Di hospital,
Soeys masih lagi tidak berhenti menangis di bahu Hongbin yang setia di sisinya. Mereka semua menunggu dengan sabar dan mengharapkan berita baik yang diterima daripada doktor nanti. Leo masih lagi ditenangkan oleh N dan Ken. Scene perlanggaran tersebut masih lagi bermain-main di hadapan matanya.
Beberapa orang anggota polis menghampiri mereka semua. “ Selamat petang.” Manager VIXX menghampiri pegawai polis itu apabila melihat VIXX dan Soeys masih lagi bersedih. “ Boleh saya bantu, tuan? ”
“ Saya mahu kerjasama daripada pihak encik mengenai kes langgar lari ni.”
Manager VIXX mengangguk perlahan. Dia mula menceritakan segala-galanya kepada pegawai polis tersebut. VIXX dan Soeys hanya mendiamkan diri.
“ Encik nampak tak jenis kereta dan nombor plat kereta tersebut? ”
“ Saya tak nampak sangat.” Dia memandang Leo yang sedang merenung lantai hospital. Melihat Leo langsung tidak berganjak, dia mengeluh perlahan.
Hyuk menghampiri manager VIXX, “ Saya nampak kereta tu dan nombor platnya.” Hyuk terus menceritakan semuanya kepada pegawai polis itu.
Ravi, N, Ken dan Hongbin tersenyum nipis kepadanya. “ You did a great job, donsaeng,” puji Ravi perlahan. Hyuk hanya mengangguk. Dia memandang ke arah bilik pembedahan, “ Will she make it? ”
“ She will,” jawab Ken sambil menepuk perlahan bahu Leo. “ Hyung, she need you, please be strong, hyung.”
Ken memandang Soeys yang berada di sebelahnya, “ Kiela perlukan Soeys. Kuatkan semangat Soeys.” Soeys memeluk erat Hongbin.
Selepas dua jam pembedahan berjalan, seorang doktor akhirnya keluar dari bilik pembedahan dan masih lagi memakai kot pembedahan. Leo terus sahaja menyerbu ke arahnya.
“ Macam mana dengan Kiela? ”
Doktor itu mengeluarkan keluhan yang berat. Soeys terus menghampiri doktor tersebut. “ How’s she? ”
“ Pembedahan berjaya……”
Doktor itu memandang mereka semua, “ Tapi keadaan dia kritikal dan dia sekarang dalam keadaan koma. Kecederaan di kepalanya menyebabkan kehilangan banyak darah akibat hentakan yang kuat. Berlaku pendarahan di kepalanya.Semasa pembedahan, jantungnya berhenti berdegup tetapi kami dapat kembalikan dia semula selepas 3 minit.”
Hongbin terus sahaja memeluk Soeys seerat mungkin. Leo sudah hampir terduduk di situ. Mujurlah N dan Ken menyokongnya lalu dibawa ke kerusi.
“ Kami tak dapat nak menjamin apa-apa. Peluangnya untuk terus hidup sangat tipis. Harap kamu semua dapat bersiap sedia sebarang kemungkinan.”
Hyuk terus sahaja bersandar di dinding. Ravi memandang kosong siling bangunan hospital itu. Soeys sudah terduduk di lantai hospital itu dan masih lagi memeluk erat Hongbin. N dan Ken menenangkan Leo.
“ Kiela.” Leo terimbau semula situasi gembira mereka di taman tema air tadi. Gelak tawa Kiela bermain-main di telinganya. Tanpa sedar, dia mengalirkan air matanya perlahan-lahan sehingga dia memeluk N yang berada di sebelahnya. Ken menepuk belakang badan Leo. “ Hyung. Sabar.”
Mereka semua di situ menangis di situ. Manager VIXX hanya memandang sebelum menelefon seseorang.
Di dalam bilik wad ICU,
“ Kiela. Please wake up soon. Don’t do this to unnie. I don’t want to lose you. Please, wake up soon.” Soeys membelai pipi Kiela selembutnya.
“ Kiela. Hyukkie oppa here. Cepat bangun ya, Kiela. Oppa bosan nanti kat sekolah. Kiela kena temankan oppa rehat. Please, Kiela.”
Hyuk memberi peluang kepada Hongbin. “ Hongbin oppa here, Kiela. Oppa tahu oppa tak rapat sangat dengan Kiela tapi oppa masih anggap Kiela, adik oppa sendiri. Cepat bangun Kiela. Kesian unnie Kiela,” ucap Hongbin sambil memeluk Soeys.
Hongbin berdiri di belakang Soeys. Ravi mendekati katil Kiela. “ Ravi oppa here, Kiela. I’ll spend more time with you when you’re awake. Oppa nak luangkan masa oppa dengan Kiela lagi. Please, bangun cepat ya Kiela.”
“ Kiela~ Kenjumma here. Bangun cepat tau, Kiela. Oppa takkan maafkan Kiela kalau Kiela tak sedar cepat. Kesian Leo hyung, Kiela.”
“ N oppa here. Oppa semua dan juga Soeys harap Kiela sedar cepat. Kiela kena kuat. Jangan putus asa. Kami semua akan tunggu Kiela untuk sedar. Okay, Kiela? ”
Seseorang memasuki bilik tersebut. Mereka semua terus sahaja menunduk hormat. “ Doktor cakap apa? ”
“ Kritikal, CEO-nim. Doktor tak dapat jamin apa-apa.” Kata manager VIXX perlahan dan sayu.
CEO-nim memandang ke arah Soeys dan Leo. Dia melihat anak mata Leo yang merah kerana menangis tadi.
“ Sabar, guys. Kiela takkan tinggalkan kita. She’ll be alright.”
Leo memandang wajah pucat Kiela sebelum perlahan-lahan meraih tangan kanan Kiela. Dia mencium perlahan belakang tapak tangan Kiela. “ Please, Don’t leave me.”
Beberapa hari kemudian,
Dia masih lagi berasa bersalah dan risau selepas apa yang dia lakukan terhadap Kiela. Bukan Kiela targetnya yang sebenar tetapi lelaki yang bersama Kiela ketika itu.
“ Kenapa kau buat macam tu, Kiela? ” Tanyanya sendiri.
Dia meramas rambutnya beberapa kali. “ Kalau kau tak tolak dia ke depan, dah tentu kau masih selamat sekarang.”
Tidak lama kemudian, loceng rumahnya terus sahaja berbunyi. Dia yang teragak-agak membuka pintu tersebut. Beberapa anggota polis berdiri di hadapan pintu rumahnya.
“ Kamu Yoogeun ke? ”
Dia hanya mengangguk. “ Kamu ditahan atas kesalahan melanggar lari seorang gadis yang bernama Kiela empat hari yang lalu.”
Sewaktu dia ingin membela diri, tangannya terus sahaja digari dan dia terus dibawa ke kereta polis yang telah menunggu di hadapan rumah tersebut. Dia cuba untuk melepaskan diri namun tidak berjaya.
Di hospital,
Dua orang pegawai polis memasuki bilik wad tersebut. VIXX, Soeys dan manager VIXX menunduk hormat sedikit.
“ Kami dah menangkap suspek yang melanggar Cik Kiela.”
“ Jinjja?! ” Tanya Soeys. Pegawai polis itu hanya mengangguk.
Di balai polis,
VIXX, Soeys dan manager VIXX menunggu dengan sabar di bilik bertemu dengan banduan. Apabila melihat seseorang yang mereka kenali memasuki bilik itu dengan tangan yang bergari, Leo terus sahaja menerpa ke arahnya lalu menumbuk mukanya.
“ You bastard!! ”
Ravi, Ken, Hongbin dan N menahan Leo daripada menumbuk Yoogeun lagi. Hyuk menghampiri Yoogeun dan dia hampir menumbuk muka Yoogeun namun dihalang oleh manager VIXX. Soeys memandang tajam ke arah Yoogeun. Hongbin terus sahaja mendekati Soeys lalu memeluknya untuk mengelakkan Soeys bertindak di luar kawalan.
“ Aku takkan maafkan kau sekiranya sesuatu terjadi kat adik aku.”
Yoogeun memandang Soeys, “ Tapi semuanya salah dia!! ” Yoogeun memandang tajam ke arah Leo.
“ Kau!!!” Leo mahu sahaja melepaskan penumbuknya namun dihalang oleh N, Ravi dan Ken.
“ Kau yang patut dilanggar bukan Kiela. Target aku dah hampir kena tapi tiba-tiba sahaja Kiela tolak kau ke depan sampai aku tak sempat nak brek dan terus langgar Kiela. Kau yang patut kena langgar.”
VIXX dan Soeys memandang Yoogeun dengan pandangan yang cukup tajam. Yoogeun masih dengan sikap selambanya. Dia tiba-tiba tersenyum sinis. “ Well, at least kau dan aku sama-sama tak dapat Kiela. Sekurang-kurangnya boleh aku lihat kau terseksa sekarang. Bagus juga aku langgar Kiela daripada kau! ”
Leo hilang sabar namun dihalang oleh kawan-kawannya. Soeys perlahan-lahan meleraikan pelukan Hongbin. Dia memandang Yoogeun dengan tajamnya. Hongbin memandangnya tanpa mendapat apa-apa clue tindakan kekasihnya itu sebentar tadi.
Soeys terus sahaja menumbuk kuat muka Yoogeun. “ Kau!! Kau memang tak guna!!” Hongbin menariknya ke dalam pelukan menenangkannya. Melihat situasi tersebut, manager VIXX terus membawa VIXX dan Soeys berlalu dari situ.
Mereka kembali ke hospital semula. Beberapa orang yang berkunjung di hospital tersebut mengambil gambar mereka apabila melihat mereka menuju ke suatu bilik.
Sehari kemudian, berita mengenai VIXX berkunjung ke hospital tersebut akhirnya mendapat tumpuan ramai oleh peminat mereka. Beberapa wartawan cuba untuk mendapatkan penjelasan mereka namun manager VIXX terus sahaja menghalang mereka untuk mendekati VIXX dan Soeys.
Pihak Jellyfish Entertainment yang mengetahui tentang berita itu terus sahaja membuat press conference untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada pihak wartawan. VIXX dan Soeys tidak hadir ke press conference tersebut kerana CEO Jellyfish menghalang mereka yang masih lagi bersedih.
Dua minggu kemudian,
Di hospital,
“ Mianhae, Kiela. Because of me, you’ve been like this. Mianhae.” Leo mengucup lembut tangan Kiela yang masih lagi tidak sedarkan diri. Perlahan-lahan air matanya mengalir apabila mengenangkan kembali saat-saat kemalangan tersebut berlaku.
N, Ken, Ravi, Hyuk, Hongbin, Soeys dan manager VIXX memasuki bilik tersebut. Ken menepuk perlahan bahu Leo. “ Hyung, balik dulu. Biar kita orang yang jaga Kiela pula.” Leo hanya menggeleng.
“ Oppa, you look so tired.”
Leo hanya mendiamkan dirinya sahaja. Mereka semua tak tahu nak buat apa lagi untuk memujuk Leo untuk balik berehat. Setiap hari Leo menjaga Kiela siang dan malam.
Sedang mereka memikirkan cara untuk memujuk Leo balik dorm untuk berehat, tiba-tiba mesin jangka hayat di tepi katil Kiela mula berbunyi panjang. Mereka semua terus sahaja memandang ke arah mesin tersebut dan terus memandang Kiela yang sudah tidak bernafas lagi. Leo terus sahaja bangun, “ Kiela?!! Don’t leave me, Kiela!! Wake up!! ”
Soeys mendekati katil adiknya, “ Kiela?!! Wake up!! You can’t leave me like this!! Wake up, Kiela!!” Air matanya mengalir laju di pipinya. Hogbin memeluknya dari belakang.
Hyuk menghampiri Kiela, “ This is not funny, Kiela!! You can’t just leave us like this.” Hyuk menangis perlahan.
Manager VIXX keluar dari bilik itu lalu memanggil seorang doktor dan juga seorang jururawat yang sedang berjalan di koridor itu. Leo masih lagi cuba untuk membangunkan Kiela. VIXX masing-masing berdiri mengelilingi katil Kiela lalu memanggil namanya.
Apabila seorang doktor memasuki bilik wad ICU itu, dia meminta mereka semua untuk keluar dari bilik itu. “ Sila keluar sekarang.” Dengan langkah yang berat, Leo keluar dari situ bersama mereka semua.
“ Sediakan defibrillator sekarang! ” Arah doktor itu.
Di luar bilik ICU itu,
“ She can’t leave me like this, oppa. She’s my only family that I have.” Hongbin hanya menenangkan Soeys dalam pelukannya.
Leo terus sahaja terduduk di situ dan bersandar di dinding. Ken dan N duduk di sebelahnya. “ It’s all because of me! I can’t protect her.”
“ Shh.. Kiela will make it. She knows she have us. Dia perlukan kau, Leo. Kuatkan semangat.”
“ Hyung, dia selamatkan hyung sebab dia sayangkan hyung. Hyung kena kuat untuk dia.”
Selepas 10 minit berlalu, akhirnya doktor keluar dari bilik tersebut. “ She is save now.”
Leo memandang doktor itu lama. “ Semangat dia kuat,” ucap doktor tersebut.
Mereka semua tersenyum nipis. “ Dia dah melepasi tahap kritikalnya dan keadaannya sudah stabil. Tapi dia masih lagi tidak sedarkan diri.”
Air mata Leo sekali lagi mengalir. Dengan pantas dia memeluk doctor yang merawat Kiela itu. “Terima kasih doctor. Thank you very much!” Ucapnya berkali-kali.
Doktor itu hanya tersenyum dan meleraikan pelukan Leo seraya menepuk perlahan bahu Leo sebelum beredar dari situ. Mereka yang lain menarik nafas lega apabila mendengar berita gembira itu. Soeys turut menangis kegembiraan di dalam pelukan Hongbin.
To be continued...
No comments:
Post a Comment