Musim sejuk datang lagi. Seluruh kawasan luar asrama VIXX diseliputi salji tebal. Suasananya sungguh cantik. Tiba-tiba seseorang berlari keluar dari pintu asrama sambil menjerit dan mendepakan tangannya kemudian berpusing-pusing di depan dorm itu.
“Hyukkie!!” Laung Soeys yang turut keluar dari pintu asrama.
Soeys menghampiri Hyuk tetapi Hyuk pantas membaling bebola salji ke arah Soeys. Dia tidak sempat mengelak dan bola salji itu terkena mukanya menyebabkan dia jatuh terduduk di situ.
“Omo noona! Mianhae!!” Jerit Hyuk sambil berlari ke arah Soeys.
Hongbin yang baru keluar dari asrama juga datang menghampiri Soeys dan membantunya bangun. “I’m sorry noona, hyung..” ucap Hyuk sambil menunduk beberapa kali.
“Tak boleh dimaafkan!” Kata Soeys sambil membaling bebola salji ke arah Hyuk dan terkena perutnya. Hyuk mengaduh kesakitan sambil memegang perutnya.
“Ambil ni juga!” Kata Hongbin lalu membaling bebola salji ke arah kaki Hyuk.
Hyuk terus melarikan diri takut dia diserang lagi. Soeys dan Hongbin ketawa sambil berhigh five melihat Hyuk yang berlari ketakutan.
Leo keluar dari pintu asrama sambil menggosok-gosok tangannya. Kadang-kadang dia menepuk dan meniup tangannya. “Sejuknya..” ucapnya sambil menggigil.
“Better?” Tanya Kiela sambil melilit sehelai selendang yang agak tebal di leher Leo. Leo mengangguk sambil memandang Kiela yang tersenyum nipis memandangnya.
Kemudian, Ravi, Ken dan N juga turut keluar dari asrama. Masing-masing yang memakai pakaian yang tebal-tebal masih menahan sejuk.
“Apa lagi, tolonglah hyung bersihkan salji dekat kereta dan laluan ni,” ucap manager yang keluar sambil memegang kunci kereta.
Ravi, Ken, N, Leo, Hongbin dan Hyuk mengikut langkah manager pergi ke stor yang terletak di tepi dorm untuk mengambil penyodok. Seketika kemudian mereka keluar dengan penyodok di tangan masing-masing dan mereka mula mengetepikan timbunan salji.
“Hyuk, kuat sikit!” Laung Soeys sambil ketawa.
Hyuk mengeluh. “Noona diamlah. Susah tahu tak,” rungut Hyuk sambil terus berusaha menolak timbunan salji tersebut. Tiba-tiba Leo melanggar punggung Hyuk dan membuatkan dia terdorong ke hadapan. Hyuk hanya buat tidak tahu sahaja kerana tidak berani melawan Leo.
“Leo hyung so mean,” bisik Ravi.
Leo tidak menghiraukannya dan terus menolak timbunan salji itu. Kiela duduk tembok yang berada beberapa meter dari dorm VIXX sambil menahan kesejukan. Kemudian Soeys menyertainya. “Sejuk?” Kiela mengangguk sambil memeluk tubuhnya. Tiba-tiba Soeys menarik tangan Kiela supaya bangun. Dia merenung kakaknya dengan muka blur.
“Jomlah main. Kata sejuk. Kita panaskan badan. Kajja,” Soeys menarik tangan Kiela lagi sambil berjalan. Kiela hanya menurut sahaja.
VIXX selesai membersihkan salji yang menutup jalan keluar dorm mereka. Setelah menyimpan penyodok, masing-masing membuat aktiviti masing-masing pada pagi itu. Mereka akan bergerak ke destinasi mereka pada hari itu selepas makan tengah hari.
Soeys mengajar Kiela menari di atas salji. Pada mulanya Kiela tidak mahu tetapi dia memaksa Kiela sehingga Kiela akhirnya bersetuju. Dia focus melihat gerak langkah kakaknya kemudian dia mengikut perlahan-lahan. Leo yang memerhatikannya sejak tadi tersenyum melihatnya. *Comel* fikir Leo.
Hongbin dan Hyuk pula bermain kejar-kejar. Hyuk dan Hongbin menyatukan tapak tangan mereka kemudian Hyuk menolak tangan Hongbin. “Heol!” Dia berpaling dan melarikan diri daripada Hongbin. Hongbin ketawa lalu mengejarnya ala-ala haraboji. Hyuk berlari sambil menggelengkan kepalanya dan berlagak seperti budak kecil yang berlari dan Hongbin terus mengejarnya. Kemudian Hyuk berhenti lalu mengambil segumpal salji dan membalingnya ke arah Hongbin. Hongbin mengelak lalu membalas dendam dan salji itu hampir terkena muka Hyuk. Mereka terus bermain kejar-kejar.
Ravi dan Ken pula berbaring di atas salji dan menggerakkan kedua-dua kaki dan tangan mereka menghasilkan satu bentuk. “Bentuk siapa yang paling bulat dia menang okay?” Ravi mengangguk setuju. Mereka berdua terus berbaring dan membuat bulatan menggunakan kaki dan tangan mereka.
Leo mencangkung di tepi tembok sambil sibuk membuat beberapa bola salji kemudian dia menyusunnya membentuk orang salji yang kecil dan comel. Dia khusyuk membuat benda itu tanpa mempedulikan sesiapa pun. N pula mengambil sebatang ranting dan mengukir sesuatu di atas salji dengan besar.
“Auww.. Oppa so sweet…” ucap Soeys yang berdiri di sebelah N dan melihat apa yang N tulis.
“Biasalah.. Suka?” Soeys mengangguk sambil tersenyum lebar. Kemudian dia berlari menuju ke van mpv dan menyelongkar beg Hongbin. Dia mengeluarkan camera DSLR Hongbin dan kembali kepada N. Dia mengambil gambar lukisan N.
“VIXX ❤ Starlight .. Love forever?” Hyuk membaca apa yang ditulis oleh N.
N mengangguk beberapa kali sambil berpusing-pusing di situ. Kemudian Hongbin menghampiri mereka bertiga dan terpandangkan kamera yang berada di tangan Soeys. “Eh? Ambil kat mana tu?” Soeys terpandang Hongbin kemudian cepat-cepat menyembunyikan kamera itu di belakangnya sambil menggeleng.
“Main ambil je.. Nak kena ni..” Hongbin menghampiri Soeys tetapi Soeys cepat-cepat melarikan diri.
Hongbin terus mengejar Soeys tetapi Soeys sempat memetik butang di kamera itu beberapa kali mengambil gambar Hongbin kemudian dia terus berlari sambil ketawa dan dikejar oleh Hongbin.
Sementara itu,
Kiela masih kesejukan. Tarian yang diajar oleh Soeys tadi tidak memberi kesan pun. Panas sekejap sahaja kemudian badannya sejuk balik. Dia melangkah menghampiri Leo yang khusyuk menyusun beberapa biji orang salji kecil di hadapannya. Kiela hanya melihat tanpa mahu mengganggu Leo.
Kemudian Soeys bersama Hongbin datang. “Auww.. Tengok ni. Comelnya..” puji Soeys kemudian mengambil beberapa gambar orang salji kecil itu.
“Our Leo made this,” ucap N yang tiba-tiba datang.
Tidak lama kemudian Ken, Ravi dan Hyuk turut berkumpul di situ. Di hadapan Leo ada lapan biji orang salji kecil. Hongbin mengambil kameranya dari Soeys dan mula mengambil beberapa shot yang cantik untuk orang salji itu. N terus menghampiri Leo dan memeluk bahunya.
“Ini hyung tahu siapa. Yang comel comel tu mestilah hyung kan? Kan? Kan?” N menarik-narik bahu Leo sambil mengangguk. Leo menolak tangan N sambil menggeleng.
“Habis tu siapa oppa?” Tanya Soeys yang sedang mencangkung sambil memerhati satu persatu patung salji itu.
“Hyukkie,” balas Leo.
“Ahhh.. itu saya…” ucap Hyuk sambil tersenyum dan berpusing-pusing seperti budak kecil.
“Kenalkanlah sorang-sorang,” pinta Kiela.
Leo menghulurkan tangannya menunjuk satu persatu patung salji kecil itu. “Hongbin…. Ravi…. Ken…. Soeys…. Kiela… Leo…. N hyung…” Leo menunjuk satu persatu. Mereka yang lain hanya mengangguk sahaja.
“Our Leo so sweet…” ucap N sambil memeluk bahu Leo tetapi Leo menolaknya dan melarikan diri ke tempat lain. Kiela hanya melihat gelagat mereka berdua sambil tergelak sedikit.
Soeys mendekati adiknya yang sedang memerhatikan VIXX yang sedang bermain salji di halaman dorm mereka itu. “ Kenapa duduk sini je? ” Kiela hanya menggeleng.
Soeys meraih tangan adiknya itu lalu dibawa ke satu tempat tidak jauh daripada Hongbin dan Hyuk yang sedang ‘berperang’ menggunakan bola salji. Kiela memandang kakaknya, “ Kita nak buat apa? ”
“ Kita buat patung orang salji yang besar! ” Kata Soeys dengan gembiranya. Kiela mengangguk setuju sebelum mengumpul salji. Soeys terus sahaja membentuk patung tersebut.
Beberapa minit kemudian,
VIXX yang sedang bermain sesama sendiri menyedari yang Soeys dan Kiela tidak menyertai mereka semua. Mereka berenam menoleh ke sekitar kawasan tersebut dan melihat Soeys dan Kiela sedang membentuk orang salji dibantu oleh manager VIXX. Manager VIXX memandang sekeliling sebelum mengambil sesuatu dan terus sahaja melekatkan benda yang diambilnya di muka orang salji itu.
“ Siap dah!!” Jerit Soeys dengan gembiranya. Dia melompat-lompat setempat sambil menepuk tangannya. Kiela hanya menepuk tangan perlahan. Manager VIXX hanya tersenyum riang sambil menepuk tangannya.
VIXX mendekati mereka bertiga. “ Wow!!” Puji N. Soeys berhenti melompat dan memandang mereka semua. “ Hebat kan kita orang? ”
VIXX hanya mengangguk. Hongbin mendekati Soeys, “ Good job, jagiya.” Hongbin mencium pipi Soeys.
“ Otteokaji~ ” Ken menutup matanya namun masih lagi dapat melihat aksi tersebut. Ravi menutup mata Hyuk. N hanya bersiul. Manager VIXX hanya tersenyum.
Leo mendekati Kiela yang dari tadi tersenyum. Leo mengenggam salji lalu ditaburkan di atas kepala Kiela. Kiela memandang Leo yang hanya tersenyum. Dia mula membalas dengan menaburkan salji itu di atas kepala Leo. Dia perlu menjengket sedikit kerana Leo lebih tinggi daripadanya. Tiba-tiba sahaja dia tergelincir sewaktu menjengket kerana salji yang licin menyebabkan kedua-dua mereka hilang kawalan.
Pada masa yang sama,
Hongbin berhadapan dengan Soeys dan memandang Soeys yang sudah berona merah di pipinya. N, Hyuk, Ravi dan Ken hanya tersenyum-senyum sebelum bersiul lagi. Tiba-tiba mereka mendengar sesuatu terjatuh berhampiran mereka. Mereka semua terus sahaja berpaling dan melihat sesuatu yang luar di jangkaan mereka. Kali ini, Ravi tidak sempat menutup mata Hyuk. Manager VIXX turut terkejut di situ.
