My Oppa My Love ~ Chapter 49



Seminggu kemudian,
            Soeys dan Kiela telah pulang dari Amerika dan Jepun. Banyak juga ole-ole yang dibawa pulang untuk VIXX. Malam itu mereka duduk di dorm dan memunggah barang-barang yang dibawa oleh Soeys dan Kiela. VIXX mendapat pelbagai barangan yang dibeli khas untuk mereka dari Amerika dan Jepun.

            Ketika itu, Leo berada di dapur sedang menyiapkan makan malam mereka. Seketika kemudian Kiela datang dan memberinya makanan yang hendak dimasak dan dihidangkan termasuk sushi yang dipesan oleh Ken, Hyuk dan Ravi. Dia membantu Leo menyediakan makanan itu.

            “Hongbin ah!” Panggil Leo.

Sebaik mendengar namanya dipanggil, Hongbin segera bangun dan menuju ke arah Leo. “Set the table,”

            Hongbin berpatah balik dan mengambil sebuah meja lipat dan membentangkannya di tengah ruang tamu. Mereka mengemas barang-barang ke tepi bagi memberi ruang kepada Hongbin untuk membentang meja. Kemudian mereka berkumpul sebaik sahaja Leo dan Kiela membawa makanan.Ketika makan, mereka berborak panjang menceritakan pengalaman selama seminggu di Amerika dan Jepun.

Tepat pukul 11 malam, Kiela mula menguap semasa dia sedang meluangkan masa dengan Leo di ruang tamu. Hongbin dan Soeys pula masih lagi berbual panjang melepaskan rindu masing-masing. Ken, Ravi, Hyuk, dan N sudah pun berada dalam bilik untuk merehatkan diri.

            “ Kalau dah mengantuk, masuk tidur,” kata Leo perlahan sambil memandang wajah Kiela.

Kiela mengangguk perlahan. Leo terus membangunkannya sebelum membawanya memasuki biliknya. Soeys dan Hongbin melihat sahaja. Beberapa minit kemudian, Leo keluar dari bilik Kiela sebelum mengatur langkah menuju ke biliknya.

            “ Leo hyung! ” Panggil Hongbin.

Leo memandangnya. “ Boleh tak kalau saya tidur di ruang tamu dengan Soeys? ” Leo hanya mengangguk sebelum memasuki biliknya.

Soeys memandang Hongbin dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Hongbin menatap wajah kekasihnya yang sangat dirinduinya selama seminggu. “ Oppa nak luangkan masa dengan Soeys malam ni.”

            “Rindu sangatlah tu konon,” usik Soeys.

            “Sangat sangat sangat sangat!!!” Kata Hongbin sambil memeluk erat bahu Soeys dan mendekatkan wajahnya ke wajah Soeys. Hidungnya bersentuhan dengan pipi Soeys.

            “Soeys pun rindu gila ah dengan oppa,” balas Soeys sambil memeluk badan sasa Hongbin dengan sangat erat.

            “Macam mana pengalaman seminggu dekat Negara orang? Okay ke? Ada masalah?” Tanya Hongbin.

            “Satu-satu lah oppa. Hahaha.. okay je duduk kat sana. Suasana dekat sana semestinya lain dengan dekat sini. Tapi orang-orang kat sana ramah juga jadi senang nak berkawan. Sepanjang dekat sana tak ada masalah pun. Semuanya clean and clear,” cerita Soeys.

            Hongbin yang mendengar cerita Soeys hanya menggenggam tangannya dengan erat dan sesekali dia mengangguk. Hongbin membelai rambut Soeys dengan lembut sambil menatap wajah kesayangannya itu dengan lama.

            “Baguslah macam tu,”

Soeys tersenyum lebar. “Soeys tahu tak yang Hyuk tu rindu gila kat Soeys? Sampai dia lupa yang Soeys tak ada dekat dorm. Kesian pula tengok dia haritu,” cerita Hongbin sambil ketawa.

            “Kenapa? Dia buat apa?”

            “Ada ke patut tiba-tiba dia bangun pagi pergi dapur tengok N hyung masak lepas tu dia cari Soeys tanya kenapa bukan Soeys yang buat sarapan,”

            “Owh. Pity Hyukkie. Ish3,” balas Soeys sambil ketawa.

Buat seketika, tiada bicara dari mereka berdua. Mereka lebih melayani fikiran masing-masing ketika itu. Hongbin baring tetapi separuh badannya bersandar di dinding. Perlahan-lahan Hongbin mendekatkan wajahnya ke wajah Soeys dan menatap wajah kekasihnya. Mata mereka bertentangan agak lama.

“You know. I really love you,” ucap Hongbin perlahan.

“I know. Soeys tak nak kehilangan oppa,” balas Soeys.

Hongbin mendekatkan lagi wajahnya ke wajah Soeys sehingga dahi mereka bersatu. Perlahan-lahan Soeys mengangkat wajahnya dan terus mengucup bibir Hongbin. Hongbin membalas ciuman Soeys. Mereka bercumbu buat beberapa minit. Kemudian, Soeys menarik wajahnya dan meletakkan kepalanya di lengan Hongbin.

Melihat Soeys sudah menguap beberapa kali, Hongbin menepuk-nepuk bahu Soeys supaya dia tidur. Pada mulanya Soeys melawan perasaan mengantuknya semata-mata hendak menemani Hongbin tetapi dia tidak dapat tahan dan akhirnya terlelap.

            “Rehatlah,” ucap Hongbin sambil terus membelai rambut Soeys yang berada di dalam pelukannya. Dia mengucup lembut ubun-ubun Soeys.

            Soeys yang menjadikan lengan Hongbin sebagai bantalnya akhirnya tidur lena. Tanpa disedari, dia memeluk badan Hongbin. Hongbin membiarkan sahaja dan tidak lama kemudian, Hongbin turut tertidur di situ.

Pagi esoknya,
            Seseorang berjalan perlahan-lahan ke ruang tamu dan mendapati Soeys dan Hongbin masih tidur. Dengan pantas dia mengeluarkan sebuah kamera polaroid dan menghampiri Soeys dan Hongbin. Sebaik sahaja sampai, dia terus mengambil gambar mereka berdua yang sedang tidur. Setelah selesai, dia bergerak ke bilik Ravi pula. Dia membuat perkara yang sama kepada Ravi.

            Perkara itu dibuat juga kepada Ken, N, Hyuk dan Leo. Gambar Leo, dia ada juga mengambilnya menggunakan telefon bimbitnya untuk disimpan. Setelah itu dia pergi ke dapur dan menunggu poskad itu mengeluarkan imej yang diambilnya tadi. Dia ketawa sedikit melihat gambar-gambar yang diambil tadi.

            “Buat apa tu? Kenapa ketawa sorang-sorang?” Tanya manager yang tiba-tiba muncul.

            “Manager oppa…” Dia mengurut dadanya beberapa kali lalu menunjukkan beberapa keping gambar polaroid yang terhasil.

            “Amboi, dah pandai ye sekarang,”

Dia hanya ketawa sedikit dan menyuruh manager untuk diam. “Oppa tolong tampalkan dekat dinding, nanti dia orang bangun mesti terkejut,” cadang manager yang secara tidak langsung menjadi rakan subahat Kiela.

            “Okay,”

Beberapa minit kemudian,
            “Yaa!!!” Jerit Ken tiba-tiba.

Dia baru sahaja bangun dari tidur dan hendak menuju ke tandas. Sebaik sahaja melangkah ke jalan hendak ke tandas, dia ternampak gambarnya sedang tidur di dinding. Cepat-cepat dia mencabut gambar itu dari dinding.

            “Siapa punya kerja ni?!”

Kiela yang terdengar amukan Ken hanya buat tidak tahu dan terus memasak untuk sarapan mereka pagi itu. Dia ketawa sedikit apabila Ken menjadi mangsa pertamanya.

            “Kiela! Who did this?” Tanya Ken sambil memegang gambar polaroidnya yang sedang tidur.

            “Mollayo,” Kiela hanya mengangkat bahu.

Ken mengeluh berat sambil meneliti gambarnya. “Yaa!! Apa ni?!” Giliran Hyuk pula untuk menjerit. Dia berlari mendapatkan Kiela dan Ken yang berada di dapur.

            “Siapa yang ambil gambar ni?” Tanya Hyuk kepada mereka berdua.

Kiela hanya buat tidak tahu dan Ken mengangkat bahunya sambil menggeleng. Hyuk duduk di lantai dapur itu sambil memerhatikan gambarnya.

            Hongbin terjaga apabila mendengar dua jeritan di dalam dorm pagi itu. Soeys masih belum bangun dan kepalanya masih berada di lengannya. Perlahan-lahan Hongbin menolak kepala Soeys dan menarik tangannya tanpa niat membangunkan Soeys. Tetapi sebaik sahaja kepalanya digerakkan, Soeys membuka matanya.

            “Dah siang?” Soal Soeys.

Hongbin mengangguk. “Awal lagi. Soeys sambung tidur. Oppa nak tengok apa yang jadi dekat dia orang,” ucap Hongbin sambil menyelimuti Soeys.

            “Apa yang jadi?” Tanya Soeys lagi.

            “Oppa dengan ada orang jerit tadi. Tak tahu kenapa,” balas Hongbin.

Soeys bangun dari pembaringannya dan mengikut Hongbin. Hongbin membiarkan sahaja Soeys mengikutnya.

            “Yaaa!! Bwoya??!!!” Jerit N sambil mengambil gambarnya dari dinding.

Dia memandang sekeliling dan mendapati Soeys dan Hongbin berjalan ke arahnya. Kiela, Ken dan Hyuk pula di dapur sambil Hyuk dan Ken memandangnya. Soeys dan Hongbin menghampirinya.

            “Waeyo hyung?” Tanya Hongbin sambil memandang pelik ke arah N.

N menunjukkan gambar polaroidnya kepada Hongbin. “What is this?” N mengangkat bahunya sambil mengeluh berat.

            “Hey! What the hell?!” Jerit Soeys pula sambil mengambil sekeping gambar polaroid. N dan Hongbin memandangnya serentak.

            Hongbin mengambil gambar itu dari tangan Soeys dan merenungnya. Dia menelan air liurnya melihat gambar itu. Kemudian dia mengangguk. “Cantik juga hasil gambar ni,” ucap Hongbin. Soeys mencubit pinggang Hongbin.

            “Kau orang pun ada juga?” Tanya Ken yang datang menghampiri mereka bertiga sambil menunjukkan gambarnya.

            Tanpa bersuara, Soeys terus melangkah ke dapur dan menghampiri Kiela. Hongbin, N dan Ken mengikut langkahnya. Soeys berdiri di belakang Kiela yang sibuk memasak.

            “Tell me the truth Kiela,”

            “Huh? What?” Tanya Kiela yang membuat muka blurnya.

Soeys mengecilkan matanya sambil merenung Kiela. Seketika kemudian, Ravi melintasi mereka berenam tanpa perasaan dan terus masuk ke dalam bilik air. Kiela agak terkejut kerana Ravi tidak menunjukkan sebarang reaksi tetapi dia mengawal air mukanya dan terus sambung memasak.

            “Ravi tak kena ke?” Tanya Hongbin. Ken, N dan Hyuk mengangkat bahu.

Beberapa minit kemudian, Ravi keluar dari bilik air dengan wajah yang berseri. Mereka memandang pelik ke arah Ravi. Perasan yang dirinya dipandang pelik, dia merenung mereka satu persatu.

            “Wae?” Tanya Ravi sambil menggaru kepalanya.

Hyuk menunjukkan gambarnya kepada Ravi dan Ravi masih tidak faham. “Tak ada gambar polaroid hyung yang macam ni dekat dinding?” Tanya Hyuk.

            “Tak perasan pula,” balas Ravi sambil menggeleng. Dia terus melangkah menuju ke ruang tamu.

Di ruang tamu,
            Leo berdiri kaku menghadap dinding. Ken, Hongbin, Soeys, N dan Ravi memandangnya dengan pandangan yang agak takut. Perlahan-lahan mereka melangkah menghampiri Leo. Secara tiba-tiba Leo merentap gambar polaroidnya di dinding itu dan mengoyaknya sehingga menjadi cebisan kecil lalu dibuangnya ke dalam tong sampah.

            “Siapa yang buat ni?” Tanya Leo dengan pandangan yang tajam.

Mereka semua hanya mampu menggeleng. Kiela datang dengan membawa beberapa mangkuk makanan dan dihidangkan di tengah ruang tamu.

            “Hey guys, sarapan dah siap. Jom makan,” pelawa Kiela sambil menyusun pinggan.

Kesemua mereka mendiamkan diri dan memandang Kiela. Kiela berhenti menyusun pinggan apabila dirinya diperhatikan. “Waeyo?”

            “Kiela yang buat semua ni kan?” Tanya Leo.

            “Oppa tuduh Kiela?” Tanya Kiela sambil terus membuat muka blur.

Mereka masih memandang Kiela tanpa sebarang reaksi. “Tell the truth,” ucap N.

            “Kenapa kau orang tuduh Kiela yang buat?” Tanya Kiela.

Soeys mara ke hadapan. “First. Kau je yang ada kamera polaroid tu,”

            “Tapi sesiapa je boleh guna kamera tu tanpa pengetahuan Kiela,”

            “Second. Kau sorang je yang tak kena macam kami. So, siapa lagi yang nak buat selain Kiela?” Soeys menahan geram.

            Kiela menghembuskan nafasnya kemudian memandang mereka semua. “Okay. Kiela mengaku.. Kiela yang ambil gambar kau orang tengah tidur tu tadi. Lepas tu manager oppa tolong Kiela tampalkan gambar tu kat dinding. I’m sorry. Kiela cuma nak bergurau je,” ucap Kiela yang mula membuat muka bersalahnya. Dia menundukkan wajahnya memandang ke lantai.

            Walaupun berasa marah terhadap Kiela, tapi mereka juga berasa kasihan melihat Kiela yang sudah mula hendak menangis. Leo mencangkung dan memegang bahu Kiela.

            “It’s okay,” ucap Leo perlahan.

N menghampiri Kiela dan mengusap kepalanya. “Lepas ni jangan buat lagi tau,” pesannya.

            Kiela mengangguk perlahan-lahan. Tetapi tiba-tiba bahunya terjongket beberapa kali. Leo agak panic dan terus memagang dagu Kiela. “Are crying?”

            Sebaik sahaja kepalanya terangkat, ketawa Kiela terburai. “Kau orang patut tengok muka kau orang masa tengok gambar tu tadi,” ucap Kiela sambil terus ketawa dengan kuat dan tidak berhenti. Ketawanya

            Semua yang berada di situ terkaku melihat Kiela. Pertama kali seumur hidup mereka melihat Kiela ketawa dengan begitu riang ketika itu. Itu juga pertama kali Soeys melihat Kiela ketawa sebegitu. Leo menelan air liur melihat Kiela yang masih tidak berhenti ketawa dan mukanya sudah bertukar menjadi warna merah.

            “Kiela ke tu?” Soal Hyuk teragak-agak.

            “Mybe,” balas Ravi.

Leo menggoncangkan bahu Kiela dengan kuat. “Hey, stop it Kiela,” panggil Leo.

            Kiela menarik nafas beberapa kali dan cuba untuk berhenti gelak tetapi dia kembali gelak. Mereka masih terkaku melihat Kiela yang ketawa banyak sangat pada pagi itu.

            “Kiela. Hajima!” Ucap Leo lagi.

Sekali lagi Kiela cuba untuk berhenti gelak tetapi dia tidak mampu dan hanya menggeleng beberapa kali. Dia menutup mulutnya dan menahan gelak.

            “Aish,” Leo mengeluh dan menggeleng kepalanya.

Dalam kepala otaknya hanya ada satu cara sahaja supaya Kiela berhenti gelak. Dengan pantas dia mencapai pipi Kiela dan mendekatkan wajah mereka. Mereka terkejut dengan tindakan Leo. Soeys dan Ravi cepat-cepat menutup mata Hyuk manakala Ken menggeleng kepala. Hongbin dan N hanya memandang mereka berdua sambil tersenyum

            Dengan pantas, Leo mengucup bibir Kiela. Serentak itu ketawa Kiela terhenti. Dia sungguh terkejut dengan tindakan drastic Leo itu. Jantungnya tiba-tiba berdegup dengan laju. Beberapa saat kemudian Leo menarik wajahnya dan menatap wajah Kiela.

            “Nak gelak lagi?” Tanya Leo.

Perlahan-lahan Kiela menggeleng. Leo mengangguk. “Ish ish ish. Apalah nak jadi dengan kau orang ni,” ucap N sambil menggeleng kepala.

            “Huh! Sudah. Jom makan nanti makanan sejuk,” ucap Kiela. Dia kembali menyediakan sarapan mereka.

            Mereka mengambil tempat mengelilingi meja makan itu. Kiela duduk di antara Leo dan Soeys, di sebelah Soeys ialah Hongbin. Ravi duduk di antara Hyuk dan Ken. N duduk di sebelah Leo.

            “First time unnie tengok kau gelak sampai macam tu sekali,” bisik Soeys.

            “Mian,” ucap Kiela sambil menahan malunya. Dia sendiri tidak menyangka yang dia agak ketawa sebegitu.

            “It’s okay as long as you’re happy,” ucap N.

Yang lain mengangguk setuju. “It’s okay to express your feeling. Kalau nak ketawa, ketawa je lah. Tak payah nak malu dengan kami. Ketawa je.. Hahahaha..” kata Hyuk sambil ketawa tetapi wajahnya masih innocent.


            Ruang tamu itu diisi dengan gelak ketawa Ken, Ravi, Hongbin, Soeys dan N. Kiela hanya mengangguk faham manakala Leo menggeleng kepala sambil terus makan.

To be continued...

No comments: