Waktu malam,
Seperti biasa mereka akan melakukan hal masing-masing di dorm itu memandangkan mereka tiada apa yang hendak dibuat. Kiela sedang khusyuk melukis gambar pemandangan malam di luar dorm mereka. Dia duduk di kerusi yang biasa manager duduk kerana ketika itu manager keluar. Leo pula berbaring di sofa yang terletak di ruang tamu itu sambil mendengar lagu.
Hyuk, Soeys dan Ken sedang bermain dam ular di tengah ruang tamu. Kadang-kadang mereka dimarahi oleh Leo kerana membuat bising dan mengganggunya. N berada di bilik sambil tangannya laju menekan-nekan telefon bimbitnya tidak lain tidak bukan bermesej dengan Eunyoung. Hongbin dan Ravi pula bermain playstation.
Secara tiba-tiba dorm mereka menjadi gelap gelita. “Alaa!!” Jerit Hongbin dan Ravi serentak. Hyuk dan N menjerit kerana terkejut dengan keadaan itu. “Hyukkie!” Kata Soeys. Leo pula mengeluh. Kiela berhenti melukis. Aktiviti mereka semua terhenti buat sementara waktu.
“Leo ah! Ravi ah!! Ken ah!! Hyuk ah!! Hongbin ah!!” Kedengaran nama mereka seorang demi seorang dipanggil oleh N.
Mereka tidak menjawab membuatkan N melaung sekali lagi. “Yahh!! Sesiapa tolonglah cari lilin cepat!!” Jeritnya lagi.
Leo mengeluh lalu bangun dari baringnya. Berbekalkan cahaya dari telefon bimbitnya, dia pergi ke dapur dan membuka laci. Beberapa minit mengelongkar, akhirnya dia terjumpa sekotak lilin dan sekotak mancis. Dia mengeluarkan tiga batang lilin dan menyalakan api. Perlahan-lahan dia membawa lilin itu ke bilik N dan menyerahkannya kepada N.
“Thanks Leo,” ucapnya sambil menarik nafas lega.
Leo kemudian keluar dari bilik itu. Tanpa berfikir panjang, N turut mengikutnya ke ruang tamu. Di ruang tamu, Leo menyerah sebatang lilin kepada Hongbin dan sebatang lagi dia pegang.
Ruang tamu sudah disinari dengan cahaya lilin. Hongbin memandang Soeys dan Hyuk sambil membuat muka selamba. Hyuk yang perasan dirinya dipandang oleh Hongbin tersengih-sengih. Dia melepaskan tangan Soeys yang dipeluk ketika elektrik tiba-tiba putus tadi.
“Apa nak buat dalam gelap ni?” Tanya Ken sambil mengeluh.
“Tidurlah apa lagi,” balas Ravi sambil mengambil patung yang berbelang hitam dan putih yang diberi nama Leo lalu berbaring di situ.
“Ya! Wake up!” Kata N sambil menepuk punggung Ravi tetapi Ravi hanya buat tidak tahu.
N meletakkan lilinnya di tengah-tengah ruang tamu bersama dengan lilin Hongbin tadi. Sebatang lagi lilin telah diberikan kepada Kiela oleh Leo. Kiela sudah berhenti melukis dan hanya duduk dikerusi itu sambil termenung ke luar. Leo masih duduk di sofa dan memejamkan matanya. N, Hongbin, Hyuk, Soeys, Ken dan Ravi yang sedang berbaring duduk mengelilingi lilin itu. Sesekali Soeys bermain dengan lilin itu tetapi ditegah oleh Hongbin.
“Apa kita nak buat?” Tanya Hyuk yang sudah mula bosan.
Masing-masing hanya menggeleng. Ravi pula tiada reaksi darinya. Dia sebenarnya hanya memejamkan mata sahaja tidak tidur pun.
“Kita main game?” Cadang Soeys.
Mereka memandang Soeys. “Main teka bayang? Hehehe….” Cadang Soeys sambil membuat bentuk menggunakan tangannya dan baying-bayang tangannya terpantul je dinding. Mereka menggeleng. Kemudian mereka mendiamkan diri.
“Radish picking…”
Semua mata memandang Leo yang terbaring di sofa. Mereka tidak nampak wajah Leo kerana cahaya malap dan hanya nampak susuk tubuhnya sahaja. Masing-masing membuat muka sambil menggeleng-geleng. “Leo bercakap dalam tidur ke?” Tanya N.
“Saya belum tidurlah,” balasnya.
Mereka hanya mendiamkan diri. Suasana malam itu sunyi sepi daripada suara mereka. Hanya kedengaran bunyi serangga malam sahaja.
“Korang nak dengar satu cerita tak?” Tanya Soeys tiba-tiba.
Mereka semua memandang Soeys dengan pelik kemudian masing-masing mengangguk perlahan. “Ceritalah…”
“Cerita dia macam ni…. Satu malam tu, seorang perempuan berjalan seorang diri dekat kawasan perumahan flatlah. Waktu tu tengah malam tau dia jalan sorang-sorang sebab dia baru balik dari kerja dia……” Ken, Hyuk dan Hongbin khusyuk mendengar cerita Soeys.
Belum sempat Soeys menghabiskan ceritanya, N menjerit sambil menggeleng kepala dan menutup telinganya. “Waeyo N oppa?”
“Spoiled lah!” Kata Hongbin sambil menumbuk tangannya dan memandang N.
“Jangan cerita. Oppa tahu Soeys nak cerita apa. Please don’t!!” Rayu N.
“Tapi ni baru permulaan ceritalah oppa.. Belum habis lagi,”
“Andwae andwae!!”
Ken memegang kedua-dua tangan N dan menutup mulutnya. “Teruskan Soeys. Oppa nak dengar,”
“Andwae!!”
Kali ini Hyuk membantu Ken menutup mulut N. Soeys hanya ketawa. “Sudah… Janganlah buat N oppa macam tu. Kesian dia,” kata Soeys sambil menepuk perlahan kaki Hyuk dan Ken.
Hyuk dan Ken melepaskan N. Sebaik sahaja terlepas, N terus memukul leher Ken dan Hyuk. “Terima kasih,” ucap N sambil mengusap kepala Soeys.
Soeys mengelak dan memegang tangan N. “Tak nak terima,”
“Waeyo?”
“Dengar cerita Soeys sampai habis baru Soeys terima kasih oppa,”
N membuat muka kelatnya. Nak tak nak dia terpaksa mengangguk perlahan. Soeys tersenyum lebar. “Teruskan Soeys,” kata Ken.
“Dia terus berjalan pulang ke rumah dia. Tiba-tiba angin bertiup sepoi-sepoi bahasa malam tu. Dia buat tak tahu je dan terus berjalan balik. Masa dah nak sampai kat rumah flat dia tu, dia ternampak macam bayang seseorang tengah berjalan. Orang tu berjalan perlahan-lahan waktu tengah-tengah malam tu. Dia buat tak tahu je dan terus jalan sampailah dia dah dekat dengan orang tu baru dia perasan yang orang tu cacat. Sebelah kaki dia macam dah lumpuh, orangnya pun kurus je…” Perlahan-lahan Ravi mencelikkan sebelah matanya. Dalam diam dia pun mendengar cerita Soeys itu.
“Dari belakang nampak macam makcik, jadi dia pun tegurlah makcik tu dengan prihatinnya. Tapi dia rasa macam nak tercabut jantung bila makcik tu menoleh memandang dia…. Tahu tak kenapa?” Mereka masing-masing menggeleng.
“Sebab muka makcik tu buruk gila. Mata dia merah menyala! Muka makcik tu penuh dengan darah dari kepala sampai dagu dengan kesan calar kat muka dia. Tiba-tiba makcik tu pegang tangan dia dengan kuat sambil cakap… “Mana anak aku?” Perempuan tu nak menjerit tapi tak boleh. Makcik tu terus tanya dia.. “Pulangkan anak aku!!” Serta-merta perempuan itu pengsan. Bila dia sedar, dia ada dekat hospital. Orang yang jumpa dia cakap yang dia dijumpai dekat tengah jalan. Macam tu lah cerita dia.. Seram tak?”
Hyuk memeluk tubuhnya. N sudah pun membenamkan wajahnya di lututnya. “Siapa sebenarnya makcik tu?”
Soeys menoleh ke belakang dan mendapati Leo duduk bersila dibelakangnya. Dia menjerit kerana terkejut dengan kehadiran Leo yang tiba-tiba itu. N apalagi, dengar sahaja Soeys menjerit, dia turut menjerit dan memeluk Ken.
“Leo oppa!!” Soeys memukul Leo dengan anak patung yang bernama Leo itu juga.
Leo menahannya dengan sebelah tangannya sahaja sambil memandang Soeys dengan tajam. Soeys membuat muka sambil memandang Leo kemudian memandang lilin semula.
“Sebenarnya makcik tu dah mati kena langgar 10 tahun lepas. Masa tu, makcik tu tengah berjalan balik rumah dengan anak dia yang berumur 10 tahun. Tiba-tiba ada satu kereta melanggar mereka dari belakang. Mereka berdua mati kat situ juga tapi makcik itu mati sebelum anaknya mati. Teruk jugalah kemalangan tu, keadaan makcik tu sama dengan perempuan tu nampak. Sebelum makcik tu mati, dia tak dapat cari mayat anak dia. Sebab tu roh makcik tu tak tenteram. Setiap malam, waktu yang sama kejadian itu berlaku, roh makcik itu berkeliaran dekat kawasan tu cari anak dia dengan keadaan macam tu. Macam tu lah cerita dia…”
Mereka semua mengangguk. Hongbin mengusap tengkuknya. Hyuk masih memeluk tubuhnya. Ken, Ravi dan Leo hanya mengangguk. Leo menyertai mereka di tengah-tengah ruang tamu itu. Ravi masih lagi berbaring tetapi dia sudah pun membuka matanya.
“Kiela pun ada satu cerita juga….”
Mereka memandang Kiela yang berjalan menghampiri mereka. Kiela terus berjalan dan mengambil tempat di sebelah Leo. Jadi, sekarang mereka membuat satu bulatan yang mengelilingi lilin.
“Yang ni terjadi dekat kawan lama Kiela dulu. Dia yang cerita. Cerita dia macam ni… Dia duduk dekat asrama, satu malam tu dia dengan kawan dia tengah stay up sampai tengah malam sebab nak study. Lepas tu, kawan dia tu ajak dia pergi library asrama sebab nak ambil buku rujukan. Jadi tengah-tengah malam tu mereka berdua keluar berjalan pergi library. Dia teman kawan dia cari buku rujukan. Tiba-tiba dia terpandang kaki kawan dia…. Kawan dia tu TAK ADA KAKI! Darah menitis-nitis dari lutut 'kawan' dia tu.”
Kiela menekankan tiga perkataan terakhirnya itu menyebabkan mereka semua tersentak. Kiela terus menyambung ceritanya. “Dia dah takut gila masa tu. Dia Cuma nak larikan diri je. Tapi dia sempat cakap kat kawan dia yang dia nak pergi balik bilik sebab tertinggal barang. Tapi kawan dia tu balas… “Tertinggal barang ke dah tahu?” Apalagi, dia terus lari lintang pukan tinggalkan perpustakaan tu. Tiba-tiba je dia dapat bau busuk dan kat belakang dia terdengar bunyi tapak kaki orang kejar dia. Dia tak berani pandang belakang dan terus lari masuk balik ke dorm. Sebab tu dia demam panas seminggu. Ikut cerita kawan dia pula, kawan dia dah tidur masa study dan tak ada pula ajak dia pergi mana-mana.”
Bulu roma mereka sudah mula tegak. Hyuk berusaha menurunkannya dengan menggosok beberapa kali. Leo turut mengusap lehernya.
“Seram kot,” kata Ken sambil berpeluk tubuh.
Ravi yang berbaring sudah pun duduk sambil memeluk lututnya. Sesekali Hyuk memandang sekeliling dengan perasaan takut-takut berani. N pula sudah terlelap kerana tidak mahu mendengar dan menyertai mereka mendengar cerita seram. Dia berbaring di paha Ken.
“Nak pergi tandas kejaplah,” kata Hongbin lalu mengambil sebatang lilin dan bangun.
“Hongbin hyung pergi sorang je ke? Berani betul,” kata Hyuk.
“Hati-hati ye,” kata Soeys.
Hongbin hanya mengangguk dan bergerak perlahan-lahan menuju ke tandas yang terletak di dapur tetapi ke dalam sedikit. Sementara Hongbin pergi ke tandas, mereka menyambung semula bercerita. Masing-masing membuka cerita pada malam itu tetapi tiada pula yang bercerita tentang pengalaman sendiri.
Di dapur,
Semasa Hongbin melepaskan hajatnya, dia terdengar bunyi derap kaki seseorang yang berjalan ke dapur. Dia hanya buat tidak tahu dan menganggap yang salah seorang dari mereka yang pergi ke dapur kerana haus ataupun mencari makanan. Seketika kemudian, dia keluar dari tandas sambil menjenguk ke dapur. Dia agak berdebar ditambah dengan keadaan yang gelap gelita itu. Kemudian dia menarik nafas lega apabila mendapati susuk tubuh seseorang yang sangat dikenalinya berada di dapur.
“Soeys…” tegurnya sambil menghampiri Soeys yang sedang menogak air dari gelas.
Soeys selesai minum dan memandang Hongbin. Dia hanya mendiamkan diri. “Kenapa tak cakap nak minum tadi? Boleh pergi dengan oppa,” kata Hongbin.
Soeys masih tidak bersuara. Dia hanya memandang Hongbin sambil memberikan senyuman. Hongbin agak seram melihat senyuman Soeys itu, dia dapat rasa seperti agak lain di senyuman Soeys.
“Err.. Jomlah kita pergi balik dekat dia orang,” kata Hongbin sambil cuba untuk tersenyum. Dia mengangkat tangannya untuk meraih bahu Soeys tetapi Soeys bergerak ke tempat lain.
“Soeys nak pergi tandas kejap. Oppa pergilah dulu,” barulah Soeys bersuara.
“Oppa tunggu,”
Soeys menggeleng laju. “Oppa pergi join mereka dulu nanti Soeys datanglah,”
Hongbin teragak-agak untuk mengangguk. Melihat Soeys sudah melangkah masuk ke dalam tandas, Hongbin berpatah balik ke ruang tamu. Tetapi apabila sampai di ruang tamu, dia terkaku. Hampir sahaja lilin yang dipegangnya terlepas. Soeys berada dengan mereka semua.
“Oppa, kenapa lambat sangat? Dah nak habis cerita Ken oppa ni,” panggil Soeys sambil melambaikan tangannya.
Hongbin melangkah menghampiri mereka dan duduk di sebelah Soeys. “Bila Soeys sampai sini balik? Bukan baru masuk ke tadi?” Tanya Hongbin perlahan tidak mahu mengganggu cerita Ken.
“Eh? Apa maksud oppa?” Tanya Soeys pelik.
“Tadi kan Soeys pergi tandas… kan?” Ayatnya meleret. Dia kemudian termenung.
“Aniya. Mana ada Soeys pergi tandas. Dari tadi Soeys duduk sini kan. Lagipun takkanlah Soeys berani nak pergi sorang-sorang. Hahaha..”
Hongbin terkesima. Habis yang tadi tu siapa? Bila difikirkan balik, pada mulanya Soeys tidak bercakap dengannya, kemudian Soeys tersenyum dan senyuman itu agak menyeramkan dan akhir sekali baru dia perasan yang Soeys tidak membawa sebarang lampu atau lilin. Jadi….. Hongbin menjeling Soeys yang sedang memeluk pinggangnya sambil melentukkan kepalanya di bahunya.
Esoknya
Hongbin diserang demam secara tiba-tiba. Perkara itu agak mengejutkan kerana sejak semalam dan malam tadi Hongbin okay sahaja dan tiba-tiba pagi itu Hongbin tidak larat bangun dan badannya mengigil. Mujurlah petang itu demamnya sudah hendak kebah.
“Oppa. Kenapa ni? Macam mana boleh demam?” Tanya Soeys sambil mengusap perlahan kepala Hongbin. Ketika itu Hongbin masih tidur. Perlahan-lahan Hongbin membuka matanya dan mencapai tangan Soeys.
“Maaf menyusahkan…” ucapnya.
Soeys menggeleng sambil menggenggam tangan Hongbin. “Tak pun. Oppa kenapa boleh demam ni? Risau Soeys tiba-tiba je demam,”
Hongbin menggeleng perlahan lalu bangun perlahan-lahan. “I’m okay,”
“Sebab kita main cerita seram semalam tu ke buat oppa demam? Soeys minta maaf, tak tahu pula oppa tak boleh dengar cerita-cerita macam tu,”
Hongbin meletakkan jarinya di bibir Soeys seraya menggeleng. “Bukan sebab tu, sebab lain.”
Soeys menarik tangan Hongbin. “Habis tu? Ceritalah please…”
Hongbin mengeluh perlahan. Dia terpaksa juga menceritakan apa yang berlaku padanya malam tadi. Soeys terkejut mendengar cerita Hongbin. Bulu tengkuknya mula meremang. “Siapa pula yang jadi Soeys malam tadi?” Fikir Soeys. Dia juga terasa seram. Hongbin menggeleng.
“Oppa lupakan je lah ye. Huhuhu…” ucap Soeys.
Hongbin hanya mengangguk kemudian dia bangun perlahan-lahan kerana hendak ke tandas, Soeys membantunya untuk bangun. Tetapi semasa Hongbin hendak memakai selipar, dia tergelincir dan menyebabkan mereka berdua terjatuh di atas katil. Badan Hongbin berada di badan Soeys dan wajah mereka sangat hampir.
Mereka sendiri terkejut dengan keadaan itu dan menyebabkan mereka terpaku. Perlahan-lahan Hongbin mendekatkan lagi wajahnya ke wajah Soeys. Tetapi apabila bibir mereka hampir bertemu, pintu bilik di buka dan Hyuk muncul di muka pintu.
“Oops! Salah time!! Sorry sorry!” Ucapnya lalu cepat-cepat menutup pintu dan beredar dari situ.
Hongbin cepat-cepat bangun dan membantu Soeys untuk bangun. Wajah mereka kemerah-merahan kerana menahan malu. Walaupun agak pening, Hongbin melangkah juga untuk pergi ke tandas. Soeys cepat-cepat memapah Hongbin keluar dari bilik itu.
To be continued...
No comments:
Post a Comment