My Oppa My Love ~ Chapter 42



Keesokan harinya,
            “ Kiela tak pergi sekolah ke, noona? ”

Soeys menggeleng. “ Waeyo? ” Tanya N.

            “ Demam.”

            “ Mwoya?! ” VIXX memandang Soeys.

            “ Demam mengejut pasal semalam. Nanti, okay lah tu. Tak lama pun demam dia.”

VIXX terus sahaja mengangguk. Hyuk memakai kasutnya. Begitu juga Soeys. Manager VIXX sudah pun menunggu di pintu dorm. Dia perlu menghantar Hyuk ke sekolah dan Soeys ke universiti kerana Soeys mempunyai kelas pada pagi itu.

Leo memasuki bilik yang dikongsi oleh Soeys dan Kiela. Apabila dia menyentuh dahi Kiela, panasnya tidak terlalu kuat. Dia menarik nafas lega. Hongbin memasuki bilik itu sambil membawa satu basin kecil dan tuala kecil lalu diserahkan kepada Leo.

Di sekolah,
Hyuk terus sahaja berjumpa dengan Yoogeun di kelasnya. Apabila melihat Yoogeun sedang duduk di tempat duduknya, segera dia mendekati Yoogeun itu.

            “ Untuk kali terakhir, kau jangan dekati Kiela lagi. Kiela dan Leo hyung bahagia. Jangan nak kacau mereka lagi. Cari perempuan lain bukan Kiela untuk jadi mangsa sikap playboy kau tu.”

            “ Tapi…”

            “ Tak ada tapi-tapi lagi. Kau jangan nak sakitkan hati Kiela lagi. Kalau kau betul cintakan dia, kau takkan guna cara kotor untuk dapatkan dia. Dia pilih Leo hyung sebab Leo hyung bukan macam kau. Kau tak kenal peribadi Kiela lagi. So, stay away from Kiela.”

Hyuk terus sahaja keluar dari kelas itu meninggalkan Yoogeun yang hanya memandang sahaja. * I’ll make sure, Kiela will be mine. You wait and see, Hyuk.*

Kiela membuka matanya. Dia menyentuh kain yang lembap di atas dahinya. Leo memasuki bilik tersebut dengan membawa makanan dan minuman untuk Kiela.

            “ You’re awake.”

Leo mengambil tuala yang sudah lembap itu lalu dimasukkan ke dalam basin kecil di atas meja sebelah katil Kiela. Dia menyentuh dahi Kiela dan tersenyum nipis. Panasnya dah berkurangan.

            “ Oppa bawakan bubur untuk Kiela.” Leo membangunkan Kiela dan dia terus sahaja duduk di birai katil Kiela. Dia menyuapkan Kiela bubur itu.

            “ Unnie? ”

            “ Soeys ada kelas.”

Kiela memandang Leo. “ Pasal semalam.” Leo meletakkan jari telunjuknya di bibir Kiela. “ Oppa tahu Kiela bukan macam tu. Lagipun oppa dah tahu perangai si Yoogeun tu. Kiela jangan risau, okay.” Kiela hanya mengangguk perlahan. Dia menolak perlahan tangan Leo apabila Leo ingin menyuapkannya lagi.

            “ Dah kenyang.”

Leo memandangnya, “ You have to eat more.” Kiela menggeleng perlahan. Leo hanya mengeluh perlahan. Dia meletakkan mangkuk itu di atas meja sebelum menyerahkan segelas air kepada Kiela. “ Berehat. Demam Kiela pun dah nak kebah ni.”

            “ Mana yang lain? ”

            “ Hyuk ke sekolah dan yang lain ada kat luar. Kiela berehat nanti oppa temankan.”

Lewat petang,
Soeys pulang secepat mungkin selepas habis sahaja kelas mereka. Sebaik sahaja memasuki dorm, Hyuk terus menghampiri Soeys.

            “ How is she? ”

            “ Demam dah kebah, noona. Tapi Leo hyung suruh dia berehat lagi.” Soeys mengangguk.

Dia berehat dulu di ruang tamu. “ Macam mana kelas? ” Tanya N.

            “ Arghh.. Terrible..”

N, Hongbin, Ken, Ravi dan Hyuk tergelak kecil. “ Kenapa pula? ” Tanya Ravi.

            “ Lecturer tu annoying giler. Soeys salah step sikit je, itu pun nak marah,” rungut Soeys. Ken yang tadinya ke dapur sekejap menghulurkannya segelas minuman jus.

            “ Gomawo, oppa.”

            “ Cheonma~ ” balas Ken sambil membuat aegyonya. “ Silly oppa.”

Ken memandangnya, “ Give back that juice.” Soeys hanya menjelirkan lidahnya kepada Ken.

            “ Lecturer tu nak kan yang terbaik je, Soeys. Dia marah sebab dia nak Soeys berjaya nanti. Jadi, think positive, okay.”

            “ Araso, oppa.”

Soeys terus sahaja melangkah menuju ke biliknya. Apabila memasuki biliknya, Leo sedang duduk di tepi katil Kiela sambil mendengar lagu. Kiela pula sedang lena tidur. Dahinya sudah tidak diletakkan kain basah.

Soeys mendekati adiknya lalu meletakkan tapak tanganya di dahi Kiela. “ Dah kebah.”

Leo hanya memandang sahaja. “ Bila balik? ”

            “ 30 minit yang lepas. Berehat kat luar tadi. Kiela makan tak tadi, oppa? ”

            “ Makan sikit je.” Leo terus bangun, “ Oppa keluar dulu.”

Soeys mengangguk sahaja sebelum menuju ke almari bajunya. Selepas itu, dia terus sahaja ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Soeys keluar selepas membersihkan dirinya. Dia memandang Kiela yang ketika itu sudah berdiri di tepi katilnya.

            “ You should rest, Kiela.”

Kiela memandangnya dan tersenyum nipis sebelum mengatur langkah untuk menuju ke arahnya tetapi baru sahaja beberapa langkah, tiba-tiba sahaja dia sudah terduduk di atas lantai.

            “ Kiela!!”

Sepantas kilat dia duduk berhadapan dengan adiknya. “ Are you okay? ”

            “ Pening.”

VIXX dan manager VIXX memasuki bilik itu apabila terdengar jeritan Soeys tadi. Leo menghampiri Kiela. “ Are you okay? ” Kiela menggeleng perlahan. Leo terus sahaja mengangkatnya lalu dibaringkan di atas katil semula.

            “ Kenapa bangun? Kan Kiela tak sihat lagi. Kan tak pasal-pasal Kiela jadi macam ni,” kata Ken.

            “ Mianhae, Ken-jumma.”

Mereka ketawa kecil. Soeys kenal sangat sikap Kiela itu. Leo memandangnya, “ Rest okay.” Kiela hanya mengangguk perlahan.

Soeys keluar dari bilik itu sebelum kembali semula dengan segelas air dan sebiji ubat. Dia menyerahkan kepada Leo. “ Makan ubat tu. Boleh kurangkan sakit kepala kau tu sikit,” kata Soeys.

            “ Araso, omma.” Soeys memandang Kiela sebelum tersenyum nipis sambil memandang Kiela yang sedang meneguk air.

“ You’re like omma not me.” Kiela hanya mengangguk perlahan sebelum terlena di situ.

Leo menyelimutkan Kiela. Mereka semua terus sahaja keluar dari bilik itu meninggalkan Leo menjaga Kiela di situ. Soeys dan N terus sahaja menyediakan makan malam untuk mereka semua.

            Leo meninggalkan Kiela sebentar untuk makan malam itu pun setelah dipaksa oleh N dan yang lain-lain. Selepas makan malam, Leo kembali menemani Kiela di bilik. Soeys pula bersembang dengan VIXX sambil menonton siaran drama pada malam itu.

            Mata Leo mula kuyu apabila agak lama dia berjaga. Dia cuba untuk menahan matanya dari terlelap tapi apakan daya, dia sendiri pun tidak sedar bila dia terlelap.

Setengah jam kemudian, Leo terjaga kerana terdengar suara Kiela menangis. Dia mengangkat mukanya memandang Kiela yang ketika itu sedang menangis teresak-esak tetapi matanya masih terpejam.

            “Leo oppa…” panggil Kiela dalam keadaan tidak sedarnya.

Leo terus menghampiri Kiela dan mencapai tangan Kiela lalu dibawanya ke pipinya. “I’m here Kiela..”

            “Jangan tinggalkan Kiela!!” Kata Kiela lagi. Tangisannya semakin kuat.

            “Shh.. Kiela.. Wake up!” Panggil Leo sambil menampar-nampar perlahan pipi Kiela.

Beberapa saat kemudian Kiela mula membuka matanya secara mengejut. Apabila dapat menangkap wajah Leo, Kiela terus bangun dan memeluk Leo sekuat hati sambil terus menangis.

            “Kiela.. What’s wrong?” Leo terus menenangkan Kiela.

Beberapa minit kemudian barulah tangisan Kiela mula reda. Leo meleraikan pelukannya dan memegang bahu Kiela.

            “Kiela mimpi buruk…” ucap Kiela perlahan.

            “Mimpi apa?”

Pada mulanya Kiela mendiamkan diri kemudian air matanya kembali menitis. Leo cepat-cepat mengesat air mata Kiela. Kiela memegang kedua-dua tangan Leo. “Kiela mimpi oppa tinggalkan Kiela….” Kiela terus menangis lagi.

            Leo menarik Kiela ke dalam pelukannya dan menepuk-nepuk perlahan belakang Kiela. “It’s just a dream. Mimpi kan permainan tidur. Jangan percaya sangat. Oppa janji oppa takkan tinggalkan Kiela dan oppa janji oppa akan sentiasa berada bersama dengan Kiela,” ucap Leo.

            Ketika Leo menenangkan Kiela, telefon Kiela berbunyi nyaring, dia meleraikan pelukan dan mencapai telefon bimbit itu. Apabila ternampak nombor yang tertera di skrin itu, Kiela terus mematikan telefon bimbit itu lalu membalingnya sekuat hati ke lantai. Habis pecah berderai telefon bimbit itu.

            Nafas Kiela tercungap-cungap memandang telefon yang sudah pun berkecai. Puas hatinya. Leo agak terkejut dengan tindakan Kiela itu. Perlahan-lahan dia menarik Kiela ke dakapannya semula.

Soeys, N, Hongbin, Ken, Ravi dan Hyuk terpacul di muka pintu apabila terdengar bunyi sesuatu yang dihempas dengan kuat ke lantai. Takut-takutlah jadi apa-apa kat Kiela memandangkan badannya masih lemah. Mereka melihat Kiela masih lagi menangis sambil dipujuk oleh Leo. Kemudian mata masing-masing tertumpu pula ke arah telefon bimbit Kiela yang sudah berkecai di lantai.

            “Leo oppa? Kenapa ni?” Tanya Soeys sambil mendekati Leo dan Kiela.

Leo tidak menjawab soalan Soeys tetapi masih memujuk Kiela yang masih menangis. “Leo oppa?”

            “Yoogeun,” jawab Leo dengan hanya menggerakkan mulutnya sahaja.

Soeys mengepal penumbuknya sambil menahan geram. “Jantan tu nak apa lagi?!” Soeys meneran suaranya. Ken datang menenangkannya.

            Hongbin datang mengambil telefon Kiela yang sudah berkecai itu lalu dikumpulkannya. Setelah lama membelek akhirnya dia mengeluh. “Dah tak dapat diselamatkan,” ucapnya perlahan.

            Soeys duduk di birai katil sambil menggosok perlahan belakang Kiela. Mereka yang lain hanya mampu menggeleng kepala mengenangkan konflik yang berlaku dalam hubungan Leo dan Kiela.

            20 minit kemudian, Kiela sudah mula berhenti menangis dan terlena. Perlahan-lahan Leo merebahkan badan Kiela di atas katil lalu menyelimutkan badannya. Leo sudah pun menguap ketika itu tetapi dia degilkan matanya juga untuk melihat Kiela.

            “Oppa pergilah tidur. Oppa nampak penat sangat,” ucap Soeys.

            “Tapi…”

            “Jangan risau, Soeys kan tidur dengan Kiela. Kalau apa-apa hal nanti Soeys cepat-cepat panggil oppa ye. Don’t worry,”

            Leo hanya mengangguk perlahan tetapi matanya masih tidak lepas memandang Kiela. Sebelum dia beredar, dia sempat mengucup lembut dahi Kiela. “I love you.. I love you more than I love myself. Be strong jagiya,” bisik Leo.


            Kemudian dia melangkah keluar dan menutup bilik Soeys dan Kiela itu. Sebaik sahaja Leo keluar, Soeys terus naik ke atas katil dan berbaring di sebelah Kiela. Dia menyentuh pipi adiknya dengan lembut sebelum dia turut tertidur.

To be continued...

No comments: