My Oppa My Love ~ Chapter 20


Seorang lelaki yang berpakaian formal melangkah menghampiri tempat tersebut. Melihat sebuah bilik yang terbuka sedikit pintunya, dia terus perlahan-lahan melangkah menghampiri bilik itu. Dia mengintai sedikit di sebalik pintu tersebut dan terlihat beberapa orang perempuan sedang bergaduh di dalam bilik tersebut. Dia melihat nombor bilik tersebut sebelum menelefon seseorang memberitahu tentang kejadian itu.

            “ What?!! Okay.. We’ll be there as soon as possible.” VIXX memandang manager mereka dengan pandangan yang penuh tanda tanya.

            “ Waeyo, hyung? ” Tanya N namun langsung tidak dijawab oleh manager mereka itu.

Di hotel,

Lelaki tadi yang ternampak pergaduhan itu terus sahaja berusaha untuk membantu Soeys dan Kiela. “ Keluar dari sini sebelum saya panggil pengawal hotel.” Tegas lelaki itu.

            “ Shut up, old man… Who are you? ”

            “ I’m manager in this hotel.”

            “ Who’s care? ” Perempuan itu terus sahaja menyuruh kawan-kawannya untuk membawa lelaki tersebut keluar dari bilik itu. Sementara itu, Soeys terus sahaja menolak perempuan itu jauh daripadanya dan adiknya. “ Kau ni tak ada budi bahasa ke, huh? ”

Perempuan itu hanya tersenyum sinis sebelum melepaskan tumbukan di muka Soeys. Kiela tergaman lalu memandang kakaknya. Melihat kakaknya ditumbuk untuk kali ketiga, dia terus sahaja menuju ke perempuan itu lalu menumbuknya kembali sebagai balasan ke atas perbuatannya tadi.

Kawan-kawan perempuan itu yang kembali semula masuk ke dalam bilik terus sahaja menarik rambut Kiela dengan kuat sehingga Kiela terjatuh dan kepalanya terhentak di bucu meja dalam bilik itu. Soeys terbeliak matanya sebelum dia menyerang perempuan-perempuan itu. Dengan perasaan marah bercampur geram, Soeys tidak kira yang dihadapannya ialah seorang manusia. Dia terus menampar dan menumbuk muka perempuan itu berkali-kali sehingga mulutnya mengeluarkan cecair merah.

Beberapa minit kemudian, VIXX muncul dalam bilik tersebut dengan manager mereka dan juga manager hotel itu. Melihat keadaan sebegitu, mata mereka serentak terbeliak. Leo memandang sekeliling sebelum menumpukan perhatiannya terhadap seseorang yang terbaring kaku dalam bilik itu.

Soeys yang menyedari kehadiran VIXX tersenyum sinis sebelum terbaring di situ. Empat perempuan yang menyerang mereka segera berpaling apabila mendengar suara yang mereka kenali memanggil nama Soeys. “ Soeys!! ” N dan Hongbin terus sahaja  meluru ke arah Soeys. Leo dan Ken pula terus ke arah Kiela yang sudah tidak sedarkan diri dengan dahi dan tepi mulutnya berdarah.

            “ What’s……………..” Ravi terus sahaja ke arah Soeys menghentikan kata-katanya. Hyuk terus ke arah Kiela. Manager VIXX berhadapan dengan empat perempuan itu.

            “ What have you done to them? All of you know right, they are VIXX’s sisters.” Suara manager VIXX hampir ditinggikan namun dia memperlahankan semula apabila melihat Ravi memandangnya.

            “ Apa yang mereka buat sampai kamu berempat cederakan mereka? ” Tanyanya.

Leo memandang manager VIXX, “ Hyung, boleh panggilkan paramedic tak? Dahi Kiela berdarah ni..” Leo memandang tajam ke arah empat perempuan yang menyerang Kiela dan Soeys sekilas sebelum menumpukan perhatiannya kepada Kiela.

Manager VIXX mengangguk perlahan. “ Ikut saya sebentar.” Kata manager hotel kepada empat perempuan itu. Mereka berenam terus sahaja keluar dari bilik itu meninggalkan VIXX bersama Soeys dan Kiela sahaja.
N perlahan-lahan cuba membangunkan Soeys yang pengsan yang tanpa diketahuinya, Soeys berpura-pura pengsan tadi. “ Soeys? ” Dia menepuk perlahan pipi Soeys tanpa menyedari tepukannya itu terkena sedikit tepi bibir Soeys yang cedera.

            “ Auch!! ” N, Hongbin dan Ravi memandangnya tanpa berkedip. “ Soeys bukan pengsan ke tadi? ” Tanya Ravi.

Soeys yang dibaringkan di atas paha N terus sahaja bangun lalu berhadapan dengan mereka bertiga. “ Saja pura-pura pengsan sebab tak nak lagi layan dia orang yang sakit otak tu.”

            “ Kenapa dia orang serang Soeys dan Kiela? ” Tanya Hongbin sambil mengelap sedikit kesan darah yang terdapat di tepi bibir Soeys. Tindakannya itu menyebabkan Soeys mengadu sakit. “ Mianhae.” Ucapnya.

            “ Gwaechanha, oppa… Mollayo. Tiba-tiba je dia orang masuk lepas Kiela buka pintu tadi.” Soeys memandang ke arah Leo, Ken dan Hyuk. “ Kiela okay ke? ”

Hyuk menggeleng. Serentak itu, tiga orang paramedik memasuki bilik tersebut lalu mendekati Kiela. “ Tolong letakkan dia di atas katil.” Pinta salah seorang paramedic itu. Leo terus sahaja mengangkat Kiela lalu diletakkan di atas katil.

Pasukan paramedic itu terus sahaja merawat Kiela. Pendarahan kecil di dahi sebelah kiri Kiela dihentikan terlebih dahulu. Luka-luka di wajah Kiela dirawat untuk mengelakkan jangkitan kuman. Selepas selesai merawat Kiela, salah seorang paramedic perempuan merawat Soeys pula.

            “ Adik saya tak apa-apa kan? ” Tanya Soeys kepada paramedic perempuan itu yang sedang merawat lukanya.

            “ Tak.. Dia pengsan sebab hentakkan kecil je. Tak ada yang serius.”

Leo duduk di tepi katil Kiela. Ken memegang bahunya, “ She alright.”

            “ Soeys, baringlah. Kamu perlu berehat sekarang.” Suruh N yang duduk di tepi katil Soeys. Soeys yang kelihatan keletihan itu sudah beberapa kali menguap.

            “ Kalau Kiela sedar, kejutkan Soeys tau oppa.” N mengangguk. Hongbin berdiri di sebelah N. Ravi dan Hyuk duduk di bucu katil Soeys dan Kiela.

Tiga jam kemudian,

Dia terjaga dari pengsan. Dia melihat sekeliling bilik itu dan melihat VIXX serta kakaknya tertidur dalam bilik itu. Tangannya dirasakan dipegang oleh seseorang. “ Oppa? ”

            Leo yang hanya tidur-tidur ayam terjaga apabila dia dipanggil. Matanya terpisat-pisat dan menumpukan perhatian kepada Kiela.

            “Kiela okay?” Kiela hanya mengangguk perlahan.

            “Nak air,” pinta Kiela.

Leo terus bangun dan mencapai sebotol air mineral lalu dituang ke dalam gelas dan menyuakan kepada Kiela. Kiela meneguk air itu sehingga habis. Leo meletak kembali gelas itu di meja yang disediakan.

            “Kiela tidurlah balik. Belum siang lagi ni,” kata Leo sambil menolak perlahan badan Kiela supaya berbaring. Kiela hanya mengangguk lalu memejamkan matanya kerana dia masih mengantuk. Leo kemudian menyelimuti badan Kiela hingga ke paras dada dan dia pun menyambung semula tidurnya.

            Ken mencelikkan sebelah matanya. Sebenarnya dia terjaga semasa Kiela dan Leo bercakap-cakap tadi tetapi dia hanya buat-buat tidur. Kemudian dia memandang N dan Soeys yang sedang nyenyak dibuai mimpi lalu tersenyum dan menggeleng melihat dua beradik ini. Dia menyambung semula tidurnya.

Esoknya..

            Pagi-pagi lagi selepas bersarapan, mereka sudah berkemas untuk pulang ke Korea. Semasa dalam perjalan hendak menuju ke lapangan terbang, VIXX diserang oleh peminat-peminat mereka yang tidak mahu melepaskan peluang melihat mereka dengan lebih dekat.

            “Ikut belakang oppa je jangan jauh,” pesan N kepada Soeys. Soeys hanya mengangguk dan mengikut rapat di belakang N.

            “Auch!” Soeys terus memandang ke belakang apabila terdengar suara Kiela mengaduh. Dalam sesak itu, Soeys berpatah balik untuk mencari Kiela di kalangan orang yang sesak itu.

            “Wae?” Tanya Soeys setelah berjumpa Kiela.

            “Ada orang tolak tadi,”

            “Nugu?!” Soeys menoleh-noleh tetapi tubuhnya juga dilanggar oleh beberapa orang peminat.

            Kiela mengibas bajunya yang terkena habuk. Semasa mengibas itu, Soeys ternampak akan tangan Kiela yang berdarah. Dengan cepat dia menyambar tangan Kiela dan membuatkan Kiela mengaduh sakit.

            “Yang ini kenapa pula?”

            “Err..”

            “Mesti ada yang cuba cederakan kau ni,” Soeys terus menarik tangan Kiela keluar dari kesesakan orang ramai itu.

Sementara itu,

            “Hyung, Soeys dengan Kiela mana?” Tanya Ken yang perasan akan ketiadaan Soeys dan Kiela. N terus berhenti melangkah dan memandang sekeliling dan hanya nampak wajah peminatnya sahaja.

            “Ada sesiapa nampak dua orang perempuan yang ada dengan kami tak?” Tanya N kepada semua peminat yang ada di situ. Mereka hanya menggeleng dan berbisik-bisik, ada juga yang buat tidak endah dan terus merakam dan mengambil gambar VIXX.

            “Excuse me..” N mula menyelit antara orang ramai itu. Dua orang pengawal yang menjaga dia mengarahkan orang ramai jauh sedikit dari N.

Di satu tempat,

Soeys menyelongkar beg sandangnya mencari tisu untuk membersihkan luka di tangan adiknya namun langsung tidak dijumpainya.

            “ Kita pergi tandas. Kita bersihkan dulu darah ni…”

            “ Oppa macam mana? ” Tanya Kiela perlahan.

            “ Nanti unnie bagitahu mereka.”

Belum sempat mereka menuju ke tandas, seseorang memegang tangan Soeys. Segera Soeys menoleh ke belakang dan melihat N bersama dua orang pengawal berada di situ.

            “ Ke mana tadi? ”

            “ Tadi Kiela ditolak oleh seseorang dan tangannya dia berdarah. Soeys nak bawa dia ke tandas untuk bersihkan luka dia tu.”

N memandang Kiela lalu meraih tangan Kiela yang tercedera. “ Macam mana boleh cedera ni? Bukan tadi Kiela ada di belakang Ken ke? ”

            “ Kiela terpisah dengan Ken oppa tadi.” Balas Kiela perlahan. N hanya mendiamkan diri. “ Jom, dia orang lain dah tunggu kita kat sana. Nanti kita singgah hospital.”

            “ Habis takkan nak biarkan luka ni terdedah je? Bahaya lah oppa.” Kata Soeys.

N menuju ke salah seorang wanita yang berada berhampiran mereka sebelum meminta sesuatu daripada wanita itu. Dia kembali semula dengan beberapa helai tisu dan terus memberinya kepada Kiela.

Mereka terus sahaja menuju ke ahli VIXX yang lain. Dari jauh, mereka melihat ahli VIXX yang lain sedang melayan Starlight yang datang sementara menunggu kedatangan mereka. Apabila melihat N, Soeys dan Kiela menghampiri mereka, mereka menyambung semula perjalanan mereka. VIXX menyedari sesuatu yang dipegang oleh Kiela namun mereka tidak bertanya apa-apa pun. Leo berjalan di belakang Kiela.

Di dalam van mpv VIXX,

            “ Kita pergi hospital dulu, hyung.” Suruh N. Manager VIXX mengangguk sahaja. N memandang Soeys yang membantu Kiela membersihkan darah di tangan Kiela. Muka Kiela menahan perit.

            Luka di tangan Kiela selesai dirawat dan tangannya dibalut dengan kain putih. Setelah mengambil ubat di kaunter, mereka terus pulang ke dorm.

3 hari kemudian

            Kelas Soeys menjadi hingar-bingar apabila cikgu sedang membuat perbincangan tentang prom night esok. Mereka berbincang tentang makanan, tema dan hiasan. Semua murid mengambil bahagian dalam semua perancangan itu.

            “Cikgu! Soalan,”

            “Ya.”

            “Boleh bawa pasangan masing-masing?” Tanya seorang murid lelaki yang duduk di belakang sekali. Soalannya disambut oleh siualan dan bunyi-bunyian lain dari rakan sekelas.

            “Kan memang malam itu kena berpasangan,” jawab cikgu.

            “Cantik!” Jerit pelajar tadi.

Cikgu hanya menggeleng kepala melihat gelagat anak muridnya. Nampaknya segala perancangan sudah habis dibincang. Cikgu memberi peluang kepada mereka semua untuk berbincang apa-apa yang lain sesama mereka.

Kumpulan Soeys turut berbincang mengenai pasangan. “Aku nak berpasangan dengan siapa ha?” Tanya Uee.

            “Dengan aku nak tak?” Tanya Taehoon yang tiba-tiba muncul.

            “Bolehlah,”

            “Kau dengan siapa Soeys?” Tanya G.NA. G.NA berpsangan dengan Dujun malam itu.

            “Tak tahulah. Aku dengan Gain je lah,” balas Soeys sambil merangkul tangan Gain.

            “Eh, aku dengan Jo Kwonlah. Sorry,” balas Gain sambil tersengih.

            “Fine. Go on with Jokwon,”

            “Tak apalah. Nanti pandailah aku fikir,”

Memandangkan prom night itu esok, G.NA, Gain dan Uee mengajak Soeys untuk pergi shopping memilih baju untuk dipakai pada malam itu. Seharian mereka berjalan-jalan disekitar shopping mall itu. Banyak juga barang yang mereka beli sampai penuh tangan mereka. Kecuali Soeys yang hanya membeli barang perhiasan yang ringkas sahaja.

            “Kenapa kau tak beli dress untuk prom night tu?” Tanya Uee.

            “Aku dah ada. Hadiah dari omma aku tahun lepas. Dress tu masih cantik,” terang Soeys.

            “Owh.”

Petang itu,

            Kiela hendak pergi membeli dress untuk dipakai pada malam prom itu nanti. Itu pun Soeys yang memaksanya untuk membeli baju. Soeys menemani Kiela untuk mencari dress yang sesuai tanpa ditemani oleh VIXX kerana VIXX ada perkara yang perlu diuruskan.

            Setelah puas membeli-belah akhirnya Soeys dan Kiela pulang ke dorm VIXX. Ketika itu VIXX masih belum pulang dari bilik latihan mereka. Jadi, Soeys mengambil keputusan untuk memasak makan malam mereka.

            “Sedapnya bau..” puji Hyuk sebaik sahaja pintu dorm di buka.

VIXX telah balik dari bilik latihan mereka. Kiela yang duduk di ruang tamu hanya buat tidak endah kepada mereka berenam.

            “Banyak beli barang tadi?” Tanya Ken yang terus baring di lantai.

            “Bolehlah,”

N terus berjalan menuju ke dapur dan berdiri di belakang Soeys tetapi Soeys tidak sedar akan kehadirannya. “Soeys!”

            “Yahh!!” Soeys menjerit sedikit kerana terkejut. Mujur dia tidak mengetuk N dengan senduk yang dipegangnya.

            “Bila balik? Tak dengar pun,”

            “Mana nak dengar kalau sibuk masak,” balas N sambil membuka peti ais dan meneguk segelas air sejuk.

            Soeys tidak menghiraukan N dan terus menyambung memasak. N pula pergi ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum makan malam.

Selepas makan malam, VIXX duduk di ruang tamu bersama Soeys dan Kiela. Kiela yang banyak mendiamkan diri hanya duduk diam disebelah Leo.

            “Oppa, esok kami ada prom night..”

            “Prom night?! Bestnya!” Sampuk Hyuk.

Soeys membuat muka. “Takkan tak tahu?”

            “Saya kan selalu tak datang sekolah noona,” balas Hyuk.

Soeys tidak menghiraukan Hyuk yang tersengih seperti kerang busuk. “Tapi, saya tak ada pasangan lagilah,”

            “Jangan risau. N hyung ada!” Sampuk Ken sambil mengangkat tangan N.

            “Oh tak ada hal. Lagi bagus,”

            “Betul?”

Soeys hanya mengangguk sambil tersenyum lebar. Kemudian dia memandang Kiela. “Untuk budak tu?” Soeys memuncungkan bibirnya.

            “Orang sebelah dia tu lah apa lagi,” balas Ravi yang memaksudkan Leo.

Kiela dan Leo memberikan mereka pandangan yang tajam setelah merasa yang mereka berenam sedang bercakap tentang diri mereka. Soeys hanya ketawa disambut dengan mereka yang lain.

Previous  |  Next