Leo dan Kiela terbaring di atas jalan yang diselaputi dengan salji putih. Kiela berada di atas badan Leo. Mereka berhadapan antara satu sama lain. Bibir mereka bertemu. Kedua-dua tangan Leo memeluk pinggang Kiela. Apabila menyedari yang mereka berdua sedang diperhatikan, Kiela cuba untuk menjarakkan dirinya dari Leo tetapi Leo semakin mengeratkan pelukannya tanpa menghiraukan mereka yang lain. Dia malah terus mencium bibir Kiela.
“ Omo~ ” Soeys menutup mulutnya.
“ Eherm! Sudah-sudahlah tu. Ada budak bawah umur kat sini,” ucap N sambil membaling ketulan salji ke arah Leo dan Kiela.
Ken dan Ravi mengikut tindakan N itu. Soeys dan Hongbin hanya ketawa melihat mereka mengenakan Leo dan Kiela. Tanpa disedari, Hongbin melingkarkan tangannya di pinggang Soeys. “ Ni pahal pulak ni? Nak kiss jugak? ” Hongbin mengangguk sambil membuat muka nakal. Serentak itu Soeys menyiku perut Hongbin sehingga dia terundur ke belakang.
Hyuk, Ken, Hongbin, Ravi dan N berdehem beberapa kali. Kiela terus mengangkat mukanya sebelum bangun dari badan Leo apabila mendengar deheman VIXX dan balingan salji di sekitarnya. Leo bangun lalu memandang tajam kawan-kawannya yang sudah tersengih-sengih. Kiela menundukkan wajahnya kerana malu.
Soeys mendekati adiknya sebelum memeluk adiknya itu. Hyuk tersenyum sinis, “ Hyung, Kiela tu bawah umur lagi lah.”
Kiela menggigit bibir bawahnya menahan malu dengan kata-kata Hyuk itu. Leo memandang Hyuk sebelum bangun untuk menyerang Hyuk. Namun dia dihalang oleh N dan Ravi.
Soeys berhadapan dengan adiknya sebelum tersenyum nipis. “ Wow, adik unnie ni dah maju lah.” Hongbin mendekati mereka berdua, “ Tak sangka Kiela boleh buat macam tu, ” usik Hongbin. Soeys berhigh five dengan Hongbin. Kiela menundukkan kepalanya.
“ Kiela terjatuh lah tadi,” beritahu Kiela perlahan.
Hyuk tersenyum sinis, “ Ya lah tu. Tak payah nak malu, Kiela. Kita orang faham.” Ken turut berhigh five dengan Hyuk. Leo cuba melepaskan dirinya daripada N dan Ravi untuk mengerjakan Ken dan Hyuk.
“ Cool down, Leo ah. Dia orang bergurau je..” kata N. Ravi mengangguk setuju. Leo mengeluh perlahan sebelum dia memandang Kiela yang sedang menundukkan kepalanya.
“ Rugi oppa tak ambil gambar tadi tu. Aish.” Hongbin mengeluh. Soeys ketawa kecil apabila adiknya sudah memeluk kedua-dua kakinya lalu membenamkan mukanya di kepala lutut.
Manager VIXX hanya tersenyum. “ Sudah-sudah lah tu usik Kiela. Kesian Kiela tu.”
Kiela mengangguk perlahan sambil dirinya masih menahan malu kerana diusik oleh VIXX dan Soeys. Soeys ketawa sambil menepuk-nepuk bahu Kiela.
N dan Ravi perlahan-lahan melepaskan Leo kerana menyangka Leo sudah tenang. Tetapi yang sebaliknya berlaku apabila Leo menyerang mereka berdua dengan menarik telinga mereka berdua. Ken dan Hyuk yang melihat keadaan itu terus melarikan diri dari situ. Setelah puas mengerjakan N dan Ravi, Leo menghampiri Hongbin pula.
“Oh hyung! Saya tak terlibat dengan mereka,” ucap Hongbin sambil menggoyang-goyangkan tapak tangannya.
Leo tidak menghiraukan Hongbin dan terus berjalan melepasi Hongbin dan menghampiri Soeys pula. “Eh oppa. Takkan nak belasah Soeys pulak?”
Sekali lagi Leo mengabaikan Soeys di situ dan terus menghampiri Kiela dan menarik tangannya. Kiela bangun sambil terpinga-pinga memandang Leo.
“Ada apa-apa yang sakit ke?” Tanya Leo sambil memerhatikan kaki dan tangan Kiela.
“Tak ada.”
Hongbin berdehem. “Dah jatuh atas hyung manalah nak sakit. Suka ada lah.. Aloha~ ” ucap Hongbin. Serentak itu Leo memandangnya dengan tajam.
“Oops. Soeys jom lari!!” Kata Hongbin sambil menarik tangan Soeys pergi dari situ.
Leo tidak sempat mengejar Hongbin dan Soeys yang sudah memecut laju. Dia menggeleng kepala melihat perangai mereka semua. Perlahan-lahan dia tersenyum nipis. “How naughty,” bisiknya.
Seminggu kemudian,
Manager memandu menuju ke lapangan terbang. Hari ini Soeys akan berangkat ke Amerika kerana kumpulannya terpilih dalam satu contest b-boy. Dia akan berada di sana selama seminggu. Sejam perjalanan, akhirnya mereka sampai di lapangan terbang. Di sana, G.NA, Gain dan Uee sedang menunggunya di balai berlepas. Beberapa minit lagi mereka akan berlepas.
Hongbin membantu menolak bagasi Soeys menuju ke arah mereka. Ahli VIXX dan Kiela turut mengikut menghantar Soeys ke lapangan terbang.
“Passport ada?”
Soeys mengangguk sambil menunjukkan passportnya kepada Hongbin. Hongbin mengangguk perlahan. Mukanya agak sedih ketika itu. Tiba-tiba kedengaran pengumuman menyatakan kapal terbang akan berlepas sebentar sahaja lagi.
“Soeys, kat sana nanti jaga diri elok-elok tau,” pesan N sambil memegang bahu Soeys.
Soeys mengangguk sambil tersenyum. N mencium kening Soeys kemudian menepuk kepalanya perlahan sambil tersenyum.
“Noona jangan lupa saya tau,” ucap Hyuk bernada sedih.
“Noona mesti rindu Hyukkie ni,” ucap Soeys seraya memeluk Hyuk.
“Take care kat sana,” ucap Ravi diikuti dengan Ken. Mereka berdua turut memeluk Soeys.
Tiba giliran Kiela pula. Dia terus memeluk Soeys dengan erat tanpa berkata apa-apa. Soeys membalas pelukannya sambil menepuk-nepuk belakangnya.
“Take care ye unnie. Have a save journey,” ucapnya. Soeys mengangguk. “You too,” Soeys terus mencium pipi Kiela.
Kiela meleraikan pelukannya dan kembali di sebelah Leo. “Soeys, take care. Have a save journey,” ucap Leo sambil menepuk bahu Soeys. Soeys hanya mengangguk sambil tersenyum.
Tiba giliran Hongbin pula. Dia yang dari tadi mendiamkan diri. N mengajak Ken, Ravi, Hyuk, Leo dan Kiela ke tempat lain kerana tidak mahu mengganggu Soeys dan Hongbin. “Oppa? Kenapa sedih je?” Tanya Soeys sambil memegang pipi Hongbin.
“Mana tak sedih. Seminggu tak dapat jumpa Soeys,” ucapnya.
“Alolo.. Skype kan ada. Macam-macam ada sekarang, kita boleh contact selalu. Jangan sedihlah,” Soeys mengusap kedua-dua pipi Hongbin kemudian memeluknya erat.
“Soeys, cepat!” Laung G.Na yang sudah pun hendak masuk ke dalam kapal terbang.
Soeys meleraikan pelukannya dan berhadapan dengan Hongbin. “Jaga diri elok-elok kat sana. Jangan nakal-nakal dan rindukan oppa ye,” ucap Hongbin.
“Baiklah!”
Hongbin terus memeluk bahu Soeys dan membawanya dekat kepadanya. Serentak itu, dia terus mengucup bibir Soeys. Soeys hanya tersenyum kemudian memeluk Hongbin sekali lagi. Agak berat hatinya untuk berpisah dengan Hongbin.
“Soeys pergi dulu,” ucapnya sambil menarik bagasinya pergi dari situ.
“Jangan lupa call bila dah sampai!” Laung Hongbin.
Soeys mengangkat tangannya sambil membuat isyarat ‘ok’. Hongbin melambaikan tangannya kepada Soeys. Ken, Ravi, N, Hyuk, Leo dan Kiela turut melambaikan tangan mereka kepada Soeys, G.Na, Uee dan Gain. Setelah mereka hilang dari padangan barulah mereka semua pulang ke dorm.
Esoknya,
Hari ini giliran Kiela pula untuk berangkat ke luar negara. Dia akan pergi ke Jepun kerana menyertai pertandingan melukis di sana. Dia juga akan berada di Jepun selama seminggu.
“Kiela take care ye kat sana,” ucap N sambil mengusap lembut kepala Kiela.
Kiela mengangguk sahaja. “Take care ye. Balik sini nanti jangan lupa bawakkan oppa sushi tau,” pesan Ravi sambil tersenyum.
“Ya! Nak jugak. Untuk oppa sekali ye Kiela,” kata Ken.
“Oppa pun!” Sampuk Hyuk
“Nae..Kiela belikan untuk semua nanti,” jawab Kiela.
Mereka ketawa sambil mengucapkan terima kasih kepada Kiela. Hongbin menghampiri Kiela dan memegang bahu kanannya. “Have a save journey,”
Kiela mengangguk sambil tersenyum. Kemudian tiba giliran Leo pula untuk berbual dengan Kiela. Mereka yang lain pergi jauh sikit dari mereka berdua. Kiela berhadapan dengan Leo. Leo mencapai tangan Kiela lalu digenggamnya.
“Jaga diri betul-betul tau,” Leo mengeratkan lagi genggamannya.
“Okay. You don’t have to worry,” balas Kiela sambil membalas genggaman tangan Leo.
Leo mengangguk kemudian membelai lembut wajah mulus Kiela sambil tersenyum nipis. Kemudian dia mengucup dahi Kiela. Kiela terus sahaja memeluk pinggang Leo dan membenamkan wajahnya di dada Leo. Leo mengusap lembut rambut Kiela.
Kedengaran pengumuman meminta semua orang bersedia kerana kapal terbang sudah hendak berlepas. Mereka meleraikan pelukan dan berhadapan sekali lagi.
“Kiela pergi dulu. Take care oppa,” ucapnya. Leo mengangguk perlahan sambil melepaskan tangan Kiela.
Kiela mengheret bagasinya dan berjalan meninggalkan balai berlepas. VIXX melambaikan tangan ke arah Kiela sehinggalah dia hilang dari pandangan barulah VIXX pulang ke dorm.
Di dorm
“Alahai.. Rasa bosan lak Soeys dengan Kiela tak ada,” ucap Ken sambil merenung siling dorm mereka.
“Tu lah,” balas Ravi.
Di Amerika
Sebaik sahaja sampai di airport, Soeys, Uee, Gain dan G.Na disambut oleh seseorang daripada pertandingan b-boy yang disertai mereka. Mereka terus sahaja dibawa ke hotel penginapan mereka selama seminggu di Amerika itu. Dalam perjalanan ke hotel penginapan mereka, Soeys menelefon Hongbin untuk memberitahunya yang dia sudah sampai di bumi Amerika.
Sepanjang berada di Amerika, mereka tidak sempat untuk menelefon keluarga di Korea kerana kesibukan mereka berlatih untuk pertandingan b-boy yang disertai oleh mereka. Bukan itu sahaja, mereka berempat turut ditunjukkan dengan street dance daripada kumpulan flash mob yang terkenal disana. Soeys hanya menghantar mesej kepada Hongbin apabila mereka pulang semula ke bilik hotel mereka.
To be continued...
No comments:
Post a Comment