My Oppa My Love ~ Chapter 43


VIXX, Kiela dan Soeys meletakkan beg-beg pakaian mereka ke dalam bonet van mpv. Selepas mengunci pintu dorm dan pagar dorm, mereka semua masuk ke dalam van itu. Manager yang bertindak sebagai pemandu seperti biasa menghidupkan enjin van. N duduk di bahagian sebelah pemandu, Soeys duduk di antara Hongbin dan Ken, Ravi pula duduk di sebelah Ken. Di bahagian belakang sekali, Kiela duduk di hujung, di tengah-tengah Leo dan disebelah Leo ialah Hyuk.

            Hampir satu setengah jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di destinasi, sebaik sahaja enjin kereta dimatikan, mereka semua keluar dari van itu dan merenggangkan otot-otot. Cuaca hari itu agak panas, maklum sahajalah sudah masuk ke musim panas. Hongbin, Ken, Ravi dan Hyuk mengeluarkan beberapa barang yang perlu di bawa ke sana. Beg pakaian ditinggalkan di dalam van dahulu.

            Setelah selesai, mereka semua bergerak masuk ke dalam taman tema air yang terletak di hadapan mata mereka. Di pintu masuk, mereka sempat bergambar sebagai kenang-kenangan. Kemudian mereka terus masuk dengan berpakaian kasual sahaja. Hyuk, N, Leo dan Ravi memakai seluar Hawaii, manakala Ken dan Hongbin memakai seluar panjang yang agak ketat. Soeys dan Kiela hanya memakai t-shirt dengan seluar track.

            “Dah lama tak pergi kat sini,” ucap Ravi.

Mereka yang lain mengangguk setuju. Manager membenarkan mereka melakukan aktiviti masing-masing pada hari itu. Jadi, mereka terus bergerak ke arah kolam yang dibuat seperti pantai untuk membasahkan pakaian masing-masing. Mereka bergembira di situ buat beberapa minit. Soeys menepuk kuat air kolam itu sehingga menghasilkan percikan air yang besar dan terkena pada Leo, Ravi, Ken, N dan Hyuk. Dia hanya ketawa apabila mereka memarahinya.

            “Soeys, come here..” Panggil N sambil terkedek-kedek mengejar Soeys kerana dia berjalan di dalam air jadi pergerakannya agak terbatas.

            Soeys terus berlari dengan perlahan lalu bersembunyi di belakang Hongbin. N berhenti mengejarnya sambil membuat derp face lalu dia berpatah balik.

            Hongbin memandang Soeys yang berada di belakangnya lalu mencubit hidung Soeys dengan kuat. Soeys menjerit kesakitan sambil memegang hidungnya yang sudah kemerah-merahan. “Why you did this to me?”

            “Because you naughty naughty,” jawab Hongbin sambil menggerakkan jari telunjuknya ke muka Soeys.

            Soeys membuat derp face lalu menolak badan Hongbin supaya membelakangkannya. Kemudian dia terus melompat dan memanjat belakang Hongbin dan memeluk erat lehernya. Hongbin tersenyum meleret lalu membengkokkan kakinya dan terus menyelam ke dalam air. Mujur Soeys sempat menarik nafasnya terlebih dahulu.

            N yang sedang bermain air dengan Hyuk hanya memandang Hongbin dan Soeys sambil tersenyum nipis. Kemudian dia menyambung mengusik Hyuk dan Ken. Ravi pula lebih bermain sendirian. Dia berenang dengan pelbagai teknik renangan.

            Leo dan Kiela pula berdiri di bawah cendawan buatan yang di bahagian bumbungnya menurunkan air dari dalam cendawan itu.

            “Kita lawan siapa menyelam paling lama nak?” Kiela mengangkat sebelah keningnya tidak faham.

            Leo terus menarik tangan Kiela supaya duduk di dalam air yang separas pusat mereka itu. “Kita lawan, siapa yang menyelam paling lama. Siapa paling lama dia yang menang. Tapi tak boleh main tipu,” terang Leo.

            Kiela mengangguk perlahan. “Okay,”

            “Okay ready.. Satu…dua.. tiga..” Sampai sahaja kiraan tiga, Leo terus menyelamkan wajahnya ke dalam air. Tetapi tidak Kiela. Dia hanya tersenyum nipis. Agak lama Leo berada di dalam air, barulah dia turut menyelamkan wajahnya. Tetapi tidak lama kemudian, dia mengangkat semula wajahnya dan melihat Leo masih tidak bergerak.

            Kiela mula menarik-narik berlahan rambut Leo. Tidak lama kemudian Leo mengangkat wajahnya sambil mengambil udara yang banyak. Tercungap-cungap dia mengambil nafas dan membuatkan Kiela ketawa sedikit. *Kiyeo~*

            “Kiela kalah,” Kiela hanya mengangguk dan menepuk tangannya.

            “Kita lumba pula, siapa yang sampai dekat unnie dengan Hongbin oppa dia menang,” kata Kiela. Leo hanya mengangguk tanda setuju.

            Tanpa mengira apa-apa atau memberi isyarat, Kiela terus sahaja menyelam dan mula berenang dengan laju mendahului Leo. Leo yang agak terkejut dengan tindakan Kiela itu tersenyum nipis lalu mengejar Kiela dengan cara berenang juga.

            Ketika itu, Soeys sedang menyelamkan wajahnya dengan membuka mata memandangkan dia ada memakai goggle. Dari jarak satu meter, dia sudah nampak Kiela berenang dengan laju diikuti Leo. Dia cepat-cepat mengangkat wajahnya dan memandang Hongbin.

            “Ada jerung! Lari!!” Kata Soeys lalu terus menyelam dan berenang ke arah N.

Hongbin yang masih blur hanya memandang Soeys dengan pelik. Tiba-tiba dia ternampak sesuatu yang hitam menghampirinya dengan laju tetapi ‘benda’ itu tidak sempat berhenti dan melanggarnya. Dia yang berdiri tadi jatuh terduduk. Leo terus mengangkat wajahnya dan memandang Hongbin yang sudah terduduk. Kiela yang berada di belakangnya ketawa melihatnya.

            “Aish Leo hyung. Agak-agaklah,” rungut Hongbin sambil bangun perlahan-lahan.

            “Sorry,” ucap Leo sepatah lalu memandang Kiela dengan tajam. Apabila ternampak Leo hendak mengejarnya, dia cepat-cepat lari tetapi malangnya Leo terlebih dahulu mencapai pinggangnya. Dia hanya ketawa kegelian apabila Leo menggeletek pinggangnya. Kiela memercikkan air itu ke muka Leo.

            “Hyuk..” panggil Soeys.

Hyuk yang sedang menahan wajahnya dari terkena air yang dipercikkan oleh N berhenti memandang Soeys. “Jom…” Ajak Soeys sambil memuncungkan bibirnya ke arah sesuatu yang berada di atas. Hyuk memandang ke arah yang sama lalu tersenyum lebar.

            Tanpa berkata apa-apa, Hyuk dan Soeys terus berjalan ke arah air yang agak cetek tetapi dipanggil oleh N dan Hongbin.

            “Nak pergi mana?” Tanya N.

Soeys dan Hyuk masing-masing menunjuk ke arah yang sama. “N oppa nak join?” Tanya Soeys. Sebaik sahaja memandang benda yang ditunjukkan oleh Soeys dan Hyuk itu dia menjadi kecut perut. Cepat-cepat dia menggelengkan kepala dan melangkah ke belakang beberapa langkah.

            “Hongbin hyung?” Hongbin mengangguk lalu menuju ke arah mereka berdua.

Mereka bertiga terus sahaja pergi ke laluan yang menuju ke arah gelongsor panjang yang terletak di atas bukit. Jadi, tinggallah Ken dan N di kolam itu.

Di tempat gelongsor panjang, Soeys, Hongbin dan Hyuk diberikan satu pelampung setiap orang. Kemudian mereka beratur mengikut giliran. Semasa beratur itu, Hyuk terpandang seseorang yang sangat dikenalinya lalu memandang Hongbin dan Soeys sambil menunjuk ke arah orang itu.

            “Ravi oppa?” Orang yang berada di hadapan Hyuk terus menoleh ke arah mereka bertiga.

            “Sejak bila hyung ada kat sini? Bukan ke berenang tadi,”

            “Bosan berenang tapi tak ada orang tengok jadi hyung naiklah ke sini. Lagipun benda ni macam best je. Apa salahnya cuba,” jelas Ravi.

            “Bukan nak ajak,” Soeys memuncungkan mulutnya.

            “Aik? Terus jadi itik donsaeng oppa ni?” Kata Ravi lalu ketawa.

Soeys terus sahaja menolak badan Ravi sehingga dia jatuh ke gelongsor itu dan mula menggelongsor. Memang tepat pada masanya kerana ketika itu giliran Ravi pula turun. Jeritan Ravi bergema dari dalam gelongsor itu. Beberapa saat kemudian, terdengar sesuatu yang jatuh ke dalam air dengan kuat. Mereka dapat meneka yang Ravi sudah pun keluar.

            Setelah itu, Hyuk pula yang turun, diikuti dengan Soeys dan Hongbin. Sepanjang menggelongsor, mereka tidak berhenti menjerit sehinggalah mereka berhenti di air.

Setengah jam kemudian,
            N terdengar bunyi loceng ais krim. Memandangkan hari sudah semakin panas dan penat bermain, N terus menuju ke begnya dan mengeluarkan dompetnya.

            “Hoi~ Kau orang.. Siapa nak ais krim? Hari ni omma belanja!” Panggil N.

Mereka yang dipanggil terus berlari ke arah N dan memilih air krim yang ada di jual di situ. Setelah memilih sorang satu ais krim, N membayar kesemua harga ais krim itu. Kemudian motor ais krim itu pun beredar.

            Mereka semua berhenti bermain sebentar untuk menikmati ais krim. Kiela duduk bersama Leo di sebuah kerusi panjang, Soeys pula duduk bersama dengan Hongbin dan Ken di sebuah meja yang disediakan. Manakala N duduk makan ais krim bersama Ravi dan Hyuk di semuah kerusi kayu yang disediakan.

            Ketika N menjilat krim ais krim itu, tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan sedang berjalan perlahan-lahan. Perempuan itu turut makan ais krim kon sama seperti N. Apabila perasan yang dirinya diperhatikan, perempuan itu memandang ke arah N. Mata mereka bertaut agak lama.

            Ais krim masing-masing mula mencair dan meleleh di celah-celah jari tanpa mereka sedari. Mereka masih lagi terpaku antara satu sama lain. Hyuk yang leka makan ais krim di sebelah N perasan yang ais krim N menitik di seluarnya. Hyuk terus memandang pelik ke arah N yang tidak bergerak-gerak itu.

            “N hyung!” Panggil Hyuk. Tiada reaksi dari N.

            “N hyung?” Panggil Ravi pula.

            “I saw an angel,” ucap N perlahan.

Hyuk dan Ravi memandang antara satu sama lain. Kemudian, memandang ke arah yang sama dengan N lalu mereka berdua tersenyum meleret. Mereka berdua bangun dari kerusi itu dan pergi ke tempat lain. Tetapi sebelum itu, Hyuk sempat berbisik kepada N. “Ais krim meleleh tu, lebih baik lap,”

            N tersedar dari lamunannya dan perasan yang ais krimnya telah menitis banyak di seluarnya. Kemudian dia memandang semula ke arah perempuan itu. Perempuan itu sedang malu-malu sambil mengelap ais krim yang meleleh di tangannya dengan tisu. Kemudian dia berjalan menghampiri N dan menghulurkan sehelai tisu kepada N.

            Jantung N berdegup dengan begitu laju saat perempuan itu menghampirinya dan menghulurkan tisu kepadanya. Dengan tangan yang menggigil, N menyambut tisu itu. Kemudian perempuan itu hendak beredar tetapi di halang oleh N.

            “Boleh saya tahu nama awak?”

            “Eunyoung,” balasnya sepatah tanpa memandang ke arah N.

            “Terima kasih Eunyoung.” Eunyoung hanya mengangguk sambil tersenyum.

N mengangguk lalu terseyum nipis. “Saya Hakyeon tapi orang panggil N. Selamat berkenalan,” ucap N sambil menghulurkan tangannya. Eunyoung menyambut tangan N sambil tersenyum malu.

Di satu sudut,
            Soeys yang sudah menghabiskan ais krimnya terpandangkan N yang sedang berbual mesra dengan seorang perempuan yang tidak dikenali. “Siapa perempuan tu?” Tanya Soeys.

            Ken dan Hongbin memandang ke arah yang sama lalu masing-masing menggeleng kerana mereka sendiri tidak pernah melihat perempuan itu sebelum ini.

            “Are you jealous?” Tanya Ken saja mahu menguji Soeys.

Soeys menggeleng perlahan lalu tersenyum nipis. “Aniya. Soeys happy kalau oppa happy dengan perempuan itu,” balas Soeys.

            Hongbin memandang Soeys lalu menggenggam tangannya. Soeys memandang Hongbin juga dan tersenyum kepadanya. Ken hanya mengangguk perlahan dan hanya menjadi pemerhati.

Flashback
            Pukul 10 malam barulah Hongbin pulang semula ke dorm. Apabila melangkah masuk ke dalam dorm, dia dapat lihat Soeys sedang berbual dengan N di sofa di ruang tamu. Dia menahan geram lalu hendak masuk ke dalam bilik apabila dia seperti tidak dihiraukan oleh mereka berdua.

            “Hongbin oppa..” Panggil Soeys perlahan.

Hongbin tidak menghiraukan Soeys dan terus melangkah. Soeys cepat-cepat mengejar Hongbin dan menarik tangannya. Hongbin menepis tangan Soeys tetapi Soeys lebih pantas memeluk badan Hongbin dari belakang.

            “Hongbin oppa.. I’m sorry… Betul-betul minta maaf fasal petang tadi..” ucap Soeys. Perlahan-lahan air matanya mengalir.

            Apabila dapat merasakan bajunya basah, Hongbin cepat-cepat menoleh dan memegang bahu Soeys yang masih menunduk sambil teresak-esak.

            “Shhh.. Don’t cry..” Hongbin terus memeluk Soeys.

Hongbin terpandang N yang berdiri di belakang Soeys. Dia hendak meleraikan pelukannya tetapi Soeys lagi memeluk erat pinggang Hongbin. N mengangkat mukanya memandang Hongbin. “Hyung minta maaf juga pasal petang tadi. Hyung tak dapat kawal perasaan hyung,” ucap N sambil memegang bahu Hongbin. Dia hanya mendiamkan diri. Sakit di pipi dan bibirnya masih lagi terasa.

            Soeys meleraikan pelukanya dan menatap wajah Hongbin lalu menyentuh bibir Hongbin yang luka itu. “Soeys minta maaf sangat-sangat sebab cakap oppa yang bukan-bukan,”

            Hongbin menggeleng sambil mengusap perlahan rambut Soeys. “Oppa pun salah jugak. Oppa salah sebab jadi penganggu hubungan kau orang berdua. Oppa minta maaf sebab jadi orang ketiga,” kedengaran sayu suara Hongbin.

            “Hongbin, if you really love her and can’t see her hurt again.. Ambil dan jagalah Soeys dengan sepenuh hati kau,” ucap N sambil menepuk perlahan bahu Hongbin.

Hongbin dan Soeys memandang serentak ke arah N. Tetapi N hanya tersenyum memandang mereka berdua. “Soeys, memang betul apa yang Hongbin cakap siang tadi. Pada mulanya oppa sukakan Soeys sebab wajah dan perwatakan Soeys mirip bekas kekasih oppa. Oppa rasa oppa tak nak lepaskan Soeys sebab tu oppa melamar Soeys jadi girlfriend oppa padahal masa tu rasa cinta kat Soeys masih belum wujud, tapi lama-lama oppa dapat rasakan oppa sayangkan Soeys sebab Soeys selalu bahagiakan oppa. Tapi pagi tadi oppa baru tahu yang ada orang yang lebih mencintai Soeys daripada oppa,” N berhenti untuk menelan air liur. Dia memandang Hongbin kemudian menyambung semula.

            “Sebenarnya hyung dah tahu yang kau suka kat Soeys sejak prom night tu tapi hyung tak nak kau kacau hubungan hyung dengan Soeys jadi hyung sengaja melamar Soeys dulu. Tapi pagi tadi tahu baru hyung tahu yang sebenarnya kau lebih mencintai Soeys dan hyung yakin kau boleh jaga Soeys lebih baik dari hyung,” N berhenti lagi.

            Perlahan-lahan dia melucutkan cincin dari jari manisnya kemudian dia mengambil tangan Soeys dan turut melucutkan cincin itu dari jari Soeys. Dia tersenyum nipis memandang Soeys.

            “Mulai hari ini kita dah tak ada hubungan lagi selain adik beradik angkat. Ingat, oppa sayangkan Soeys sebagai adik oppa sahaja ya,” ucap N sambil melurut lembut rambut Soeys.

            Soeys terus memeluk N dengan erat sambil menangis teresak-esak. Perlahan-lahan N meleraikan pelukannya dan membelai wajah Soeys lagi kemudian memandang Hongbin. “Semoga kau orang bahagia,” ucap N kemudian berlalu dari situ.

            Soeys memandang Hongbin yang hanya mengeluh. Hongbin mengangkat wajahnya memandang Soeys. “Please give me time…” ucap Soeys kemudian berlari masuk ke dalam biliknya. Hongbin hanya mengeluh tanpa sempat menghalang Soeys.End of flashback

            Lamunan mereka berdua berkecai apabila Ken memetik jari di hadapan wajah mereka berdua. Tersedar dari lamunan itu, mereka tersenyum-senyum memandang Ken.

            “Terkenang kisah lalu lah tu. Yang lepas tak usah dikenang,” kata Ken.

Hongbin dan Soeys mengangguk. Sudah setahun kejadian itu berlaku, kini Hongbin dan Soeys sudah menjadi pasangan kekasih sebulan selepas kejadian itu selepas Soeys memikir masak-masak dan akhirnya sudi menerima Hongbin. N pula, dia single dan tidak mahu bercinta selepas kejadian itu, tidak dinafikan N agak kecewa tetapi dia juga gembira melihat Soeys bahagia bersama Hongbin. Dia pula hendak menumpukan perhatian pada kerjayanya memandangkan dia masih tidak mempunyai perasaan hendak bercinta lagi.

Selepas puas bermain di taman tema air, mereka semua terus sahaja berkemas untuk pulang ke dorm. Mereka berjalan menuju ke kereta VIXX. Kiela melihat sahaja kakaknya berpimpin tangan dengan Hongbin. N pula tak habis-habis  asyik menaip sesuatu di handphonenya. Ken, Ravi dan Hyuk seperti biasa dengan perangai giler-giler mereka.

Leo berpimpin tangan dengan Kiela. “ Are you happy? ” Kiela mengangguk sambil tersenyum ceria. “ Oppa? ”

            “ Same as you,” jawab Leo sambil tersenyum.

Tanpa mereka sedari seseorang memerhatikan mereka di suatu tempat.

Leo dan Kiela berjalan perlahan di belakang sementara Soeys, Hongbin, N, Hyuk, Ken, Ravi dan manager VIXX sudah pun hampir sampai di kereta rasmi VIXX.

Kiela memandang sekilas Leo sebelum menyedari sebuah kereta dipandu laju menuju ke arahnya dan Leo. Tanpa berfikir panjang, dia terus sahaja menolak Leo ke hadapan sewaktu kereta itu hampir melanggar mereka.

Leo memandang Kiela dan melihat sebuah kereta sudah pun melanggar Kiela dihadapan matanya. Akibat perlanggaran kuat itu badan Kiela terlambung sejauh 2 meter ke hadapan. Bunyi dentuman perlanggaran tersebut menyebabkan Soeys, Hongbin, N, Ken, Ravi, Hyuk dan manager VIXX menoleh ke belakang dan masing-masing terkejut.

            “ Kiela!!” Jerit Leo lalu meluru kepada Kiela yang sudah terbaring kaku di situ. Kereta yang melanggar Kiela itu terus sahaja laju meninggalkan tempat tersebut. Hyuk  membaca nombor plat kereta tersebut secepat mungkin sebelum menuju ke arah Kiela.

Soeys memegang tangan adiknya, “ Kiela! Wake up! Kiela! ” Air matanya deras mengalir di pipinya. Hongbin memeluk bahunya.

            “ Kiela!! Wake up!! ” Leo menepuk perlahan pipi Kiela. Darah banyak mengalir dari kepala dan hidung Kiela.

            “ Kiela!! ” Panggil Ravi dan Ken.

N memandang manager VIXX, “ Hyung call the ambulans.”

To be continued...

No comments: