Matanya mula bergerak-gerak sedikit.
Jari kirinya mula bergerak sedikit. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Pada
mulanya, pandangannya sedikit kabur namun setelah agak lama, akhirnya
pandangannya kembali jelas.
Dia memandang seseorang yang tidur di
tepi katilnya. Perlahan-lahan dia menyentuh pipi lelaki itu yang masih lena
tidur. Wajah yang sangat dirinduinya.
Leo terasa seseorang menyentuh
pipinya. Dia segera membuka mata dan bertembung dengan mata Kiela yang sedang
menatapnya. Wajah pucat Kiela mengukirkan senyuman nipis kepadanya. “ Kiela!”
Leo terus sahaja menegakkan badannya
dan terus meraih tangan Kiela. Digenggam erat. Pada masa yang sama juga, Ken,
Hongbin, Ravi, N, Hyuk, Soeys dan manager VIXX memasuki bilik tersebut dan
terus sahaja terpaku seketika.
“ Kiela?! ” Soeys memandang adiknya yang sudah sedar.
Tanpa teragak-agak, Soeys menghampiri
katil Kiela lalu memegang tangan kiri Kiela. “ You’re finally wake up.” Air
mata kegembiraan mengalir di pipinya. Kiela perlahan-lahan menyeka air mata
kakaknya itu. “ Unnie.”
Mereka semua menghampiri Kiela. Ken
berdiri di sebelah Leo, “ Aigoo Kiela tidur lama sangat lah.”
“ Ken oppa.” Katanya perlahan.
N tersenyum nipis. “ Akhirnya adik
oppa ni bangun juga.”
“ N oppa.”
Mereka semua hanya mengangguk dan
tersenyum gembira. Dia memandang kakaknya yang berdiri di sebelah katilnya. “
Berapa lama Kiela kat hospital ni? ”
“ Satu bulan. Kiela cedera teruk sebab kemalangan tu.” Kiela hanya mengangguk
sebelum memandang Leo yang masih mengenggam tangannya.
“ I’m okay. Thanks to you. Kalau Kiela tak tolak oppa ke depan, oppa yang
terlantar kat sini.” Leo seakan mengetahui pertanyaan yang akan diutarakan oleh
Kiela kepadanya.
“ Lain kali jangan buat macam tu lagi, Kiela. Kiela bahayakan diri Kiela.
Sepatutnya Kiela lari dengan Leo hyung waktu tu,” kata Ravi.
Kiela hanya mengangguk. “ Mianhae.”
“ Kiela berehat dulu. Kiela lemah lagi ni,” ucap Hongbin.
Kiela hanya mengangguk. Dia memejamkan
matanya semula sebelum akhirnya dia terlelap tidak lama kemudian. Soeys
mengucup dahi adiknya itu. Hongbin memegang bahunya, “ Kiela dah selamat
sekarang.”
Hyuk menghampiri Leo, “ Hyung patut
balik berehat. Biar saya yang jaga Kiela kat sini.”
Leo mahu menggeleng namun manager VIXX
terus sahaja bersuara bersetuju dengan cadangan Hyuk. “ Kamu patut berehat.
Kiela akan sedih bila tengok keadaan kamu macam ni.”
Ravi menyentuh bahu Leo, “ Saya dan
Hyuk akan jaga Kiela. Hyung berehat kat dorm. Bila dah segar, baru datang
sini.”
Leo mengangguk perlahan sebelum
mengucup perlahan dahi Kiela. “ I’ll here as soon as possible,” bisik Leo.
Seminggu kemudian,
Kiela dibenarkan keluar dari hospital
setelah keadaannya kembali seperti biasa. Kecederaannya masih lagi dalam proses
pemulihan. Di luar hospital, beberapa kumpulan kecil peminat VIXX berkumpul
apabila VIXX, Soeys dan Kiela melangkah keluar dari hospital itu.
Soeys terus sahaja memeluk erat
adiknya. Beberapa wartawan menghampiri mereka semua. VIXX terpaksa melindungi
Soeys dan Kiela daripada asakan soalan daripada wartawan tersebut.
“ Maaf. Kiela perlu berehat sekarang. Tolong beri kami peluang untuk pulang ke
dorm VIXX.” Kata manager VIXX.
Di dalam kereta,
Kiela terlelap di bahu kakaknya. Soeys
memandangnya sebelum membelai lembut wajah pucat adiknya. Walaupun sudah
dibenarkan pulang, keadaan Kiela masih lagi lemah. “ Mianhae sebab tak dapat
jaga kau dengan sebaiknya. Tapi unnie janji akan jaga kau dengan sebaiknya mulai
sekarang,” bisik Soeys perlahan.
Kiela yang seakan mendengar bisikan
kakaknya itu, memeluk erat lagi kakaknya dalam keadaan tidak sedarnya. Soeys
tersenyum nipis sebelum memeluk erat adiknya itu. VIXX hanya memandang sahaja
sambil tersenyum nipis.
Waktu petang,
Leo membawa Kiela berjalan-jalan di sebuah taman untuk menghirup udara segar.
Maklumlah sudah tiga minggu Kiela asyik menghirup bau ubat-ubatan di hospital
itu sahaja. Dia membawa Kiela ke sebuah kawasan lapang yang dilitupi dengan
kehijauan rumput yang menenangkan jiwa.
“Rasa segar?” Tanya Leo.
Kiela yang berada
di pelukan Leo hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia mengeratkan pelukannya. “Thanks oppa,” ucap Kiela.
“My pleasure dear,” Leo mengucup ubun-ubun Kiela dengan penuh kasih sayang.
Mereka berdua
terus berjalan-jalan. Leo masih lagi meletakkan tangannya di bahu Kiela. Tidak
lama kemudian Leo berhenti seraya mengajak Kiela untuk duduk di atas rumput.
Kiela hanya mengikut sahaja. Mereka terus termenung di situ menikmati suasana
petang itu. Tiba-tiba Leo menarik bahu Kiela dan merebahkan badan mereka di
atas rumput itu.
“Tengok awan pula,” ucap Leo.
Kiela yang
berbaring di sebelah Leo hanya mengangguk dan turut memandang ke langit
menyaksikan kepulan awan yang bergerak perlahan ditiup angin.
Seketika
kemudian, Leo mengajak Kiela pergi dari situ dan membawanya ke sebuah kedai
menjual telefon bimbit.
“Pilihlah telefon mana yang Kiela nak,” ucap Leo.
Kiela
terkelip-kelip memandang Leo. Leo hanya memberikan senyuman dan menyuruh Kiela
melihat pelbagai jenis telefon bimbit yang dijual di kedai itu. Kiela hanya
memandang sahaja telefon-telefon disitu tanpa memilihnya. Seorang penjaga kedai
datang dan menawarkan telefon bimbit itu kepada mereka.
“Tak apalah,” ucap Kiela sambil memandang Leo.
Leo tidak
mengendahkan Kiela lalu menyuruh jurujual itu mengambil sebuah telefon bimbit
kemudian dia membeleknya. Kiela hanya melihat sahaja Leo membelek telefon itu.
“Ambil yang ni. Sesuai dengan Kiela,” ucap Leo sambil menyerahkan telefon
Samsung Galaxy SIII kepada Kiela.
Kiela menggeleng. Tanpa berkata apa-apa Leo terus menyerahkan telefon itu
kepada jurujual itu dan menyatakan dia mahu membeli telefon itu. 20 minit
kemudian urusan jual beli pun selesai. Leo membawa kotak telefon yang
diletakkan di dalam plastic.
“Kan Kiela cakap tak payah,”
“It’s okay. Telefon Kiela yang lama tu dah tak boleh nak baiki dah. Lagi pun
dah tiba masanya Kiela beli telefon baru dan tukar nombor baru,” balas Leo.
Leo menyerahkan
telefon itu kepada Kiela. Kiela membeleknya seketika sebelum memasukkannya ke
dalam poket seluarnya. Leo tersenyum nipis kemudian meletakkan tangannya di
bahu Kiela.
“Thanks oppa,” Leo hanya mengangguk.
Di dalam dorm VIXX,
Leo duduk di sebelah Kiela yang sedang
melukis di atas sofa. Soeys dan Hongbin pula sedang meneliti gambar-gambar di
kamera kepunyaan Hongbin. Ken, Ravi, Hyuk dan N pula sedang menonton televisyen
sambil memakan biskut coklat.
“ Bagi sini handphone Kiela,” pinta Leo. Kiela terus sahaja menyerahkan
handphone yang baru dibeli tadi kepada Leo. Kiela hanya melihat sahaja Leo
menaip sesuatu di handphonenya.
“ Guys, come here, “ panggil Leo.
Mereka semua terus sahaja menghampiri
Leo. Kiela memandang Leo dengan pandangan yang blur dan innocentnya. Pandangan
tersebut disedari oleh Soeys dan Hyuk. Soeys terus sahaja mencubit pipi adiknya
itu. “ So cute.” Mereka hanya tersenyum nipis.
“ Ada apa, hyung? ” Tanya Ravi.
Leo menyerahkan handphone Kiela yang
baru kepada Ravi, “ Masukkan number kau orang semua dalam phone Kiela tu.”
“ Mwo?! ” Tanya mereka semua dengan muka yang separuh terkejut.
“ Bila beli ni? ” Tanya Ken. “Petang tadi, oppa. Leo oppa belikan,” jawab
Kiela. Mereka semua hanya mengangguk perlahan sebelum memasukkan number
handphone mereka ke dalam senarai number di handphone Kiela. Soeys membuat
missed call ke handphonenya dan terus sahaja menyimpan number adiknya. Begitu
juga yang lain.
Soeys memandang adiknya, “ Tak nak
berehat ke? ” Kiela mengangguk kepala. Soeys terus sahaja mencapai tangan
adiknya.
Sebelum beredar ke biliknya, Kiela
sempat mengucapkan selamat malam kepada VIXX. Leo memandang sahaja Kiela
sebelum dia mendengar lagu di mp3nya.
Di dalam bilik,
“ Tidur tau. Unnie ada kat sini kalau Kiela perlukan apa-apa.”
Kiela hanya menggeleng, “ Unnie pergi
kat Hongbin oppa. I’m fine here.”
“ Sure? ” Kiela mengangguk.
“ Okay. Good night, donsaeng. Sweet dream, okay.” Soeys mencium dahi Kiela
sebelum menyelimutkan adiknya. Selepas pasti adiknya itu sudah terlena, dia terus
sahaja melangkah keluar dari bilik tersebut.
Di luar bilik,
Soeys kembali duduk disebelah Hongbin
yang ketika itu sedang menonton kembali persembahan VIXX di internet
menggunakan tabnya. Hongbin memandangnya, “ Bukan tadi Soeys masuk bilik ke? ”
Soeys hanya mengangguk, “ Kiela suruh
Soeys temankan oppa kat sini.” Hongbin mengangguk sebelum dia mendekatkan
dirinya dengan Soeys. Mereka bersama-sama menonton video persembahan VIXX di
ruang tamu itu.
Ken, Ravi dan Hyuk yang suka menyakat
mereka semua terus sahaja mengambil gambar Soeys dan Hongbin sebelum mereka
berbisik-bisik sesama sendiri. “ Sweet couple~” Hongbin dan Soeys memandang ke
arah Ken.
“ Hyung buat apa tu? ”
Ken menggeleng. Soeys memandangnya
tajam, “ Ken oppa. ”
“ Why only me? Ravi dan Hyuk pun mesti kena juga.”
Hyuk dan Ravi membuat muka tidak
bersalahnya. Leo yang dari tadi memerhatikan gelagat mereka menggeleng
perlahan. “ Dia orang tangkap gambar kau orang berdua tadi,” kata Leo.
“ Yah!! Hyukkie!!”
“ Ken hyung, Ravi!!”
Ravi, Ken dan Hyuk hanya ketawa
sebelum masing-masing menunjukkan gambar yang mereka ambil tadi kepada Soeys
dan Hongbin. Mereka berdua melihat gambar-gambar tersebut sebelum tersenyum
nipis. “ Nasib baik gambar tu cantik. Kalau tak memang Ken hyung, Ravi dan
Hyukkie kena dengan saya lepas ni.”
“ Ceit! Kita orang dah tangkap scene yang paling cantik pun masih nak merungut
lagi. Beruntung lah kita orang ambil tu, hyung,” balas Hyuk. Hongbin mengetuk
kepala Hyuk sehingga Hyuk menjerit kesakitan. Soeys terus sahaja menutup mulut
Hyuk.
N yang berada di dalam bilik terus
sahaja keluar. “ What’s happen? ”
“ Mhmmm mhmmm..” Hyuk membalas dengan mulut yang masih lagi ditutup dengan
tangan Soeys.
N mengangkat keningnya, “ Hyung tak
faham bahasa alien. Mian.” Ken, Hongbin, Ravi dan Soeys ketawa. Hyuk menghentak
kakinya.
Leo memandang mereka semua dengan
pandangan yang tajam sebelum kembali mendengar lagu di mp3nya. Hyuk memandang
Soeys yang masih lagi menutup mulutnya. “ Mmhmm.”
Soeys memandang Hyuk dengan mengangkat
kening. “ What? ” Hyuk menggeleng perlahan. Soeys terus sahaja tersengih
selepas menyedari dia masih lagi menutup mulut Hyuk. “ Sorry Hyuk.”
N mengeluh perlahan. “ Ada-ada je kau
orang ni semua. Aish.” N terus sahaja memasuki bilik semula meninggalkan ‘
kanak-kanak ribena ’ di ruang tamu itu.
Soeys terpandang calendar yang
tergantung di dinding ruang tamu itu. Dia memandang Hongbin, “ Hari ni berapa
hari bulan, oppa? ”
“3
June. Kenapa?”
Soeys terus
sahaja menutup mulutnya kerana dia baru teringat sesuatu yang sangat penting.
Hongbin memandangnya dengan pelik. “Waeyo?”
“Esok birthday Kiela,” ucap Soeys.
“Yeke?” Tanya Ken, Ravi dan Hyuk
serentak sambil memandang Soeys.
Leo pula yang
mengangguk walaupun bukan dia yang ditanya. Soeys mengangguk laju. “Tapi saya
tak prepare pape pun lagi untuk dia. Oh.. I’m a bad sister,” nada Soeys kedengaran
agak kecewa.
“Shhh..” Hongbin memeluk bahu Soeys.
“Jadi kita perlu buat something
untuk Kiela. Esok kan?” Tanya Ken. Soeys mengangguk.
Ken melingas ke
arah jam di dinding. “Kalau nak buat birthday party tu malam ni memang tak
sempat. Kita buat esok. Malam ni kita prepare semuanya,” ucap Ken.
Mereka semua mengangguk setuju.
Kemudian, Hyuk masuk ke dalam bilik N dan memberitahu N tentang rancangan
mereka malam itu. Soeys pula masuk ke dalam bilik untuk memastikan Kiela sudah
tidur. Setelah itu mereka semua mula sibuk menyediakan benda-benda yang perlu
untuk menyambut hari lahir Kiela esok.
Esoknya,
Kiela mencelikkan matanya tetapi
segera menutupnya dengan tangan kerana terasa silau dengan cahaya matahari yang
masuk melalui tingkap biliknya yang dibuka oleh Soeys.
“Good morning princess,” ucap Soeys
dengan ceria.
Kiela memandang
pelik ke arah Soeys lalu bangun dari katilnya hendak menuju ke bilik air. Soeys
cepat-cepat mencapai bahunya dan mendorongnya menuju ke pintu. Kiela memandang
pelik kakaknya yang berkelakuan aneh pada hari itu.
Sebaik sahaja dia membuka pintu
bilik itu, terpacul enam orang lelaki yang sedang menyanyikan lagu selamat hari
lahir dan Leo memegang sebiji kek. Kiela terpinga-pinga melihat mereka semua.
Selesai mereka menyanyi, Leo menghulurkan kek itu kepada Kiela.
“Blow the candle honey,” bisik Soeys
apabila Kiela masih blur dengan keadaan itu.
“Me?” Kiela memandang Soeys sambil
menunjuk dirinya. Soeys mengangguk sambil tersenyum.
Perlahan-lahan Kiela meniup lilin
itu dan sebaik sahaja lilin itu terpadam, mereka semua menepuk tangan sambil
Hyuk dan Hongbin menarik ‘bom’ kecil yang mengeluarkan reben yang
berwarna-warni.
Leo menghulurkan kek itu kepada
Kiela tetapi ketika Kiela hendak menyambutnya, Leo menariknya semula. “Sabar
dulu. Pergi basuh muka dan gosok gigi dulu lepas tu baru datang balik kat sini,”
ucap N.
Kiela hanya mengangguk dan terus
bergerak ke bilik air. Sesudah membersihkan diri, Kiela menuju ke ruang tamu. Ruang
tamu itu sudah dihias dengan cantik. Satu meja besar diletakkan di tengah ruang
tamu. Mereka yang lain sudah bersedia di ruang tamu dengan beberapa jenis
makanan. Kiela terus mengambil tempat yang disediakan oleh mereka.
“Cepat potong kek. Oppa tak sabar
nak makan,” ucap Hyuk sambil tersengih.
Soeys mencucuk
pinggang Hyuk. Kemudian, Kiela mencapai pisau plastic yang dihulurkan oleh Ravi
dan memotong kek itu. Hongbin tidak melepaskan peluang itu untuk mengambil
gambar Kiela sedang memotong kek.
Sebaik sahaja selesai, Leo terus
mencapai bahu Kiela dan mula menyanyikan lagu Happy Birthday (link) dengan penuh
penghayatan khas buat Kiela. Soeys, Hongbin, Hyuk, Ken, N dan Ravi turut
menggerakkan kepala mereka dan menghayati nyanyian Leo.
“Saengil chukkaeyo jagiya,” ucap Leo
selepas dia habis menyanyi. Dia terus sahaja mengucup pipi Kiela yang sudah
menundukkan wajahnya.
Hongbin masih dengan kerjanya
menangkap gambar. Mereka semua menepuk tangan dengan gembira. Kiela mengangkat
wajah dan menatap wajah mereka bertujuh secara bergilir-gilir.
“Terima
kasih sebab susah payah buat semua ni untuk Kiela,”
Mereka
mengangguk sambil menepuk tangan. Kiela memotong kek itu kepada beberapa
bahagian dan menghulurkannya kepada Ken, Ravi, Hyuk, N, Hongbin, Soeys dan Leo.
Satu jam
kemudian,
Selesai bersarapan, Kiela disuruh
untuk bersiap tanpa memberitahu ke mana destinasi mereka pada hari itu. Kiela
hanya mengikut sahaja tanpa banyak kata. Setelah siap, mereka semua masuk ke
dalam kereta rasmi VIXX dan kereta itu mula bergerak perlahan-lahan.
“Hari ni Kiela cakap je Kiela nak
pergi mana. Manager hyung jadi driver dan kitorang ikut sahaja,” ucap N.
“Tak kisah. Mana-mana je,” balas
Kiela.
Mereka sudah
mengagak jawapan yang agak diberikan Kiela. Manager hanya menggeleng dan terus
memandu. Hari itu mereka sehari suntuk bergembira bagi meraikan hari lahir
Kiela. Semua permintaan Kiela ditunaikan dengan rela hati. Mereka juga
memberikan hadiah kepada Kiela setiap seorang.
To be continued...
No comments:
Post a Comment