perkara yang
saya sendiri tak faham. Jadi, lepas ni saya tak jumpa awak lagi. Bye…” ucap
Ailee kemudian dia terus melangkah pergi. Setitik air matanya mengalir di pipi.
Taekwoon tetap mengekori dan
memerhatikan Ailee. Dia tidak pernah mengendahkan amaran Ailee supaya
menjauhkan diri daripadanya. Ailee mula rimas dengan perbuatan Taekwoon itu dan
dia sekali lagi bersemuka dengan Taekwoon.
“Taekwoon… or.. Leo… or whatever! Tolong
berhenti ekori saya dan bertindak sebagai stalker! Enough with your obsession!!”
Tengking Ailee.
Taekwoon
atau Leo tergamam. Tidak pernah dia melihat Ailee marah sebegini. “Don’t call
this obsession, you don’t know love….” Balas Taekwoon perlahan.
“Kenapa awak macam ni? Awak dah gila
ke?”
“Yes! The person who makes me crazy
is you!!” Balas Taekwoon.
Ailee
bertentangan mata dengan Taekwoon. Kemudian dia berpaling dan hendak pergi dari
situ. Taekwoon menghalangnya dengan memegang tangannya.
“Please just leave me alone!” Kata
Ailee sambil merentap kasar tangannya.
“And please disappear from my
sight…” sambung Ailee kemudian pergi dari situ.
Taekwoon
termenung di tempatnya berdiri sambil terus memandang langkah Ailee. “You can
never break away from me… You have no one to love but me.. Try to escape?
Whenever you are I can see you…” Bisik Taekwoon sendirian kemudian beredar dari
situ.
Ailee menceritakan
kepada Hyosung dan Zinger tentang Taekwoon. Segala-galanya diluahkan kepada
mereka berdua.
“Aku tak sangka budak baru tu macam
tu. Gila betul dia kat kau,” kata Hyosung.
“Entahlah. Aku tak tahu nak cakap
apa. Dia asyik ikut aku. Aku rimas! Dan takut…”
Hyosung dan
Zinger menenangkan Ailee kerana itu je yang termampu mereka buat ketika itu.
Dua bulan
kemudian,
Kelas Ailee habis lambat kerana
cikgu membuat kelas tambahan sehingga malam. Ailee terpaksa berjalan sendirian
balik ke rumah kerana Hyosung dan Zinger sudah pun pulang diambil oleh ibu bapa
masing-masing. Nak tak nak dia terpaksa berjalan kaki ke rumah.
Beberapa kilometer berjalan, Ailee
terasa seperti seseorang mengekorinya. Dia mula rasa takut lalu dia
menghayunkan langkahnya dengan lebih cepat supaya cepat sampai. Semakin laju
kakinya melangkah, semakin laju derap kaki orang yang mengekorinya melangkah.
Dia cuba melarikan diri dari orang
itu tetapi apabila dia membelok ke satu selekoh, langkahnya terhenti dan dia
tergamam.
“Leo, awak ikut saya lagi?” Tanya
Ailee. Dia agak gagap.
Leo diam.
Dia hanya memandang Ailee dengan pandangan yang tajam sehingga Ailee menjadi
tidak senang. Kemudian dia menarik Ailee dan menolaknya ke dinding.
“Saya call awak banyak kali tapi
kenapa? Kenapa? Kenapa tak ada jawapan?! Saya hantar hadiah yang awak suka tapi
kenapa? Kenapa awak buang hadiah tu?! Saya selalu tunggu awak tapi kenapa? Kenapa awak selalu melarikan diri dari saya?!”
Soalan bertubi-tubi ditambah pula
dengan pandangan mata Leo yang tajam itu membuatkan Ailee terkaku. Dia sungguh
takut apabila melihat anak mata Leo. Seperti ada satu kuasa yang lain dari
dalam diri Leo.
“Saya bukannya orang jahat. Please
don’t give me your scared eyes.…” Suara Leo semakin kendur.
“Sa…saya… minta maaf Leo. Saya cuma
tak suka awak buat macam ni. Tolong… Tolong lepaskan saya… saya merayu…” kata
Ailee. Air matanya sudah mengalir.
Tetapi di
sebalik tangisannya dia menyembunyikan sesuatu di belakangnya. Sesuatu yang
berkilat apabila terkena cahaya. Benda itu memang dia sudah sediakan dari awal
lagi sebagai alat mempertahankan diri.
Leo cuba menyentuh pipi Ailee untuk
mengusap air matanya tetapi Ailee pantas mengeluarkan sebilah pisau dari
belakangnya lalu diacukan kepada Leo. Leo sungguh terkejut dengan tindakan Ailee
dan terus terkebelakang.
“Aku cakap jauhkan diri kau dari
aku!” Ailee masih mengacukan pisau itu ke muka Leo. Perwatakan Ailee berubah
360 darjah ketika itu.
Leo
tergamam. Ailee tersenyum sinis sambil memandang Leo yang terkejut itu. “Aku
dah cakap yang aku tak suka kau ikut aku. Dan aku jugak nak buang perasaan aku
dekat kau. Kenapa kau degil huh?!”
“So, kau nak bunuh aku sekarang?”
Balas Leo berani. Langsung tidak takut dengan ancaman Ailee.
“Asalkan kau hilang dari pandangan
aku!”
Dengan
berani, Ailee terus menyerang Leo dengan pisaunya. Dia tidak kira yang di
hadapannya adalah Taekwoon ataupun Leo. Leo sempat mengelak dan memegang tangan
Ailee. Dia cuba menjatuhkan pisau itu dari tangan Ailee tetapi Ailee pantas
menarik tangannya semula dan menyerang Leo lagi. Leo tiada pilihan lagi selain
bergelut dengan Ailee untuk menyelamatkan nyawanya.
Tiba-tiba…
“Berhenti!!” Laung seseorang dari
belakang.
Serta-merta
Ailee dan Leo berhenti bergelut. Muncul lima orang lelaki di belakang mereka.
Salah seorang dari mereka botak yang bertindak sebagai ketua. Ailee menjadi
kecut perut melihat lelaki-lelaki itu kerana dia sangat mengenali mereka.
Merekalah lelaki yang sama yang cuba menangkapnya dulu.
“Kau… kau orang…. Nak… apa lagi?”
Tanya Ailee gagap. Pisau digenggam kemas.
“Nak kau lah! Tak reti lagi?” Balas
lelaki yang botak tu sambil mara ke hadapan untuk menghampiri Ailee.
“Jangan dekat!” Gertak Ailee sambil
menghunuskan pisau ke hadapan.
“Kau nak buat apa? Bapak kau dah jual
kau dekat kami. Jadi tak ada pilihan lain selain menyerah, perempuan.”
“Pergi!!!!!”
Lelaki botak
itu hanya tersenyum sinis kemudian memberi amaran kepada empat orang lagi orang
bawahannya. Sebaik mendapat arahan, mereka mula bertindak. Dua orang dari
mereka meluru ke arah Leo lalu membelasah Leo.
Belum sempat Leo hendak membalas,
satu pukulan yang kuat hinggap di kepalanya menyebabkan pandangannya kabur lalu
rebah di situ.
“Leo!!” Jerit Ailee apabila melihat
kepala Leo berlumuran darah.
Saat Ailee
terleka, dua orang lagi menyerang Ailee dan menjatuhkan pisau itu dari tangan
Ailee. Mereka terus mengikat tangan Ailee lalu mendukungnya masuk ke dalam van.
Ailee hanya mampu meronta tetapi kudratnya tidak kuat untuk melawan
lelaki-lelaki itu.
Leo POV
Leo bangun sambil memegang kepalanya
yang terasa sangat perit. Cecair merah sudah mula mengering di kepalanya. Pada
mulanya dia agak blur tetapi kemudian baru dia ingat apa yang terjadi kepadanya
dan terus mencari Ailee. Mujur terdapat kesan tayar van yang membawa Ailee itu.
Dengan lemah dan masing pening, Leo berjalan mengikut kesan tayar itu. Sebelum
itu dia sempat membuat panggilan kepada seseorang.
Di lorong
gelap
Kereta yang dipandu oleh penculik
Ailee melalu satu jalan yang hanya boleh memuatkan dua buah kereta berselisih
dalam satu masa. Secara tiba-tiba siren polis kedengaran membuatkan suasana
agak kecoh. Tetapi mereka tidak dapat melepaskan diri kerana pihak polis
terlebih dahulu menghalang jalan keluar mereka. Mereka agak cemas apabila pihak
polis sudah keluar dari kereta mereka dan mengacukan pistol masing-masing.
Mereka berlima turut keluar dari
kereta sambil mengacukan pistol masing-masing ke arah polis. Si botak terlebih
dahulu menarik Ailee keluar dari kereta dengan kasar lalu merangkul leher Ailee
dan meletakkan pistol dikepalanya.
“Lebih baik kau orang blah kalau tak
nak kepala perempuan ni metelup!!” Si botak memberi amaran sambil menolak kuat
kepada Ailee dengan pistol.
Ailee hanya mampu menangis teresak-esak
mengenangkan nasibnya. Nyawanya berada di muncung pistol si penjenayah itu.
Secara
tiba-tiba seorang lelaki muncul dari belakang pihak polis dengan sepucuk pistol
di tangannya. Seorang lelaki yang tinggi kira-kira 183cm dan berbadan tough
melangkah penuh berani. Ailee memicing anak mata untuk melihat siapakan lelaki itu.
Dia terkaku apabila dapat melihat jelas wajah lelaki yang muncul itu. “Leo..”
Leo keluar dari belakang pihak polis
lalu memukul salah seorang polis yang berada di hadapan sekali sehingga polis
itu pengsan. Kedua-dua pihak agak terkejut dengan kemunculan Leo yang
membelasah pihak polis itu.
Leo kemudian terus menembak seorang
lagi anggota polis yang berada di hadapannya. Dengan langkah yang agak longlai,
Leo datang menghampiri Ailee tetapi pihak polis terus menembaknya bertubi-tubi
kerana menyangka yang Leo adalah salah seorang dari penculik-penculik itu.
Tiada reaksi dari Leo seperti biasa
orang yang terkena tembakan. Satu demi satu peluru terbenam di dalam isi kulit
Leo namun dia tidak mengendahkannya dan terus berjalan menghampiri Ailee dan si
botak.
Apabila berada betul-betul di
hadapan Ailee, mata mereka bertentangan dan Leo tersenyum nipis kepada Ailee.
Kemudian dia memandang lelaki botak itu dengan pandangan yang tajam dan terus
menembak tepat ke dahi si botak menyebabkan dia rebah di situ. Leo kemudian
terus menembak empat orang lagi orang bawahan si botak sehingga mati.
Dunia Ailee seperti gelap. Dia
semakin lemah apabila melihat badan Leo yang berlumuran darah di hadapannya.
Kakinya menggigil menyebabkan dia tidak dapat berdiri dengan betul lalu rebah.
Tetapi Leo sempat menyambut Ailee dan memangkunya.
“Leo…” ucap Ailee perlahan.
Leo mengusap
pipi Ailee tanpa perasaan dan terus merenung Ailee. Tiba-tiba Ailee menoleh ke
arah jalan raya dan sangat terkejut. Di tengah jalan itu, adalah jasad Leo yang
tidak bernyawa sedang terbaring berlumuran darah. Ailee menangis semakin kuat
apabila menyedari hakikat yang Leo sebenarnya sudah mati akibat salah satu dari
peluru pihak polis itu mengenai jantungnya.
“Kau bodoh!! Kenapa kau buat macam
ni?!” Jerit Ailee dalam tangisan yang semakin kuat.
Leo
tersenyum sinis. “I know it ain’t easy for two of us.. I got no choice let me
just do it this for love.. Ini sahaja yang mampu saya buktikan perasaan saya
pada awak..”
Ailee mencengkam lengan Leo dengan
lebih kuat lagi. Tangisannya semakin semakin kuat. “Mianhae… Mianhae…”
Leo hanya mendiamkan diri dan terus
menatap wajah Ailee. Air matanya mula mengalir melihat tangisan Ailee yang tidak
berkesudahan itu.
Pihak polis menghampiri Ailee dan
memegang bahunya. Serentak itu, imej Leo semakin pudar dari pandangannya. Dia
memegang tangan Leo dengan lebih kuat.
“Tolong jangan pergi…” rayunya
sambil menangis.
Tetapi Leo
hanya mendiamkan diri dan terus perlahan-lahan hilang dari pandangan Ailee.
Semakin kuat Ailee meraung. Pihak polis sudah pun mengangkat Ailee untuk dibawa
ke balai polis. Beberapa lagi pihak polis mengangkat mayat Leo pergi dari situ.
Dengan lemah Ailee terpaksa meninggalkan kawasan itu dengan tangisannya. Dia
juga kesal dengan dirinya dan juga Leo.
The end…
No comments:
Post a Comment