My Oppa My Love ~ Chapter 46



VIXX sedang sibuk bersiap-siap kerana sebentar lagi mereka akan berangkat ke salah sebuah venue konsert sulung mereka. Setelah dua tahun sejak debut, akhirnya VIXX berjaya menjalankan konsert mereka sendiri khas buat para Starlight. Mereka akan bergerak ke Yanggu pula. Setelah 2 jam perjalanan, mereka pun tiba di destinasi. Kru –kru yang menguruskan konsert tersebut bertungkus lumus menyiapkan prop.

Di bilik persalinan,
            VIXX masing-masing sedang disolek oleh jurusolek. Sementara menunggu giliran untuk disolek, Ken, Ravi dan Hyuk sempat bermain lagi. N pula sedang duduk di satu sudut sambil tangannya laju menekan-nekan punat di telefon bimbitnya. Kadang-kala dia tersenyum sendirian melihat telefonnya itu. Leo pula sedang disolek. Soeys dan Kiela tidak dapat ikut ke konsert mereka kerana Soeys ada kelas dan latihan kumpulan dan Kiela pula bersekolah.

Di satu sudut, Hongbin melekapkan telefon bimbitnya selepas mendail nombor telefon. Dia tidak perlu menunggu lama apabila sekejap sahaja panggilannya dijawab oleh orang di sebelah sana.

            “Yoeboseyo jagiya. Tengah buat apa?” Tanya Hongbin sambil tersenyum sendirian setelah mendengar suara kekasihnya.

            “Tengah makan dengan G.Na, Gain dengan Uee,” balas Soeys sambil menjeling-jeling ke arah G.Na, Uee dan Gain yang memandangnya sambil tersenyum.

            “Makan tak ajak pun,”

Seorang staff melaung nama Hongbin kerana tiba gilirannya untuk disolek.

            “Ha! Tu dah panggil dah tu. Pergilah…”

Hongbin mengeluh perlahan. “Yelah… Makan elok-elok tau,”

            “Baiklah bos! Okay, do the best ye konsert nanti. Fighting!!” Sorak Soeys sengan semangat.

            “Thank you jagiya.  I love you,” kemudian Hongbin terus mematikan talian dan berjalan menuju ke arah meja solek.

Setengah jam kemudian,
            Mereka semua sudah selesai disolek dan dipakaikan baju dan headset. Kedengaran di hadapan pentas sorakan beribu peminat VIXX yang sememangnya semangat untuk bertemu dengan VIXX pada malam itu. Apabila mendapat isyarat, mereka semua keluar ke atas pentas dan memulakan konsert pada malam itu dengan lagu Lights Up the Darkness.

            “Real V! V.I.X.X. VIXX imnida!!” Ucap mereka dengan penuh semangat disambut dengan jeritan daripada peminat.

            “Woahh.. Saya dapat tengok ramai betul Starlight yang datang malam ni. Starlight jjang!!” Kata N sambil menepuk tangannya. Ahli VIXX yang lain turut bertepuk tangan.

            “Terima kasih kepada Starlight yang datang malam ni. Kami janji yang kami akan buat konsert ni sebagai memori terindah pada kamu semua,” ucap Ken pula.

Sorakan peminat semakin kuat. VIXX hanya tersenyum gembira melihat reaksi peminat mereka. “Dah sedia untuk dengar lagu kami seterusnya?” Tanya Hongbin.

            “Nae!!!” Jerit mereka lagi.

N mengangguk kepada mereka semua dan kru-kru. Lagu dipasangkan dan mereka semua bersedia di posisi masing-masing. Lagu mereka seterusnya ialah Super Hero diikuti dengan Rock Your Body dan Starlight. Khas untuk Starlight yang hadir pada malam itu.

            “Fuhh!! Reaksi yang sangat mengagumkan!” Ucap N sambil membetulkan headsetnya.

Mereka meneruskan konsert dengan sesi berbual dengan peminat dan beberapa permainan. Beberapa orang peminat bertuah berpeluang naik ke pentas dan bermain dengan VIXX pada malam itu. Setelah bermain, VIXX diberi peluang untuk berehat dan menukar pakaian.

10 minit kemudian, VIXX keluar dengan pakaian ala-ala vampire siap dengan contact lens muncul di pentas. Mereka mempersembahkan lagu On & On remix version diikuti dengan lagu Hyde. Persembahan yang sangat memukau para peminat dengan tarian penuh tenaga. Kemudian mereka sambung dengan lagu Love Letter dan Stop Enduring. Akhir sekali sebagai penutup konsert itu, VIXX menyanyi lagu I Don’t Want to be an Idol dan UUUUU.

Esoknya,
            VIXX sedang berehat di dorm memandangkan mereka baru sahaja sampai di dorm 4 jam yang lalu. Pukul 8 pagi, mereka masih tidur kerana kepenatan. Pada hari itu Soeys tidak ada kelas dan dia bangun menyediakan sarapan tanpa mengejutkan VIXX.

            “Kiela, breakfast is done..” Panggil Soeys.

Kiela keluar dari bilik dengan segala alat-alat lukisannya lalu diletakkan ke ruang tamu kemudian bergerak ke dapur. Dia baru sahaja hendak mengambil pinggan tetapi Soeys menghalang dan menolaknya duduk di kerusi. Soeys terus mengambil pinggan dan menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan Kiela dan menghidangkannya.

            “Bahan-bahan lain boleh pilih sendiri,” kata Soeys sambil menunjuk beberapa pinggan yang diisi dengan beberapa makanan lain.

            “Gomawo unnie,”

Soeys tersenyum sambil memegang perlahan kepala Kiela. “Unnie tak makan sekali ke?”

            “Kejap lagilah,”

Kiela hanya mengangguk dan terus menyuap nasi goreng itu ke dalam mulutnya. Dia makan tanpa mengeluarkan bunyi.

Beberapa minit kemudian, Kiela selesai bersarapan dan mencuci pinggannya. Dia bergerak ke ruang tamu untuk mengambil barang-barangnya. Jam sudah menunjukkan pukul 8.15 pagi, dia kena segera ke sekolah. Dia memandang sekeliling dan tidak dapat mengesan manager VIXX.

            “Dah nak pergi dah?” Tanya Soeys yang keluar dari bilik.

Kiela memandang Soeys dengan tenungan yang aneh. Dia mengangkat sebelah keningnya. Soeys tersenyum. “What?” Kiela mengangkat jari telunjuknya perlahan-lahan.

            “Harini unnie yang hantar kau ke sekolah. Manager oppa dan VIXX oppa baru sampai pagi tadi jadi tak eloklah kacau dorang tidur,” balas Soeys sambil menuju ke satu sudut di ruang tamu dan mengambil dua buah topi keledar. Satu dilambungkan ke arah Kiela, mujur Kiela sempat menyambutnya.

            “Are you sure unnie?” Kiela masih tidak mempercayai kakaknya.

            “Of course maa. Look at this!” Soeys mengeluarkan dompetnya dan mengeluarkan sekeping kertas yang telah diliminate cantik.

            “Unnie dah dapat lessen memandu motorsikal semalam!” Kata Soeys dengan gembira sambil ketawa.

Kiela membuat mukanya sambil menjuih dahi kakaknya itu. “Jomlah. Dah lambat,” kata Kiela sambil terus keluar dari pintu dorm.

Di luar dorm,
            Kiela terus mengikut langkah Soeys dengan penuh tanda tanya. Sepanjang perjalanan itu langsung tidak terdapat satu pun motorsikal. Soeys terus membawa Kiela ke tempat letak kenderaan dan terus berjalan menuju ke arah salah sebuah motorsikal berkuasa besar di situ dan menaikinya.

            “Palli,” panggil Soeys setelah dia menghidupkan enjin motorsikal itu. Bunyi derumannya sungguh kuat.

            “Motor siapa ni unnie? Tak pernah tahu pun,”

Kiela sudah pun berada di belakang Soeys dan sedang membetulkan topi keledarnya. “Ni motor adik manager oppa. Kan malam tadi dia letak sini jadi unnie pinjamlah kejap,”

            “Suka hati je,”

            “Eih, unnie dah minta kebenaran dia ye. Awal-awal lagi unnie dah tanya dia. Sebab tu lah unnie boleh dapat kunci motor. Okay okay. Pegang kuat-kuat,”

            Kiela memeluk pinggang Soeys. Serentak itu Soeys terus memasukkan gear dan memulas handle motor dengan laju. Motorsikal itu meluncur laju meninggalkan kawasan itu.

Tengah hari,
            VIXX masih lagi belum bangun dari tidur. Dia memasak untuk makan tengah hari pada hari itu. Dia membiarkan VIXX terus tidur tanpa berniat mengganggu tidur mereka.

            Hyuk masuk ke dapur apabila terhidu bau masakan kegemarannya. Dia terus duduk di meja makan sambil terus menyedut bau itu.

            “Hoi!” Hyuk tersedar dari lamunannya apabila Soeys menyergah.

            “Noona. Terkejut saya,”

Soeys menggeleng kepalanya. “Pergi bersihkan diri lepas tu datang sini balik untuk makan tengah hari, go..”

            “Aish noona ni macam omma!” Rungut Hyuk sambil bangun dengan malas dan menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Petang itu,
            N mengambil peluang untuk keluar berdua-dua dengan Eunyoung. Mereka pergi ke satu taman rekreasi untuk mengambil angin petang itu seperti pasangan kekasih lain juga. Ketika berjalan-jalan itu N lebih banyak bercakap dan bercerita manakala Eunyoung menjadi pendengar setia N.

            “Awak ni dari dulu selalu jadi pendengar setia saya. Tak bosan ke?” Tanya N sambil memandang Eunyoung yang sedang memeluk lengan kanannya.

            Eunyoung memandang N sambil tersenyum lebar. “Aniya. Saya lagi suka awak banyak cakap macam ni sebab tak adalah hari saya boring,” balas Eunyoung.

            “Auww.. So sweet,” kata N sambil ketawa dan membelai lembut wajah Eunyoung. Eunyoung tersenyum dan mengeratkan lagi pelukan tangan N.

            “Eunyoung, saya ni mesti seorang yang membosankan kan?”

Eunyoung terkelip-kelip memandang N. “Waeyo?”

            “Awak tak rasa bosan dan rimas dengan saya? Sebab adik-adik saya cakap saya suka membebel macam omma lah, ahjumma lah. Aigoo..” adu N sambil membuat muka sedih.

            Eunyoung meleraikan pelukan dan berhadapan dengan N. “Siapa cakap awak merimaskan? Saya suka je bersama dengan awak. Janganlah cakap macam tu. Alaa.. Adik-adik awak tu bergurau je lah. Hehe. Janganlah merajuk, hilang comel..” kata Eunyoung sambil mencubit manja hidung N.

            “Saya nak tanya satu soalan,” Eunyoung menumpukan perhatian kepada N.

            “Satu je soalan. Kalau saya salah, awak cium saya okay?”

Eunyoung mengangguk faham. “Soalannya berbunyi begini…..”

            Belum sempat N menghabiskan soalannya, Eunyoung terus sahaja menjengket dan mencium bibir N. Tindakan Eunyoung itu membuatkan N terpaku. Beberapa saat kemudian, Eunyoung menjarakkan wajah mereka kemudian dia tersenyum malu.

            “Tapi soalan saya belum habis lagi,”

            “Tak berminat… Saya tahu apa yang awak fikirkan…” balas Eunyoung sambil menunjukkan tapak tangannya ke muka N.

            N terus sahaja ketawa kemudian mengikut langkah Eunyoung dan meletakkan tangannya di bahu Eunyoung. Mereka terus berjalan-jalan di kawasan itu.

Di dorm,
            Soeys sedang menggunakan computer ribanya di ruang tamu. Dia sedang khusyuk menonton video daripada penari hip hop barat yang mengujakan. Sedikit sebanyak tarian mereka dapat digunakan dalam tarian untuk kumpulannya.

            Tiba-tiba reaksi wajahnya berubah seratus peratus apabila membuka akaun laman sosialnya. Dia dengan marah menutup kuat computer ribanya membuatkan Ken, Hyuk dan Hongbin yang sedang bermain video game memandangnya. Hongbin terus sahaja menghampirinya.

            “Waeyo?”

Soeys hanya mengeluh kasar tanpa menjawab soalan Hongbin. Hongbin perlahan-lahan membuka semula computer riba Soeys tetapi Soeys menghalangnya. “Tak ada apa yang perlu ditengok, buat sakit hati je,”

            “Dae? Bagi oppa tengok jugak. Kalau hati Soeys sakit, hati oppa pun sakit,”

Soeys membiarkan sahaja Hongbin melihat apa yang terkandung dalam laman sosialnya. Setelah membaca, Hongbin mengeluh kasar dan memandang Soeys. “Soeys nak delete semua akaun laman social. Dorang dah melampaulah,”

            “Janganlah delete. Be strong jagiya. Dia orang ni semua mulut tak ada insurans dan tak senang tengok orang lain bahagia. Dia orang ni juga masih tak matang dan berhingus lagi. Soeys buat tak tahu je,” nasihat Hongbin dengan kata-kata pedas.

            “Amboi.. Pedas kata-kata…”

Hongbin menjuihkan bibirnya sambil menjeling Soeys. “Siapa cikgu oppa yang suka bagi ayat pedas?”

            Soeys menggeleng. Hongbin kemudian memegang kepala Soeys. “Soeys buat bodoh je. Anggap je manusia-manusia tu tak pernah wujud ataupun dia orang parasite,” kata Hongbin.

            “Hmm..” Soeys hanya mengangguk perlahan.

            “Be strong okay!” Ucap Hongbin seraya mencium pipi Soeys.

Di dalam bilik,
            Leo sedang khusyuk mendengar lagu dan menyanyi bagi memantapkan vocalnya lagi. Di hadapannya, Kiela pula sedang khusyuk melukis sesuatu di kertas kanvasnya. Sesekali Kiela menoleh ke arah Leo dan menumpukan perhatian kepada kertas kanvasnya semula.

Leo mencabut earphone yang dipakainya lalu memandang Kiela. Apabila tidak lagi mendengar suara nyanyian Leo, Kiela terus menoleh memandang Leo di hadapannya.

            “ Apa yang Kiela lukis? ” Tanya Leo sambil perlahan-lahan mendekati Kiela.

Kiela hanya menggeleng dan menutup kertas kanvasnya daripada dilihat oleh Leo. “ Bagi oppa tengok.” Kiela tetap menggeleng.

Leo duduk di hadapannya. “ Kiela.”

            “ Nanti Kiela tunjuk.”

            “ Oppa nak tengok sekarang.” Kiela tetap menggeleng. Leo memandangnya sebelum menggeletek pinggangnya. “ Omo~ ” Kiela ketawa kecil.

            “ Kiela, bagi oppa tengok.” Leo terus sahaja berhenti menggeletek pinggang Kiela.

Kiela terus sahaja menunjukkan lukisannya kepada Leo. Selepas beberapa ketika, Leo memandangnya, “ Thank you, Kiela.”

Kiela hanya tersenyum. “ Okay tak? ” Leo mengangguk sambil tersenyum.

Kiela mengambil semula kertas lukisannya. Leo memandangnya yang asyik membetulkan sedikit lukisannya. Apabila menyedari dirinya dipandang lama, dia menoleh dan menatap wajah Leo.

            “ Waeyo, oppa?”

Leo menggeleng sebelum memeluk erat kekasihnya itu. “ Oppa tak sanggup kehilangan Kiela.  Oppa nak Kiela sentiasa selamat. Oppa tak mampu nak lihat Kiela terseksa.”Kiela hanya mengangguk dalam dakapan Leo. Pelukan Leo dieratkan.

Soeys dan Hongbin memasuki bilik tersebut dan melihat Kiela dan Leo sudah terlelap di dalam bilik itu. Kiela berbaring di paha Leo manakala Leo pula bersandar di dinding sambil memegang erat tangan Kiela.

            “ Kesian Leo oppa dan Kiela.”

Hongbin memandang Soeys, “ Itu dugaan dalam hubungan dia orang berdua.”

            “ Tapi Kiela terlalu muda untuk menghadapi semua tu.”

            “ Leo hyung ada untuk bantu dia. Soeys jangan risau.”

Soeys hanya mengangguk perlahan. Hongbin menarik Soeys supaya keluar dari bilik itu dan membiarkan mereka berdua tidur. Setelah menutup pintu, mereka beredar ke ruang tamu.

To be continued...

No comments: